{"id":20739,"date":"2014-01-06T01:19:01","date_gmt":"2014-01-06T01:19:01","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20739"},"modified":"2014-01-06T01:19:01","modified_gmt":"2014-01-06T01:19:01","slug":"azam-dan-tindakan-perlu-seiring","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/azam-dan-tindakan-perlu-seiring\/","title":{"rendered":"Azam dan Tindakan Perlu Seiring"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Pada awal tahun kebanyakan kita masing-masing bertekad mahu melakukan sesuatu yang positif sempena kedatangan tahun baharu.\u00a0 Pengalaman yang lalu khasnya pada tahun sebelumnya menjadi ukuran untuk membina satu tekad baharu.\u00a0 Inilah yang dikatakan azam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Azam sebenarya tidak mengira masa dan tempat.\u00a0 Setiap perkara yang manusia ingin mencapai sebenarnya elok dimulakan dengan satu azam ke arah itu.\u00a0 Ini bertepatan dengan saranan agama Islam yang menekankan setiap perbuatan perlu dimulakan dengan niat.\u00a0 Niat menjadi jurumudi kepada hasil kerja manusia.\u00a0 Secara tidak langsung azam mempunyai fungsi yang sama dengan niat.\u00a0 Apapun, adakah azam yang kita nekadkan akan menjadi satu azam semata-mata atau berpotensi membuahkan hasilnya?.<\/p>\n<p>Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Keempat, azam bermaksud kemahuan, cita-cita yang sangat kuat.\u00a0 Dalam Islam azam merupakan satu perkara yang digalakkan.\u00a0 Dalam surah Ali-Imran ayat 159 Allah SWT menyatakan yang maksudnya: &#8220;Apabila engkau telah berazam maka hendaklah engkau bertawakal kepada Allah.\u00a0 Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang bertawakal&#8221;.<\/p>\n<p>Ayat ini meletakkan syarat bahawa mereka yang berazam perlu bertawakal.\u00a0 Azam semata-mata tanpa bertawakal tiada tempat di sisi agama\u00a0 Tawakal pula bermaksud berserah diri kepada Allah SWT kerana Dia sebagai penentu kepada segala kerja manusia dan hasilnya.\u00a0 Di sisi agama, tawakal bukan bermaksud mengharap semata-mata tanpa turut berusaha bak kata pepatah ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.\u00a0 Sebaliknya tawakal membawa maksud apabila seseorang berazam ingin melakukan sesuatu, maka seseorang itu perlu bertindak menggunakan pelbagai cara yang bersesuaian untuk mendapat perkara yang ingin diperolehi.\u00a0 Ini kerana Allah SWT telah menjadikan sunnah bahawa sesuatu perkara akan terhasil apabila dilakukan sebab-sebabnya dan punca-puncanya.<\/p>\n<p>Seseorang itu jika tidak diajar membaca maka sudah tentu tidak mampu membaca.\u00a0 Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sebab dan punca kepada pandai membaca.\u00a0 Ini sebagai satu contoh mudah.\u00a0 Jadi azam semata-mata tanpa mencari punca iaitu berusaha serta tawakal tidak akan membawa kita kemana-mana bak angan-angan yang tidak kesampaian.\u00a0\u00a0 Bahkan juga perkara yang dikendong mungkin\u00a0 berciciran.<\/p>\n<p>Sebagai umat Islam sudah tentu perkara yang diazamkan meliputi hal kebajikan dan tidak bertentangan dengan perintah agama.\u00a0 Ini termasuklah berazam melakukan, mempertingkatkan kebaikan, kemajuan individu atau kelompok masyarakat dalam aspek pengurusan ekonomi, sosial, dan juga kesihatan.<\/p>\n<p>Keazaman yang bersifat ikhlas dan bertujuan baik sebenarnya akan diberi ganjaran kebajikan kerana memasang niat yang baik.\u00a0 Dalam satu hadis, nabi SAW bersabda, maksudnya: \u201cSesungguhnya Allah menulis kebaikan dan kesalahan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisiNya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allah menulisnya di sisiNya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisiNya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.\u201d [Bukhari dan Muslim]<\/p>\n<p>Azam boleh dijadikan satu mekanisma untuk menghadapi kenaikan\u00a0 kos sara hidup yang sentiasa menghambat masyarakat sama ada mereka suka atau tidak.\u00a0 Dengan kedatangan tahun baharu 2014, masyarakat akan menempuh pelbagai peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.\u00a0 Ini termasuk kadar tarif elektrik, tol, cukai taksiran dan sebagainya.\u00a0 Secara tidak langsung ia akan memberi impak kenaikan harga ke atas keperluan harian seperti ikan, ayam, sayuran dan barangan runcit.<\/p>\n<p>Melakukan azam untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup secara positif akan memberi satu asas dan kekuatan kepada kita.\u00a0 Pelbagai pendekatan boleh diambil seperti meringkaskan kehidupan, meminggirkan perbelanjaan remeh sedia ada dan berbelanja berdasarkan keperluan bukan kemahuan.\u00a0 Di samping itu jika status kehidupan yang lebih baik ingin diteruskan maka keazaman untuk menjadi pekerja lebih cemerlang dan usahawan lebih berjaya perlu ada dalam diri dan mesti diringi dengan usaha lebih tekun.<\/p>\n<p>Kenaikan kos sara hidup secara tidak langsung turut akan melimpahi ke dalam industri perkhidmatan kesihatan yang amat berkait rapat dengan kehidupan kita.\u00a0 Kos mahal perubatan dan rawatan menjadi satu ancaman kepada masyarakat.\u00a0 Untuk menjaga kebaikan dan kesihatan diri, terdapat pelbagai pendekatan mengurus risiko kesihatan.\u00a0 Salah satunya ialah dengan memindahkan kos rawatan dan perubatan kepada pihak kedua.\u00a0 Ini dengan membelanjakan sedikit wang dengan menyertai plan takaful kesihatan.\u00a0 Plan pengurusan risiko kesihatan ini secara asasnya menyediakan dana sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit untuk membiayai kos rawatan dan perubatan.\u00a0 Ia memudahkan dan mempercepatkan rawatan sakit. Kita yang sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang besar akan lebih bersedia menghadapi musibah ini.<\/p>\n<p>Inilah antara perkara penting yang positif perlu dilihat dan dimasukkan dalam azam kerana ia menyentuh secara langsung dengan kehidupan harian kita.\u00a0 Azam apabila dibuat, maka perlu memenuhi syarat-syaratnya agar ia tidak tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Azam yang berpotensi untuk berjaya perlu diiring dengan usaha kemudian baru berserah kepada Allah SWT dengan doa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada awal tahun kebanyakan kita masing-masing bertekad mahu melakukan sesuatu yang positif sempena kedatangan tahun baharu.\u00a0 Pengalaman yang lalu khasnya pada tahun sebelumnya menjadi ukuran untuk membina satu tekad baharu.\u00a0 Inilah yang dikatakan azam. Azam sebenarya tidak mengira masa dan tempat.\u00a0 Setiap perkara yang manusia ingin mencapai sebenarnya elok dimulakan dengan satu azam ke arah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20739","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20739","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20739"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20739\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20739"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20739"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20739"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}