{"id":20802,"date":"2013-10-04T04:27:35","date_gmt":"2013-10-04T04:27:35","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20802"},"modified":"2013-10-04T04:27:35","modified_gmt":"2013-10-04T04:27:35","slug":"tarbiah-keluarga-bukan-suatu-pilihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tarbiah-keluarga-bukan-suatu-pilihan\/","title":{"rendered":"Tarbiah Keluarga Bukan Suatu Pilihan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Raja Ali Haji, dalam syairnya, Nasehat kepada Anak mengungkap nasihat, teguran, dan panduan amat bermakna buat golongan muda remaja.\u00a0 Nasihat tersebut berkisar tentang lima perkara, iaitu tanggungjawab sebagai pemimpin, keutamaan akhlak, budi bahasa, dan adab susila, galakan menuntut ilmu, selain kepentingan mengawal hawa nafsu.\u00a0 Kelima-lima perkara tersebut merangkumi tanggungjawab yang dipikul dan cabaran yang akan dihadapi mereka sepanjang kehidupan.\u00a0 Syair pujangga Melayu-Bugis yang berasal dari Kepulauan Riau itu menunjukkan peri pentingnya nasihat dalam kehidupan seseorang remaja dan belia.\u00a0 Apatah pula nasihat daripada seorang bapa yang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga.\u00a0 Pemimpin yang dipandang tinggi dan dijadikan teladan oleh anak-anaknya dalam melayari kehidupan mereka yang serba menguji.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Tanggungjawab besar yang dipikul oleh seorang bapa dijelaskan oleh al-Qur\u2019an dan oleh Hadith-Hadith Nabi s.a.w.\u00a0 Sebagai contoh al-Qur\u2019an memberikan amaran kepada golongan yang beriman, khususnya ketua keluarga agar berusaha memelihara diri dan keluarga mereka daripada api neraka (Surah al-Tahrim 66 : 6).\u00a0 Amaran ini diteguhkan oleh ayat lain yang menjelaskan kewajipan memerintahkan anggota keluarga mendirikan solat.\u00a0 Maksudnya, \u201c<\/span><em style=\"line-height: 1.3em;\">Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat dan hendaklah kamu tekun bersabar mendirikannya.\u201d<\/em><span style=\"line-height: 1.3em;\">\u00a0 (Surah Taha 20 : 132).\u00a0 Demikian pula seterusnya al-Qur\u2019an menegaskan kepentingan nasihat, peringatan, serta amaran kepada keluarga dan kerabat yang dekat (Surah al-Syu`ara\u2019 26 : 214).\u00a0<\/span><\/p>\n<p>Diriwayatkan bahawa ketika turunnya ayat ini Sayyidina `Umar r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w., \u201cWahai Rasulullah, kami menjaga diri kami sendiri.\u00a0 Tetapi bagaimana pula kami dapat menjaga keluarga kami?\u00a0 Baginda s.a.w. menjawab, \u201cKamu melarang mereka daripada melakukan apa yang dilarang oleh Allah dan memerintahkan mereka supaya melakukan apa yang diperintahkan Allah atas kamu.\u00a0 Yang demikian itu menjadi perisai antara diri mereka dengan neraka.\u201d\u00a0 Ibn al-Munzir dan al-Hakim serta perawi-perawi yang lain meriwayatkan daripada Sayyidina `Ali k.w. bahawa beliau mengatakan ayat tersebut menerangkan kewajipan mendidik diri sendiri serta anggota keluarga tentang kebaikan.<\/p>\n<p>Jawapan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. kepada pertanyaan Sayyidina `Umar r.a. itu jelas menunjukkan tanggungjawab menyeru anggota keluarga untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. atau kebaikan serta menjauhi larangan-Nya atau kemungkaran (al-amr bil ma`ruf wan nahy `anil munkar).\u00a0 Tanggungjawab tersebut sudah pastinya dipikul oleh ketua keluarga, iaitu suami atau bapa.\u00a0 Secara umumnya setiap suami atau bapa pasti maklum akan tanggungjawab besar yang diamanahkan itu lantaran telah sering diingatkan.\u00a0 Daripada pengajian di sekolah sehingga khutbah Jumaat, kuliah, ceramah, dan tazkirah yang tidak terjumlah kekerapannya.\u00a0 Namun dari sudut amalannya berapa banyakkah antara mereka yang memberi perhatian terhadap keupayaan dan kesungguhan melaksanakannya.<\/p>\n<p>Sebilangan orang bersungguh-sungguh melunaskan tanggungjawab itu kerana menyedari hakikat yang pasti.\u00a0 Bahawa mereka kelak akan dipersoal sedalam-dalamnya tentang tanggungjawab yang telah dengan rela dipikul oleh mereka sebagai ketua keluarga.\u00a0 Bahawa juga mereka bukan sekadar bertanggungjawab menyediakan nafkah; makan dan minum serta keperluan lainnya.\u00a0 Sebaliknya perlu berusaha keras mendidik anggota keluarga untuk mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.\u00a0\u00a0 Justeru, setiap suami atau bapa perlu sentiasa bermuhasabah, mengakui kesilapan, dan bersedia memperbaiki diri.\u00a0 Tanggungjawab mendidik anggota keluarga, khususnya anak-anak tidak harus diserahkan sepenuhnya kepada orang lain seperti guru-guru.\u00a0 Jika kemampuan dan kekurangan ilmu selain keterbatasan waktu menjadi alasannya, maka haruslah permasalahan itu diatasi sedaya mungkin.\u00a0 Sebagai contoh ilmu serta guru segera didapatkan dan masa diuruskan sebaiknya.\u00a0 Atau pula dilakukan pengorbanan tertentu.<\/p>\n<p>Seseorang bapa harus menyedari bahawa keupayaan serta kewibawaan dirinya sebagai teladan dan pembimbing anak-anaknya perlu ditingkatkan.\u00a0 Hal ini mengambil kira bahawa mereka semakin dewasa.\u00a0 Dunia semakin rencam dan cabaran pula semakin besar.\u00a0 Kerencaman dunia membawa bersama-samanya perubahan yang tidak terduga.\u00a0 Jika dahulunya bapa berkenaan hidup dalam lingkungan sanak-saudara yang besar bilangannya di desa tetapi kini tidak lagi.\u00a0 Kehidupan berkeluarga kini dijalani secara berdikari.\u00a0 Tiada lagi sanak-saudara di sisi.\u00a0 Cabaran getir membesarkan dan mendidik anak-anak dihadapinya bersendirian.\u00a0 Perubahan secara fizikal itu turut melunturkan nilai-nilai mulia yang tersemai sekian lama dalam setiap keluarga dan masyarakat.\u00a0 Jika dahulunya urusan dan permasalahan keluarga turut dibantu untuk diselesaikan anggota keluarga yang besar.\u00a0 Demikian juga tanggungjawab menasihati dan menegur anak-anak.\u00a0 Sanak-saudara bahkan juga jiran tetangga turut berkongsi tanggungjawab tersebut.\u00a0 Namun kini nilai mulia tersebut dirasakan begitu asing sekali.\u00a0 Malah tidak mustahil individu yang cuba menerapkannya kembali ditimpakan kemudaratan tertentu.\u00a0 Niatnya yang luhur belum tentu dibalas secara setara.<\/p>\n<p>Jika tanggungjawab yang diterima oleh seseorang suami atau bapa dahulunya tidak diiringi kesedaran tentang ilmu yang perlu dimiliki bagi menyempurnakannya, maka sudah pasti ia dilanda kebuntuan dalam menghadapi sesuatu kesulitan.\u00a0 Misalnya pembabitan anaknya dalam salah laku cuba diatasi dengan merujuk sekalian insan yang dianggap guru dan pakar.\u00a0 Nasihat, petua, dan panduan cuba didapatkan bagi memulihkan kebejatan akhlak anaknya. Pada fikirannya, usaha itulah semata-mata yang dapat meleraikan masalah yang sedang dihadapi.\u00a0 Ia terlupa sama sekali bahawa kelemahan atau kekurangan diri sebagai ketua keluargalah yang lebih utama untuk diatasi.<\/p>\n<p>Seseorang suami atau bapa juga tidak wajar sama sekali menyerahkan tanggungjawab mendidik dan menguruskan anak-anak kepada isteri semata-mata.\u00a0 Hal ini barangkali disebabkan tanggapannya bahawa tanggungjawab menyediakan nafkah sudah memadai.\u00a0 Malah sudah terlalu berat untuk membolehkan ia melaksanakan tugas mendidik dan membentuk keperibadian anak-anak.\u00a0 Dengan demikian, dibiarkan isterinya mengatur, merencana, dan mengatasi apa juga permasalahan yang timbul.\u00a0 Maka sudah tentulah si isteri dilanda kesulitan berganda kerana bebanan yang seharusnya dikongsi bersama akhirnya dipikul bersendirian.<\/p>\n<p>Realiti yang dapat dilihat ini membolehkan kita membuat rumusan tertentu.\u00a0 Bahawa sistem pendidikan negara belum mampu melahirkan insan yang memiliki ilmu, kebijaksanaan, dan kewibawaan untuk memainkan peranan dengan berkesan termasuk sebagai ibu bapa.\u00a0 Justeru perubahan yang bakal dilaksanakan terhadap sistem pendidikan kini yang lebih berorientasikan peperiksaan benar-benar diharap dapat mengatasi kelemahan tersebut.\u00a0 Sistem pendidikan yang lebih menumpukan pada garapan kemahiran tertentu diharap dapat melahirkan ibu bapa yang berkeupayaan melaksanakan tanggungjawab memberikan pendidikan asas, iaitu keimanan dan keagamaan.\u00a0 Pendidikan asas lagi amat penting itu, sebagaimana dilaksanakan generasi silam sudah pasti menyerlahkan kewibawaan diri, khususnya golongan bapa.\u00a0 Dalam menyampaikan pendidikan itu sudah tentu pula nasihat dan peringatan sentiasa diselitkan.\u00a0 Justeru, hubungan erat telah terjalin antara bapa dengan anaknya berasaskan pendidikan, nasihat, dan peringatan.\u00a0 Seandainya berlaku salah laku; terlanjur panjang tangan atau anak tetangga mahupun sesiapa jua diberi buku lima, atau pula menurut kekasih hati lari meninggalkan keluarga, si anak tidak berasa janggal ditegur, dinasihati malah juga dihukum.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hal tersebut tidak lain kerana nasihat bapanya telah sering diterima.\u00a0 Akhlaknya dibentuk, keperibadiannya diperkukuh, dan nafsunya dididik untuk dilentur. Maka tidak asing baginya mendengar ungkapan nasihat sebagaimana dilantun Raja Ali Haji, \u201cNasihat ayahanda anakanda fikirkan, keliru syaitan anakanda jagakan, orang berakal anakanda hampirkan, orang jahat anakanda jauhkan.\u00a0 Inilah nasihat ayahanda tuan, kepada anakanda muda bangsawan, nafsu yang jahat anakanda lawan, supaya kita jangan tertawan.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Raja Ali Haji, dalam syairnya, Nasehat kepada Anak mengungkap nasihat, teguran, dan panduan amat bermakna buat golongan muda remaja.\u00a0 Nasihat tersebut berkisar tentang lima perkara, iaitu tanggungjawab sebagai pemimpin, keutamaan akhlak, budi bahasa, dan adab susila, galakan menuntut ilmu, selain kepentingan mengawal hawa nafsu.\u00a0 Kelima-lima perkara tersebut merangkumi tanggungjawab yang dipikul dan cabaran yang akan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20802","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20802","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20802"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20802\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20802"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20802"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20802"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}