{"id":20813,"date":"2013-09-19T04:43:10","date_gmt":"2013-09-19T04:43:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20813"},"modified":"2013-09-19T04:43:10","modified_gmt":"2013-09-19T04:43:10","slug":"perisai-ampuh-penangkis-ujian-zaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/perisai-ampuh-penangkis-ujian-zaman\/","title":{"rendered":"Perisai Ampuh Penangkis Ujian Zaman"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Jika diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan.\u00a0 Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.\u00a0 Demikianlah juga dengan Malaysia.\u00a0 Kemerdekaan yang dicapai lebih lima puluh tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa.\u00a0 Telah sedemikian banyak liku yang dilalui.\u00a0 Sudah banyak pula onak dan duri yang ditempuh.\u00a0 Dengan kata-kata lain, kita telah mengenal dunia dan mengetahui permainannya.\u00a0 Ibarat kata pepatah, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ranjau dan jurang hidup.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Resam kehidupan, ujian yang datang tidak mungkin ada noktahnya.\u00a0 Seperti diungkap al-Imam al-Syafi\u2019` r.h., \u201cUjian zaman datang begitu banyak, silih berganti tidak berhenti.\u201d\u00a0 Maka tidak hairanlah jika kita melihat semakin berusia negara ini semakin banyak dan hebat ujian yang melanda.\u00a0 Antaranya termasuklah bentuk-bentuk ajaran dan pemikiran tertentu daripada timur dan barat yang tibanya bersilih ganti.\u00a0 Contohnya seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, dan yang sedang diberikan perhatian kini, iaitu ajaran Syiah. Idea atau pemikiran yang tersasar jauh daripada landasan sebenar dan menyesatkan itu hakikatnya tidak mudah disekat hanya dengan menutup punca kemasukannya.\u00a0 Atau juga dengan menamatkan hubungan siasah yang telah sedia terjalin.\u00a0 Hal ini mengambil kira hakikat dunia kini telah tiada sempadan atau batasannya.\u00a0 Manusia bebas berkomunikasi, menyampaikan pandangan dan menyebarkan pemikiran yang dianuti melalui internet seperti portal berita, blog, e mel, web, serta media sosial.\u00a0 Tidak ketinggalan juga buku yang boleh dicapai dengan mudah melalui platform yang sama.\u00a0 Contohnya seperti buku \u201cAllah, Kebebasan, dan Cinta\u201d, tulisan Irshad Manji yang sarat dengan fakta serta pandangan yang bertentangan dengan hukum syarak dan memudaratkan akidah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan yang demikian, matlamat memelihara masyarakat daripada musibah yang dibawa pemikiran-pemikiran seumpama itu harus terlaksana melalui tindakan yang tepat, berhikmah, dan berkesan.\u00a0 Dengan kata-kata lain, segala aspek dikaji dan diteliti terlebih dahulu sebelum langkah menangani atau membendung penularan sesuatu pemikiran diambil.\u00a0 Dalam hubungan ini, pemerkasaan `aqidah dan pegangan Ahl al-Sunnah wal Jama`ah, pemurnian kefahaman, pemantapan akhlak di samping pembudayaan sepenuhnya prinsip menyeru kepada kebaikan serta menghalang kemungkaran dilihat sebagai lebih utama dan berkesan.\u00a0 Tindakan ini tidak lain selain bertujuan membina perisai atau benteng diri yang teguh dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman yang melanda pada masa kini.\u00a0 Jika dikiaskan pada tubuh, daya ketahanan tinggi yang dimiliki seseorang akan melindungi dirinya daripada dilanda sesuatu penyakit dengan mudah.\u00a0 Begitulah pula sebaliknya.<\/p>\n<p>Perhatian utama terhadap aspek pemerkasaan aqidah dan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah, pemurnian kefahaman dan sebagainya itu perlu disusuli penilaian terhadap keberkesanan pendekatan yang digunakan selama ini. Adakah misalnya kaedah penyampaian pengajaran dan pendidikan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan masyarakat yang telah dilanda perubahan pesat dalam segenap sudut?\u00a0 Atau sebaliknya kaedah tersebut gagal menarik minat anggota masyarakat untuk menerima pengajaran yang disampaikan? Apatah lagi untuk menghayatinya.\u00a0 Malang sekali jika sedemikian banyak ruang dan masa diperuntukkan bagi menyampaikan ajaran agama; daripada pendidikan pada setiap peringkat pengajian sehingga khutbah di masjid dan program keilmuan di corong-corong radio serta kaca televisyen, namun akhirnya ajaran tersebut gagal sampai kepada kelompok sasarannya.\u00a0 Malah sebaliknya sebahagian kelompok berkenaan, khususnya golongan muda lebih mudah beralih kepada ideologi dan pemikiran asing yang ditemui mereka dalam media baharu.<\/p>\n<p>Sungguh menyedihkan jika kebenaran tidak berupaya disampaikan dengan sebaik-baiknya kepada anggota masyarakat hanya kerana kelemahan pada kaedah atau pendekatannya.\u00a0 Sedangkan kebatilan pula dengan mudah menerobos dan menakluki pemikiran mereka hanyalah disebabkan kehebatan kaedah yang digunakan.\u00a0 Tepat sekali apa yang diingatkan oleh Khalifah `Ali k.w. bahawa kebenaran yang diperjuangkan secara tidak tersusun akan dapat ditewaskan oleh kebatilan yang disusun secara sistematik.<\/p>\n<p>Dengan yang demikian, seluruh institusi yang terlibat seperti pendidikan, pemikir dan penyelidikan, dakwah, termasuk media perlu menggembleng tenaga secara bersama.\u00a0 Tujuannya bagi memastikan kaedah penyampaian pengajaran, pendidikan, serta dakwah diberikan nafas baharu dan ditampilkan dengan wajah serta format lebih kreatif dan segar, seiring dengan perubahan masa dan persekitaran.\u00a0 Walau bagaimanapun, pendekatan baharu yang digunakan haruslah tidak sama sekali semata-mata hanya menurut selera masyarakat dengan mengabaikan kepentingan kandungan pengajaran, iaitu bagi meningkatkan kefahaman tentang ajaran agama serta tahap keilmuan dan memperluas ufuk pemikiran mereka.<\/p>\n<p>Golongan ilmuwan dan agamawan secara khususnya harus menyedari bahawa mahu tidak mahu, mereka telah pun berada dalam medan persaingan untuk mendapatkan perhatian besar masyarakat awam.\u00a0 Jika perkara ini tidak diberikan tumpuan sewajarnya maka sudah tentu ruang yang ditinggalkan mereka dengan pantas diisi oleh pihak lain yang menanti untuk merebut peluang tersebut.\u00a0 Justeru para ilmuwan dan agamawan harus memiliki daya tarikan yang kuat bagi memastikan bahawa mereka sentiasa dijadikan rujukan dalam menyelesaikan setiap persoalan yang timbul dalam kehidupan.\u00a0 Sememangnya pada dasarnya, masyarakat awam memikul tanggungjawab untuk merujuk kepada mereka, iaitu sebagaimana diperintahkan al-Qur\u2019an.\u00a0 Kecenderungan untuk menjadikan mereka sebagai rujukan sudah tentu pula didorong oleh keyakinan terhadap kewibawaan yang dibentuk oleh sifat-sifat dan nilai-nilai terpuji. Namun sekiranya, kewibawaan yang dimiliki telah pun lenyap sehingga meluputkan kepercayaan masyarakat untuk bergantung pada mereka, maka selayaknya\u00a0 merekalah yang bertanggungjawab atas kekhilafan yang berlaku itu.<\/p>\n<p>Selain itu, kesatuan dan kesepakatan harus perlu diserlahkan oleh ilmuwan dan agamawan sekalipun wujudnya perbezaan pandangan.\u00a0 Atau pula perbezaan tempat bernaung, sama ada agensi atau institusi, mahupun juga kabilah politik.\u00a0 Hal ini khususnya dalam menangani isu yang membahayakan akidah dan menggugat ketenteraman serta kesejahteraan ummah sebagaimana berlaku kini.\u00a0 Pengajaran sewajarnya diambil daripada ketidaksatuan umat Islam dalam menangani kemelut penggunaan kalimah Allah oleh Herald The Catholic Weekly sebelum ini.\u00a0 Betapa besar natjah buruk yang diakibatkannya dapat disaksikan sehingga kini.\u00a0 Kedaulatan agama Islam makin dicabar dan kesabaran umat Islam terus diuji.<\/p>\n<p>Kesepakatan antara sekalian ilmuwan dan agamawan boleh diterjemahkan dalam tindakan saling lengkap-melengkapi dan sokong-menyokong antara satu dengan yang lain.\u00a0 Berasaskan prinsip bahawa agama merupakan nasihat, maka seharusnya sesuatu pandangan atau teguran diberikan demi memastikan kelemahan yang ada diperbaiki.\u00a0 Dalam hubungan ini, setiap pihak perlu sentiasa mengamalkan sifat berlapang dada, hormat-menghormati, dan bersangka baik antara satu sama lain.\u00a0 Amatlah tidak wajar seandainya kritikan diberikan hanya dengan niat menjatuhkan nama baik, menyerlahkan kelemahan, menghina, dan mencari kesilapan sesuatu pihak atau sesebuah institusi.\u00a0 Tindakan seumpama ini tidak membawa sebarang keuntungan malah menzahirkan kegagalan umat Islam sebagaimana selalunya untuk bekerjasama menyelesaikan permasalahan sebenar yang dihadapi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Telah tiba masanya ilmuwan dan agamawan di segenap agensi, institusi, dan pertubuhan membuktikan iltizam tinggi mereka untuk mengetepikan kepentingan tertentu dan mengutamakan agama mereka melebihi segala-galanya.\u00a0 Jika perkara ini dapat dilakukan, maka masyarakat umum pasti memperoleh isyarat yang jelas.\u00a0 Bahawa golongan yang diamanahkan memelihara agama dan aliran yang dijadikan pegangan, iaitu Ahl al-Sunnah wal Jama`ah serta melindungi umat Islam terbukti melaksanakan kewajipan yang dipikulkan di bahu mereka.\u00a0 Perisai ampuh telah pun disediakan dengan sebaiknya.\u00a0 Hanya yang tinggal ialah kemampuan dan kebijaksanaan memanfaatkan sepenuhnya perisai tersebut buat menangkis ujian zaman mutakhir.<span style=\"line-height: 1.3em;\">\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan.\u00a0 Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.\u00a0 Demikianlah juga dengan Malaysia.\u00a0 Kemerdekaan yang dicapai lebih lima puluh tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa.\u00a0 Telah sedemikian banyak liku yang dilalui.\u00a0 Sudah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20813","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20813","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20813"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20813\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}