{"id":20818,"date":"2013-09-19T06:18:50","date_gmt":"2013-09-19T06:18:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20818"},"modified":"2013-09-19T06:18:50","modified_gmt":"2013-09-19T06:18:50","slug":"mengurus-risiko-sebelum-kemalangan-jalanraya-tuntutan-maqasid-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mengurus-risiko-sebelum-kemalangan-jalanraya-tuntutan-maqasid-syariah\/","title":{"rendered":"Mengurus Risiko Sebelum Kemalangan Jalanraya Tuntutan Maqasid Syariah"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Statistik kemalangan jalanraya di negara kita sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.\u00a0 Statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa menjadi bukti kepada fenomena ini. Di negeri Selangor yang mempunyai kadar kesibukan penggunaan jalanraya yang tinggi di Malaysia, statistik pada tahun 2009 menunjukkan berlaku 100,380 kemalangan, dengan peningkatan 7,049 kemalangan pada tahun 2010, 8,136 kemalangan pada tahun 2011 dan 13,411 kemalangan\u00a0 pada tahun 2012 seperti dalam laporan pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Terbaru, masyarakat di tanahair turut digemparkan dengan kemalangan bas terhumbam ke dalam gaung ketika turun dari pusat peranginan Genting Highlands sehingga mengorbankan tiga puluh tujuh nyawa.\u00a0 Apabila telah berlaku kemalangan, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan.\u00a0 Kehilangan nyawa tidak boleh lagi ditukar ganti.\u00a0 Mangsa yang cedera parah boleh membawa pelbagai kecacatan yang menganggu kelangsungan kehidupan.\u00a0 Harta-benda yang musnah melibatkan kerugian kepada semua pihak. Tenaga kerja, kepakaran, pengalaman mangsa yang maut menjadi kerugian kepada majikan dan negara. Ahli keluarga hilang tempat berkasih-sayang dan berteduh.<\/p>\n<p>Kenapa kemalangan berlaku?\u00a0 Adakah ia tidak boleh dielakkan langsung sebelum terjadi? Adakah sudah jadi satu nilai hidup kita, hanya setelah berlaku kemalangan siasatan dilakukan? Jika kemalangan besar maka siasatan melibatkan pelbagai agensi pada skala besar juga dibuat. Setelah laporan siap, maka siaplah kerja kita secara umum. Kemalangan tetap bertambah.\u00a0 Laporan bedah siasat daripada kemalangan yang telah pun berlaku seolah-olah menjadi satu rautin agensi berkaitan yang tidak memberi pengajaran.\u00a0 Buktinya, kemalangan jalanraya terus meningkat saban tahun.\u00a0\u00a0 Di manakah mekanisma unggul, jika tidak sampai ke tahap sifar, yang dapat mengurangkan peningkatan statistik kemalangan saban tahun?.<\/p>\n<p>Kemalangan adalah suatu musibah yang tidak dijangka. Ini merupakan satu fakta.\u00a0 Walaupun begitu, manusia diberikan kepandaian dan kreativiti cara yang dapat mengurangkan risiko terjebak dalam kemalangan jalanraya.\u00a0 Pencegahan adalah elok daripada pemulihan.\u00a0 Dapat mengelakkan diri daripada kemalangan di jalanraya adalah lebih elok daripada menjadi mangsanya.<\/p>\n<p>Panduan asas telah pun dijelaskan dalam agama.\u00a0 Islam menekankan bahawa agama, nyawa, akal, keturunan dan harta merupakan perkara asas yang perlu manusia pelihara.\u00a0 Ini merupakan maqasid syariah atau matlamat syariah diturunkan kepada manusia.\u00a0 Dalam kaedah perundangan fiqh Islam, jika dengan melakukan sesuatu perkara dapat melengkapkan tuntutan agama, maka agama menuntut manusia melakukan perkara berkenaan. Dengan tidak terjebak dalam kemalangan jalanraya, manusia dapat memenuhi aspek tuntutan maqasid syariah.<\/p>\n<p>Dalam kes kemalangan jalanraya, masyarakat umumnya dan agensi berkaitan khususnya perlu mencari pendekatan awal untuk menyekat apa-apa perkara yang memudahkan berlaku kemalangan.\u00a0 Jadi, ini merupakan langkah dua tiga kali ke hadapan untuk mencegah kemalangan daripada berlaku.<\/p>\n<p>Langkah-langkah untuk mencegah kemalangan yang telah pun sedia ada, mungkin boleh dilihat lebih lanjut sejauh mana keberkesanannya agar benar-benar mengurangkan kemalangan jalanraya.\u00a0 Penambahbaikan perlu dibuat ke atas undang-undang berkaitan yang boleh memberi pengajaran secara praktikal bukan hanya gah di atas kertas semata-mata.\u00a0 Pendidikan berkaitan cara pemanduan yang selamat perlu diperkasakan di semua peringkat lapisan masyarakat. Sistem penguatkuasaan oleh agensi berkaitan perlu benar-benar telus dan cekap serta mempunyai mesej mendidik.\u00a0 Apabila penguatkuasaan dikenakan ke atas pengguna jalanraya, ia boleh memberi pengajaran kepada mereka.\u00a0 Bukanlah sebaliknya seperti memendam rasa tidak puasa hati sehingga matlamat pelaksanaan agensi penguatkuasaan yang murni dipandang serong lalu menjejaskan tahap keberkesanan dalam mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan.<\/p>\n<p>Pendekatan baharu untuk mencegah kemalangan jalanraya boleh juga diambil untuk menggantikan pendekatan lama yang nampaknya seolah-olah tidak berhasil dengan pertambahan kemalangan dari tahun ke tahun.\u00a0 Sebagai contoh, umum mengetahui kerosakan jalanraya seperti lopak besar, lubang di tengah jalanraya turut menjadi punca kemalangan.<\/p>\n<p>Alhamdulillah, di tepi-tepi jalan kita kerap melihat nombor telefon aduan kerosakan jalanraya kepada agensi berkaitan.\u00a0 Untuk penambahbaikan, bukankah elok jika satu pasukan petugas khas bagi setiap daerah dibentuk yang sentiasa bergerak untuk melihat dan memantau kerosakan jalanraya yang memerlukan pembaikan segera?\u00a0 Ini merupakan satu tindakan proaktif agensi berkaitan.\u00a0 Pengguna jalanraya bukan sahaja akan merasa selesa dengan jalan yang elok dan rasa lebih terjamin keselamatan mereka bahkan akan turut bersyukur kepada agensi berkaitan dan pengurusannya.\u00a0 Isu memantau kerosakan jalanraya ini memang nampak remeh tetapi sangat penting kepada rakyat yang merupakan pengguna jalanraya.<\/p>\n<p>Dengan itu apa-apa pun pendekatan hendaklah diambil oleh pihak berkuasa untuk mengorak langkah lebih kehadapan dalam usaha menghalang kemalangan daripada berlaku dan terus bertambah.\u00a0 Tubuhlah badan yang mengabungkan pelbagai agensi berkaitan lebih awal yang boleh memantapkan usaha pencegahan kemalangan dalam skala yang besar-besaran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Badan ini atau entiti berkaitan dalam erti kata lain boleh \u2018menyiasat\u2019 lebih awal untuk mengenal pasti \u2018ubat mujarab\u2019 bagi menguruskan risiko kemalangan dan seterusnya mengurangkan statistik kemalangan jalanraya negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Statistik kemalangan jalanraya di negara kita sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.\u00a0 Statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa menjadi bukti kepada fenomena ini. Di negeri Selangor yang mempunyai kadar kesibukan penggunaan jalanraya yang tinggi di Malaysia, statistik pada tahun 2009 menunjukkan berlaku 100,380 kemalangan, dengan peningkatan 7,049 kemalangan pada tahun 2010, 8,136 kemalangan pada tahun 2011&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20818","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20818","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20818"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20818\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20818"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20818"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20818"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}