{"id":20825,"date":"2013-09-03T06:31:39","date_gmt":"2013-09-03T06:31:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20825"},"modified":"2013-09-03T06:31:39","modified_gmt":"2013-09-03T06:31:39","slug":"rasa-ingin-tahu-menyemarakkan-dialog-antara-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/rasa-ingin-tahu-menyemarakkan-dialog-antara-agama\/","title":{"rendered":"Rasa Ingin Tahu Menyemarakkan Dialog Antara Agama"},"content":{"rendered":"<p>\u201cBagaimana orang Buddha sembahyang?\u201d<br \/>\n\u201cBagaimana orang Hindu puasa?\u201d<br \/>\n\u201cKenapa orang Islam berpuasa dan bagaimana ia dilaksanakan?\u201d<br \/>\n\u201cBolehkah orang bukan Islam masuk masjid? Kalau tidak, kenapa?\u201d<br \/>\n\u201cApakah sistem kasta berkait dengan agama Hindu?\u201d<br \/>\n\u201cKenapa wanita Islam tidak perlu solat Jumaat?\u00a0 Tidakkah ini merupakan satu bentuk diskriminasi jantina?\u201d<\/p>\n<p>Yang tertera di atas merupakan sebahagian dari soalan yang dikemukakan oleh para peserta pelbagai kaum Bengkel \u201cMasyarakat Malaysia Hidup Bersama\u201d yang dianjurkan oleh Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) pada 23 \u2013 25 Ogos 2013 yang lalu.<\/p>\n<p>Bengkel yang dianjurkan di Homestay Sg. Hj. Dorani, Selangor ini bertujuan untuk: (i) memberi ruang kepada para belia dari pelbagai kaum untuk hidup bersama; (ii) membuka ruang interaksi serta kerjasama antara peserta ke arah pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu; dan, (iii) menyediakan platform untuk para peserta mengamalkan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama oleh masyarakat majmuk Malaysia.<\/p>\n<p>Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan mereka perlu bertanding dalam setiap aktiviti yang dijalankan.\u00a0 Sepanjang tiga hari dua malam ini, para peserta telah bertanding dalam acara-acara seperti \u201cNight Walk\u201d di sawah padi; mencanting batik; menumbuk padi; membuat layang-layang; gogoh (menangkap ikan dengan tangan dalam sawah padi); dan tarian kuda kepang.\u00a0 Acara kemuncaknya ialah persembahan kumpulan di mana setiap kumpulan diminta mempersembahkan pengalaman mereka sepanjang program ini dalam bentuk lakonan, pantun, sajak, mahupun nyanyian.<\/p>\n<p>Oleh kerana dana untuk program ini diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan dialog antara agama, maka penulis, selaku Penyelaras Program telah meletakkan satu syarat bahawa, untuk menambah markah kumpulan, mereka digalakkan mengemukakan soalan mengenai agama lain secara bertulis.\u00a0 Kumpulan yang mengemukakan soalan seumpama ini akan mendapat lima markah untuk setiap soalan.<\/p>\n<p>Di kesenggangan waktu, soalan terpilih akan dibacakan dan wakil agama tersebut diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan.\u00a0 Secara tidak langsung, proses ini menghantar isyarat bahawa sebagai penganut sesebuah agama, setiap individu perlu memahami agamanya dan bersedia untuk memberi penjelasan mengenai agamanya kepada khalayak yang memerlukan.<\/p>\n<p>Dalam program yang padat itu, tiga soalan sempat dijawab iaitu, \u201cBagaimana orang Buddha sembahyang?\u201d; \u201cBagaimana orang Hindu puasa?\u201d; dan, \u201cKenapa orang Islam berpuasa dan bagaimana ia dilaksanakan?\u201d<\/p>\n<p>Ketika jawapan diberikan, semua peserta memberikan sepenuh perhatian.\u00a0 Jujur, ikhlas dan dahaga untuk mengetahui jawapannya.\u00a0 Dari situ, timbul pula soalan-soalan lain yang berkaitan.\u00a0 Misalnya, \u201cDalam sehari, berapa kali orang Buddha sembahyang?\u201d; \u201cApakah bacaan dalam sembahyang itu\u201d; \u201cOrang Hindu berpuasa dari jam berapa sampai jam berapa?\u201d\u00a0 \u201cKalau orang Islam itu berada di Amerika dan waktu siangnya panjang, maka apakah dia akan berpuasa untuk tempoh yang lama juga?\u201d<br \/>\nJawapan-jawapan yang diberikan telah menjana lebih banyak soalan bertulis yang baru.\u00a0 Bukan sahaja belia yang beragama Hindu dan Buddha bertanya mengenai Islam, belia Islam juga mengajukan soalan mengenai agama Buddha dan Hindu.\u00a0 Akhirnya, program ini mendapat 20 soalan bertulis mengenai agama Islam, Buddha dan Hindu.<\/p>\n<p>Soalan-soalan yang diajukan pula betul-betul menjurus kepada agama tersebut, bagi memenuhi rasa ingin tahu yang ada dalam diri si penyoal.\u00a0 Ia tidak bertujuan untuk membandingkan satu agama dengan agama yang lain; apa lagi meninggikan satu agama dan merendahkan agama yang lain.\u00a0 \u201cInilah dialog antara agama yang sebenar\u2026\u201d, bisik hati penulis, yang kerapkali menghadiri dialog antara agama dalam dewan-dewan persidangan yang sejuk dan formal, sejak 20 tahun berada di IKIM.<\/p>\n<p>Soalan-soalan yang terhasil dari para belia pelbagai kaum ini juga menunjukkan bahawa soalan-soalan ini telah lama berada di minda mereka.\u00a0 Malangnya, mereka tiada platform untuk mengajukan soalan-soalan tersebut.\u00a0 Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ada peserta Melayu yang mengaku bahawa sebelum menghadiri program ini, mereka tidak pernah mempunyai kawan dalam kalangan bukan Melayu.<\/p>\n<p>Hakikat bahawa program ini mengumpulkan golongan belia dari pelbagai bangsa, mungkin sesuatu yang biasa.\u00a0 Begitu juga, tiada kelainannya apabila program ini diisi dengan aktiviti-aktiviti masyarakat kampung seperti mencanting batik, membuat layang-layang dan gogoh.\u00a0 Namun, apa yang luar biasa mengenai program ini ialah ia memberi peluang kepada para belia dari pelbagai kaum untuk hidup bersama, mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat majmuk dan seterusnya merasakan pengalaman dialog antara agama secara santai tetapi sihat.<\/p>\n<p>Maka, tidak hairanlah dalam acara kemuncak di mana setiap kumpulan diminta membentangkan pengalaman mereka sepanjang program ini, kumpulan Bukhari telah memparodikan lagu \u201cAnak Kampung\u201d dengan selingan sebuah sketsa dialog antara agama.\u00a0 Dalam sketsa ini, seorang belia India bertanya mengenai maksud makanan halal kepada kawan Melayunya.\u00a0 Kawan Melayunya itu pula bertanyakan mengenai kenapa penganut Hindu tidak boleh makan daging lembu dan apa pentingnya burung merak kepada penganut Hindu.<\/p>\n<p>Selaku penyelaras, penulis berasa puas kerana inilah yang diharapkan dari program ini iaitu suburnya dialog antara agama dalam masyarakat kita, khususnya dalam kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan.\u00a0 Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud, \u201c<em>Wahai umat manusia!\u00a0 Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)\u2026<\/em>\u201d\u00a0 Berkenal-kenalan bukanlah setakat mengenali kaum lain secara peribadi dan sosialnya.\u00a0 Ia pastilah juga merangkumi agamanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cBagaimana orang Buddha sembahyang?\u201d \u201cBagaimana orang Hindu puasa?\u201d \u201cKenapa orang Islam berpuasa dan bagaimana ia dilaksanakan?\u201d \u201cBolehkah orang bukan Islam masuk masjid? Kalau tidak, kenapa?\u201d \u201cApakah sistem kasta berkait dengan agama Hindu?\u201d \u201cKenapa wanita Islam tidak perlu solat Jumaat?\u00a0 Tidakkah ini merupakan satu bentuk diskriminasi jantina?\u201d Yang tertera di atas merupakan sebahagian dari soalan yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20825","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20825","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20825"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20825\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20825"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20825"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20825"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}