{"id":20871,"date":"2013-07-26T07:55:27","date_gmt":"2013-07-26T07:55:27","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20871"},"modified":"2013-07-26T07:55:27","modified_gmt":"2013-07-26T07:55:27","slug":"al-quran-teladan-kepada-semua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/al-quran-teladan-kepada-semua\/","title":{"rendered":"Al-Quran, Teladan Kepada Semua"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"text-align: justify; line-height: 1.3em;\">Kitab al-Quran merupakan mukjizat nabi Muhammad SAW yang menjadi sumber rujukan manusia mencari keredaan Allah SWT di dunia sehingga mereka berjaya di akhirat kelak.\u00a0 Al-Quran ialah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW.\u00a0 Kita menerima al-Quran secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai ibadah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\nTeladan membawa erti melakukan sesuatu perbuatan dan lain-lain peristiwa yang elok. Untuk menjadikan al-Quran sebagai teladan yang baik, kita perlu mengetahui matlamat al-Quran diturunkan.\u00a0 Garis panduan ini diceritakan oleh sumber perundangan Islam iaitu al-Quran sendiri dan al-Sunnah.<\/p>\n<p>Selain itu, kita boleh melihat muamalah sahabat RA dengan al-Quran dalam kehidupan mereka.\u00a0 Sahabat ialah orang yang pernah berjumpa dengan nabi SAW dan beriman dengannya.\u00a0 Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Generasi paling baik adalah generasi ketika aku diutus (sahabat), kemudian generasi selanjutnya (tabiin), kemudian generasi selanjutnya (Tabiut tabiin) (Hadis riwayat Muttafaqun alaih).\u00a0 Sahabat merupakan cermin kepada akhlak baginda SAW yang menjadikan al-Quran sebagai\u00a0<strong><em>manhaj<\/em><\/strong>\u00a0kehidupan.<\/p>\n<p>Sebagai umat Islam, kita tidak boleh membiarkan naskah suci al-Quran tersimpan begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya.\u00a0 Sebaliknya ia perlu didampingi bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan sepanjang masa.\u00a0\u00a0 Maka kefahaman yang baik kedudukan sebenar al-Quran dan mengambil manfaat daripadanya sudah tentu ditagih.<\/p>\n<p>Perkara asas manusia terhadap al-Quran ialah mereka beriman dengannya.\u00a0 Umat Islam perlu yakin bahawa al-Quran itu merupakan wahyu daripada Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW.\u00a0 Mereka wajib percaya segala berita, suruhan dan larangan yang terkandung di dalamnya.\u00a0 Ini merupakan salah satu rukun iman yang enam iaitu mempercayai kepada kitab Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:\u00a0<em>Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya<\/em>\u00a0(Surah al-Nisaa\u2019:136).<\/p>\n<p>Umat Islam dituntut untuk mengkaji isi kandungan al-Quran, melihat ayat-ayatnya, ilmu dan rahsianya.\u00a0 Allah SWT berfirman yang bermaksud:\u00a0<em>\u201c(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar<\/em>\u00a0(Surah Shad, ayat 29).<\/p>\n<p>Selain itu, umat Islam diminta untuk membaca al-Quran.\u00a0 Membaca al-Quran perlu dilakukan sepanjang masa dan bukan hanya ketika bulan Ramadhan sahaja.\u00a0 Ketika datang bulan Ramadhan, mereka dituntut untuk menggandakan lagi bacaan demi merebut keberkatan dan anugerah malam Lailatur Qadar. Membaca al-Quran tidak dilakukan dengan tergesa-gesa tetapi sebaliknya dengan tertil atau perlahan-lahan.\u00a0\u00a0 Ini bertepatan dengan saranan dalam surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud \u201cBacalah al-Quran dengan perlahan-lahan\u201d.<\/p>\n<p>Dengan tilawah yang teratur, pembaca bukan sahaja dapat membaca dengan betul hukum tajwid bahkan mereka yang mempunyai kemahiran bahasa Arab terus dapat menghayati makna ayat-ayat yang dibaca.\u00a0 Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada pembaca al-Quran.\u00a0 Dalam satu hadis baginda bersabda yang maksudnya:\u00a0\u00a0 Sesiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dia mendapatkan satu kebaikan dengannya. Dan satu kebaikan itu (dibalas) sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan\u00a0<em>alif lam mim<\/em>\u00a0satu huruf. Tetapi\u00a0<em>alif<\/em>\u00a0satu huruf,\u00a0<em>lam<\/em>\u00a0satu huruf, dan\u00a0<em>mim<\/em>\u00a0satu huruf (Hadis riwayat Tirmizi).<\/p>\n<p>Umat Islam sudah tentu juga dituntut untuk mengamal hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran.\u00a0 Para sahabat apabila mempelajari al-Quran daripada Rasulullah SAW, mereka terus mengamalkan bahagian yang mereka pelajari dan fahami tentang ayat-ayat al-Quran.\u00a0 Abu Abdul Rahman RA berkata: \u201cJika para sahabat mengajarkan al-Quran kepada kami, mereka berkata: \u201cKami belajar al-Quran daripada Rasulullah SAW sebanyak 10 ayat, dan kami tidak akan meminta nabi SAW untuk mengajarkan ayat berikutnya sebelum 10 ayat tadi disesuaikan antara ilmu dan amalnya\u201d (\u00a0<em>Muntakhab Kanzul Ummal<\/em>\u00a0).<\/p>\n<p>Individu Muslim turut diingatkan agar mencari kebajikan dengan menghafal al-Quran. Ini kerana mereka yang tidak mempunyai sedikit pun hafalan al-Quran maka mereka diumpamakan seperti sebuah rumah yang rosak.\u00a0 Ini dinyatakan dalam sebuah hadis baginda SAW seperti yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi. Orang yang hafal al-Quran turut mendapat keutamaan di sisi nabi SAW.\u00a0 Dalam sebuah hadis, nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda, &#8220;Siapakah di antara kedua-duanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat&#8221; (Hadis riwayat Bukhari).<\/p>\n<p>Umat Islam wajib mengikut saranan dan arahan di dalam al-Quran.\u00a0 Dewasa ini kita melihat pelbagai isu seperti sosial, muamalat berleluasa dalam masyarakat.\u00a0 Ini timbul kerana umat Islam sendiri meminggirkan saranan dalam al-Quran.\u00a0 Ilmu logik dan akademik<\/p>\n<p>Barat diambil menjadi acuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.\u00a0 Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa umat manusia tidak akan menjadi porak-poranda jika mereka mengambilnya sebagai ikutan.\u00a0 Dalam surah Taha ayat 123,\u00a0\u00a0 Allah berfirman yang bermaksud: &#8220;<em>Jika datang kepada kamu petunjuk daripada Aku, maka sesiapa mengikut petunjuk Aku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka<\/em>.\u00a0 Petunjuk Allah SWT yang nyata dan mudah kita dapat ialah al-Quran itu sendiri.<\/p>\n<p>Sempena dengan bulan Ramadhan dan Nuzul al-Quran, elok sama-sama kita bermuhasabah diri.\u00a0 Al-Quran dapat menjadi teladan yang baik kepada kita apabila kita menghayati fungsi dan peranan al-Quran yang sebenar-benarnya.\u00a0 Ini akhirnya akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu bahkan kepada umat sejagat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kitab al-Quran merupakan mukjizat nabi Muhammad SAW yang menjadi sumber rujukan manusia mencari keredaan Allah SWT di dunia sehingga mereka berjaya di akhirat kelak.\u00a0 Al-Quran ialah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW.\u00a0 Kita menerima al-Quran secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai ibadah.\u00a0 Teladan membawa erti melakukan sesuatu perbuatan dan lain-lain peristiwa yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20871","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20871"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20871\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}