{"id":21041,"date":"2012-11-23T06:49:11","date_gmt":"2012-11-23T06:49:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21041"},"modified":"2012-11-23T06:49:11","modified_gmt":"2012-11-23T06:49:11","slug":"hijrah-ke-arah-pemakanan-sihat-bermula-daripada-diri-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hijrah-ke-arah-pemakanan-sihat-bermula-daripada-diri-sendiri\/","title":{"rendered":"Hijrah Ke Arah Pemakanan Sihat : Bermula Daripada Diri Sendiri"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu\u00a0dikekalkan. Umumnya, usia 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan. Namun, jika kita menyedari akan\u00a0kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil. Ia merupakan satu cara yang\u00a0terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang\u00a0tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran untuk menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT\u00a0dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana\u00a0tidak menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun,\u00a0disebabkan kegagalan inilah, ramai yang mendapat pelbagai penyakit. Sepertimana yang termaktub dalam surah ar-Ruum ayat 41 di\u00a0mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka\u00a0perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nyata pada hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri sendiri dengan mengamalkan pemakanan tidak sihat, sumber makanan yang\u00a0tidak halal, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani. Faktor-faktor ini semakin mengakar dalam kehidupan seharian. Akhirnya ia menyumbang kepada mudarat yang lebih besar. Islam melarang\u00a0manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita perlu bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan nadi\u00a0penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya daripada akar umbi. Tahun baru hijrah\u00a01434H yang baharu dilalui ini seharusnya dijadikan inspirasi disertai dengan perubahan yang bertitik tolak daripada diri sendiri.\u00a0Hijrah dalam konteks yang lebih luas dapat diterjermahkan melalui amalan kehidupan seseorang bergantung kepada matlamat. Semangat\u00a0hijrah ini perlu disuburkan dalam setiap individu untuk menjadikan kesihatan sebagai satu tunggak penting dalam hidup tidak\u00a0mengira lapisan umur. Penghijrahan ke arah yang lebih baik memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi\u00a0mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden masa kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan\u00a0teratur. Biar pun perubahan itu hanya sedikit tetapi istiqamah untuk melakukan yang terbaik adalah lebih penting.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam memilih makanan, Islam menekankan agar umatnya mencari yang halal serta baik. Ini kerana konsep halalan tayyiban yang\u00a0dianjurkan dalam al-Quran mencerminkan kepada kita bahawa Islam itu syumul sehingga dalam hal pemilihan makanan pun diperincikan\u00a0dengan konsep yang cukup lengkap panduannya. Intipatinya mudah. Pilih makanan yang halal, sumber rezeki yang halal, menekankan\u00a0aspek mutu makanan iaitu pemakanan yang sihat serta makanan yang baik untuk kesihatan. Kalau sebelum ini, kita mengambil mudah\u00a0dengan sumber makanan yang disuapkan ke mulut, anjakkanlah pemikiran kita agar elemen halal itu menjadi satu perkara yang amat\u00a0penting dalam mempengaruhi kesihatan rohani dan jasmani malah penting juga untuk pembentukan peribadi anak-anak.\u00a0Seharusnya, pola pemakanan perlu diubah ke arah yang lebih sihat mengikut \u00a0kemampuan kita. Makanan itu dikatakan memenuhi ciri\u00a0tayyib apabila ia selamat dimakan. Mungkin ramai di antara kita memandang remeh dan tidak memperhalusi erti tayyib sebenar. Soal\u00a0keselamatan makanan yang merangkumi kebersihan dan keracunan makanan tidak wajar diketepikan. Apabila ingin mengubah selera untuk\u00a0makan diluar, sebagai pengguna yang bijaksana perlulah memilih kedai yang bersih, halal dan selamat. Penyajian makanan juga tidak\u00a0meragukan kita. Di dalam satu hadis, Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membersihkan buah kurma terlebih dahulu\u00a0sebelum makan. Ini menunjukkan walaupun buah kurma itu makanan yang segar, ia mungkin tercemar oleh debu atau benda-benda lain\u00a0yang menyebabkan ia tidak elok untuk dimakan. Oleh itu, membasuhnya adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan keselamatan\u00a0makanan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam satu sudut lain, ramai di antara kita bimbang dengan penampilan saiz badan masing-masing terutamanya wanita. Kegemukan\u00a0bukan sekadar masalah lahiriah tetapi ia mendatangkan bahaya yang lebih besar kepada kesihatan. Komplikasi kesihatan kesan\u00a0daripada kegemukan akan menurunkan kualiti kehidupan seseorang individu. Secara tidak langsung, ia akan memberi impak dalam\u00a0pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, pemakanan yang sihat dan seimbang dapat menjamin kesihatan yang baik dan bentuk badan\u00a0yang kekal cantik. Bagi yang memiliki bentuk badan yang tidak memuaskan, dengan gaya pemakanan yang seimbang dan senaman yang\u00a0berkala dapat menurunkan berat badan kepada bentuk yang diingini. Oleh itu, tahun baru hijrah ini wajar dijadikan satu titik\u00a0tolak untuk terus berusaha mencapai berat badan yang unggul dan mengekalkan taraf kesihatan yang baik. Dengan azam yang kental,\u00a0kita dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perubahan bermula daripada diri sendiri. Barulah kita dapat membentuk satu persekitaran yang sihat. Seterusnya dapat mendidik\u00a0anak-anak atau mereka yang berada di sekeliling kita untuk menjaga kesihatan. Ia perlu dimulakan walaupun hanya sekadar secebis\u00a0usaha ke arah pemakanan yang sihat. Apa yang penting ialah keazaman yang kuat untuk berubah kepada yang lebih baik dan\u00a0menjadikannya sebagai satu kelaziman. Daripada bab pemilihan makanan halal dan baik, pengekalan gaya hidup sihat sehinggalah\u00a0kepada penyediaan sendiri makanan yang baik di rumah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Ayuh, kita tanamkan niat untuk\u00a0berhijrah agar kita menjadi seorang insan yang mempunyai kesihatan yang baik dan terjamin untuk kesinambungan masyarakat pewaris\u00a0berkualiti pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu\u00a0dikekalkan. Umumnya, usia 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan. Namun, jika kita menyedari akan\u00a0kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil. Ia merupakan satu cara yang\u00a0terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-21041","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21041","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21041"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21041\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21041"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21041"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21041"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}