{"id":21227,"date":"2018-07-16T00:37:40","date_gmt":"2018-07-16T00:37:40","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21227"},"modified":"2018-07-16T00:37:40","modified_gmt":"2018-07-16T00:37:40","slug":"jangan-ambil-mudah-soal-keamanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/jangan-ambil-mudah-soal-keamanan\/","title":{"rendered":"Jangan Ambil Mudah Soal Keamanan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Baik dan buruk tutur kata memiliki martabat yang jauh berbeza.\u00a0 Demikianlah al-Qur\u2019an memberikan perbandingan bagaimana perkataan yang baik seumpama pohon yang baik; akarnya teguh, pucuknya menjulang ke langit, dan buah-buahan dihasilkan saban ketika.\u00a0 Sebaliknya perkataan yang buruk ibarat pohon yang tidak berguna, akarnya tercabut dari tanah dan tiada tapak baginya untuk terus tumbuh serta hidup.\u00a0 Perbandingan bermakna daripada al-Qur\u2019an ini dikukuhkan dengan gesaan agar setiap insan sentiasa menuturkan perkataan yang baik (Surah al-Baqarah, ayat 83) dan mengelakkan daripada membicarakan perkara sebaliknya (Surah al-Nisa\u2019, ayat 148). Kita dapat melihat sebagai contoh, Surah al-Hujurat sarat mengandungi larangan tertentu berkaitan dengan tutur kata, bicara, dan kalimah yang dilafazkan.\u00a0 Larangan tersebut merangkumi mencemuh, merendah-rendahkan, mempersenda, menghina, mengaibkan, memberikan gelaran buruk atau mengejek, mendedahkan kesalahan, dan mengumpat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesemua larangan tersebut bertujuan memelihara hubungan dalam sesebuah kumpulan, organisasi, dan masyarakat.\u00a0 Gesaan dan larangan al-Qur\u2019an diteguhkan lagi oleh Hadith-hadith Nabi SAW yang menekankan kepentingan dan kebaikan memelihara tutur kata.\u00a0 Demikian juga sebaliknya, iaitu kesan buruk daripada kegagalan memelihara tutur kata. Keprihatinan terhadap peringatan kedua-dua sumber penting ini mendorong al-Imam al-Syafie r.h. untuk mempertimbang dengan teliti tindakan terbaik apabila diajukan suatu persoalan.\u00a0 Beliau tidak terus memberikan jawapan, malah berfikir sehingga dapat menentukan tindakan yang lebih baik antara menjawab persoalan yang dikemukakan atau sebaliknya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jelas daripada penekanan dan larangan berhubung dengan bicara, ia bukan semata-mata merupakan hak atau kebebasan yang dimiliki tanpa dipikulkan tanggungjawab tertentu.\u00a0 Dengan kata-kata lain, tiada pihak yang memiliki kebebasan untuk bersuara dan memberikan pandangan secara mutlak.\u00a0 Kebebasan bersuara perlu dikawal dan dibataskan.\u00a0 Setiap individu perlu mengambil kira dan bertanggungjawab atas tindakannya terhadap pihak lain. Batasan bagi kebebasan bersuara bukanlah perkara baharu.\u00a0 Kini sudah pun wujud undang-undang di negara-negara di dunia yang melarang ucapan kebencian (<em>hate speech<\/em>), <em>libel<\/em> <em>and defamation<\/em> (fitnah), dan <em>Law against Holocaust Denial <\/em>(Undang-Undang tentang Penafian Holocaust).\u00a0 Undang-undang yang diperuntukkan di 16 buah negara Eropah dan Israel ini menjadikan penafian terhadap pembunuhan (genosid) kira-kira enam juta bangsa Yahudi di Eropah secara sistematik oleh tentera Nazi Jerman pada tahun-tahun 1930-an dan 40-an sebagai suatu kesalahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada peringkat tempatan, kebebasan bersuara dan bercakap diperuntukkan melalui Perkara 10 1 (a) Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, segelintir pihak memanfaatkan peruntukan ini dengan sewenang-wenangnya.\u00a0 Tidak dipamerkan kesedaran untuk mengimbanginya dengan tanggungjawab agar tidak mengakibatkan kesan buruk terhadap individu, kumpulan atau kelompok tertentu, institusi, bahkan juga negara.\u00a0 Perlu disedari bahawa kebebasan yang diperuntukkan oleh Perkara 10 1 (a) diimbangi oleh sekatan atau batasan yang diperuntukkan melalui peruntukan-peruntukan lain.\u00a0 Perkara 10 (2) misalnya menetapkan bahawa Parlimen boleh mengadakan undang-undang bagi mewujudkan sekatan yang didapati perlu dan mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan, perhubungan persahabatan dengan negara luar, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan badan legislatif atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah atau perbuatan menghasut untuk melakukan sesuatu kesalahan.\u00a0 Hal ini menunjukkan bahawa di samping kebebasan, undang-undang turut melindungi kehormatan dan nama baik.\u00a0 Jelas bahawa kedua-dua bentuk hak yang penting itu diseimbangkan oleh undang-undang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di samping itu, batasan atau sekatan juga dikenakan terhadap anggota masyarakat negara ini dalam bersuara dan menyatakan pandangan turut terkandung dalam beberapa undang-undang yang digubal oleh Parlimen.\u00a0 Antaranya termasuklah Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Fitnah 1957, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Kanun Keseksaan (Akta 574).\u00a0 Dari sudut hukumannya pula, sebagai contoh Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh setahun atau kedua-duanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebebasan bersuara, berucap, dan mengemukakan buah fikiran kini dilihat semakin luas dengan perubahan besar yang berlaku dalam negara.\u00a0 Namun demikian, semangat keterbukaan yang diamalkan juga kian menimbulkan keresahan sebahagian besar rakyat negara ini.\u00a0 Hal ini khususnya apabila sensitiviti mereka semakin tidak diendahkan.\u00a0 Apatah pula persoalan kebenaran dalam ajaran agama.\u00a0 Sebagaimana diungkap peribahasa Melayu, kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan. Pandangan yang bertentangan dengan nilai- nilai islam dan prinsip-prinsip akhlak berteraskan agama yang menjadi ancaman terhadap institusi kekeluargaan serta kemasyarakatan diberikan ruang serta peluang.\u00a0 Sebaliknya, pandangan yang dikemukakan oleh individu atau kumpulan bagi tujuan perkembangan dakwah Islamiah yang sihat diberikan tekanan serta ugutan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Harus diingat perbuatan tidak menghormati pendirian, pegangan dan amalan golongan terbanyak yang sudah sebati, merupakan salah satu bentuk provokasi.\u00a0 Provokasi pula sebagaimana disedari umum hanya akhirnya kelak menimbulkan kebencian serta kemarahan.\u00a0 Pada ketika itu, orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap pendekatan bertolak ansur yang merupakan rukun penting dalam pembinaan masyarakat ini negara ini sejak puluhan dekad yang lalu.\u00a0 Tidak mustahil apabila semangat luhur tersebut lenyap sepenuhnya, maka tercetuslah keganasan yang amat dibimbangi selama ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kepemimpinan negara tidak harus sama sekali mengambil mudah persoalan keamanan.\u00a0 Kestabilan dan ketenteraman awam tidak selamanya akan berpanjangan. Bahkan menuntut kesungguhan tidak berbelah bahagi dalam mempertahankannya. Justeru, kebebasan yang dinikmati tanpa sekatan sehingga menimbulkan keresahan serta ketidakharmonian perlu ditangani dengan sebaik-baiknya. Peringatan perlu diberikan kepada rakyat umumnya bahawa kebebasan yang dimiliki kekal bersyarat dan bersempadan.\u00a0 Bahawa ia tertakluk pada ajaran agama yang dijunjung Perlembagaan. Tidak juga sekali-kali menodai kecintaan dan kesetiaan kepada raja serta negara.\u00a0 Pun tidak sama sekali mencemari halusnya budi bahasa dan indahnya tatasusila seluruh rakyat umumnya.\u00a0 Selain itu, pihak kepemimpinan negara juga wajar menunjukkan sokongan padu terhadap program-program ilmiah yang dilaksanakan berasaskan hasrat yang tulen, tanpa kepentingan tertentu termasuklah politik.\u00a0 Sebaliknya ia dilaksanakan dengan tujuan menyebarluaskan kefahaman di samping mendapatkan penyelesaian yang bermanfaat untuk segenap lapisan masyarakat.\u00a0\u00a0 Inilah antara usaha yang dilaksanakan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak awal penubuhannya. Kegiatan yang dijalankan disasarkan untuk memberikan kefahaman\u00a0berkaitan ajaran <a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Islam\">Islam<\/a>\u00a0yang tepat dan berkesan melalui kaedah semasa yang bersesuaian.\u00a0 Kefahaman yang benar akan membuahkan kesedaran, persetujuan bersama dan kesepakatan yang selanjutnya menghasilkan keharmonian serta kestabilan.\u00a0 Semua elemen penting inilah yang akan membolehkan negara terus teguh, berdaya maju serta mampu mendepani ujian zaman yang semakin mencabar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baik dan buruk tutur kata memiliki martabat yang jauh berbeza.\u00a0 Demikianlah al-Qur\u2019an memberikan perbandingan bagaimana perkataan yang baik seumpama pohon yang baik; akarnya teguh, pucuknya menjulang &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21227","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21227","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21227"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21227\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21227"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}