{"id":21234,"date":"2018-07-18T08:10:56","date_gmt":"2018-07-18T08:10:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21234"},"modified":"2018-07-18T08:10:56","modified_gmt":"2018-07-18T08:10:56","slug":"teknologi-pengaruhi-generasi-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/teknologi-pengaruhi-generasi-muda\/","title":{"rendered":"Teknologi pengaruhi generasi muda"},"content":{"rendered":"<p>Di zaman Yunani dahulukala, ilmu dan maklumat mengambil masa yang lama untuk disebarkan dan sampai kepada masyarakat kerana pada ketika itu buku-buku hanya berada di kalangan segelintir ilmuwan dan cerdik pandai sahaja. Buku-buku tersebut pun ditulis tangan sahaja dengan kuantiti yang amat sedikit sekali. Apabila munculnya teknologi pembikinan kertas menjadikan kertas mudah diperoleh sekitar 1400, industri percetakan buku atau perbukuan pun bermula. Namun, buku-buku masih terhad kepada para ilmuwan dan pelajar sahaja sedangkan masyarakat awam biasanya masih sukar mendapatkannya dan mungkin juga tidak berminat untuk memperolehnya, lebih-lebih lagi ianya akan melibatkan kos sedangkan bagi mereka banyak barangan lain yang lebih utama untuk dibeli.<\/p>\n<p>Dengan perkembangan pesat teknologi masakini, khususnya kewujudan wahana media sosial menyebabkan penyebaran maklumat dan ilmu menjadi tersangat pantas yang luar biasa dalam sekelip mata sahaja.\u00a0 Maklumat disebarkan \u00a0di hujung jari dan kini tidak terhad kepada ilmuan semata-mata. Apa yang membimbangkan ialah perkembangan teknologi ini bukan sahaja menyediakan maklumat dan ilmu yang berguna tetapi juga yang boleh merosakkan pemikiran manusia kerana hampir semuanya mudah diperoleh melalui internet sehingga disebut \u201c<em>the<\/em> <em>internet of everything<\/em>\u201d (IoE). Kesan ledakan maklumat ini telah banyak mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran masyarakat. Hampir \u00a0\u201csemua\u201d ada dalam internet, bahan yang baik mahupun yang buruk, racun mahupun penawar, berita benar mahupun berita palsu atau \u201c<em>fake news<\/em>\u201d. Fenomena \u201cArab Spring\u201d yang dimulakan oleh generasi muda di Tunisia dikatakan juga bermula melalui penyebaran maklumat menerusi media sosial yang kemudiannya menggerakkan kebangkitan rakyat hingga mampu menumbangkan sebuah kerajaan yang dilihat zalim.\u00a0 Justeru itu tidak boleh dinafikan lagi bahawa penyebaran maklumat \u00a0masakini jauh lebih efisyen, pantas daripada sepuluh atau dua puluh tahun dahulu dan akibat daripada hal ini, keupayaan untuk mempengaruhi pemikiran dan tindakan masyarakat juga menjadi tinggi.<\/p>\n<p>Kita khuatir dengan perkembangan ini walaupun ada kebaikannya namun jika tidak dikawal, akan boleh merosakkan pemikiran generasi muda masakini, seterusnya menghancurkan pegangan agama dan adab budaya masyakarat. Hari ini kita dapati faham-faham samada yang berasal daripada tradisi Barat, mahupun faham-faham sesat yang wujud dalam sejarah Islam silam mula cuba dihidup dan segar-bugarkan kembali. Ada suara yang menyeru untuk kembali kepada fahaman Muktazilah kononnya inilah fahaman yang boleh membawa kemajuan kepada umat Islam berbanding pegangan al-Asha\u2019irah manhaj Ahlul Sunnah wal Jamaah. Sebelum itu, ada golongan yang menolak hadis dan hanya mahu berpegang kepada al-Qur\u2019an sahaja sepertimana kelompok yang pernah wujud di zaman kerajaan Abasiyyah dikepalai oleh Ibrahim al-Nazzam, kerana kononnya sukar untuk diterima Baginda SAW bertutur sedemikian banyak dan setiap pertuturan Baginda SAW itu dirakamkan dengan setepatnya. \u00a0Fahaman sekularisme yang dibimbangi akan meresap masuk dalam masyarakat Islam hari ini nampaknya semakin kukuh dan membiak parah sehingga melahirkan pemikiran-pemikiran lain yang bertitik tolak daripada faham sekularisme\u00a0 tersebut. Kita mula mendengar ada yang mempertikaikan Perkara 3(1) yang meletakkan \u201cIslam Agama Persekutuan\u201d kerana katanya ianya menyukarkan pentadbiran kerajaan kerana urusan dunia dan agama tidak dipisahkan dan pertimbangan Islam kena sentiasa diambil kira dalam apa jua polisi dan tindakan kerajaan.\u00a0 Pendokong gerakan pluralisme, feminisme, dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender atau disebut \u201cLGBT\u201d bukan lagi suara asing di negara kita ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kenapa hal sebegini berlaku? Kerana pengaruh daripada masyarakat Barat samada yang dibawa oleh mereka yang pernah menuntut atau berada di Barat, atau juga melalui pengaruh media sosial dan internet.<\/p>\n<p>Jika dahulu masyarakat kita digelar masyarakat moden yang masih menghormati dan memandang tinggi autoriti dan naratif agung, namun kemudiannya masyarakat diserang pemikiran pasca-modernisme yang menolak autoriti dan menentang segala bentuk fahaman-fahaman atau \u201cnaratif agung\u201d yang bertapak dan diakui masyarakat. Semakin ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya telah terpengaruh dengan virus idea \u201c<em>deconstruction<\/em>\u201d yang dibawa oleh\u00a0 ahli falsafah Perancis kelahiran Algeria, Jacques Derrida (m.2004). Beliau menyeru dirungkaikan semua makna-makna dan naratif agung\u00a0 yang dikongsi bersama dan dikembalikan \u201ckebebasan berfikir\u201d semula kepada manusia untuk membangunkan faham dan konsep mengikut acuan masing-masing.<\/p>\n<p>Kita mula mendengar wujudnya kelompok Melayu ateis, suatu kelompok yang tidak pernah terbayang oleh fikiran kita sepuluh tahun dahulu. Kalau dahulu apabila disebut bangsa Melayu, yang terlintas ialah beragama Islam, namun hari ini Melayu belum tentu lagi seorang beragama Islam.<\/p>\n<p>Bagi mendepani cabaran pemikiran masakini, sayugia kita memperkukuhkan faham agama terhadap anak-anak kita agar generasi akan datang tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang semakin mencabar dan rosak ini. Anak-anak perlu difahamkan dengan asas-asas agama yang benar dan memahami pandangan alam hidup Islami terlebih dahulu. Kerana jika mereka tidak faham Islam, mereka akan mudah terpengaruh dan terpesona dengan ungkapan, dan hujah hebat dan retorik kelompok yang memperjuangkan faham-faham sesat dan menyeleweng ini. Sayyidina Ali RA pernah mengingatkan \u201ckenali tokoh itu berdasarkan kebenaran, bukan kenali kebenaran melalui tokoh\u201d.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di zaman Yunani dahulukala, ilmu dan maklumat mengambil masa yang lama untuk disebarkan dan sampai kepada masyarakat kerana pada ketika itu buku-buku hanya berada di kalangan segelintir ilmuwan dan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-21234","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21234"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21234\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}