{"id":21456,"date":"2018-08-13T01:44:52","date_gmt":"2018-08-13T01:44:52","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21456"},"modified":"2018-08-13T01:44:52","modified_gmt":"2018-08-13T01:44:52","slug":"transhumanisme-dan-kehidupan-abadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/transhumanisme-dan-kehidupan-abadi\/","title":{"rendered":"Transhumanisme dan Kehidupan Abadi"},"content":{"rendered":"<p>Pernah suatu ketika \u2018Umar ibn \u2018Abd al-Aziz (m. 720 M), yang terkenal sebagai <em>mujaddid<\/em> dan salah seorang pemimpin terbaik Islam selepas Khulafa\u2019 al-Rashidin, meminta nasihat daripada seorang bijaksana. Baginda lantas menangis apabila dimaklumkan: \u201cTiada seorang pun dari Nabi Adam a.s. sehinggalah ayahandamu terselamat dari kematian. Giliranmu sudah hampir tiba.\u201d<\/p>\n<p>Dalam siri televisyen fiksyen sains <em>Westworld <\/em>(2016\u20132018), pelakon terkemuka Anthony Hopkins memainkan watak Robert Ford yang mengusahakan taman hiburan bertemakan <em>Wild West<\/em> di mana penghuninya adalah kaum android (robot berupa manusia) yang dipanggil \u2018Hosts\u2019, dibina menggunakan pencetak 3D dan bahan organik dengan segala kecanggihan sehingga ia sukar dibezakan dengan manusia.<\/p>\n<p>Para pengunjung <em>Westworld<\/em> bebas melakukan apa jua termasuklah perkara yang tidak bermoral, tidak beretika, dan dilarang di dunia sebenar. Tidak lama kemudian, kebejatan yang dilakukan oleh para pengunjung ke atas \u2018Hosts\u2019 mencetuskan suatu kebangkitan menentang bangsa manusia. Sifat \u2018Hosts\u2019 yang kekal dan boleh dihidupkan semula berulang-kali dijadikan hujah kelebihan android mengatasi insan yang bersifat fana dan bakal mati.<\/p>\n<p>Sejarah mengajarkan bahawa cerita rekaan yang bermula seringkali diterjemahkan kepada usaha nyata yang diberi dana. Ahli fizik teori dan futuris Michio Kaku mengutarakan di dalam bukunya <em>Physics of the Future<\/em> pelbagai kemungkinan menggabungkan manusia dengan jentera dan menggantikan organ-organ dalaman yang telah dimamah usia atau penyakit dengan organ-organ robot, justeru memberikan seseorang itu kekuatan yang luar biasa seterusnya sifat kekal dan tidak akan mati.<\/p>\n<p>Ahli biologi British bernama Julian Huxley (m. 1975) yang mencetuskan perkataan \u2018transhumanisme\u2019 berpendapat bahawa pertemuan teknologi (<em>technological convergence<\/em>), pertumbuhan pesat cerdasreka (<em>Artificial Intelligence<\/em>; A.I.), pembelajaran kendiri jentera (<em>machine-learning<\/em>), nanoteknologi, dan robotik di samping kemajuan bioteknologi, farmakologi, dan kejuruteraan genetik boleh \u2018meningkatkan\u2019 dan \u2018memperluaskan\u2019 kebolehan manusia melangkaui kebiasaan fitrah.<\/p>\n<p>Sungguhpun demikian, masih terdapat persoalan-persoalan seperti halangan sengaja dan monopoli tidak adil. Dari suatu sudut, janji-janji manis teknologi terbaru seringkali berada di luar capaian golongan yang miskin dalam masyarakat dan cenderung memberi manfaat hanya kepada golongan kaya dan berkuasa yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar demi mendapatkan teknologi penghebatan manusia (<em>human enhancement technologies<\/em>; HET)<\/p>\n<p>Demikian bukan sekadar ujikaji pemikiran, bahkan terdapat segelintir yang sanggup membelanjakan kekayaan untuk mendapatkan implan dan menjalani pembedahan menggubah tubuh badan. Dari suatu sudut yang lain, ia bermungkinan menjadi suatu usaha yang mempunyai natijah buruk. Suatu keadaan boleh terjadi di mana hanya segelintir golongan elit yang memonopoli HET.<\/p>\n<p>Seorang paderi dan sejarawan Thomas Fuller (m. 1661) menulis dalam karyanya <em>The Holy State and the Profane State<\/em>: \u201c<em>yea they which play with the devil\u2019s rattles, will be brought by degrees to wield his sword, and from making of sport they come to doing of mischief<\/em>\u201d yang barangkali sesuai diterjemahkan sebagai berikut: \u201cMereka bermain dengan detaran syaitan, menunggu pedangnya menjadi mainan; sekadar temasya pada mulanya, membuat onar pada akhirnya\u201d.<\/p>\n<p>Allah <em>\u2018azza wa jalla<\/em> memberi amaran di dalam al-Qur\u2019an tentang pengakhiran buruk orang-orang yang mengikuti jejak langkah syaitan. Sebelum kematiannya, Fir\u2018aun yang disokong oleh rejim dan segala sumbernya, mengangkat dirinya sebagai tuhan dan memerintahkan sebuah bangunan tinggi dibina supaya dapat mencabar kekuasaan Tuhan Sekalian Alam (28:38).<\/p>\n<p>Sekalipun kontroversi di sekeliling sentimen anti-penuaan sebahagian besarnya adalah semantik, hakikat kematian sebagai \u2018semula jadi\u2019 dan penyakit sebagai \u2018patologi\u2019 adalah kedua-duanya sebab musabab yang diciptakan sesuai dengan cara manusia berfikir.<\/p>\n<p>Allah <em>\u2018azza wa jalla <\/em>\u00a0berkuasa mematikan tanpa adanya penyakit; hanya sanya dengan <em>Sunnatu\u2019Llah<\/em> \u00a0manusia dapat beroleh pengalaman Kudrat-Nya. Justeru, Allah SWT berfirman: \u201cDan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.\u201d (2:245).<\/p>\n<p>Kecenderungan dalam diri manusia terhadap kuasa tanpa had dan kehidupan abadi\u2013terkandung di dalam istilah-istilah Arab <em>mulk <\/em>dan <em>khuld<\/em>\u2013terdedah kepada godaan syaitan (7:20). Pastinya, kuasa khayal yang memandu keinginan dan hawa nafsu tanpa bimbingan hidayah menjadikan Fir\u2018aun seorang manusia yang meninggi diri.<\/p>\n<p>Sebagai contoh masani, wajar direnungi tindakan golongan pemodal yang membeli paten ubat-ubatan hanya semata-mata dengan tujuan meniagakannya dengan harga yang tidak munasabah. Golongan ini mengkhianati dan menzalimi golongan yang terdesak memerlukan. Justeru, sekularisasi menghasilkan pemikiran terpesong yang cuba menjadikan nyata di sini dan kini apa yang berhak dan hanya dapat dijadikan nyata di negeri Akhirat.<\/p>\n<p>Rasulu\u2019Llah s.a.w. mengajarkan umat baginda supaya merawati penyakit, namun mengingatkan juga sifat sementara lagi fana kehidupan di dunia ini yang menjadi jambatan menuju kehidupan seterusnya yang jauh lebih baik dan kekal selamanya (93:4).<\/p>\n<p>Oleh kerana itu, artisan Muslim terdahulu seperti di Andalusia tiada berusaha memanjangkan umur manusia atau mencipta syurga dunia akan tetapi mereka berusaha membina taman-taman hanya sebagai suatu cerminan syurga, di mana rasa takjub dan pengindahan menjadi amal ketaatan dan bukan suatu cara menidakkan suatu kedatangan yang pasti.<\/p>\n<p>Sewajarnya orang Islam berusaha memperbaiki arah tuju peradaban dalam membangunkan sains dan teknologi dengan memanfaatkan cabaran-cabaran melalui peningkatan kendiri dari segi akhlak, ruhani, dan aqli. Kehidupan dunia yang sementara inilah suatu peluang keemasan melahirkan manusia yang amal kebaikannya hidup berkekalan dan mereka tidak mati di dalam kehinaan sebagaimana matinya Fir\u2018aun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pernah suatu ketika \u2018Umar ibn \u2018Abd al-Aziz (m. 720 M), yang terkenal sebagai mujaddid dan salah seorang pemimpin terbaik Islam selepas Khulafa\u2019 al-Rashidin, meminta nasihat daripada seorang bijaksana. Baginda lantas menangis &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":35,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21456","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21456","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/35"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21456"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21456\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21456"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21456"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21456"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}