{"id":21551,"date":"2011-04-08T01:37:23","date_gmt":"2011-04-08T01:37:23","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21551"},"modified":"2011-04-08T01:37:23","modified_gmt":"2011-04-08T01:37:23","slug":"amanah-prinsip-yang-semakin-dipinggirkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/amanah-prinsip-yang-semakin-dipinggirkan\/","title":{"rendered":"Amanah : Prinsip Yang Semakin Dipinggirkan"},"content":{"rendered":"<p>Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu di atas mukabumi ini berkisar di sekitar prinsip amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya.\u00a0\u00a0Dalam erti kata lain manusia tidak dapat lari daripada menunaikan tanggungjawab amanah ini, bermula dari akil baligh seorang manusia hinggalah kepada hembusan nafas yang terakhir.\u00a0\u00a0Dari segi bahasa Arabnya amanah membawa maksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis.\u00a0\u00a0Sementara dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu.<\/p>\n<p>Nilai amanah dalam kehidupan seharusnya berpangkal dari hakikat paling dasar iaitu amanah sebagai misi keinsanan yang terpenting sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Tuhan;\u00a0<em>&#8220;Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi mereka enggan memikulnya kerana takut akan mengkhianatinya.\u00a0\u00a0Tetapi manusia (sanggup) memikulnya.\u00a0\u00a0Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.&#8221;(surah al Ahzab : 72)<\/em><\/p>\n<p>Masyarakat yang telah hilang nilai amanah akan segera ditimpa krisis kepercayaan, dan demikian pulalah halnya dengan kehidupan yang hilang nilai amanah pasti akan runtuh.\u00a0\u00a0Apa yang jelas amanah adalah nilai atau prinsip yang melandasi segala aktiviti manusia yang darinya lahir individu-individu yang tahu maksud hidup dan pandai pula mengisi keperluan hidup dengan bijaksana.\u00a0\u00a0Antara yang paling menonjol dalam keperluan hidup ini ialah mengisi keperluan ekonomi manusia secara beramanah.\u00a0\u00a0Mungkin kerana itulah banyak institusi-institusi ekonomi yang memakai nama amanah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Raya, Amanah Bank (salah satu nama bank tanpa riba di Filipina) dan seumpamanya.\u00a0\u00a0Di samping itu banyak juga institusi yang memakai nama\u00a0<em>trust<\/em>\u00a0yang juga bermakna amanah.<\/p>\n<p>Jelasnya, institusi yang amanah adalah institusi yang boleh dipercayai.\u00a0\u00a0Tanpa kepercayaan dari orang ramai, tidak akan ada institusi ekonomi yang dapat berdiri dengan sendirinya.\u00a0\u00a0Hakikat inilah yang pernah diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. bahawa apabila amanah sudah hilang, tunggu sahajalah saat keruntuhannya.\u00a0\u00a0Ketika ditanya bagaimana amanah boleh hilang, Junjungan s.a.w. menjawab &#8220;<em>apabila sesuatu tanggungjawab itu diserahkan kepada yang tidak layak memikulnya<\/em>.&#8221; (maksud\u00a0<em>Hadith<\/em>).\u00a0\u00a0Yang dimaksudkan dengan kelayakan di sini tentulah bukan cuma ketrampilan dan kepakaran sahaja tetapi termasuk juga kewibawaan moral atau\u00a0<em>moral integrity<\/em>.\u00a0\u00a0Penyerahan tugas kepada yang tidak layak memang seringkali terjadi dalam budaya\u00a0<em>nepotisme<\/em>\u00a0dan amalan pilih kasih, atau dalam masyarakat yang sudah tidak lagi merasakan tugas itu sebagai\u00a0<em>taklif<\/em>\u00a0(amanah dan tanggungjawab) tetapi menganggapnya sebagai\u00a0<em>tashrif<\/em>\u00a0(simbol kebesaran yang penuh\u00a0<em>glamor<\/em>).Demikian pentingnya nilai amanah dalam kegiatan ekonomi sehingga Allah mengutus nabi Shu`ayb a.s. kepada penduduk Madyan untuk menegakkan etika perdagangan yang berteraskan nilai amanah;\u00a0<em>&#8220;Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka Shu`ayb.\u00a0\u00a0Ia berkata : &#8230; Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi sesudah Allah\u00a0\u00a0memperbaikinya.\u00a0\u00a0Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman.&#8221;\u00a0\u00a0(surah al A&#8217;raaf : 85)<\/em><\/p>\n<p>Peningkatan kes-kes pecah amanah dan juga berleluasanya jenayah ekonomi dalam masyarakat masa kini adalah merupakan gejala penyakit rohaniah yang antaranya adalah berpunca dari sifat tamak.\u00a0\u00a0Penyakit rohaniah hanya dapat disembuhkan menerusi\u00a0\u00a0ibadah-badah yang yang telah ditentukan oleh Allah seperti solat, puasa, zakat, haji, zikir dan sebagainya.\u00a0\u00a0Oleh itu, amalan-amalan kerohanian ini seharusnya dintegrasikan dalam kurikulum pembinaan pengurusan dan pentadbiran.\u00a0\u00a0Juga ianya perlu disuburkan ke dalam masyarakat menerusi program-program pembinaan insan agar nilai-nilai yang baik meresap masuk ke dalam jiwa masyarakat dan pada masa yang sama penyakit-penyakit rohaniah yang merosakkan ini dapat dikikis dari sanubari masyarakat.<\/p>\n<p>Begitu juga amalan rohaniah seperti membaca al-Quran amat ditekankan dalam tradisi kepemimpinan Islam.\u00a0\u00a0Membaca al-Quran dalam konteks ini harus diertikan sebagai proses muhasabah, mengkritik dan menilai diri.\u00a0\u00a0Sebagai contoh, Umar ibn Abdul Aziz, seorang Khalifah Islam yang terkenal dengan keadilannya itu dikatakan mempunyai amalan rutin membaca al-Quran setiap hari, termasuk hari yang paling sibuk.\u00a0\u00a0Tidak ada hari yang berlalu tanpa membaca al-Quran, paling tidak satu atau dua ayat.\u00a0\u00a0Pada suatu malam, selepas menunaikan solat Isyak, beliau membaca surah as-Saffat, ayat yang ke-22, yang antara lain intipatinya menjelaskan apakah kesudahan dan nasib yang akan menimpa golongan orang-orang yang zalim di akhirat nanti.<\/p>\n<p>Semalaman itu matanya terpaku pada ayat tersebut kerana sebagai seorang pemimpin\u00a0\u00a0beliau berasa menanggung risiko besar akan termasuk ke dalam kumpulan orang-orang zalim yang akan dihumban ke neraka.\u00a0\u00a0Semalaman beliau menyemak dan merenung segala keputusan dan tindakan yang pernah diambilnya, kalau-kalau ada yang menzalimi atau merugikan orang-orang tertentu.\u00a0\u00a0Alangkah baiknya jika tradisi membaca al-Quran dengan semangat sedemikian itu disegarkan semula dalam budaya pengurusan atau pentadbiran kita.<br \/>\nBegitulah juga halnya dalam aktiviti mencari rezeki kita pada hari ini.\u00a0\u00a0Sumber rezeki ialah dari Allah yang bersifat\u00a0<em>Raziq<\/em>. Ini bererti bahawa mencari rezeki adalah secara langsung berhubungan dengan Allah.\u00a0\u00a0Kesedaran tentang Tuhan dalam aktiviti mencari rezeki dan kegiatan ekonomi akan membentuk sikap yang positif dan bermoral.\u00a0\u00a0Keyakinan terhadap Allah sebagai Tuhan yang memberi rezeki yang bersifat Maha Kaya akan melahirkan sikap optimis dalam menjalankan kegiatan ekonomi, bahawa rezeki ada di mana-mana asalkan dia mahu berusaha.\u00a0\u00a0Namun ia juga perlu sedar bahawa Tuhan tidak cuma memberi rezeki tetapi juga menentukan kadarnya.\u00a0\u00a0Ia harus rela menerima kadar rezekinya dan tidak perlu tamak.\u00a0\u00a0Kadar ketentuan rezeki dari Tuhan itu ada hikmahnya kerana seandainya Tuhan melayani segala kemahuan manusia nescaya manusia itu sendiri akan rosak dan melampaui batas.<\/p>\n<p>Kesedaran bahawa rezeki itu anugerah Allah akan menumbuhkan pula rasa keterikatan dengan hukum dan nilai keTuhanan.\u00a0\u00a0Rezeki yang diperolehi dengan cara yang halal tanpa menzalami orang lain akan membawa\u00a0<em>barakah<\/em>\u00a0atau keberkatan.\u00a0\u00a0Barakah adalah satu lagi nilai yang dapat mendisiplinkan perilaku seseorang, kerana hanya yang halal\u00a0\u00a0akan membawa\u00a0<em>barakah<\/em>, sedangkan yang haram hanya akan mengundang padah.<\/p>\n<p>Seterusnya kesedaran bahawa rezeki adalah juga amanah dari Allah akan menerbitkan pula rasa bertanggungjawab dalam urusan membelanjakan harta.\u00a0\u00a0Setiap sen akan dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah kerana ia yakin semua pemberian itu akan disoal Allah di akhirat nanti.\u00a0\u00a0Kesedaran ini juga akan berlanjutan kepada anugerah\u00a0\u00a0kekayaan sebagai ujian Tuhan untuk menguji sama ada manusia itu pandai bersyukur atau sebaliknya, yang natijahnya dapat mewujudkan pola kehidupan yang sederhana dan menghindari gaya hidup bermewah-mewah.<\/p>\n<p>Sebagai seorang Islam kita meyakini bahawa pemilik mutlak segala kekayaan adalah Allah sendiri.\u00a0\u00a0Manusia pada hakikatnya hanya penerima amanah, dan anggapan bahawa setiap orang berhak membelanjakan hartanya sesuka hati walaupun untuk hidup bermewah-mewah dan membazir adalah tidak benar.\u00a0\u00a0Biasanya gaya hidup bermewah-mewah itulah yang menjadi faktor utama pelbagai jenayah ekonomi.\u00a0\u00a0Seorang pengurus institusi kewangan yang melakukan penipuan berjuta-juta ringgit bukanlah kerana terdesak untuk memenuhi keperluan asasi hidupnya, tetapi lebih kepada memenuhi tuntutan gaya hidup bermewah-mewah yang pada hakikatnya di luar kemampuan.<\/p>\n<p>Dalam era pembangunan sekarang ini, peranan agama terasa semakin penting.\u00a0\u00a0Tanpa suluhan agama, manusia akan terdedah untuk berubah menjadi \u2018haiwan ekonomi&#8217; yang rakus, tamak dan boros.\u00a0\u00a0Dengan ungkapan lain, untuk mewujudkan pembangunan yang sihat, menyuburkan pertumbuhan ekonomi yang bersih dan melahirkan budaya pengurusan yang beramanah, agama harus menjiwai dan menyatu dalam etos dan budaya kerja.<\/p>\n<p>Sebagai penegasan semula, memang undang-undang dan hukuman yang setimpal boleh menertibkan perilaku seseorang.\u00a0\u00a0Tetapi ada manusia yang dengan kepintarannya tidak pernah kehabisan helah untuk melepaskan diri dari undang-undang.\u00a0\u00a0Malah dalam konteks adanya pemisahan di antara undang-undang dengan moral, manusia boleh saja melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral tetapi dianggap sah menurut undang-undang.\u00a0\u00a0Lalu timbullah ungkapan lucu\u00a0<em>legally right, but morally wrong<\/em>.\u00a0\u00a0Sesungguhnya dimensi moral, terutamanya penyuburan nilai amanah dalam kehidupan yang semakin mencabar kini menuntut perhatian dan pengorbanan yang lebih besar kerana sebahagian dari apa yang disebut sebagai\u00a0<em>human problem<\/em>\u00a0(masalah kemanusiaan) zaman ini pada hakikatnya adalah\u00a0<em>moral problem<\/em>\u00a0atau masalah akhlak dan kerohanian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu di atas mukabumi ini berkisar di sekitar prinsip amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya.\u00a0\u00a0Dalam erti kata lain manusia tidak dapat lari daripada menunaikan tanggungjawab amanah ini, bermula dari akil baligh seorang manusia hinggalah kepada hembusan nafas yang terakhir.\u00a0\u00a0Dari segi bahasa Arabnya amanah membawa maksud tenteram, aman, terselamat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":47,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21551","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21551","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/47"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21551"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21551\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21551"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21551"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21551"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}