{"id":21617,"date":"2010-12-03T02:45:22","date_gmt":"2010-12-03T02:45:22","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21617"},"modified":"2010-12-03T02:45:22","modified_gmt":"2010-12-03T02:45:22","slug":"adab-bermusyawarah-dalam-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/adab-bermusyawarah-dalam-islam\/","title":{"rendered":"Adab Bermusyawarah Dalam Islam"},"content":{"rendered":"<div align=\"justify\">Perbezaan pendapat manusia sama ada dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama atau urusan dunia\u00a0\u00a0merupakan lumrah hidup dan tabie hidup manusia.\u00a0\u00a0Namun ianya bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertelagah sesama sendiri sehingga membelakangkan adab dan etika.\u00a0\u00a0Bahkan dalam syariat Islam itu sendiri telah menggariskan prinsip-prinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan dalam sesuatu hal atau urusan.\u00a0\u00a0Contohnya, syariat Islam itu menggalakkan umatnya bermusyawarah untuk menentukan sesuatu urusan, dan di dalam musyawarah itu akan lahir suasana untuk bermuzakarah, berdialog dan perbincangan yang sihat.\u00a0\u00a0Dan perbincangan itu pula mestilah berteraskan kepada akal yang waras, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya. Yang mana kesemuanya ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan dan manfaat manusia seluruhnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak sebab yang boleh melahirkan suasana perbezaan pendapat ini, di mana antaranya ialah berbezanya kefahaman terhadap sesuatu perkara, perbezaan hujah dan alasan yang bersandarkan kepada sumber yang juga berbeza, dan perbezaan penggunaan istilah atau bahasa.\u00a0\u00a0Malah ada juga yang berpegang kepada sesuatu pendirian secara membuta tuli tanpa ilmu pengetahuan yang sah, yang natijahnya melahirkan golongan yang berhujah dengan penuh kejahilan, ketaksuban, hasad dengki dan mengikut hawa nafsu.\u00a0\u00a0Inilah antara gambaran yang diperlihatkan oleh al Quran watak-watak jahil kaum musyrikin yang tidak mahu mengakui kerasulan dan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. walaupun baginda mendatangkan dalil-dalil, bukti-bukti dan bahkan mukjizat yang jelas dan nyata di depan mata mereka.\u00a0\u00a0Namun disebabkan keangkuhan, kesombongan, hasad dengki dan kepentingan peribadi atau puak, maka segala dalil dan bukti yang jelas dan nyata tadi ditolak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan menelusuri sejarah peradaban dan tradisi keilmuan Islam, kita dapati terdapat banyak khazanah penulisan cerdik pandai Islam yang mengupas isu perbezaan pendapat ini secara ilmiah dan bernas.\u00a0\u00a0Antaranya,\u00a0<em>Adab al Hiwar<\/em>\u00a0(adab berdialog),\u00a0<em>Ilmu al Jidal<\/em>\u00a0(ilmu berdebat),\u00a0<em>Adab al Iktilaf<\/em>\u00a0(adab berbeza pendapat) dan sebagainya.\u00a0\u00a0Kesemua penulisan ini menjurus kepada membentuk suasana yang sihat, berakhlak dan beradab walaupun dalam keadaan masing-masing memiliki pendapat dengan alasan dan hujah yang bebeza-beza.\u00a0\u00a0Inilah indah dan cantiknya Islam, iaitu agama yang bersifat syumul dalam segala hal, memiliki sifat\u00a0<em>\u2018universal&#8217;<\/em>\u00a0untuk semua kaum dan bahasa, serta berupaya menyatukan semua rupa bangsa di bawah satu payung yang besar lagi\u00a0\u00a0adil, walaupun mereka itu terdiri daripada pelbagai warna kulit, bahasa, dan budaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam semangat membentuk manusia yang beradab inilah maka adab-adab bermuzakarah yang digariskan oleh syariat Islam ialah ianya mestilah berpaksikan kepada kebenaran, jauh dari segala bentuk pembohongan dan sentiasa berusaha menjauhi segala bentuk keraguan.\u00a0\u00a0Bahkan kemuliaan adab-adab bermuzakarah ini hendaklah sentiasa dipertahankan walaupun berhadapan dengan mereka yang berhujah dengan alasan yang batil sepertimana yang telah dirakamkan oleh al Quran, iaitu dialog antara nabi Musa a.s dengan Firaun.\u00a0\u00a0Sungguhpun memenangi perdebatan atau \u2018perang mulut&#8217; dengan Firaun, nabi Musa tetap mempertahankan nilai-nilai ketinggian akhlak ketika berhujah dan berdialog sehingga memaksa Firaun yang batil itu menggelar nabi Musa a.s sebagai\u00a0\u00a0gila dan ahli sihir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah antara hikmahnya apabila sesuatu hujah yang kuat dan benar itu disampaikan dengan penuh sopan, berakhlak dan beradab, maka ianya secara tabie menjadi lebih bertenaga dan dapat diterima oleh orang ramai.\u00a0\u00a0Lihat saja apa yang berlaku seterusnya kepada sekumpulan ahli sihir Firaun yang turut serta dalam perdebatan perdana antara nabi Musa a.s. dengan Firaun itu.\u00a0\u00a0Apabila Musa a.s. mengemukakan hujah-hujahnya yang jelas dan benar sehingga Firaun dan para pengikutnya tidak mampu berhujah balas lagi, dan setelah terbukti kepada mereka kebenaran nabi Musa a.s dan terserlahlah kebatilan Firaun, maka berimanlah kumpulan ahli sihir tadi kepada kebenaran yang dibawa oleh nabi Musa a.s.\u00a0\u00a0Inilah semangat yang ingin kita bawa dalam suasana perbezaan pendapat, iaitu sanggup menerima kebenaran dengan hati yang terbuka dan mengiakan kelemahan serta menolak\u00a0\u00a0kepalsuan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seterusnya Islam memperindahkan lagi ciri-ciri muzakarah itu dengan menuntut setiap ahli muzakarah agar bersifat rendah diri dan jauh dari segala sifat sombong dan menunjuk-nunjuk. Lihatlah kisah nabi Sulaiman a.s. dengan burung Hud-Hud. Walaupun nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang besar namun baginda tetap menerima hujah burung itu dengan rendah diri dan bercakap secara hikmah dan lemah lembut.\u00a0\u00a0Sungguhpun nabi Sulaiman a.s. mempunyai kuasa tertinggi dalam memimpin bala tentera yang begitu besar, namun baginda masih memberi ruang kepada burung Hud-Hud yang kerdil itu untuk membela diri dan memberi alasan dan pendapat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ruang untuk berhujah bukan diberikan kepada yang memiliki alasan yang kuat dan benar sahaja, tetapi juga kepada mereka yang lemah dan batil untuk menyampaikan pandangannya.\u00a0\u00a0Lihatlah dialog yang berlaku antara Allah s.w.t. dengan Iblis.\u00a0\u00a0Ruang yang luas diberikan Allah s.w.t. kepada Iblis untuk mengemukakan hujahnya walaupun jelas Iblis berada pada pihak yang batil yang mana akhirnya tersingkap isi hati sebenar Iblis untuk menyesatkan umat manusia seluruhnya.\u00a0\u00a0Ini memperlihatkan kepada kita bahawa antara adab bermuzakarah atau berdialog yang sihat itu ialah memberi ruang kepada semua pihak untuk menyampaikan hujah masing-masing.\u00a0\u00a0Setelah semua hujah didengar barulah keputusan boleh dibuat secara adil dan saksama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sorotan kisah-kisah seperti berdialognya Allah s.w.t. dengan Iblis, kisah nabi Sulaiman a.s. bermuzakarah dengan burung Hud-Hud dan perdebatan antara nabi Musa a.s. dengan Firaun, jelas mengajar kita bahawa kebebasan bersuara untuk memberi hujah dan pandangan adalah antara perkara yang diberi ruang oleh Islam.\u00a0\u00a0Di mana hak ini bukan dikuasai oleh satu pihak sahaja, tetapi juga dinikmati oleh semua orang di dalam sesebuah masyarakat atau negara, dan pada masa yang\u00a0\u00a0sama kebebasan ini hendaklah dilandaskan kepada nilai akhlak dan etika yang murni.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam konteks sekarang adab bermuzakarah perlu difahami oleh setiap individu masyarakat kerana perkara ini sentiasa dihadapi oleh kita dalam setiap masa dan tempat. Oleh demikian, adab-adab yang telah digariskan oleh syariat Islam sewajibnya dipatuhi supaya ia menghasilkan natijah yang terbaik dalam setiap perbincangan dan dialog.\u00a0\u00a0Sikap fanatik kepada kumpulan tertentu sebelum berlakunya muzakarah dan dialog tidak akan membawa kebenaran yang diharapkan malah mungkin akan menimbulkan keadaan yang lebih parah lagi.\u00a0\u00a0Maka dalam hal ini sikap keterbukaan amat perlu kepada setiap individu ahli muzakarah untuk mencari kebenaran dan keadilan yang terbaik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah antara kelemahan yang menggusarkan yang sedang melanda umat Islam ketika ini, iaitu perpecahan yang diakibatkan oleh kepelbagaian aliran pemikiran dan berasa hanya apa yang diperjuangkan itu sahaja yang betul. Walaupun Islam tidak pernah menolak hakikat kerencaman pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan dan ketegangan sehingga menenggelamkan hakikat kebenaran Islam itu adalah suatu yang perlu dielakkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika diperhatikan, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat berkait rapat dengan sikap fanatik dan rasa \u2018keakuan&#8217; melampau terhadap pendapat sendiri, lantas cuba menguasai pemikiran orang lain dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan selain daripada pandangan sendiri. Penyakit yang disebut juga sebagai\u00a0<em>\u2018al-`ijab bi al-ra&#8217;yi&#8217;<\/em>\u00a0atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak berbahaya yang sedang menjalar di kalangan umat Islam sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya itu juga tidak pernah mengimpikan supaya para sahabat tidak berselisih faham sama sekali. Ini kerana baginya, perbezaan pendapat akan membuka pintu keluasan, keanjalan dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeza.\u00a0\u00a0Pelbagai bukti sejarah mengenai perselisihan di kalangan sahabat dapat disaksikan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi seperti perselisihan mereka mengenai arahan Nabi berkenaan solat Asar sewaktu mengunjungi Bani Quraizah. Ini adalah peristiwa terkenal yang mengungkapkan hakikat perbezaan pendapat, tetapi Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak mencela kedua-dua kumpulan yang berselisih faham itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak lagi contoh-contoh lain perbezaan dan perselisihan pendapat yang berlaku dikalangan sahabat seperti persoalan politik, pemilihan Khalifah, isu memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan pelbagai perbezaan dalam masalah fekah yang kesemuanya ditangani tanpa mengikut hawa nafsu dan dorongan perasaan yang melulu.\u00a0\u00a0Begitulah tingginya adab dan etika perbezaan pendapat yang didokongi para sahabat Nabi s.a.w. yang kemudiannya diwariskan kepada generasi selepasnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sehinggalah umat Islam kini dihinggapi penyakit baru yang cepat membarah, sekaligus meranapkan akal budi dan akhlak umat itu sendiri.\u00a0\u00a0Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun perasaan. Gamatnya pertelagahan di kalangan umat Islam itu sendiri sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik,\u00a0<em>&#8220;politiking&#8221;,<\/em>\u00a0adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong terhadap pendapat masing-masing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru, dalam upaya mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin jalan keluar dari belitan \u2018konflik fanatik&#8217; pemikiran yang melanda ini terkandung dalam ungkapan tokoh pembaharuan Islam, Jamaluddin al-Afghani yang mengatakan\u00a0<em>\u2018&#8230;bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan bertolak-ansurlah dalam hal-hal yang diperselisihkan&#8230;&#8217;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sesungguhnya kepelbagaian pendapat sebenarnya mampu memperkaya khazanah pemikiran Islam andaikata kita bersedia menghadapinya secara matang dan bijaksana. Tetapi andainya kita menanganinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sealiran sebagai musuh, maka perbezaan pendapat pasti menjadi bahan bakar penyemarak api persengketaan yang membinasakan.<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"_dyhb23rg4374\"><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbezaan pendapat manusia sama ada dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama atau urusan dunia\u00a0\u00a0merupakan lumrah hidup dan tabie hidup manusia.\u00a0\u00a0Namun ianya bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertelagah sesama sendiri sehingga membelakangkan adab dan etika.\u00a0\u00a0Bahkan dalam syariat Islam itu sendiri telah menggariskan prinsip-prinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan dalam sesuatu hal atau urusan.\u00a0\u00a0Contohnya,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":47,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21617","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21617","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/47"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21617"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21617\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21617"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21617"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21617"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}