{"id":21694,"date":"2010-07-23T08:16:31","date_gmt":"2010-07-23T08:16:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21694"},"modified":"2010-07-23T08:16:31","modified_gmt":"2010-07-23T08:16:31","slug":"agenda-memperkasakan-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/agenda-memperkasakan-melayu\/","title":{"rendered":"Agenda Memperkasakan Melayu"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Pernah suatu ketika seorang penulis Barat meramalkan Malaysia adalah antara negara di Asia yang akan muncul sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia.\u00a0\u00a0Dalam bukunya,\u00a0<em>Asia&#8217;s New Little Dragon : The Dynamic Emergence of Indonesia, Thailand and Malaysia<\/em>, Steven Schlosstein, meramalkan dengan penuh optimistik bahawa negara-negara ini akan bangun menerajui perkembangan ekonomi dunia dalam kerangka budaya Asia yang unik dan tersendiri.\u00a0\u00a0Di Malaysia, kemunculan ini diramalkan akan berlaku dalam acuan yang dicorakkan oleh budaya Melayu, kerana rata-ratanya ramai yang berbangsa Melayu dan yang menjadi pemimpin negara juga adalah dari kalangan orang Melayu walaupun terdapat bangsa-bangsa lain yang turut menjadi penghuni negara ini.\u00a0\u00a0Ramalan-ramalan sebegini yang berkaitan dengan kemajuan, kemakmuran, pembangunan dan seumpamanya berterusan ditulis dan diungkapkan dalam pelbagai bentuk sehingga semua lapisan masyarakat bercakap mengenainya.\u00a0\u00a0Mutakhir ini pula kita disajikan dengan agenda perpaduan Melayu yang hangat dibicara oleh parti-parti politik tanahair dengan penuh semangat dan pemikiran-pemikiran baru untuk diketengahkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun apabila berbicara tentang perpaduan, kemajuan dan kemakmuran masa depan itu, sebenarnya kita berbicara tentang siapa?\u00a0\u00a0Tentang nasib dan masa depan siapa?\u00a0\u00a0Maka pastinya yang dibincangkan itu ialah umat Islam Melayu di negara ini.\u00a0\u00a0Memang kita tidak dapat menyembunyikan rasa cemas terhadap kemampuan umat Islam Melayu di negara ini untuk menghadapi persaingan masyarakat dunia yang begitu hebat\u00a0\u00a0persaingannya masa kini.\u00a0\u00a0Mungkin dari rasa cemas itulah juga suatu ketika dahulu muncul pandangan bagaimana untuk membina apa yang dinamakan sebagai \u2018Melayu Baru&#8217;, iaitu satu generasi Melayu yang memiliki segala intipati yang diperlukan untuk tampil ke hadapan sebagai umat yang maju.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Soalnya sekarang ialah apa yang harus ada pada bangsa Melayu itu? Apakah ini juga bererti akan berulang lagi zaman \u2018Polemik Kebudayaan,&#8217; iaitu satu zaman di mana kita masih\u00a0\u00a0mencari-cari asas pembinaan tamadun kita sendiri.\u00a0\u00a0Sehinggakan generasi awal abad ini terpaksa membuat pilihan sama ada untuk kembali kepada asal budaya sendiri, iaitu budaya dan semangat Islam yang ketika itu kelihatan agak suram kerana kejahilan dan ditindas dari setiap sudut, ataupun mengambil bulat-bulat tamadun Barat yang tampak gah dan sedang berada di puncak kehebatannya ketika itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi bagi generasi Melayu masa kini, masih banyak perkara baru yang perlu dipelajari, terutamanya sejarah.\u00a0\u00a0Kerana sejarah telah mengajar kita bahawa memutuskan diri dari akar budaya sendiri dan menerima budaya asing secara mutlak tidak dapat menjadikan sesuatu bangsa itu maju atau kuat.\u00a0\u00a0Lihat saja kepada &#8216;Turki Moden&#8217; sebagai satu contoh\u00a0\u00a0kegagalan suatu bangsa untuk maju, kuat dan makmur dengan memutuskan dirinya dari agama dan akar budaya tradisinya lalu memilih jalan sekularisasi dan pembaratan. Hasilnya tidak mendatangkan apa-apa melainkan Turki itu sendiri sukar untuk diterima oleh kalangan negara-negara Islam yang lain, dan malah ia juga tersisih dari negara-negara Barat.\u00a0\u00a0Berbeza pula dengan Jepun yang telah berjaya muncul sebagai raksasa industri tanpa mencabut dirinya dari akar budaya tradisi sendiri. Memang dalam hal-hal tertentu Jepun menerima pengaruh Barat tetapi ia memperolehi kekuatan asasnya dari warisan budaya tradisinya sendiri iaitu ajaran Zen Buddhism. Begitu jugalah halnya dengan Taiwan yang mengasaskan kekuatannya kepada ajaran Confucianisme.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka dengan itu membangunkan bangsa Melayu yang dimaksudkan itu seharusnya difahami sebagai Melayu yang dikembalikan kepada akar budaya tradisinya. Dengan kata lain Melayu yang membangun dan maju itu ialah Melayu yang diperbaharui &#8216;komitmen&#8217;\u00a0\u00a0keIslamannya.\u00a0\u00a0Sejarah juga telah mengajar kita bahawa bangsa Melayu pernah muncul buat kali pertama dalam sejarah setelah umat ini menjalani proses pengIslaman sekitar abad ke-13 hingga abad ke-16.\u00a0\u00a0Bermula dari saat itu bangsa Melayu ini telah melalui suatu proses perubahan manusiawi yang memberikan jiwa dan citarasa baru kepada umat Melayu.\u00a0\u00a0Iaitu suatu perubahan budaya yang memberikan mereka nilai-nilai segar dan cemerlang yang terpancar dari ajaran Islam, dan juga satu perubahan pemikiran yang mengakhiri zaman budaya tahayul dan kurafat ketika itu.\u00a0\u00a0Malah bangsa Melayu ini juga berupaya untuk memulakan tamadun ilmu dan membawa satu perubahan di rantau ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan azam dan nafas baru ini, bangsa Melayu ini pandai membawa diri dan tahu arah tuju yang perlu dibawa dalam kehidupan ini.\u00a0\u00a0Ini adalah kerana mereka diasuh dengan jiwa tauhid yang dengannya mereka menjadi Melayu Islam yang berjiwa merdeka yang sujud, ruku&#8217; dan taat setia mutlaknya hanya kepada Allah.\u00a0\u00a0Dan bangsa Melayu inilah juga yang telah mendapatkan semula kemuliaan darjat dan martabat keinsanannya, sehingga Melayu itu sendiri berasa bangga menjadi umat terbaik (<em>khayra ummah)<\/em>\u00a0kerana kekentalan imannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah golongan Melayu yang tahu erti hidup dan mati sebagai persaingan terhadap kecemerlangan amal (<em>ayyukum ahsanu amala)<\/em>.\u00a0\u00a0Iaitu golongan Melayu pejuang yang dengan semangat jihadnya sanggup menghadapi segala cabaran, dan dengan semangat mujahadahnya pula ia memperolehi kekuatan rohaniah untuk menghidupkan yang\u00a0\u00a0makruf dan memerangi kemungkaran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitulah antara ciri-ciri dan watak yang dibawa oleh bangsa Melayu yang telah melalui\u00a0\u00a0perubahan Islamisasi itu.\u00a0\u00a0Namun begitu, keunggulan watak Melayu Islam ini turut terhakis setelah masa berlalu kerana selalu terdedah kepada pelbagai hakisan pengaruh budaya.\u00a0\u00a0Hinggalah ke saat ini proses penghakisan Islam dari jiwa dan cara hidup Melayu\u00a0\u00a0ini terus berlaku sehingga kadang-kala berasa hairan dan tercabar apabila terlihat Melayu Islam yang sudah sangat terhakis keIslamannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Proses penghakisan ini semakin lama semakin membarah sehingga tidak ada lagi dari kalangan Melayu Islam ini yang terselamat melainkan yang benar-benar kukuh genggaman KeIslamannya.\u00a0\u00a0Kini hampir semua peringkat masyarakat Melayu Islam sudah hampir terhakis keIslamannya.\u00a0\u00a0Namakan saja apa maksiat, jenayah dan salah laku\u00a0\u00a0yang tidak dibuat oleh masyarakat Melayu, malah merekalah yang berada pada senarai paling atas dalam setiap kategori keburukan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka dengan itu dari waktu ke waktu harus ada usaha menggilap semula ciri-ciri keperibadian dan jatidiri Muslim yang sudah mulai luntur dari bangsa Melayu ini.\u00a0\u00a0Selagi umat Melayu masih menjadi sebahagian dari umat Islam sejagat, mereka pasti ikut terlibat dalam proses menemukan semula jatidiri sebenar keIslaman mereka.\u00a0\u00a0Usaha membina semula umat Melayu seharusnya diasaskan kepada nilai-nilai\u00a0<em>at-tajdid al-Islami<\/em>; dan sehubungan dengan itu gerakan-gerakan Islam tanahair yang rata-rata mendakwa bercirikan\u00a0<em>tajdid<\/em>\u00a0itu seharusnya dapat menyumbang ke arah pembaharuan umat dan budaya Melayu dalam erti mengembalikannya kepada kesegaran nilai-nilai Islam yang murni dan asli.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika diteliti secara halus memang hubungan bangsa Melayu dengan Islam telah begitu sebati.\u00a0\u00a0Oleh itu seharusnyalah Islam yang menjadi teras keperibadian Melayu, menjadi dasar\u00a0<em>tasawwur<\/em>\u00a0Melayu, dan seterusnya membentuk perilaku dan citarasa Melayu. Dengan menyedari hakikat ini juga maka usaha untuk membina generasi Melayu tidak mungkin dapat dilakukan dengan bermodelkan acuan Barat maupun Timur.\u00a0\u00a0Kita tidak mahu kemusnahan kemanusiaan yang telah berlaku pada kedua-dua model ini berulang di tanahair kita.\u00a0\u00a0Cukuplah apa yang telah berlaku di sana sebagai renungan dan peringatan untuk kita semua.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi pada masa yang sama bukan bererti kita menolak langsung pembangunan yang baik yang boleh dipelajari dari mereka.\u00a0\u00a0Ini adalah kerana agenda pembangunan Melayu\u00a0\u00a0adalah agenda yang sangat beretika dan tinggi tata susilanya kerana ianya terbentuk dalam acuan dan kerangka hidup beragama.\u00a0\u00a0Malah watak dan ciri bangsa Melayu itu sendiri dibentuk daripada keluhuran akhlak Islam dan sikap positif terhadap kehidupan duniawi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dapat dijayakan dengan penyertaan umat Melayu yang memahami dan menghayati agama, ini bererti lahirnya suatu fenomena baru, iaitu terbentuknya sebuah masyarakat Muslim yang moden dan maju dalam sejarah tanahair.\u00a0\u00a0Walaupun begitu, ini masih lagi suatu cabaran yang cukup besar dan sekaligus usaha ke arah itu juga satu yang sangat mencabar.\u00a0\u00a0Namun berbekalkan semangat dan dorongan dari agama itu sendiri yang menjanjikan\u00a0\u00a0<em>baldatun tayyibbah wa rabbun ghafur<\/em>\u00a0(negara berkebajikan dalam limpah pengampunan Tuhan), maka ianya bukanlah suatu angan-angan kosong.<\/p>\n<div id=\"_dyhb23rg4374\"><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pernah suatu ketika seorang penulis Barat meramalkan Malaysia adalah antara negara di Asia yang akan muncul sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia.\u00a0\u00a0Dalam bukunya,\u00a0Asia&#8217;s New Little Dragon : The Dynamic Emergence of Indonesia, Thailand and Malaysia, Steven Schlosstein, meramalkan dengan penuh optimistik bahawa negara-negara ini akan bangun menerajui perkembangan ekonomi dunia dalam kerangka budaya Asia yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":47,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21694","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/47"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21694"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21694\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}