{"id":21721,"date":"2010-06-11T01:30:16","date_gmt":"2010-06-11T01:30:16","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21721"},"modified":"2010-06-11T01:30:16","modified_gmt":"2010-06-11T01:30:16","slug":"ummah-yang-perlu-dimuhasabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ummah-yang-perlu-dimuhasabah\/","title":{"rendered":"Ummah Yang Perlu Dimuhasabah"},"content":{"rendered":"<p>Menjadi satu kewajaran yang dituntut untuk ummah ini sentiasa menyingkap kelemahan-kelemahan yang ada dan membiasakan dimuhasabah agar dapat meningkatkan kualiti diri.\u00a0\u00a0Muhasabah adalah suatu yang sangat diperlukan kerana ianya dapat membuka mata bagi melihat apakah hambatan-hambatan yang perlu dirungkai agar ummah ini dapat mampu bangun di atas kaki sendiri.\u00a0\u00a0Antara kelemahan-kelemahan yang telah lama menebal pada umat ini dan kelihatan kembali menonjol kebelakangan ini ialah sikap suka bermusuhan, rakus kepada dunia, tidak pandai menilai dan menghargai diri sendiri, dan kebekuan minda sehingga tidak pandai mengembang dan memanfaatkan keupayaan diri.Sekali sekala memang terasa yang kita umat Islam tidak kira dicerok mana sekalipun di dunia ini sangat suka bermusuhan, dan kita sangat suka dan cukup senang sekiranya kita mempunyai lawan untuk dilawan.\u00a0\u00a0Namun ajaibnya apabila umat Islam mempunyai musuh yang sama mereka mampu bersatu dan melawan musuh tersebut, dan adakalanya pula bila musuh sudah tidak ada lagi mereka mula mencari musuh dari kalangan sendiri.\u00a0\u00a0Memang begitulah kenyataannya kehidupan umat Islam masa kini, dan contoh jelas yang dapat dilihat ialah di Asia Barat, daerah di mana umat Islam sering berperang sesama sendiri sejak dulu hingga sekarang.\u00a0\u00a0Tikam-menikam, bergaduh sesama sendiri dan berbunuhan sudah menjadi lumrah, dan yang jelas mengaut untung dari sengketa yang berpanjangan ini ialah Amerika, Israel dan sekelian sekutunya.\u00a0\u00a0Keadaan terkini yang memperlihatkan betapa Israel begitu biadap menyerang dan membunuh beberapa anggota rombongan yang membawa bantuan ke Gaza, namun masyarakat Islam seluruh dunia hanya mampu mengecam dan mengutuk tindakan tersebut.\u00a0\u00a0Yang nyata kita hanya mampu bersuara, tetapi tidak ada satupun tindakan praktikal dan berkesan yang boleh kita laksanakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah sikap umat Islam masa kini dan tidak terkecuali kita di Malaysia.\u00a0\u00a0Setelah merdeka kita diperkenalkan kepada sistem pemerintahan demokrasi yang ditaja dan dibawa masuk dari Barat, yang juga sarat dengan nilai-nilai Barat dan asing daripada nilai-nilai Islam.\u00a0\u00a0Hasilnya memang seperti yang dijangkakan iaitu amalan demokrasi yang tandus nilai-nilai luhur akhlak dan keringnya pertimbangan moral dan etika yang murni.\u00a0\u00a0Ini menambahkan lagi kepada suasana perpecahan bangsa Melayu.\u00a0\u00a0Kekuatan Melayu Islam terus terbelah apabila berjayanya jarum\u00a0<em>\u2018divide and rule&#8217;<\/em>\u00a0penjajah menusuk masuk bukan sahaja ke dalam masyarakat ketika itu tetapi juga ke dalam kelompok-kelompok parti yang pelbagai sehingga membazirkan tenaga dan kekuatan umat ini.<\/p>\n<div align=\"justify\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Memang tidak dinafikan berbeza parti di dalam sistem demokrasi adalah suatu yang dibolehkan dan ada kewajarannya.\u00a0\u00a0Namun apa yang tidak wajar ialah apabila ada pihak yang mendapat kuasa, menggunakan kuasa tersebut mengikut sesedap rasa dan kehendak, sehingga demokrasi yang boleh digunakan selaras dengan nilai-nilai Islam menjadi buruk, malah lebih buruk ketika ianya mula bertapak di Tanah Melayu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan ini bukan sahaja dapat dilihat di sini, tetapi di mana-mana sahaja bumi umat Islam.\u00a0\u00a0Lebih malang lagi apabila mereka yang terlibat dalam menguruskan hal ehwal ummah ini adalah dari kalangan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai\u00a0<em>\u2018hubbud dunya wa karahiyyatul maut&#8217;<\/em>\u00a0iaitu rakus kepada dunia dan takut kepada mati.\u00a0\u00a0Rakus kepada dunia ini diperlihatkan dengan watak haiwan ekonomi yang melahap keuntungan tanpa kawalan hukum-hakam dan nilai-nilai agama.\u00a0\u00a0Dengan itu lahir di kalangan umat ini usahawan-usahawan kaya yang lupa daratan dan lupa kepada Tuhan.\u00a0\u00a0Mereka adalah orang-orang yang hanya mementingkan diri sendiri.\u00a0\u00a0Golongan ini tidak sanggup berjuang apatah lagi berkorban demi agama dan ummah kerana takut rugi, takut bankrap, takut susah, takut, malu dan begitu\u00a0<em>\u2018apolegetic&#8217;<\/em>\u00a0dengan agama sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitulah kekayaan dunia apabila tidak disertakan dengan taqwa.\u00a0\u00a0Ianya hanya akan melahirkan manusia-manusia yang suka berfoya-foya yang nampak hebat tetapi penakut, yang terang matanya bila disebut keuntungan ekonomi dan pelaburan, tetapi hilang daya juang dan tidak berani ke hadapan apabila agama dipermainkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila manusia sudah mula leka dengan kekayaan dunia, dibuai dengan kemewahan, maka mereka sudah tidak ada masa untuk memuhasabah diri, menilai dan menghargai\u00a0\u00a0keupayaan yang mereka miliki.\u00a0\u00a0Mereka sangat mudah terpesona dengan kemewahan yang dimiliki oleh orang lain.\u00a0\u00a0Mereka sering kagum dengan apa sahaja yang datang dari luar terutamanya dari Barat, kerana yang di luar itu dianggap hebat dan tinggi nilainya.\u00a0\u00a0Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa diri mereka dan apa yang mereka miliki jauh lebih tinggi dan unggul dari semuanya itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam hubungan kita umat Melayu Islam di sini, penyakit ini boleh kita simpulkan sebagai wujudnya golongan manusia Melayu tiruan.\u00a0\u00a0Iaitu golongan Melayu yang berbudaya dan bercita rasa Barat dan berasa asing dengan agamanya sendiri.\u00a0\u00a0Mereka ini sangat mudah kagum dengan segala apa yang ada di Barat dan memandang rendah dengan apa yang dimiliki oleh bangsa sendiri dan apatah lagi kalau ianya dikaitkan dengan agama.\u00a0\u00a0Mereka ini nampak seperti elit yang terpelajar dan berkedudukan tinggi, tetapi sebenarnya adalah penderita penyakit rendah diri atau\u00a0<em>\u2018inferiority complex&#8217;<\/em>\u00a0yang cukup tenat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika suatu ketika dahulu dunia Islam mengalami krisis kepercayaan diri sendiri yang telah memperlihatkan munculnya golongan-golongan pengagum Barat dan gerakan-gerakan pembaratan, maka di rantau ini juga lahir golongan ini yang menimbulkan kekeliruan kepada asas tamadun bangsa Melayu Islam itu sendiri.\u00a0\u00a0Mereka mempertikai dan menganggap tamadun Islam sebagai tamadun yang sudah longlai dan mati, dan menyarankan pilihan tamadun Barat sebagai hanya pilihan yang ada yang dianggap segar dan dinamik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Inilah akibatnya apabila kita terlalu memandang tinggi kepada tamadun asing sedangkan apa yang ada di tangan sendiri jauh lebih hebat dan unggul.\u00a0\u00a0Ini semua bertitik tolak daripada kering dan bekunya minda umat Islam itu sendiri sehingga tidak mampu untuk mengembang dan memanfaatkan segala sumber dan potensi yang ada.\u00a0\u00a0Sebenarnya umat Islam sangat kaya sekali dengan sumbernya sendiri, baik berupa keupayaan ekonomi maupun sumber tenaga manusia.\u00a0\u00a0Sayangnya sumber-sumber itu tidak digunakan dengan bijaksana dan sebaiknya untuk manfaat bersama kerana akal dan minda umat ini lebih berminat dan tertumpu kepada apa yang ada di Barat, sehinggakan segala sumber anugerah Tuhan itu terbiar, disia-siakan, ataupun dimanfaatkan oleh orang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya memang sudah lama umat ini menderita penyakit kebekuan minda dan hilang \u2018<em>thinking capacity&#8217;<\/em>\u00a0atau kemampuan berfikir.\u00a0\u00a0Setelah kerajaan Islam Othmaniah terakhir tewas pada tahun 1924, umat ini terus diserang dan dijajah dengan\u00a0<em>al ghazbul fikr<\/em>, iaitu serangan pemikiran yang cukup hebat sehingga umat ini seolah-olah tidak berupaya lagi berfikir untuk masa depannya sendiri.\u00a0\u00a0Apa yang berlegar dalam kotak pemikiran rata-rata umat ini hanyalah bagaimana hendak meneruskan\u00a0<em>\u2018survival&#8217;<\/em>\u00a0periuk nasi semata-mata.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin hari ini ragam pemikiran itu agak berbeza kerana cara hidup hari ini sudah banyak berubah dan banyak pula dikuasai oleh teknologi moden, namun coraknya tetap sama, iaitu kebergantungan kepada teknologi dan sokongan dari luar untuk kesinambungan hidup.\u00a0\u00a0Hampir segalanya perlu diambil dari luar. Umat ini hanya sebagai pengguna kepada teknologi dan bukannya sebagai pengeluar ataupun peneroka kepada sebarang perubahan baru.\u00a0\u00a0Ini semua berbalik kepada tandusnya minda dan lesunya pemikiran umat ini untuk mencipta dan menghasilkan suatu baru dari sumber kekayaan hasil buminya sendiri.\u00a0\u00a0Dan penyakit ini bukan hanya melanda kepada rakyat kebanyakan tetapi juga kepada mereka yang menguruskan hal ehwal kehidupan rakyat.\u00a0\u00a0Akibatnya banyak program pembangunan yang dibuat tidak menepati sasaran.\u00a0\u00a0Sumber kewangan negara habis dibelanjakan tetapi masalah ummah masih tetap tidak dapat diselesaikan kerana wang tersebut tercurah ke tempat yang salah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila masalah masih tetap tinggal sebagai masalah, dan pemikiran masih tetap beku tanpa ada sebarang jalan keluar, maka mereka yang lemah akalnya serta dangkal dan jumud pemikirannya akan mengambil jalan mudah dengan mengambil jalan penyelesaian dari luar terutamanya dari Barat yang sudah lama dianggap sebagai rakan kongsi dan \u2018<em>idolanya&#8217;<\/em>.\u00a0\u00a0Yang pasti, jalan penyelesaian ini tidak membawa ke mana-mana kerana ianya tidak berpaksi kepada agama sebagai landasan penyelesaian dan juga asing kepada kehidupan dan budaya tempatan.\u00a0\u00a0Keadaan ini boleh dilihat di mana-mana sahaja negara umat Islam kerana beginilah cara berfikir golongan yang sudah terjajah pemikirannya, iaitu golongan yang dianggap terpelajar tetapi berfikiran seperti orang tawanan atau\u00a0<em>\u2018the captive mind&#8217;<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka umat hari ini tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri apatah lagi mencipta sesuatu yang baru dan hebat sekiranya kita tidak mahu kembali kepada agama dan berani serta cekal untuk menghadapi rintangan.\u00a0\u00a0Tetapi harus diingat bahawa keberanian hanya ada pada umat yang bertaqwa dan bertawakkal, dan juga rasa kebergantungan hanya kepada Allah SWT, selain unsur-unsur kekuatan yang lain.\u00a0\u00a0Lemahnya iman dan longgarnya ikatan kepada Allah akan memungkinkan umat ini dihantui dengan pelbagai bentuk ketakutan.\u00a0\u00a0Umat yang takut rebah tidak akan berani untuk berdiri sendiri, umat yang takut jatuh tidak akan berani mendaki, dan umat yang takut kalah tidak akan berani bertarung, dan kerana itu kita umat hari ini tidak akan mencapai apa-apa kemenangan kerana kita takut kepada banyak perkara, dan ketakutan itu pula dicipta oleh akal dan minda kita sendiri yang lemah dan terjajah.<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menjadi satu kewajaran yang dituntut untuk ummah ini sentiasa menyingkap kelemahan-kelemahan yang ada dan membiasakan dimuhasabah agar dapat meningkatkan kualiti diri.\u00a0\u00a0Muhasabah adalah suatu yang sangat diperlukan kerana ianya dapat membuka mata bagi melihat apakah hambatan-hambatan yang perlu dirungkai agar ummah ini dapat mampu bangun di atas kaki sendiri.\u00a0\u00a0Antara kelemahan-kelemahan yang telah lama menebal pada umat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":47,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21721","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21721","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/47"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21721"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21721\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21721"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21721"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21721"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}