{"id":21729,"date":"2010-05-28T01:38:05","date_gmt":"2010-05-28T01:38:05","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21729"},"modified":"2010-05-28T01:38:05","modified_gmt":"2010-05-28T01:38:05","slug":"tukar-kerja-atau-tukar-sikap-terhadap-kerja-dalam-organisasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tukar-kerja-atau-tukar-sikap-terhadap-kerja-dalam-organisasi\/","title":{"rendered":"Tukar Kerja Atau Tukar Sikap Terhadap Kerja Dalam Organisasi"},"content":{"rendered":"<p>Sedarkah kita kejayaan dalam bidang kerjaya adalah bermula daripada sikap kita terhadap kerja yang dilakukan.\u00a0 Sikap ditakrifkan sebagai penilaian mengenai diri dan alam sekeliling hasil dari pemikiran dan perasaan mengenai sesuatu perkara seterusnya terpancar pada perbuatan dan perkataan.<\/p>\n<p>Menurut kajian dari salah sebuah universiti terkemuka,\u00a0 menyatakan bahawa 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap,\u00a0 manakala 10 peratus lagi adalah daripada kemahiran dan maklumat yang diperolehinya.\u00a0 Maka perubahan sikap terhadap kerja inilah yang akan membawa kepada nilai-nilai yang baik antaranya sikap budi pekerti yang tinggi, perhubungan yang baik terutama sesama rakan sepejabat, majikan dan seterusnya dapat menghasilkan daya usaha yang memuaskan, bertanggungjawab, rajin, inovatif dan juga berdisiplin.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan sikap pekerja yang dipilih untuk bekerja dalam organisasi tertentu perlu serasi dan sesuai dengan nilai, budaya dan fahaman yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam organisasi berkenaan.\u00a0 Misalnya organisasi Islam akan memberi keutamaan kepada pekerja yang terdiri daripada orang Islam kerana hanya pekerja Muslim yang faham akan budaya dan persekitaran dalaman sesebuah organisasi Islam. Apabila timbulnya kefahaman dan keserasian ini, maka pekerja itu akan berasa seronok dan cintakan kerjayanya dengan sepenuh hati. Seterusnya, meletakkan dirinya sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab, amanah, bersemangat di tempat kerja, komited dan dapat melaksanakan tugas dengan tekun dan bersungguh-sungguh (itqan).<\/p>\n<p>Bayangkan bagaimana keadaan diri pekerja sekiranya tidak seronok dengan kerjaya yang dilakukan seharian di tempat kerja? Sedangkan itulah tempat bagi mereka mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga.\u00a0 Apabila perkara ini berlaku maka sebenarnya mereka telah mengheret satu pertiga daripada masa kehidupan seharian ke tempat kerja dengan\u00a0 sikap malas, rasa bosan, tidak seronok dan asyik bersungut sepanjang masa sehinggalah tibanya waktu untuk pulang.\u00a0 Apabila jam menunjukkan pukul 5.00 petang barulah pekerja itu berasa bersemangat semula, boleh tersenyum dan ceria untuk pulang ke rumah. Begitulah halnya jika pekerja yang\u00a0 tidak berminat dengan apa yang dilakukan terhadap tugas tetapi terpaksa dilakukan demi menyara kehidupan diri dan keluarga.<\/p>\n<p>Keadaan ini seterusnya sudah tentu memberi implikasi kepada majikan di setiap organisasi.\u00a0 Pekerja yang tidak berminat dengan kerjayanya akan menyatakan pelbagai alasan kepada majikannya apabila kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kerja yang dihasilkan tidak berkualiti, produktiviti menurun dan tidak memuaskan.\u00a0\u00a0 Malah bagi mereka yang tidak seronok di tempat kerja kita boleh melihat dan mengenali riak wajahnya, pergerakannya, percakapannya yang bersikap negatif terhadap tugas. Pelbagai alasan turut diberikan jika datang lewat ke pejabat, ponteng kerja, kerja tidak siap dan sebagainya.<\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, apabila pekerja ini berurusan dengan pelanggan pula, sikap\u00a0 negatif mereka\u00a0 turut sama terbawa-bawa.\u00a0 Tidak berkomunikasi dengan baik, gagal mengawal perasaan, sikap yang suka marah-marah, muka yang masam mencuka, kerja yang lembap turut dikaitkan dengan pekerja sebegini.\u00a0 Mereka bukan sahaja tidak seronok apabila berurusan dengan para pelanggan malah turut dilabel sebagai pekerja yang tidak mesra pelanggan. Jadi jika kita mahukan perubahan, produktivi tinggi dan kejayaan organisasi, maka mereka ini perlulah disuntik semangat sukakan kerjaya di samping mempunyai niat dan matlamat menaikkan nama organisasi.<\/p>\n<p>Justeru,\u00a0 apakah cara terbaik untuk memupuk sikap terhadap kerja\u00a0 supaya timbulnya minat bekerja dalam organisasi? Mungkin mudah masyarakat beranggapan bahawa jika tidak lagi berminat dengan kerjaya yang diceburi, maka mereka boleh berhenti kerja atau tukar kerja lain.\u00a0 Namun, jika pekerja itu\u00a0 mengambil pendekatan sebegini dalam ekonomi semasa, pada perkiraan penulis, mungkin agak sukar bagi mereka memperoleh pekerjaan, melainkan jika mereka mengubah atau mentransformasikan sikap terhadap pekerjaan tersebut.\u00a0 Sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Ra&#8217;d ayat 11 &#8220;Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah diri mereka sendiri&#8221;.<\/p>\n<p>Bukan tugas mudah untuk mengubah sikap.\u00a0 Namun, sebagai pekerja muslim perubahan itu perlu bermula dalam diri sendiri melalui transformasi sikap terhadap tugas yang diamanahkan.\u00a0 Malah perubahan yang baik apabila diri pekerja muslim itu melihat kerjaya mereka sebagai ibadah.\u00a0 Sikap segelintir pekerja yang menganggap tugas yang mereka lakukan di pejabat semata-mata sebagai proses makan gaji akan merugikan diri mereka sendiri.\u00a0 Sekiranya seorang pekerja ingin mencapai kejayaan, kenaikan pangkat dan gaji mereka haruslah menanam sikap membuat kerja lebih daripada apa yang dibayar.\u00a0 Yang pada akhirnya mereka akan dibayar lebih daripada apa yang dikerjakan.\u00a0 Ini\u00a0 merupakah prinsip kejayaan dalam kerjaya.\u00a0 Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka mereka tidak akan bekerja melebihi gaji yang diterimanya.\u00a0 Tetapi jika sebaliknya, mereka akan melipat gandakan lagi kerja di tahap yang lebih baik, produktif dan berkualiti.<\/p>\n<p>Nabi Muhammad SAW menjelaskan di dalam hadisnya yang masyhur, setiap amal kebajikan itu perlu disertakan dengan niat. Jika diniatkan kerana menunaikan perintah Allah, maka berpahalalah dia. Jika niat hanya kerana makan gaji, makan gaji sajalah yang diperoleh.<\/p>\n<p>Di samping itu,\u00a0 sikap pekerja dengan sesama rakan sekerja juga perlu dijaga dengan baik dan harmoni.\u00a0 Dengan menganggap rakan sekerja itu sebahagian daripada ahli keluarga dan saudara mara sendiri, maka sudah tentu kita akan sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong dan membantu mereka. Bekerja atas dasar kasih sayang\u00a0 jelas terbayang daripada sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya\u00a0 &#8220;Amalan sesudah beriman kepada Allah ialah berkasih sayang kepada para manusia&#8221; Riwayat Tabrani.\u00a0\u00a0 Dengan demikian setiap kerja yang dilakukan bukan sahaja\u00a0 membawa faedah dan dinikmati oleh masyarakat sejagat malah sikap yang baik antara sesama rakan sekerja juga menjadikan diri pekerja lebih komited serta bermotivasi untuk terus menjalankan tugas mereka dengan baik dan cemerlang.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan persepsi sikap pekerja terhadap majikan perlukan perubahan.\u00a0 Sebagai pekerja kita perlu taat dengan majikan selagi perintah, teguran dan keputusannya itu tidak bercanggah dengan syariat.\u00a0 Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah SWT. Begitu juga sikap majikan terhadap pekerja, perlu menghormati pekerja, mengasihi dan tidak menzaliminya.\u00a0 Jika hubungan majikan dan pekerja baik maka pekerja juga akan merasakan kerja itu lebih seronok malah turut dihargai.<\/p>\n<p>Justeru, ukuran kejayaan sesebuah organisasi dilihat sangat bergantung kepada sikap kita terhadap kerja yang telah diamanahkan.\u00a0 Mungkin sukar untuk kita bertukar tempat kerja tetapi tidaklah sesukar mana jika kita dapat mengubah diri dan sikap terhadap kerja kita yang sedia ada. Maka laksanakannya dengan terbaik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sedarkah kita kejayaan dalam bidang kerjaya adalah bermula daripada sikap kita terhadap kerja yang dilakukan.\u00a0 Sikap ditakrifkan sebagai penilaian mengenai diri dan alam sekeliling hasil dari pemikiran dan perasaan mengenai sesuatu perkara seterusnya terpancar pada perbuatan dan perkataan. Menurut kajian dari salah sebuah universiti terkemuka,\u00a0 menyatakan bahawa 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap,\u00a0&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21729","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21729"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21729\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}