{"id":21928,"date":"2009-09-04T02:48:57","date_gmt":"2009-09-04T02:48:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=21928"},"modified":"2009-09-04T02:48:57","modified_gmt":"2009-09-04T02:48:57","slug":"menggilap-erti-kemerdekaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/menggilap-erti-kemerdekaan\/","title":{"rendered":"Menggilap Erti Kemerdekaan"},"content":{"rendered":"<p>Walaupun sambutan kemerdekaan ke 52 kali ini tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya, namun hakikat kefahaman terhadap kemerdekaan itu sendiri tidak seharusnya diabaikan.\u00a0\u00a0Rata-rata rakyat memahami bahawa wabak H1N1 yang menyerang tanahair mutakakhir ini sehingga sambutan kemerdekaan itu sendiri terpaksa diubahsuai adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.\u00a0\u00a0\u00a0Namun seharusnya diambil perhatian bahawa tidak memahami hakikat kemerdekaan adalah juga sejenis penyakit yang jauh lebih berbahaya kerana penyakit jenis ini bukan hanya membunuh sebahagian rakyat negara ini tetapi berupaya untuk membunuh masa depan seluruh rakyatnya dan menggadai maruah negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tahun 2009 menandakan negara Malaysia tercinta ini telah mencapai usia 52 tahun kemerdekaan. Tempoh 52 tahun merupakan jangkamasa yang sudah memadai untuk mematangkan setiap warga yang merdeka dan pastinya Hari Kebangsaan kali ini sesuatu yang sangat bermakna dan satu kesempatan untuk kita rakyat Malaysia sama-sama menggilap semangat patriotik, atau dalam bahasa arabnya dikenali sebagai\u00a0<em>hubbu&#8217;l watan<\/em>, atau cintakan negara.\u00a0\u00a0Tetapi malangnya dan tidak tahu pula di mana pula silapnya, bagi sebahagian rakyat kita, hari bersejarah ini tidak mempunyai apa-apa erti selain daripada cuti umum untuk bersantai dan beristirehat di rumah, bahkan ada pula yang mengambil peluang untuk berjalan-jalan sambil membeli-belah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari segi maknanya, patriotisme membawa erti cinta dan rasa tanggungjawab terhadap negara dan bangsa.\u00a0\u00a0Menurut Prof. Ismail Faruqi rasa cinta dan tanggungjawab ini adalah suatu yang positif serta digalakkan oleh Islam, bahkan Islam telah menetapkan beberapa garis panduan untuk mencapai objektif patriotisme tersebut.\u00a0\u00a0Malah menurut pandangan Islam juga, berbakti kepada negara dan bangsa adalah suatu yang sangat dituntut.\u00a0\u00a0Menurut beliau lagi patriotisme yang dianjurkan oleh Islam jauh lebih baik dan hebat berbanding dengan patriotisme Barat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara itu seorang lagi cendekiawan Islam tersohor yang turut memberi pandangan yang positif terhadap patriotisme ialah Muhammad Iqbal.\u00a0\u00a0Antara lain pandangan yang diberi oleh Muhammad Iqbal terhadap patriotisme dalam satu perhimpunan di India, ialah:\u00a0<em>&#8220;Patriotisme merupakan satu kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah manusia, dan mempunyai tempat di dalam kehidupan moral manusia.\u00a0\u00a0Namun yang merupakan kepentingan sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaannya, dan tradisinya.\u00a0\u00a0Inilah hal-hal yang merupakan erti yang seharusnya dibawa hidup dan dibawa mati, bukan sejengkal tanah di mana jiwa manusia dihubungkan untuk sementara waktu.&#8221;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sehubungan dengan itu juga, pada masa yang sama kita dikelirukan dengan apa yang dikenali sebagai nasionalisme.\u00a0\u00a0Bagi tokoh-tokoh di atas, Ismail Faruqi dan Muhammad Iqbal, kedua-duanya menolak nasionalisme.\u00a0\u00a0Bagi Ismail Faruqi, beliau menolak nasionalisme kerana ianya merupakan\u00a0<em>ethnocentrism<\/em>\u00a0yang kemudiannya melahirkan\u00a0<em>racism<\/em>\u00a0yang melampau.\u00a0\u00a0Sementara Muhammad Iqbal pula menolak nasionalisme sepertimana yang diamalkan di Barat iaitu, nasionalisme yang berasaskan kebendaan dan menolak kehidupan beragama serta sangat berbahaya kepada kehidupan manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun satu hakikat yang perlu difahami ialah sifat berubah-ubahnya erti dan isi nasionalisme itu sendiri mengikut perubahan zaman dan tempat.\u00a0\u00a0Ini adalah kerana munculnya nasionalisme di negara-negara yang ditindas dan dijajah tidak sama dengan nasionalisme yang lahir di negara-negara Barat yang sebahagiannya adalah penjajah.\u00a0\u00a0Begitu juga dengan semangat nasionalisme yang wujud sebelum merdeka tidak sama dengan semangat nasionalisme selepas merdeka.\u00a0\u00a0Maka dengan itu, pendirian terhadap nasionalisme sama ada menerima atau menolak seharusnya mengambil-kira isi serta makna yang digunapakai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh, as Syahid Imam Hassan al Banna, telah menggunakan kedua-dua kalimah patriotisme dan nasionalisme, atau\u00a0<em>wataniyyah<\/em>\u00a0dan\u00a0<em>qaumiyyah<\/em>, dengan menyelaraskan kalimah-kalimah dan penggunaannya sesuai dengan tuntutan dan nilai Islam.\u00a0\u00a0Umpamanya beliau telah menerima apa yang dinamakan sebagai\u00a0<em>wataniyyatu \u2018l-hanin<\/em>\u00a0(cintakan negara),\u00a0<em>wataniyyatu \u2018l-hurriyyah wa \u2018l &#8216;izzah<\/em>\u00a0(menjunjung nilai-nilai kemerdekaan dan kehormatan),\u00a0<em>wataniyyatu \u2018l-fath<\/em>\u00a0(semangat juang untuk mengembangkan Islam).\u00a0\u00a0Pada masa yang sama juga beliau menolak\u00a0<em>wataniyyatu \u2018l-hizbiyyah<\/em>\u00a0(dasar yang memecah-belahkan ummah supaya mereka saling bermusuhan).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara yang berkaitan dengan nasionalisme atau\u00a0<em>al-qaumiyyah<\/em>\u00a0pula, Imam Hassan al Banna menerima apa yang diistilahkan sebagai\u00a0<em>qaumiyyatu \u2018l-majd<\/em>, iaitu pendirian yang menghargai dan mengambil pengajaran contoh-contoh terbilang generasi terdahulu, dan juga\u00a0<em>qaumiyyatu \u2018l-ummah<\/em>, iaitu pendirian yang mengutamakan pengorbanan terhadap umat atau kaum kerabat.\u00a0\u00a0Sementara itu, beliau menolak fahaman\u00a0<em>qaumiyyatu \u2018l-jahiliyyah<\/em>, iaitu nasionalisme yang berusaha menghidupkan semula budaya jahiliah dan berusaha melepaskan kehidupan dari ikatan Islam, dan juga beliau menolak fahaman\u00a0<em>qaumiyyatu \u2018l-udwan<\/em>, iaitu nasionalisme yang berasaskan kesombongan, ketinggian dan ego diri sehingga membawa kepada penindasan dan pencabulan hak-hak manusia yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, kefahaman terhadap nasionalisme ini juga perlu diperhalusi lagi supaya ianya tidak dikelirukan dengan nasionalisme sekular, iaitu yang meletakkan tanahair di atas segala-galanya, hatta agama sekalipun.\u00a0\u00a0Fahaman nasionalisme yang sebegini sebenarnya bertentangan dengan roh tauhid yang dibawa Islam, kerana meletakkan puncak kesetiaan yang mutlak kepada tanahair dan bukannya kepada Allah SWT.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sesungguhnya mencintai tanahair adalah suatu yang baik dan Islamik, tetapi rasa cinta ini mestilah\u00a0\u00a0dijelmakan sebagai cinta kepada hakikat sebenar atau cinta rohaniah yang ada kaitan dengan kecintaan kepada Allah SWT.\u00a0\u00a0Oleh itu seorang Muslim yang mencintai tanahairnya ialah seorang yang dapat memahami cintanya kepada Allah SWT dan pengabdi kepada yang mencipta tanahair itu, dan bukannya pengabdi kepada tanahair.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di tanahair kita mungkin Almarhum Dr. Burhanuddin al Hilmi dapat dijadikan contoh sebagai pejuang tanahair dan nasionalis yang telah berjaya menepati tuntutan pengadian kepada Allah SWT, dan pada masa yang sama berjaya mencurah bakti kepada tanahair.\u00a0\u00a0Kefahaman yang beliau bawa terhadap fahaman Melayu Kebangsaan adalah suatu yang tidak terpisah daripada tuntutan agama.\u00a0\u00a0Perjuangan beliau telah berjaya mengangkat fahaman nasionalisme yang mengutamakan prinsip Ketuhanan Yang Maha Esa, bersifat adil dan berjiwa persaudaraan sejagat.\u00a0\u00a0Pada masa yang sama juga beliau menolak fahaman-fahaman nasionalisme lain yang dianggap sempit, menindas dan terasing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka dengan itu, pada kesempatan merayakan sambutan kemerdekaan Malaysia kali yang ke-52 ini, penting bagi kita semua untuk kembali menggarap kefahaman terhadap kemerdekaan ini dengan lebih mendalam dan mantap.\u00a0\u00a0Seringkali kefahaman kita terhadap kemerdekaan dibataskan hanya kepada dua unsur utama iaitu kebebasan dan berdikari. Tapi Islam membawa pengertian yang jauh lebih menyeluruh dan lebih menggarap permasalahan sebenar.\u00a0\u00a0Islam mahu kemerdekaan di mana kalimah Allah lebih tinggi dari segala kalimah. Ia bukan sekadar kemerdekaan dari segi pendudukan tentera dengan berjaya menghalau keluar penjajah dari bumi tercinta, tetapi juga kemerdekaan dari segi politik, ekonomi, pendidikan, budaya, teknologi dan lebih penting dari itu semua ialah kemerdekaan insan itu sendiri. Kemerdekaan insan adalah muqaddimah kepada segala bentuk kemerdekaan yang lain. Tanpa insan yang merdeka, kemerdekaan sebenar tidak akan tercapai dan perjuangan kemerdekaan hanya akan terhenti separuh jalan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perjuangan kemerdekaan memerlukan jiwa kental yang hanya dapat dibekalkan oleh Islam, iaitu\u00a0\u00a0\u00a0jiwa yang memiliki pandangan dan memahami dimensi perjuangan dan bebanan yang harus dipikul.\u00a0\u00a0Mereka yang memahaminya dalam konteks\u00a0<em>\u2018ubudiah<\/em>\u00a0dan kewajiban menegakkan Islam secara sempurna sahaja yang sanggup berkorban untuk satu perjuangan yang panjang. Perjuangan untuk kemerdekaan kemanusiaan seluruhnya bukan sekadar perjuangan untuk mendapat sebidang tanah atau kepuasan membalas dendam kepada penjajah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apatah lagi di era globalisasi dan monopoli golongan kapitalis masa kini, kemerdekaan tanahair semata-mata tidak memberi banyak makna.\u00a0\u00a0Negara bangsa yang ditubuhkan atas dasar\u00a0<em>wataniah<\/em>\u00a0atau tanahair semata-mata dan dengan fahaman kebangsaan yang sempit dan kabur hanya akan mempunyai kedaulatan untuk\u00a0\u00a0mengurus hal-hal kebajikan rakyat semata-mata. Adapun hal-hal yang berkaitan politik, pendidikan, keamanan dan ekonomi, maka ia akan terus berada di bawah telunjuk hegemoni kuasa tunggal dunia. Apalah erti kemerdekaan yang ada ini, jika tidak diringi dengan semangat juang berterusan untuk membebaskan manusia seluruhnya dari pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Walaupun sambutan kemerdekaan ke 52 kali ini tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya, namun hakikat kefahaman terhadap kemerdekaan itu sendiri tidak seharusnya diabaikan.\u00a0\u00a0Rata-rata rakyat memahami bahawa wabak H1N1 yang menyerang tanahair mutakakhir ini sehingga sambutan kemerdekaan itu sendiri terpaksa diubahsuai adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.\u00a0\u00a0\u00a0Namun seharusnya diambil perhatian bahawa tidak memahami hakikat kemerdekaan adalah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":47,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-21928","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21928","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/47"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21928"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21928\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21928"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21928"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21928"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}