{"id":22104,"date":"2009-06-26T00:57:31","date_gmt":"2009-06-26T00:57:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=22104"},"modified":"2009-06-26T00:57:31","modified_gmt":"2009-06-26T00:57:31","slug":"hubungan-majikan-amah-mengapa-majikan-kerap-terhukum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hubungan-majikan-amah-mengapa-majikan-kerap-terhukum\/","title":{"rendered":"Hubungan Majikan Amah: Mengapa Majikan Kerap Terhukum?"},"content":{"rendered":"<p>Bila nak amah, kena bayar beribu.<br \/>\nTapi tiada jaminan dapat amah kelas satu<br \/>\nAda amah , masak pun tak tahu<br \/>\nMenyeterika hingga koyak baju<br \/>\nDengan anak kasar selalu<br \/>\nAda juga yang tak betah, minta pulang kerana rindu<\/p>\n<p>Dalam tempoh jaminan amah boleh ditukarkan<br \/>\nTapi majikan perlu bayar untuk amah yang baru lagi seribu<br \/>\nDatang yang baru, khidmatnya belum tentu<br \/>\nMungkin lebih baik atau lebih teruk dari dulu<\/p>\n<p>Kalau amah banyak kerenah<br \/>\nHarapan majikan punah ranah<br \/>\nKalau amah buat onar<br \/>\nMata majikan berpinar<br \/>\nKalau amah lari<br \/>\nMajikan gigit jari<br \/>\nPenjaga baru perlu dicari<br \/>\nDidenda dek Imigresen majikan tak boleh lari<\/p>\n<p>Semua peraturan demi kebajikan amah<br \/>\nKebajikan majikan siapa endah?<br \/>\nTerkini, cuti seminggu sekali untuk amah<br \/>\nMajikan engkar, boleh dibawa ke mahkamah!<\/p>\n<p>Sebagai pengguna khidmat pembantu rumah, penulis mendapat ilham untuk menukilkan seloka di atas bila mengenangkan nasib semua majikan yang mempunyai pembantu rumah di negara ini.\u00a0\u00a0Demi kebajikan pembantu rumah warga asing, pelbagai peraturan dibuat dan dilaksanakan.\u00a0\u00a0Sebagai majikan, secara peribadi, penulis merasakan peraturan yang ada agak berat sebelah dan kerap kali yang terhukum ialah majikan.<\/p>\n<p>Sebagai pihak yang memerlukan khidmat pembantu rumah, kebanyakan majikan mematuhi peraturan yang ada.\u00a0\u00a0Walau semahal mana kos yang diperlukan, majikan akan bayar demi memastikan kesejahteraan ahli keluarga apabila suami-isteri keluar bekerja.\u00a0\u00a0Apa yang pasti, kos yang perlu dibayar kepada agen dan gaji pembantu rumah, meningkat setiap tahun.\u00a0\u00a0Tetapi, apa yang belum pasti ialah mutu pembantu rumah yang diperolehi.\u00a0\u00a0Ia banyak bergantung kepada nasib.\u00a0\u00a0Nasib baik, dapat pembantu rumah yang baik.\u00a0\u00a0Nasib tak baik, majikanlah tanggung sendiri.<\/p>\n<p>Memang benar, majikan berkuasa untuk memilih pembantu rumahnya.\u00a0\u00a0Majikan diberi antara tiga hingga enam bulan untuk mempertimbangkan sama ada mahu pembantu rumah tersebut atau menukarkannya dengan yang baru secara percuma.\u00a0\u00a0Namanya sahaja percuma, tetapi majikan masih perlu membayar levi dan yuran FOMEMA (hampir RM1000 juga) untuk membawa masuk pembantu rumah yang baru.\u00a0\u00a0Itupun belum tentu bermutu.\u00a0\u00a0Itu belum dikira masa menunggu.\u00a0\u00a0Sekali lagi, majikan juga yang kena tanggung!<\/p>\n<p>Umum maklum bahawa ramai pembantu rumah yang lari dari majikan.\u00a0\u00a0Ada yang lari kerana majikan kejam.\u00a0\u00a0Namun, ramai juga yang lari kerana mahukan hidup bebas dan menjadi pembantu rumah merupakan batu loncatan yang memudahkan mereka masuk ke negara ini.\u00a0\u00a0Bila pembantu rumah lari, majikan perlu melaporkannya kepada pihak imigresen dan perlu membayar denda lebih kurang RM250.\u00a0\u00a0Sudahlah pembantu rumah melarikan diri dan majikan perlu mencari penjaga baru untuk anak-anaknya, majikan juga perlu membayar denda RM250.\u00a0\u00a0Seolah-olah majikan yang bersalah apabila pembantu rumahnya lari.<\/p>\n<p>Terkini, majikan perlu memberi cuti seminggu sekali kepada pembantu rumah demi kebajikan mereka.\u00a0\u00a0Bagaimana dengan kebajikan majikan?\u00a0\u00a0Jika pembantu rumah bercuti di hujung minggu, tentulah kerja-kerja pembantu rumah akan diambil alih oleh majikan.\u00a0\u00a0Bila pula majikan boleh berehat dan bercuti?\u00a0\u00a0Jika majikan hendak membenarkan pembantu rumah bercuti pada hari bekerja, majikan perlu mengambil cuti rehat.\u00a0\u00a0Cuti majikan juga terkorban.\u00a0\u00a0Jika peraturan ini tidak dipenuhi, majikan boleh didenda sebanyak RM10,000.\u00a0\u00a0Nasib, nasib!<\/p>\n<p>Hakikatnya, pengalaman seorang pembantu rumah berbeza dari pembantu rumah yang lain.\u00a0\u00a0Ada yang ringan bebannya, ada pula yang sebaliknya.\u00a0\u00a0Jadi, mengapa diwujudkan satu peraturan untuk semua seolah-olah semua pembantu rumah mempunyai beban tugas yang sama?\u00a0\u00a0Bukankah lebih wajar jika hal ini diserahkan kepada budibicara majikan?\u00a0\u00a0\u00a0Kebanyakan majikan di Malaysia masih bertamaddun dan waras.\u00a0\u00a0Janganlah hanya kerana satu dua yang tidak bertamaddun itu, semuanya terhukum.<\/p>\n<p>Apa yang lebih penting ialah untuk menyedarkan kedua-dua belah pihak, majikan dan pembantu rumah bahawa setiap mereka ada hak dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.\u00a0\u00a0Jika masing-masing melaksanakan amanah ini dengan sempurna, maka hubungan baik antara kedua belah pihak akan terjalin.<\/p>\n<p>Bagaimana dengan agensi pembekal pembantu rumah, baik di Malaysia mahupun di negara pembekal?\u00a0\u00a0Mereka merupakan pihak yang paling beruntung dalam hubungan ini.\u00a0\u00a0Sekiranya mereka membekalkan pembantu rumah yang tidak bermutu sekali pun, mereka tidak rugi apa-apa kerana yang menanggung kosnya (kewangan dan kesulitan) ialah majikan.\u00a0\u00a0Bagaimana dengan tanggungjawab mereka untuk memastikan calon yang dibekalkan itu adalah calon yang bermutu dan terlatih?\u00a0\u00a0Bagaimana dengan tanggungjawab mereka menyedarkan calon untuk bersungguh-sungguh melaksanakan amanah yang dipikul? Bagaimana dengan tanggungjawab mereka untuk memastikan calon tidak suka-suka hati melarikan diri dari majikan?\u00a0\u00a0Tidak bolehkah mereka juga dikenakan denda apabila calon yang dibekalkan itu &#8211; yang kononnya berminat dan amat terlatih untuk menjadi pembantu rumah &#8211; melarikan diri?<\/p>\n<p>Penulis pasti pergantungan keluarga Malaysia kepada pembantu rumah asing akan berterusan.\u00a0\u00a0Justeru, amat penting diwujudkan peraturan-peraturan yang seimbang dan adil untuk semua pihak.\u00a0\u00a0Dalam hubungan ini, agen-majikan-pembantu rumah saling memerlukan antara satu sama lain.\u00a0\u00a0Adalah amat tidak adil jika hanya majikan yang terbeban dalam hubungan ini.\u00a0\u00a0Malah, jika ini yang berlaku, ia sebenarnya amat tidak produktif kepada negara.\u00a0\u00a0Ini kerana peraturan yang membebankan majikan semata-mata amat tidak membantu kaum ibu yang bekerja khususnya, serta institusi keluarga di negara ini secara amnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bila nak amah, kena bayar beribu. Tapi tiada jaminan dapat amah kelas satu Ada amah , masak pun tak tahu Menyeterika hingga koyak baju Dengan anak kasar selalu Ada juga yang tak betah, minta pulang kerana rindu Dalam tempoh jaminan amah boleh ditukarkan Tapi majikan perlu bayar untuk amah yang baru lagi seribu Datang yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-22104","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22104","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22104"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22104\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22104"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22104"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22104"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}