{"id":22274,"date":"2008-12-12T06:34:41","date_gmt":"2008-12-12T06:34:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=22274"},"modified":"2008-12-12T06:34:41","modified_gmt":"2008-12-12T06:34:41","slug":"ketandusan-akalkah-kita-tentang-kaedah-mendidik-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ketandusan-akalkah-kita-tentang-kaedah-mendidik-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"Ketandusan Akalkah Kita Tentang Kaedah Mendidik Kanak-Kanak?"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;\">Dalam satu iklan bijirin sarapan, untuk menggambarkan betapa sedapnya bijirin itu, digambarkan seorang kanak-kanak yang membuat helah kepada ibunya dengan menyuruh ibunya menoleh ke belakang \u2013 seolah-olah ada sesuatu yang menarik di belakang ibunya itu \u2013 hanya supaya dia dapat menambah bijirin tersebut ke dalam mangkuknya.\u00a0\u00a0Walaupun tujuan utama iklan ini bukanlah untuk mendidik kanak-kanak, namun, mengapa perlu ditunjukkan kanak-kanak yang membuat helah untuk menambah sarapannya?\u00a0\u00a0Mengapa tidak ditunjukkan sahaja bagaimana kanak-kanak tersebut meminta bijirin tambahan secara sopan?<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Dalam iklan sejenis ubat batuk pula, ditunjukkan bagaimana sekumpulan kanak-kanak cuba mencuri buah.\u00a0\u00a0Maka, berlari-larilah seorang tua \u2013 tuan pokok \u2013 merapati kanak-kanak itu untuk memarahi mereka.\u00a0\u00a0Larian si tua itu membuatkan beliau terbatuk-batuk tidak berhenti-henti.\u00a0\u00a0Lalu, kanak-kanak itu pergi mendapatkan si tuan pokok tadi yang kemudiannya memberi isyarat supaya mengambil ubat batuk tersebut di beranda.\u00a0\u00a0Ternyata, tuan pokok tadi pulih setelah meminum ubat batuk tersebut.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Apa perlunya memaparkan gelagat kanak-kanak yang mahu mencuri itu?\u00a0\u00a0Tidak bolehkah dipaparkan kanak-kanak yang sedang melakukan sesuatu kebaikan seperti bersukan atau membaca atau melakukan satu tugasan sains?<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Begitu juga dengan \u201csajak kematian\u201d tempoh hari.\u00a0\u00a0Ketika pertama kali melihat laporannya di TV, penulis tidak bersetuju dengan kaedah itu untuk mendidik kanak-kanak.\u00a0\u00a0Pendirian penulis tetap sama setelah membaca pelbagai maklumbalas di akhbar.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Setelah menontonnya sendiri, penulis yakin dan pasti, video itu memang tidak sepatutnya dipertontonkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 7 \u2013 8 tahun.\u00a0\u00a0Selain kerana wujudnya jenazah yang berkafan sebagai watak utama video itu \u2013 yang penulis pasti, ramai orang dewasa yang tidak senang hati melihatnya, inikan pula kanak-kanak \u2013 apa yang menyebabkannya tidak sesuai untuk kanak-kanak ialah kerana bait-bait kata yang digunakan dalam sajak itu amat jauh dari hakikat hidup kanak-kanak tersebut.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Misalnya, jenazah itu menyesali perbuatan-perbuatan silamnya seperti \u201cberlagak bagai Tuhan\u201d, \u201ctidak membawa watak Hamba Allah\u201d, \u201cpecah belahkan orang\u201d, \u201csalahguna kuasa dan wang\u201d, \u201chalang orang bertaubat\u201d dan \u201chancurkan ekonomi orang Islam\u201d.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Kesilapan-kesilapan itu mudah difahami oleh orang dewasa kerana sifatnya yang rapat dengan kehidupan mereka.\u00a0\u00a0Namun, sejauhmanakah kanak-kanak pada usia 7 \u2013 8 tahun, yang menjadi penonton video itu tadi, dapat mengaitkan diri mereka dengan kesilapan-kesilapan tersebut?\u00a0\u00a0Lainlah sekiranya kesalahan-kesalahan yang dinyatakan itu adalah seperti \u201cmencuri jambu Pak Ali\u201d atau \u201cmenipu ibu\u201d atau \u201cmenyiat kulit kucing\u201d!<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Melihat kepada iklan-iklan seumpama tadi serta video sajak kematian yang didakwa sebagai satu cara yang baik untuk mendidik kanak-kanak, penulis tertanya-tanya, sudah ketandusan akalkah kita dalam mencari kaedah yang sesuai dan berkesan bagi tujuan ini?<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Abdullah Nasih Ulwan, dalam bukunya Pendidikan Anak-anak Dalam Islam menyebut bahawa cara-cara berkesan untuk mendidik anak-anak ialah: (i) dengan memberikan contoh teladan; (ii) dengan membiasakan si anak mengamalkan perkara baik; (iii) dengan menasihati dan membimbing; (iv) dengan memerhati dan mengawasi; dan, (v) dengan mendenda dan menghukum.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Walaupun beliau ada menyebut tentang perlunya menimbulkan perasaan kecut dan gerun ketika menasihati si anak serta memberi hukuman dengan menakutkan dan menggentarkan, namun, kedua-dua cara ini adalah sebahagian kecil dari puluhan cara lain yang lebih berkesan dalam mendidik anak-anak.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Malah, beliau juga menekankan betapa kanak-kanak ini berbeza antara satu sama lain.\u00a0\u00a0Ada yang dapat dibetulkan bila si ibu menjeling atau si bapa berdehem.\u00a0\u00a0Ada pula yang perlu ditegur secara lisan.\u00a0\u00a0Malah, ada juga yang hanya berhenti buat kelaku setelah tangan ibu atau bapanya singgah di badan.\u00a0\u00a0Dalam kata-kata lain, kanak-kanak perlu dididik mengikut keperibadiannya.\u00a0\u00a0Maka, adalah tidak wajar sekiranya kita berpendapat satu video sahaja boleh mendidik sebuah kelas, apalagi sebuah sekolah.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Namun, terdapat kecenderungan dalam masyarakat kita untuk menggunakan contoh yang buruk dalam usaha mengajak orang menjadi baik.\u00a0\u00a0Misalnya, dalam drama TV, khususnya yang kononnya \u2018berunsur Islam\u2019, watak utamanya seringkali ditonjolkan sebagai seorang yang amat jahat dan telah melakukan pelbagai maksiat, sebelum bertaubat menjadi baik.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Begitu juga, dalam usaha mendidik masyarakat supaya bersimpati dan prihatin terhadap pesakit HIV\/AIDS, sering ditonjolkan betapa pesakit itu dihina, dicerca dan dipulaukan, malah ada yang berniat untuk membunuhnya, sebelum akhirnya semua orang sedar akan kesilapan mereka.\u00a0\u00a0Tidak bolehkah ditonjolkan masyarakat Muslim sebenar yang secara fitrahnya berperikemanusiaan dan prihatin terhadap golongan seperti ini?<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Sebenarnya adalah lebih mudah menjemput orang menjadi baik dengan memberikan contoh teladan yang baik.\u00a0\u00a0Namun, entah di mana silapnya, ramai yang memilih jalan yang berbelit untuk menjemput orang kepada kebaikan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Di zaman teknologi maklumat ini, ada banyak cara yang menarik yang boleh difikirkan untuk mendidik kanak-kanak menjadi baik.\u00a0\u00a0Oleh kerana penontonnya adalah kanak-kanak, pilihlah jalan yang mudah dan lurus.\u00a0\u00a0Jika kita mahu mereka menjadi baik, tunjukkan contoh yang baik.\u00a0\u00a0Bukan contoh yang buruk agar dia tahu apa itu baik.\u00a0\u00a0Akal fikiran yang mentah akan sukar untuk memahami benda yang berbelit.\u00a0\u00a0Tambah pula dalam hal agama, pilihlah kaedah yang boleh menarik mereka kepada syiar Islam.\u00a0\u00a0Bukan sebaliknya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam satu iklan bijirin sarapan, untuk menggambarkan betapa sedapnya bijirin itu, digambarkan seorang kanak-kanak yang membuat helah kepada ibunya dengan menyuruh ibunya menoleh ke belakang \u2013 seolah-olah ada sesuatu yang menarik di belakang ibunya itu \u2013 hanya supaya dia dapat menambah bijirin tersebut ke dalam mangkuknya.\u00a0\u00a0Walaupun tujuan utama iklan ini bukanlah untuk mendidik kanak-kanak, namun,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-22274","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22274","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22274"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22274\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22274"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22274"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22274"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}