{"id":22288,"date":"2009-11-14T06:57:53","date_gmt":"2009-11-14T06:57:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=22288"},"modified":"2009-11-14T06:57:53","modified_gmt":"2009-11-14T06:57:53","slug":"lif-oh-lif-ciri-kediaman-bertingkat-tinggi-yang-memerlukan-penyelesaian-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/lif-oh-lif-ciri-kediaman-bertingkat-tinggi-yang-memerlukan-penyelesaian-segera\/","title":{"rendered":"Lif Oh Lif Ciri Kediaman Bertingkat Tinggi Yang Memerlukan Penyelesaian Segera"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;\">Baru-baru ini, ketika dipaparkan tentang masalah lif rosak di kalangan penghuni sebuah flat di Sentul, kita telah dapat melihat betapa sukarnya kehidupan sebahagian dari ahli masyarakat kita yang mendiami kediaman bertingkat tinggi bila lif yang merupakan kemudahan asas di kawasan itu tidak lagi \u2018memudahkan\u2019 kehidupan mereka.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Hakikatnya, penghuni flat Sentul itu bukanlah satu-satunya kelompok yang berhadapan dengan masalah ini.\u00a0\u00a0Ramai lagi penghuni kediaman bertingkat tinggi lain, yang turut mengalami nasib yang sama.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Dalam hal penyediaan dan penyelenggaraan lif di kediaman seperti ini, ia tertelak di tangan pemaju melalui pejabat penyelenggaraan yang mereka pilih.\u00a0\u00a0Namun, bila ditanya kepada pihak ini mengapa lif yang rosak itu tidak dibaiki, jawapannya ialah kerana penghuni tidak membayar wang selenggaraan.\u00a0\u00a0Akibatnya, pihak penyelenggara tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membaiki lif yang rosak, mahupun untuk membuat selenggaraan yang berjadual.\u00a0\u00a0Oleh kerana itulah, masalah lif rosak kerap berlaku di kediaman seperti ini.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Bila ditanya kepada penghuni mengapa mereka tidak membayar yuran selenggaraan, jawabannya ialah kerana tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Begitulah keadaannya.\u00a0\u00a0Pemberi perkhidmatan menyalahkan penghuni, penghuni pula menyalahkan pemberi perkhidmatan.\u00a0\u00a0Sedangkan kedua-duanya bersalah dalam hal ini.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Memang ada sebahagian penghuni yang tidak membayar yuran selenggaraan ini.\u00a0\u00a0Agak\u00a0\u00a0sukar untuk memahami ketidakpatuhan mereka sedangkan perkara ini telah termaktub dalam dokumen perjanjian jualbeli.\u00a0\u00a0Namun, penulis percaya, masih ramai penghuni yang membayar yuran itu.\u00a0\u00a0Maka, adalah tidak adil apabila semua penghuni terhukum akibat ketidakpatuhan sebahagian penghuni yang lain.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Di masa yang sama, pihak pemberi perkhidmatan juga bersalah.\u00a0\u00a0Jika isunya ialah ketiadaan dana akibat penghuni tidak membayar yuran selenggaraan, ada tindakan yang boleh diambil.\u00a0\u00a0Pemberi perkhidmatan boleh memotong bekalan air ke rumah-rumah tersebut.\u00a0\u00a0Malangnya, tindakan ini amat jarang diambil.\u00a0\u00a0Jika ada sekalipun, ia hanya tinggal sebagai satu amaran yang tidak menakutkan sesiapa.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Kepada penghuni yang degil, pemotongan bekalan air bukanlah sesuatu yang menakutkan.\u00a0\u00a0Mereka boleh sahaja mengambil air dari jiran-jiran yang bersimpati.\u00a0\u00a0Malah, mereka boleh sahaja mandi di kolam mandi yang disediakan.\u00a0\u00a0Maka, tidakkah boleh difikirkan tindakan lain yang lebih menggerunkan?\u00a0\u00a0Menyita rumah, misalnya?<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Namun, andai sahaja kedua belah pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing, kediaman bertingkat tinggi ini akan menjadi \u2018syurga\u2019 kepada para penghuninya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Penulis juga merupakan penghuni kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur.\u00a0\u00a0Kediaman ini dipilih kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan pejabat.\u00a0\u00a0Jarak perjalanan penulis pergi dan balik dari kerja hanyalah 9 km sahaja.\u00a0\u00a0Masa perjalanan juga amat singkat \u2013 lima minit di masa-masa biasa, lebih kurang 15 minit, ketika waktu puncak.\u00a0\u00a0Di waktu harga minyak naik, penulis tidaklah begitu terkesan olehnya.\u00a0\u00a0Dari segi itu, pemilihan rumah ini adalah baik bagi penulis.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Namun, sejak dua bulan yang lalu, lif di blok yang dihuni penulis telah menimbulkan masalah kepada semua.\u00a0\u00a0Semakin hari, masa menunggu lif semakin meningkat.\u00a0\u00a0Terkini, masa untuk menunggu lif menjadi 20 minit, itupun bukan pada waktu puncak.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Pada pagi makalah ini ditulis, semua lif di blok yang penulis diami ini rosak.\u00a0\u00a0Penulis terpaksa turun tangga (24 tingkat) untuk ke pejabat.\u00a0\u00a0Anak penulis yang mudah diserang lelah telah penulis beri \u2018cuti\u2019 dari bersekolah.\u00a0\u00a0Nasib baik musim persekolahan sudah sampai ke penghujungnya.\u00a0\u00a0Penulis tidak dapat membayangkan perasaan mereka yang anaknya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam sehari dua ini.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Jika masalah lif di kediaman penulis ini berterusan, penulis boleh sahaja berpindah ke Rawang \u2013 ke rumah \u2018bertanah\u2019 yang telah dibeli beberapa tahun lalu.\u00a0\u00a0Ini bermaksud penulis perlu membuat peruntukan tambahan untuk duit minyak dan tol bagi perjalanan pergi dan balik ke pejabat.\u00a0\u00a0Ia juga bermakna penulis perlu keluar rumah satu jam lebih awal dari apa yang penulis biasa lakukan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Sekalipun itu berlaku, penulis patut bersyukur kerana penulis ada pilihan.\u00a0\u00a0Bagaimana dengan ribuan keluarga lain yang tiada pilihan?\u00a0\u00a0Bermutukah kehidupan penghuni bandar jika begini keadaannya?\u00a0\u00a0Sebahagian dari mereka adalah bekas penghuni setinggan yang ditempatkan ke kediaman jenis ini.\u00a0\u00a0Inikah kehidupan bermutu yang dimaksudkan ketika pihak berwajib memutuskan untuk memindahkan mereka dari kawasan setinggan dahulu?<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Kediaman bertingkat tinggi adalah satu ciri kekal dalam kehidupan masyarakat di bandar-bandar besar.\u00a0\u00a0Di masa-masa yang akan datang, lebih ramai orang yang akan menghuni kediaman jenis ini.\u00a0\u00a0Malah, ia mungkin menjadi satu-satunya pilihan kediaman yang ada.\u00a0\u00a0Maka, pihak pemerintah perlu memikirkan cara untuk menjadikan kehidupan di kediaman jenis ini satu pengalaman yang memberi keselesaan kepada para penghuninya.\u00a0\u00a0Sekiranya tiada peruntukan undang-undang mengenai hal ini, ianya hendaklah dibuat segera.\u00a0\u00a0Ini bukan hanya kerana ia melibatkan begitu ramai ahli masyarakat kita, tetapi juga kerana ia melibatkan tempat tinggal \u2013 satu keperluan asasi manusia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baru-baru ini, ketika dipaparkan tentang masalah lif rosak di kalangan penghuni sebuah flat di Sentul, kita telah dapat melihat betapa sukarnya kehidupan sebahagian dari ahli masyarakat kita yang mendiami kediaman bertingkat tinggi bila lif yang merupakan kemudahan asas di kawasan itu tidak lagi \u2018memudahkan\u2019 kehidupan mereka. Hakikatnya, penghuni flat Sentul itu bukanlah satu-satunya kelompok yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-22288","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22288","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22288"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22288\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}