{"id":22988,"date":"2008-01-27T08:48:40","date_gmt":"2008-01-27T08:48:40","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=22988"},"modified":"2008-01-27T08:48:40","modified_gmt":"2008-01-27T08:48:40","slug":"renungan-nasib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/renungan-nasib\/","title":{"rendered":"Renungan Nasib"},"content":{"rendered":"<div align=\"justify\">Sekiranya diteliti ucapan-ucapan siasah Dato&#8217; Onn Ja&#8217;afar, kita akan mendapati bahawa apa yang dihasratkan oleh pentad\u00adbiran beliau bukan sekadar bertujuan untuk menuntut kemer\u00addekaan dari kerajaan penjajah British, dan bukan juga bertujuan semata-mata untuk pembangunan kuasa siasah Melayu atau ke arah kemajuan ekonomi orang Melayu. Tujuannya yang lebih besar ialah untuk berjuang menghapuskan sifat haiwaniah manusia yang keji, dan dalam hal ini ia merujuk kepada sikap sesetengah orang Melayu yang pernah satu ketika tidak dapat menerima teguran, yang cenderung untuk memfitnah, hasad, cemburu, takabbur, tamak dan tunduk kepada pihak penguasa yang zalim. Contohnya, Dato&#8217; Onn menyebut bahawa, &#8220;Ada dua tempat orang Melayu hendak bertenggek; pertama, kepada jiran-jiran mereka; Kedua, kepada musuh orang Melayu&#8230;kita tidak seharusnya memikirkan usaha untuk mendapatkan kedudukan sahaja dimasa yang sama kita menolak bangsa kita&#8221;. Istilah \u2018bertenggek&#8217; dalam Bahasa Melayu biasanya dikaitkan dengan burung yang hinggap di atas dahan. Walaubagaimanapun, perkataan bertenggek dalam hubungan ini tidak membawa apa-apa makna yang dapat difahami. Maka, kita perlu mentafsirkan secara ilmiah apa yang dimaksudkan. Apabila seekor burung bertenggek di atas ranting, misalnya, ia kadang kala membersihkan bulunya untuk menarik perhatian, atau mungkin menarik perhatian burung lain yang berlainan jantina. Perbuatan mengemas diri untuk mendapatkan perhatian inilah yang merupakan sikap sombong yang dimaksud\u00adkan. Kita dapat merumuskan bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dato&#8217; Onn ialah sekurang-kurangnya terdapat dua jenis orang Melayu; mereka yang menyamai ciri-ciri yang disebutkan tadi dan mereka yang sebaliknya. Bagi mereka yang cenderung kepada sifat-sifat keji di atas, Dato&#8217; Onn berkata, &#8220;Sebelum ini saya merujuk kepada bahaya yang melingkungi orang-orang Melayu di Semenanjung ini tanpa perlu menyebut dari pihak mana [bahaya ini timbul. Sekarang saya katakan bahawa bahaya ini] timbul dari orang Melayu sendiri&#8221;. Adakah bahaya yang disebut oleh Dato&#8217; Onn ini merujuk kepada bahaya yang berada di luar orang Melayu? Atau adakah bahaya yang dimaksudkan merujuk kepada kejahilan sebagai kesan dari tindakan membenarkan sifat haiwaniah orang-orang Melayu ini timbul? Kita mengatakan bahawa yang kedua adalah benar. Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Dato&#8217; Onn apabila beliau mengatakan orang Melayu sebagai ancaman besar kepada diri mereka sendiri, kita harus faham dahulu kejadian diri manusia.<\/div>\n<p align=\"justify\">Manusia adalah kewujudan yang satu akan tetapi mem\u00adpunyai dua ciri. Mengenai penciptaan manusia, al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n menyebut bahawa manusia mempunyai jasad yang termasuk dalam spesis haiwan dan ruh yang bukan dari spesis tersebut; Ruh inilah yang mentadbir jasad sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Manusia telah diberikan ilmu mengenai kejadian setiap benda kerana Allah telah mengajar manusia nama-nama setiap benda bagi membolehkan mereka mengetahui hubungan benda-benda dan memahami maknanya dalam susunan kewujudan (tidak semestinya bermakna zat atau fitrah ruh itu sendiri, akan tetapi merujuk kepada sifat-sifat benda). Menurut al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n, manusia telah diberikan ilmu mengenai ruh ini (bermakna dirinya). Ilmu ini begitu mendalam dan tidak dapat digarap sepenuhnya, akan tetapi sedikit mana\u00adpun ia, cukup untuk membolehkan manusia memahami kejadi\u00adan dirinya, dan akhirnya membawanya menuju kepada ilmu berkenaan Allah. Al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n menerangkan bahawa ruh adalah entiti yang satu, individu yang dirujuk sebagai qalbu (al-qalb), nafs (al-nafs), akal (al-\u2018aql) dan ruh (al-ruh). Keempat-empat istilah ini merupakan aktiviti-aktiviti yang berlainan akan tetapi kesemuanya merujuk kepada entiti yang satu, iaitu ruh. Ia dikenali dengan banyak nama kerana ia sentiasa melakukan aktiviti dengan menzahirkan dirinya melalui salah satu dari bentuk yang disebutkan di atas. Disebabkan manusia telah diberikan ilmu mengenai Allah, manusia telah diikat dengan satu perjanjian di mana beliau telah mengenali Allah, menyedari siapa Dia, telah mensabitkan kebenaran dan telah mengakui Allah sebagai Penciptanya, yang akhirnya menyebabkan manusia tahu siapa dirinya sendiri dan apa yang harus dilakukan. Ilmu mengenai diri juga terikat kepada perjanjian ini, kerana kefahaman mengenai diri manusia akan membawa kepada kefahaman tentang Tuhannya.<\/p>\n<p align=\"justify\">Manusia diikat oleh agama Islam melalui penyembahan yang sedar dan rela. Disebalik sifat lupa yang ada pada manusia, dia telah dikurniakan akal, mempunyai daya panca\u00adindera yang tertentu dan yang lebih menarik, pendengaran merupakan pancaindera yang terakhir terbina kerana melalui deria inilah ilmu secara umumnya diterima. Manusia telah dilengkapkan dengan akal untuk memandu mereka membeza\u00adkan antara kebenaran dengan kepalsuan dan antara kebaikan dengan keburukan. Bagi menjelaskan lagi apa yang dimaksud\u00adkan, biarlah kita merujuk kepada kisah Nabi Ibrahim. Apabila Nabi Ibrahim memikirkan mengenai bintang-bintang dan menyangka bahawa mereka adalah Tuhan, baginda akhirnya mendapati bahawa bintang-bintang akhirnya menghilang, maka baginda menumpukan perhatian kepada bulan sambil menyangka bahawa dengan saiznya dan kuasa sinarannya, ia adalah Tuhan sehinggalah baginda mendapati ia juga hilang seperti bintang-bintang. Kemudian baginda menyangka mata\u00adhari sebagai Tuhan sehingga baginda mendapati matahari juga terbenam. Akhirnya, baginda menyerah kepada Allah agar memberi panduan kepadanya dan menunjukkan kebenaran kepada baginda. Contoh ini menunjukkan kepada kita bagai\u00admana aktiviti akal dan fikiran serta mempamerkan kekurangan akal apabila membuat kesimpulan berkaitan dengan ilmu berkenaan Allah.<\/p>\n<p align=\"justify\">Kesan epistemologi dari empat perkataan yang menerang\u00adkan ruh sebagai satu entiti dapat dilihat dari makna perkataan-perkataan ini dari segi bahasa. Contohnya, al-nafs bererti nafas, dari akar kata nafasa yang menunjukkan perlakuan. Oleh itu, hakikat manusia bukanlah sesuatu yang diam akan tetapi dinamik dan sentiasa berada di dalam keadaan aktiviti. Lagipun, dari satu segi, ia berpunca dari tiupan Allah sendiri, dan Allah adalah satu kewujudan yang tidak diam akan tetapi dinamik tanpa ada perubahan berlaku pada dirinya, tanpa sifat sentiasa menjadi tanpa kesudahan (becoming). Allah tidak pernah mengalami perubahan. Dia bukan seperti\u00admana Aristotle menerangkan tentang diriNya bahawa Dia diam dan tidak bergerak. Ini menunujukkan bahawa kefahaman Islam mengenai Tuhan ada\u00adlah amat berbeza dengan kafahaman agama agama lain khususnya agama agama Barat berkenaan Tuhan.<\/p>\n<p align=\"justify\">Perkataan-perkataan ini mempunyai dua makna; di satu segi mereka merujuk kepada sesuatu yang bersifat kebendaan dan di satu segi yang lain ia merujuk kepada sesuatu yang bukan benda. Merujuk kepada makna kebendaan dari perkataan \u2018hati&#8217;, ia bermakna alat yang terletak di sebelah kiri dada yang mengedar darah ke seluruh badan. Merujuk kepada makna kebendaan dari perkataan \u2018ruh&#8217;, ia adalah individu yang ada di hadapan kita. Aspek kebendaan akal pula merujuk kepada penzahiran aktiviti otak; walaupun otak hanyalah sebagai alat kepada akal, akan tetapi aktiviti dan tugas ruh terletak atau tertumpu di otak. Keempat-empat perkataan ini merujuk kepada perkara yang satu dan sama dan yang tidak boleh disukat dari segi masa dan tempat; ia adalah sesuatu yang dicipta. Satu-satunya cara untuk mengetahuinya ialah dengan mengetahui kesan aktiviti yang kelihatan lahir darinya. Sekiranya tidak, fitrahnya tidak akan dapat difahami.<\/p>\n<p align=\"justify\">Dari segi makna ruhaniah perkataan-perkataan ini, orang Islam memahami \u2018hati&#8217; sebagai satu alat penanggap ruhaniah yang menerima cahaya ilham; \u2018akal&#8217; juga sebagai alat ruhaniah yang berfikir, yang aktif, yang sentiasa merenung hakikat segala sesuatu; \u2018diri&#8217; (al-nafs) merujuk kepada ruh yang men\u00adjawab, &#8220;Bahkan! Kami bersaksi&#8221;, kepada soalan Allah &#8220;Bukankah Aku Rabb (yang telah memelihara dan menjaga kamu)?&#8221; (7\/al-A&#8217;raf,172); ruh (spirit) mungkin merupakan kata majmuk untuk keempat-empat perkataan tersebut ketika ia dalam bentuk yang abstrak. Berkaitan dengan manusia, ada sifat-sifat yang baik dan buruk berkenaan dengan jasad. Oleh itu, berkenaan dengan jiwa haiwaniah, secara umumnya ia difahami sebagai kecenderungan kepada apa yang berten\u00adtangan dengan jiwa akliah. Al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n menyebut, umumnya, jiwa ini mempunyai tiga peringkat; jiwa yang sudah mencapai ketenangan dan keamanan, iaitu sentiasa dalam keadaan mengingati perjanjiannya dengan Tuhan, yang dirujuk sebagai jiwa yang tenang (al-nafs al-mutma&#8217;innah). Ia tidak lagi berada dalam keadaan berubah-ubah. Kemudiannya, ada jiwa yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya, selalu membaiki dirinya dan melihat kesilapan diri dan dikenali sebagai jiwa yang mencela dirinya (al-nafs al-lawwamah). Yang terakhir, jiwa yang cenderung ke arah keburukan, atau yang mengarah kepada keburukan (al-nafs al-ammarah bi&#8217;l-su&#8217;).<\/p>\n<p align=\"justify\">Cukuplah untuk kita katakan bahawa sekiranya golongan orang Melayu masih dibelenggu dengan \u2018katatonia intelektual&#8217; (intellectual catatonia) terhadap agama, sejarah dan falsafah mereka, di masa yang sama membenarkan sifat-sifat buruk yang disebut\u00adkan tadi terzahir, maka ini akan mensia-siakan apa yang telah mereka lakukan. Keadaan tersebut, sekiranya dibiar bermaharajalele, mengingatkan sesuatu yang disampaikan kepada kita oleh Saidina Ali ibn Abi Talib (semoga All\u00c4\u0081h meredai beliau). Pada satu hari, dua orang lelaki yang bersikap sombong sedang bersama-sama dengan Saidina Ali dan bercakap besar tentang diri mereka. Sepanjang bersama mereka, Sayyidina Ali dengan sabar men\u00addengar kesombongan dan kemegahan mereka. Kemudian beliau bertanya mereka, &#8220;Adakah kamu berdua berbangga dengan keadaan jasad kamu yang semakin luntur sedangkan ruh kamu berada di dalam neraka? Sekiranya kamu berdua mempunyai kerja, nescaya kamu akan mempunyai amanah tanggung\u00adjawab; sekiranya kamu berdua mempunyai akhlak, kamu akan mempunyai maruah diri; sekiranya kamu bersungguh-sungguh dalam agama nescaya kamu akan mempunyai kemuliaan. Jika tidak, keldai adalah lebih baik dari kamu berdua; dan kamu berdua tidaklah lebih baik dari orang lain&#8221;.<\/p>\n<p align=\"justify\">Jadi, adakah bangsa Melayu menghargai nasihat-nasihat Dato&#8217; Onn? Janganlah kita terpedaya untuk mempercayai bahawa perwakilan orang Melayu terkecuali dari memikul tanggungjawab; ini memandangkan hakikat bahawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri telah mengakui &#8220;kita mesti menyalahkan diri kita sendiri&#8221;. Sekiranya suara ramai dalam UMNO gagal menyedari kelemahan-kelemahan mereka, masalah perpecahan dan keja\u00adhilan akan terus berlaku. Walaupun begitu, hanya UMNO sahajakah yang patut memikul beban tanggungjawab?<\/p>\n<p align=\"justify\">Kita boleh menyimpulkan bahawa tanggungjawab terletak di atas bahu mereka yang diamanahkan kerana mereka dianggap memiliki kewibawaan ilmu. Tetapi malangnya, dikalangan mereka yang telah membenarkan bahaya yang disebutkan oleh Dato&#8217; Onn Ja&#8217;afar bermaharajalela; merekalah yang mendakwa bahawa Sejarah dan Falsafah sudah tidak relevan. Ketidakmampuan mereka untuk mencipta takrifan, dan kejahilan mereka berkenaan ilmu Islam, Sejarah, Falsafah dan pemikiran Islam secara umum, membuktikan hakikat ini. Menurut mereka, apa yang diperlukan sekarang bukan Sejarah atau Falsafah, tetapi kefahaman yang mendalam tentang al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n dan Sunnah Rasulullah (sallallahu &#8216;alayhi wa sallam), seiring dengan kefahaman terperinci tentang fardu \u2018ayn dan fardu kifayah. Sementara al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n adalah diwahyukan oleh All\u00c4\u0081h secara harfi dan ma&#8217;nawi, hadith adalah ketetapan dan pedoman Rasulullah (sallallahu &#8216;alayhi wa sallam) yang terilhamkan dalam berbagai ehwal amal islami. Dalam perkataan lain, hadith adalah kata-kata Rasulullah sendiri; dari segi ini, hadith adalah berlainan dari al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n walaupun tidak mungkin untuk memisahkan kedua-duanya dari ajaran Islam. Makna hadith secara yang menyeluruh-kenyataan, perbuatan dan kebenaran Rasulullah dinamakan Sunnah Nabi. Mengenai fardu \u2018ayn yang wajib ke atas semua orang Islam, ia seharusnya tidak menimbulkan sebarang masalah sekiranya rukun-rukun agama Islam difahami dengan tepat. Mengenai fardu kifayah pula, sebab mengapa ia hanya wajib ke atas sebahagian Muslim dan bukan ke atas semua, adalah kerana ia memer\u00adlukan kefahaman yang mendalam lagi berwibawa seiring dengan pengamatan yang luas terhadap al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n, Islam, pandangan-alam Islam, Sejarah dan Falsafah. Tambahan pula pembahagian kepada dua jenis ilmu ini &#8220;Merupakan aturan untuk berlaku adil terhadap ilmu dan manusia yang menuntut ilmu, kerana semua ilmu yang menjadi prasyarat kepada ilmu yang pertama adalah bagus untuk manusia, sedangkan bukan semua ilmu jenis yang kedua adalah bagus untuknya; kerana manusia yang mencari ilmu jenis yang kedua, yang akan berpengaruh besar dalam menentukan peranan dan kedudukan duniawinya sebagai warga negara, tidak semestinya adalah manusia yang baik.&#8221;<\/p>\n<p align=\"justify\">Tambahan pula, Kitab al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n sebagai Kalam Allah yang diwahyukan secara harfi dan ma&#8217;nawi, turut menggaris\u00adkan unsur-unsur dasar dalam pandangan-alam Islam. Ini memerlukan kepada akal yang memahami Sejarah dan Falsafah Islam, yang sebahagiannya adalah ta&#8217;wil kepada ayat-ayat al-Qur&#8217;\u00c4\u0081n yang mutashabihat yang berdasar kepada tafsiran ayat-ayatnya yang muhkamat. Ini tidak pula mengandaikan bahawa pentafsiran ayat-ayatnya yang muh\u00adkamat adalah mudah atau senang. Cukup untuk kita meneliti karya-karya besar berjilid-jilid para mufassir seperti Ibn Kathir, Fakhr al-Din al-Razi dan al-Baydawi, sekadar menyebut be\u00adberapa nama, untuk menyedari bahawa usaha ini perlu kepada kewibawaan ilmu. Tetapi menurut aliran pemikiran masakini, Sejarah dan Falsafah tidak lagi relevan. Benarkah dakwaan ini? Ataupun aliran masakini yang menolak Sejarah dan Falsafah, dan Pemikiran Islam secara umumnya, merupakan akibat daripada kejahilan dan sifat angkuh?<\/p>\n<p align=\"justify\">Jadi bagaimanakah orang Melayu boleh menguasai ilmu sekiranya golongan yang telah diamanahkan untuk menyampai\u00adkannya itu sendiri telah membenarkan jiwa mereka cenderung ke arah keburukan, atau yang mengarah kepada keburukan? Ada yang telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat bagi manusia, dari segi kedua-duanya kebahagiaan kebendaan dan kerohanian, sibuk menumpuan usaha mereka untuk menguatkuasakan shari&#8217;ah, yang pada hakikatnya perlu kepada kefahaman yang bersungguh-sungguh mengenai Sejarah dan Falsafah. Ada juga kecenderungan untuk bersembunyi di belakang \u2018pihak berwajib&#8217; dan menyebut nama pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini pasti mengakibatkan kehilangan indentiti. Amatlah mengecewakan bahawa tradisi akliah dan suasana ilmiah yang dicita-citakan belum lagi wujud kerana sejumlah yang agak besar dari mereka yang berkedudukan tinggi kuasanya hanyalah kerana \u2018siapa yang mereka kenal&#8217;, dan bukan kerana \u2018apa yang mereka tahu&#8217;.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekiranya diteliti ucapan-ucapan siasah Dato&#8217; Onn Ja&#8217;afar, kita akan mendapati bahawa apa yang dihasratkan oleh pentad\u00adbiran beliau bukan sekadar bertujuan untuk menuntut kemer\u00addekaan dari kerajaan penjajah British, dan bukan juga bertujuan semata-mata untuk pembangunan kuasa siasah Melayu atau ke arah kemajuan ekonomi orang Melayu. Tujuannya yang lebih besar ialah untuk berjuang menghapuskan sifat haiwaniah manusia&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":46,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-22988","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22988","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/46"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22988"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22988\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22988"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22988"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22988"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}