{"id":23254,"date":"2007-08-24T09:30:06","date_gmt":"2007-08-24T09:30:06","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=23254"},"modified":"2007-08-24T09:30:06","modified_gmt":"2007-08-24T09:30:06","slug":"penerapan-syariah-ganti-common-law","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/penerapan-syariah-ganti-common-law\/","title":{"rendered":"Penerapan syariah ganti Common Law"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PUTRAJAYA 23 Ogos &#8211; Sebarang usaha untuk menerapkan prinsip keadilan undang-undang syariah dalam sistem kehakiman di negara ini bagi menggantikan penggunaan Common Law Inggeris amat dialu- alukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, pihaknya percaya langkah itu boleh dilaksanakan melalui proses tadrij atau berperingkat-peringkat menerusi kajian teliti melibatkan pelbagai aspek perundangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018\u2018Dari segi pandangan umum, jika ada usaha berterusan ke arah itu, kita amat mengalu-alukan dan berharap ia dilaksanakan secara berperingkat supaya menjamin kejayaan pelaksanaannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018Ini kerana Islam juga meraikan prinsip-prinsip keadilan,&#8221; katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kaunseling Pesakit Terminal dan Kronik di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seminar sehari itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hospital Pakar al-Nur dan World Assembly Muslim Youth (WAMY).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Abdullah mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak memikirkan sumber lain selain Common Law Inggeris bagi mendapatkan prinsip- prinsip keadilan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, undang-undang Islam adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Abdul Gani, prinsip tersebut juga boleh didapati dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk Islam serta adat seperti yang diamalkan sekarang di Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selasa lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan agar rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Abdullah yang menyifatkan kenyataan Abdul Gani itu sebagai positif, bagaimanapun, mahu penerapan prinsip undang-undang Islam dalam sistem undang-undang negara tidak dilakukan secara drastik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018\u2018Tentang perinciannya saya tidak boleh sebut kerana ia di luar bidang kuasa saya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia sedang menumpukan kepada penyeragaman rang undang-undang syariah di negeri-negeri yang kini sudah sampai ke peringkat 90 peratus pelaksanaannya,&#8221; kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, Abdullah berkata, pihaknya bersedia menambah bilangan kakitangan dari Jakim untuk ditempatkan di hospital-hospital bagi membantu pesakit terminal dan kronik melakukan ibadah seperti solat selain memberi dorongan kepada mereka untuk terus tabah menempuh kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018\u2018Pada masa ini terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang menziarahi pesakit dari katil ke katil tanpa mengira agama bagi menyampaikan hadiah dan memberi kata perangsang agar mereka cepat sembuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018\u2018Saya berharap lebih banyak NGO tampil membantu. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersedia mengeluarkan peruntukan wang zakat dari Baitulmal sekiranya ada NGO yang mahu menjalankan aktiviti tersebut,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA 23 Ogos &#8211; Sebarang usaha untuk menerapkan prinsip keadilan undang-undang syariah dalam sistem kehakiman di negara ini bagi menggantikan penggunaan Common Law Inggeris amat dialu- alukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin. Menurut beliau, pihaknya percaya langkah itu boleh dilaksanakan melalui proses tadrij atau berperingkat-peringkat menerusi kajian teliti melibatkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[226],"tags":[],"class_list":["post-23254","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-buletin","category-226","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23254","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23254"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23254\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23254"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23254"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23254"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}