{"id":23574,"date":"2006-12-11T02:18:15","date_gmt":"2006-12-11T02:18:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=23574"},"modified":"2006-12-11T02:18:15","modified_gmt":"2006-12-11T02:18:15","slug":"tafsiran-sempit-jejas-perpaduan-masyarakat-jadi-keliru-anggap-melayu-tak-adil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tafsiran-sempit-jejas-perpaduan-masyarakat-jadi-keliru-anggap-melayu-tak-adil\/","title":{"rendered":"Tafsiran sempit jejas perpaduan &#8211; Masyarakat jadi keliru, anggap Melayu tak adil"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR: Bolehkah seorang pelajar Islam duduk semeja bersama rakan bukan Islam yang membawa makanan tidak halal ke sekolah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bolehkah seorang Muslim mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut Hindu?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Ya&#8230;kenapa tidak,&#8221; kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Syed Ali Tawfik al-Attas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan tindakan segelintir umat Islam mengeluarkan kenyataan sempit atau menguatkuasakan peraturan yang tidak dituntut agama, mengeruhkan hubungan kaum di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, dakwaan tidak boleh mengucapkan Selamat Deepavali kepada masyarakat Hindu dan larangan membawa makanan tidak halal ke sekolah menyebabkan orang Melayu semakin terpencil daripada masyarakat bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Ini yang menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan timbul anggapan bahawa orang Melayu bangsa yang tidak adil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Apa masalahnya pelajar bukan Islam membawa bekalan makanan mengandungi babi? Bekalan itu adalah khas untuk mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Nanti ada pula yang menyatakan orang Islam tidak boleh duduk bersebelahan (rumah) jiran bukan Islam atau orang Islam tidak boleh bergaul dengan bukan Islam,&#8221; katanya dalam temu bual bersama Berita Minggu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat Malaysia berbilang kaum menjadikan sambutan kemerdekaan negara ke-50 tahun depan landasan mengukuhkan semula perpaduan yang kini dilihat semakin rapuh.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Kita tidak dapat berpura-pura atau cuba menafikannya kerana ia bukan tidak berlaku di kalangan kaum lain sesama kita,&#8221; katanya berucap pada majlis pelancaran korporat Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan anjuran Media Prima Bhd (Media Prima) di sini, Rabu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr Syed Ali Tawfik menjelaskan dalam bahasa Melayu, mengucapkan Selamat Deepavali tidak menyebut tuhan Hindu, tetapi merujuk pada hari dan bukan agama, manakala \u2018Happy Deepavali&#8217; dalam bahasa Inggeris merujuk kepada perayaan dan bukan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, pandangan bahawa tidak boleh membuat ucapan demikian adalah tafsiran salah yang menggambarkan pemikiran yang amat cetek, sekali gus menimbulkan kekeliruan dan mengeruhkan hubungan antara kaum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Lihatlah keadaan sekeliling. Itu tidak boleh dan ini tidak boleh. Haram dan halal, banyak!&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pemikiran segelintir masyarakat kini sempit berbanding pada 1970-an dan 1980-an serta era sebelum itu yang mana tiada masalah hubungan kaum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau yakin majoriti orang Melayu masih rasional dalam hubungan kaum dan tidak menerima beberapa kejahilan sebagai kebenaran mutakhir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, fungsi ulama penting kerana mereka orang paling sesuai memberikan penjelasan mengenai perkara kabur, tetapi mereka harus mengelak membuat kenyataan jika kabur mengenai sesuatu isu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Saya bukan menyatakan semua yang menyatakan diri mereka ustaz dan ulama kolot, tetapi kita tidak boleh menyatakan semua ulama di negara ini betul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Saya tidak meremeh-temehkan mereka. Saya menyanjung tinggi ulama, tetapi mereka tidak harus bergelar ulama jika tidak menepati ciri yang perlu ada pada ulama sebenar,&#8221; katanya.\n\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bolehkah seorang pelajar Islam duduk semeja bersama rakan bukan Islam yang membawa makanan tidak halal ke sekolah? Bolehkah seorang Muslim mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut Hindu?&nbsp; &#8220;Ya&#8230;kenapa tidak,&#8221; kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Syed Ali Tawfik al-Attas. Beliau menegaskan tindakan segelintir umat Islam mengeluarkan kenyataan sempit atau menguatkuasakan peraturan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[226],"tags":[],"class_list":["post-23574","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-buletin","category-226","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23574","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23574"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23574\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23574"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23574"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23574"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}