{"id":23635,"date":"2019-02-08T00:58:22","date_gmt":"2019-02-08T00:58:22","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=23635"},"modified":"2019-02-08T00:58:22","modified_gmt":"2019-02-08T00:58:22","slug":"muhibah-perlu-disuburkan-semula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/muhibah-perlu-disuburkan-semula\/","title":{"rendered":"Muhibah Perlu Disuburkan Semula"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hubungan dalam\nkalangan masyarakat majmuk di Malaysia hari ini berada pada tahap yang perlu\ndibimbangi. Defisit dalam kepercayaan sosial antara kaum berupaya menjadikan\nusaha-usaha perpaduan dan keharmonian yang telah lama disemai menjadi sia-sia. Persaingan\nkuasa menjadikan hubungan ini sebagai cagaran politik bagi pihak yang merasakan\nia mampu menguntungkan mereka sedangkan yang akan terkesan akibat daripada\nperkara ini adalah masyarakat secara keseluruhan. Ia boleh menyebabkan masyarakat\nhidup dalam keadaan syak wasangka terhadap tindakan dan niat antara mereka dan\nini sememangnya memerlukan satu langkah kolektif dan komprehensif antara pemimpin\ndan rakyat negara ini. Pemimpin tidak boleh membiarkan rakyat untuk memperbaiki\nhubungan antara mereka secara bersendirian dan rakyat pula tidak boleh hanya\nmengharapkan kerajaan atau pemimpin untuk memulihkan keadaan tanpa memainkan\nperanan yang sewajarnya agar perpaduan dan hubungan baik antara masyarakat\npelbagai kaum, budaya dan agama di Malaysia menjadi terus kukuh.&nbsp;&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Muhibah perlu dicerminkan\ndalam masyarakat di negara ini. Muhibah seringkali dijelaskan &nbsp;sebagai satu keadaan iaitu masyarakat majmuk\ndalam sebuah negara seperti Malaysia dapat hidup dalam suasana penuh kasih\nsayang, harmoni dan tanpa konflik. Dalam konteks Malaysia, \u201cmuhibah\u201d adalah satu istilah yang amat kaya\ndengan falsafah dan sejarahnya yang tersendiri. &nbsp;&nbsp;Ramai individu dalam kalangan masyarakat sekarang\nhanya mengaitkan istilah muhibah ini dengan perkataan Arab \u201c<em>hub<\/em>\u201d yang merupakan kata dasar kepada\nperkataan \u201c<em>mahabbah<\/em>\u201d yang bermaksud\n\u201ccinta\u201d atau \u201ckasih sayang\u201d. Namun begitu, penjelasan sebegini tidak cukup\nuntuk menggambarkan kepentingan dan falsafahnya yang sebenar dalam konteks\nsejarah negara kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Muhibah dijelaskan\ndengan panjang lebar oleh Profesor Dr. Kamar Oniah Kamarul Zaman di dalam buku\nbeliau <em>Religion and Pluralistic\nCo-Existence: The Muhibah Perspective<\/em>. Pada hemat beliau, muhibah adalah\nsatu semangat kesatuan dan kekitaan yang tinggi disulami dengan satu bentuk\nbudaya keikhlasan dan penerimaan terhadap kepelbagaian budaya, agama dan bangsa\ndalam satu masyarakat. Muhibah juga adalah asas kepada rasa hormat terhadap\norang lain dan persaudaraan sesama manusia. Kefahaman yang mendalam tentang konsep\nmuhibah adalah penting dan harus dijadikan asas interaksi masyarakat pelbagai\nagama dan budaya di Malaysia. Muhibah adalah berdasarkan kefahaman bahawa perlunya\npenerimaan yang ikhlas terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepimpinan\nnegara yang diterajui oleh Perdana Menteri yang pertama dan juga merupakan Bapa\nKemerdekaan Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggalkan\nsatu asas perpaduan yang sangat kukuh melalui muhibah. Melalui pendekatan ini,\nrakyat belajar untuk menjiwai kepentingan&nbsp;\nmempunyai rasa hormat antara satu sama lain, patuh kepada asas pembinaan\nnegara seperti yang digariskan dalam perlembagaan dan undang-undang negara\nserta menerima perbezaan yang wujud antara mereka sama ada dari aspek budaya,\nkepercayaan atau agama. Namun begitu, apa yang dapat kita lihat pada hari ini,\nmasyarakat semakin kurang faham tentang pentingnya untuk semangat muhibah kekal\nsubur dalam kalangan kita. Generasi pasca merdeka hanya melihat muhibah sebagai\nsatu keadaan di mana tiada konflik yang wujud dalam masyarakat. Semangat muhibah\ntidak dapat difahami dengan baik kerana sikap lesu generasi hari ini terhadap\nusaha-usaha pengukuhan negara dan keengganan untuk belajar daripada sejarah. Pendekatan yang penting seperti muhibah harus\nditeledani dari sudut pandang sejarah agar kita dapat belajar tentang\nkepentingannya. Ia juga berpotensi untuk dijadikan landasan kukuh kepada\npembinaan negara kerana ia merupakan satu falsafah sosial dan konsep dinamik\nyang menekankan nilai-nilai keikhlasan, penerimaan, tanggungjawab dan\npersaudaraan antara umat manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui konsep\nmuhibah, perbezaan yang wujud dan merupakan kepercayaan asas sesebuah agama dan\nbudaya tidak seharusnya menjadi punca kepada sebarang konflik atau percanggahan\ndalam masyarakat. Tidak dinafikan bahawa terdapat\nperkara asas dalam agama dan budaya yang sememangnya berbeza namun rasa hormat\nadalah perlu dalam menyantuni perbezaan ini. Ia tidak seharusnya menghalang\nmasyarakat berbilang bangsa dan agama seperti yang ada di Malaysia untuk hidup\nbersama dalam suasana yang aman dan harmoni. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Asas kepada konsep muhibah ini\nadalah keikhlasan dan juga kefahaman bahawa manusia adalah bersaudara\nberlandaskan kepada konsep kejadian manusia daripada nabi Adam <em>\u2018Alaihi Salam<\/em>. Atas asas ini, umat\nmanusia seharusnya menerima satu sama lain dengan semangat kesatuan dan mampu\nuntuk hidup bersama. Dari perspektif Islam, kepelbagaian dan keragaman pada\nkejadian manusia adalah antara tanda kebesaran Allah SWT yang amat nyata dan\nperlunya manusia memahami tujuan kejadian diri agar menjadi hamba yang\nbersyukur. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Muhibah\nmerupakan satu pendekatan yang amat relevan dan penting demi kelangsungan hidup\nbermasyarakat di Malaysia. Penekanan kepada semangat setiakawan, kemanusiaan,\nhormat dan tolak ansur menjadikan konsep muhibah ini harus diintegrasi ke dalam\nsemua bentuk dasar negara, pelan tindakan dan juga program yang direncanakan\nuntuk rakyat. Pemimpin juga perlu memahami konsep muhibah ini dengan lebih baik\nagar dapat menjadi contoh ikutan masyarakat yang dipimpin. Perlaksanaan konsep\nmuhibah memerlukan persetujuan dan kerjasama semua pihak tanpa mengira kaum,\nagama, parti politik atau status sosial. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai\nkesimpulan, adalah penting untuk difahami bahawa agenda muhibah bukan hanya\nmerupakan satu usaha penerapan bersifat sambil lewa sahaja. Sebaliknya\nkelangsungan pendekatan muhibah ini harus disuburkan dan diteruskan dalam\nkalangan generasi muda terutamanya kerana kehidupan bermasyarakat hari ini menjadi\nsemakin mencabar. Sebarang bentuk wawasan dan kemajuan yang diinginkan untuk\nnegara harus dilengkapi dengan kefahaman yang lebih jitu tentang konsep seperti\nmuhibah yang akan menguatkan lagi ikatan perpaduan dalam masyarakat berbilang\nkaum, bangsa dan agama di bumi Malaysia yang tercinta. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hubungan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia hari ini berada pada tahap yang perlu dibimbangi. Defisit dalam kepercayaan sosial antara kaum berupaya menjadikan usaha-usaha perpaduan dan keharmonian yang telah lama &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-23635","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23635","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23635"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23635\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23635"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23635"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23635"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}