{"id":23730,"date":"2019-02-11T03:11:45","date_gmt":"2019-02-11T03:11:45","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=23730"},"modified":"2019-02-11T03:11:45","modified_gmt":"2019-02-11T03:11:45","slug":"perjuangan-menghentikan-penggunaan-plastik-sekali-guna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/perjuangan-menghentikan-penggunaan-plastik-sekali-guna\/","title":{"rendered":"Perjuangan Menghentikan Penggunaan Plastik &#8220;Sekali Guna&#8221;"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah\nsalah menggunakan plastik? Jawapannya, tidak. Namun, ia menjadi satu kesalahan apabila\nplastik digunakan hanya sekali dan kemudian dibuang. Pembuangan plastik selepas\nhanya sekali guna menyebabkan lambakan sampah plastik dan ini merosakkan\npersekitaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan\nplastik sekali guna merupakan frasa paling penting dan popular bagi 2018\nterutamanya dalam konteks memperjuangkan kemampanan alam sekitar. Malah, bagi\n2019, frasa ini tetap penting kerana &#8220;peperangan&#8221; menghentikan\npenggunaan plastik sekali guna merupakan perjuangan yang sukar dan panjang\nmemandangkan masyarakat sudah terbiasa dengan amalan membuang plastik selepas\nhanya sekali menggunakannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perjuangan\nmenghentikan bentuk penggunaan plastik sebegini juga merupakan perjuangan semua\npihak. Apatah lagi bagi masyarakat Muslim, perjuangan ini harus dijadikan\nantara keutamaan kerana usaha ini adalah sebahagian daripada tuntutan yang\nperlu dilaksanakan oleh Khalifah Allah iaitu untuk mencegah kerosakan dan\nseterusnya memakmurkan bumi. Tuntutan mencegah kerosakan ini jelas dinyatakan\ndi dalam al-Quran, surah Ali \u2018Imran,\nayat 104.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk\nmenggalakkan penglibatan dan kefahaman masyarakat dalam perjuangan menghentikan\npenggunaan plastik sekali guna maka kita perlu melihat kepada jumlah plastik\nyang dihasilkan serta kesannya. Satu kajian pencemaran plastik yang dijalankan oleh\nJenna R. Jambeck bersama beberapa pengkaji lain dan diterbitkan dalam jurnal berwasit\nbertajuk <em>Science<\/em> pada tahun 2015\nmenunjukkan bahawa daripada 192\nnegara pesisir, Malaysia berada di tangga kelapan sebagai negara pengeluar sisa\nbuangan plastik terbesar di dunia. Kajian itu juga menganggarkan bahawa bagi\ntahun 2010, Malaysia menghasilkan 0.94 juta tan sisa plastik terbuang dan lebih\nkurang 40 peratus daripadanya terbuang ke lautan. Daripada keseluruhan sisa\npepejal yang dihasilkan di Malaysia, 13 peratus daripadanya ialah sisa plastik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jenis plastik yang paling tinggi penggunaannya ialah\nbotol dan beg plastik. Pada 2016, sebanyak 480 billion botol plastik telah\ndijual. Dikatakan bahawa satu juta botol plastik terjual setiap satu minit atau\n20,000 botol setiap saat. Daripada jumlah botol plastik yang terjual ini, hanya\n50 peratus telah dikitar semula. Bagi beg plastik pula, menurut sebuah laporan\nyang diterbitkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP) bertajuk <em>Single-use Plastic: A Roadmap for\nSustainability<\/em>, dianggarkan bahawa antara satu hingga lima\ntrillion beg plastik telah digunakan setiap tahun dan\nsebahagian besarnya digunakan sekali sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masalah utama penggunaan plastik ialah kemampuannya\nbertahan dalam alam ini. Plastik mengambil masa antara 400 hingga 1000 tahun\nuntuk terurai. Oleh itu, ia membawa kesan tidak baik kepada persekitaran.\nMisalnya, beg plastik yang dibuang merata-rata boleh menyekat aliran air\nlongkang atau sungai dan membawa kepada masalah lain seperti bencana banjir.\nAliran air yang tersekat juga boleh menjadi kawasan &#8220;menternak&#8221;\nnyamuk dan haiwan perosak lain. Keadaan yang kotor sebegini akan menjejaskan\nkebersihan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Beg plastik yang dibuang\nmerata-rata akhirnya akan terkumpul di lautan dan membunuh hidupan di sana.\nAnda pasti pernah melihat perut ikan paus yang dipenuhi bahan plastik. Anda\njuga pasti telah menonton video yang menunjukkan usaha mengeluarkan penyedut\nminuman plastik daripada hidung seekor penyu. Dapatkah anda bayangkan betapa sakit\ndan seksanya haiwan-haiwan tersebut? Bukan sahaja haiwan, terdapat banyak\nkajian yang telah membuktikan bahawa bahan kimia toksik pada plastik boleh\nberpindah kepada tisu haiwan, seperti ikan, yang memakannya. Bahan ini akhirnya\nakan memasuki sistem rantaian makanan dan sistem tubuh manusia apabila kita\nmemakan ikan tersebut. Manakala, jika plastik ini dibakar pula, ia akan\nmenghasilkan gas berbahaya seperti furan dan dioxin yang juga boleh menjejaskan\nkehidupan alam termasuklah manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesan yang dibawa oleh pembuangan plastik secara tidak\nterurus adalah amat menakutkan. Ini sepatutnya memberi tekanan untuk negara\natau masyarakat menghentikan penggunaan plastik atau menguruskannya dengan lebih\nbaik. Di seluruh dunia, termasuk Malaysia, usaha-usaha untuk menghentikan\npenggunaan plastik sekali guna giat dilaksanakan. Kajian yang dijalankan oleh United\nNations Environment Programme (UNEP) dan World Research Institute (WRI)\nmenunjukkan, sehingga Julai 2018, 127 daripada 192 negara yang dikaji telah\nmelaksanakan beberapa dasar untuk mengawal penggunaan plastik. Antara dasar\nyang telah dilaksanakan ialah cukai terhadap pengeluaran beg plastik,\nmengenakan bayaran kepada pengguna yang ingin menggunakan plastik,\nundang-undang atau peraturan untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan\nsekali guna bahan-bahan plastik seperti straw, sudu, garfu serta pinggan\nplastik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Malaysia, usaha untuk mengurangkan penggunaan plastik\ntelah bermula dengan \u201cKempen Hari Tanpa Beg Plastik.\u201d Negeri Pulau Pinang\nmerupakan negeri pertama yang melaksanakan program tersebut pada 2009. Ini\ndiikuti dengan Selangor dan Melaka, kedua-duanya pada 2011. Manakala pada 2017,\nPulau Pinang dan Selangor mula mengenakan bayaran 20 sen untuk beg plastik yang\ndiminta pelanggan. Manakala bagi straw plastik pula, Kuala Lumpur, Putrajaya\ndan Labuan akan memulakan langkah memberi kesedaran tentang keburukan straw\nplastik bermula 2019 manakala pengharaman sepenuhnya straw tersebut di Malaysia\nakan bermula pada 2020.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan penjelasan di atas, boleh disimpulkan bahawa\nusaha untuk membendung masalah penggunaan plastik akan bertambah giat dari masa\nke masa. Dijangkakan bahawa, peraturan terhadap penggunaan plastik akan\nbertambah ketat pada masa akan datang. Malah, akan tiba masanya, pengunaan\nplastik diharamkan sepenuhnya. Dengan itu, masyarakat Malaysia harus bersedia\nuntuk berhadapan dengan keadaan tersebut. Sebaiknya, jadikan pengurangan\nplastik sebagai salah satu resolusi tahun baharu bagi mendidik diri sendiri\nmenjadi pengguna bebas plastik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Adakah salah menggunakan plastik? Jawapannya, tidak. Namun, ia menjadi satu kesalahan apabila plastik digunakan hanya sekali dan kemudian dibuang. Pembuangan plastik selepas hanya sekali guna menyebabkan lambakan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-23730","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23730","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23730"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23730\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23730"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23730"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23730"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}