{"id":24001,"date":"2019-02-13T03:54:56","date_gmt":"2019-02-13T03:54:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=24001"},"modified":"2019-02-13T03:54:56","modified_gmt":"2019-02-13T03:54:56","slug":"teknologi-5g-dan-kedaulatan-digital","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/teknologi-5g-dan-kedaulatan-digital\/","title":{"rendered":"Teknologi 5G dan Kedaulatan Digital"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehidupan masyarakat bernegara kini semakin bergantung dan terikat\nkuat kepada teknologi perkomputeran dalam mengurus aktiviti seharian iaitu\nkeadaan di mana kemunculan satu kuasa baru yang dikenali sebagai kuasa siber <em>cyber power<\/em> sedang dihadapi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kuasa siber adalah kebergantungan kita kepada\ninfrastruktur teknologi maklumat dan juga rangkaian pengkomputeran dalam\nmentadbir urus sesebuah negara seperti sistem perbankan dan kewangan,\nperbekalan elektrik, telekomunikasi dan informasi, pengangkutan, bekalan air,\nperkhidmatan kecemasan dan perkhidmatan awam yang bakal menghadapi berbagai\nbentuk ancaman dengan munculnya teknologi 5G. Teknologi 5G bermaksud teknologi\nGenerasi Kelima yang bakal dipelopori oleh China.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin telah\nmemberi amaran agar perlu berhati-hati dengan semua pihak dan teknologi 5G ini kerana\nia bakal menjadi kaedah pengintipan siber dan pencerobohan digital negara.&nbsp; (Berita Harian Online 22 Jan 2019)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal\nAbidin pula berkata ATM kini dalam proses mengkaji dan mengenal pasti sebarang\nbentuk ancaman terhadap keselamatan negara yang membabitkan teknologi 5G ini. &nbsp;Menurut beliau \u201ckita tidak mahu apa yang\ndipanggil sebagai \u201c<em>destructive technology<\/em>\nyang membahayakan negara\u201d. (Berita Harian Online 25 Jan 2019)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hartawan George Soros ketika ucapan di Forum Ekonomi Dunia di Davos\nturut memberi pandangan bahawa \u201cPresiden China ialah musuh paling bahaya kepada\nmasyarakat bebas kerana memimpin rejim pengawasan berteknologi tinggi ini\u201d.\nMenurut beliau lagi \u201cChina bukan hanya rejim kuku besi tetapi ia juga yang paling\nkaya, paling kuat dan paling maju dari segi teknologi\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga turut menyatakan kebimbangan Barat mengenai teknologi\ngergasi China seperti <em>Zhongxing\nTelecommunication Equipment Corporation (ZTE)<\/em> dan <em>Huawei<\/em>. Jika syarikat berkenaan menguasai pasaran 5G, ia akan\nmemberikan risiko keselamatan yang tidak boleh diterima oleh seluruh dunia.\n(Berita Harian Online 25 Januari 2019).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">5G ialah teknologi jaringan tanpa wayar Generasi Kelima. Kehidupan\nmanusia pada era kini adalah berhubung antara satu sama lain yang dikenali\nsebagai <em>Internet of Things (IoT)<\/em>\niaitu kesemua benda hendak dihubungkan dengan internet yang akan melibatkan\npenjanaan dan penyimpanan data yang amat banyak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kajian yang dilakukan oleh Mohammed H. Alsharif dan Rosdiadee Nordin\ndari UKM pada tahun 2016 berkaitan dengan <em>Evolution\nTowards Fifth Generation (5G) Wireless Network: Current Trends and Challenges\nin the Deployment of Milimeter Wave, Massive MIMO, and Small Cells<\/em> telah\nmendapati bahawa pada tahun 2020 dijangka sebanyak 35 Exabyte data akan\ndijanakan oleh populasi penduduk dunia berbanding dengan 11 Exabyte data pada\ntahun 2019. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sebabkan faktor-faktor ini, akan berlaku kesesakan data pada\nrangkaian sedia ada dan keadaan ini akan memaksa penciptaan teknik-teknik\npemancar yang termaju kerana pada tahun 2020 teknologi Generasi Keempat (4G)\nsudah tidak mampu lagi untuk menampung kesesakan data dan berada pada tahap yang\ngenting. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut kajian ini, 5G ialah teknologi pancaran yang melibatkan\npenggunaan antena yang banyak di menara pemancar. Lagi banyak pemancar lagi\ntinggi kadar data dapat dihantar kepada pengguna. Lagi tinggi frekuensi\ndigunakan maka lebih banyak jalur lebar akan diperolehi. &nbsp;Namun, terdapat beberapa isu dan cabaran 5G ini\nseperti beban penggunaan kuasa pada menara pemancar, rekabentuk peranti\nelektronik baru, ramalan liputan rangkaian dan semua perkara ini perlu\ndifahami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana yang kita ketahui, 5G ini didominasi oleh tiga kuasa\nbesar sahaja iaitu Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah tetapi kini wujud pesaing\nbaru dari benua Asia iaitu Korea (Samsung) dan China (Huawei) dan perkara ini menjadi\nkebimbangan kepada Barat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\nkonteks Malaysia pula, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh\nDeo, \u201cPutrajaya dan <em>Cyberjaya<\/em> akan\nmenjadi wilayah ujian rangkaian 5G bagi tempoh setahun. Kedua-dua bandar\nberkenaan yang dibangunkan dengan jaringan ketersediaan fiber dikenal pasti\nsebagai lokasi paling ideal untuk menguji signal 5G\u201d. Menurut beliau lagi,\n\u201cujian perkhidmatan 5G adalah perlu bukan hanya dari segi teknologi tetapi ia\njuga akan membolehkan kerajaan mempelajari mengenainya dan mengenal pasti\ndasar, undang-undang dan perancangan lebih teliti memandangkan pelaksanaan 5G\nakan menjadikan ia berbeza berbanding standard sebelum ini\u201d.(Harian Metro 1 Feb\n2019<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memandangkan isu yang terdapat di atas, dalam carian saya di\ninternet terdapat banyak laman web seluruh dunia seperti di United Kingdom, Kanada,\nAustralia, New Zealand yang telah dibangunkan untuk menyekat penggunaan 5g\ndengan <em>tag line \u201cstop 5g\u201d<\/em>.\nContoh-contoh laman web tersebut adalah seperti <a href=\"https:\/\/www.change.org\">https:\/\/www.change.org<\/a>,\nhttps:\/\/<a href=\"http:\/\/www.radiotiondangers.com\">www.radiotiondangers.com<\/a>,\n<a href=\"https:\/\/www.5gexposed.com\/canada\">https:\/\/www.5gexposed.com\/canada<\/a>,\n<a href=\"https:\/\/www.5gspaceappeal.org\">https:\/\/www.5gspaceappeal.org<\/a>, https:\/\/www.change.org,\n&nbsp;https:\/\/<a href=\"http:\/\/www.5g.org.nz\">www.5g.org.nz<\/a>)\ndan lain-lain lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain dari faktor-faktor keselamatan, kajian saintifik perlu dijalankan\nuntuk melihat kesan radiasi elektromagnetik (EMR) terhadap burung, mamalia\n(termasuk manusia) dan invertebrata seperti serangga dan labah-labah serta\nmetabolisme tanaman kerana terdapat kajian yang menyatakan serangga menyerap\ngelombang 6GHz dan penggunan radio 60GHz dengan kuasa 50W\/m2 akan meningkatkan\nsuhu kulit sebanyak 0.8 darjah celcius. Sejauh manakah kebenaran hal ini perlu lah\ndi buat kajian. Apakah 5G ini akan menyumbang kepada pemanasan global atau\nselamatkah digunakan&nbsp; masih menjadi tanda\ntanya<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita tidak dapat menolak 5G ini kerana pada masa akan datang gaya\nhidup manusia termasuk rakyat Malaysia berubah apabila kita memerlukan <em>smart cities<\/em>, pemanduan kenderaan tanpa\npemandu <em>driverless vehicles,<\/em> video\nstreaming serta banyak lagi teknologi akan memerlukan 5G untuk direalisasikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun sebagai rakyat Malaysia, kita harus memastikan penggunaan\nteknologi ini adalah terpandu agar malapetaka dapat dielakkan. Janganlah kita\nmengenepikan panduan Ilahi dan mendabik dada, seolah-olah kepandaian manusia\nitu adalah mutlak. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehidupan masyarakat bernegara kini semakin bergantung dan terikat kuat kepada teknologi perkomputeran dalam mengurus aktiviti seharian iaitu keadaan di mana kemunculan satu kuasa baru yang dikenali sebagai kuasa siber cyber power sedang dihadapi. Kuasa siber adalah kebergantungan kita &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-24001","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24001","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24001"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24001\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24001"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24001"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24001"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}