{"id":24234,"date":"2019-02-25T04:20:01","date_gmt":"2019-02-25T04:20:01","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=24234"},"modified":"2019-02-25T04:20:01","modified_gmt":"2019-02-25T04:20:01","slug":"revolusi-industri-4-0-dalam-konteks-maslahah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/revolusi-industri-4-0-dalam-konteks-maslahah\/","title":{"rendered":"Revolusi Industri 4.0 dalam Konteks Maslahah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dunia\nkini sedang pantas menuju ke satu lagi fasa evolusi perindustrian yang lebih\ndikenali sebagai fasa revolusi perindustrian 4.0. Ia berlaku sebagai\nkesinambungan kepada ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Jika\nsebelumnya, revolusi perindustrian itu lebih dicirikan oleh capaian teknologi\nmaklumat dan dunia yang mampu berhubung pada peringkat global secara bebas dan\ntelus, namun kini tahap evolusi perindustrian itu telah memasuki satu lagi fasa\nmasa hadapan yang berlaku sebagai kesan secara langsung daripada revolusi\nteknologi maklumat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Revolusi\nindustri 4.0 atau secara mudahnya lebih dikenali sebagai IR. 4.0 itu dicirikan\noleh pelbagai teknologi terkini dan futuristik seperti teknologi automasi, <em>machine learning <\/em>dan <em>big data<\/em>, kepintaran buatan atau AI,\nteknologi robotik serta <em>Internet of\nThings <\/em>(IoT). Kesemua ini terhasil daripada pengalaman secara tidak\nlangsung melalui cara dan kaedah manusia itu berhubung dalam dunia teknologi\nmaklumat seperti sebelum ini, yang akhirnya mencetuskan satu fasa baharu perihal\ntingkahlaku dan gaya hidup mereka berinteraksi dengan internet dapat\ndimanfaatkan untuk menghasilkan satu bentuk gaya kehidupan baharu yang lebih\nmudah, ringkas, cepat dan tepat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\nerti kata lain, fungsi dan matlamat IR. 4.0 itu adalah bagi memudahkan atau\nmenguntungkan lagi kehidupan umat manusia, kerana segala operasi kehidupan\nmanusia hanyalah di hujung jari sahaja, dan ia amat bersifat <em>human centric<\/em>. Malahan, kebanyakan\nfasa-fasa revolusi yang berlaku sehingga ke hari ini juga bersifat <em>human centric<\/em>, kerana ia terhasil\ndaripada cetusan pemikiran dan idea manusia, dan ia juga akhirnya akan memberikan\nbermanfaat kepada manusia. Kebaikan itulah yang menjadi keutamaannya kerana\ndengan kebaikan itu, ia akan mendatangkan kebajikan dan kemaslahatan kepada\nmanusia lain lalu memudahkan mereka &nbsp;untuk terus berbakti dan beribadah kepada Allah\nSWT. Bahkan, cetusan idea dan pemikiran berkaitan munculnya fasa ravolusi IR.\n4.0 ini juga adalah bukti betapa hebat dan luasnya ilmu Allah SWT, dan cuma\nsedikit sahaja yang diberikan kepada manusia, sebagai bukti sifat Pemurah dan\nPenyayang Allah SWT kepada hamba-Nya, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra\u2019\nayat 70 yang bermaksud, <em>\u201c<\/em>Dan\nsesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam dan Kami angkut mereka di\ndaratan dan di lautan dan Kami berikan mereka rezeki yang baik-baik dan Kami\nlebihkan mereka ke atas makhluk-makhluk yang lain atas kelebihan yang sempurna<em>.<\/em>\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah\nmeyakini bahawa revolusi IR. 4.0 itu sebahagian daripada ilmu yang Allah SWT berikan\nkepada umat manusia, elemen seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah\nmelengkapkan proses cetusan fasa revolusi ini dapat dilaksanakan dalam konteks\nmaslahah, atau kemanfaatan, khususnya menilai sejauh mana teknologi tersebut\ndapat membawa kebaikan dan manfaat kepada umat manusia. Sebelum ini pun, amat\ndiakui bahawa teknologi maklumat dan komunikasi sememangnya telah memberikan\nbanyak manfaat kepada umat manusia. Namun, adakah tanggapan itu memadai? Konsep\nkemaslahatan hanya akan berlaku apabila ia menepati syarat yang telah\nditetapkan dalam kerangka Syariat Islam. Sebagaimana menurut Imam al-Razi, ia\ntertakluk ke dalam ruang lingkup secara syar\u2019i dan bertujuan bagi mendatangkan\nkemanfaatan serta menjauhkan kemudaratan, dalam memelihara agama, jiwa, akal,\nketurunan dan harta. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya,\nkemaslahatan dan kemanfaatan itu pula bukan hanya tertumpu atau tertakluk kepada\nurusan transaksi kehidupan di dunia ini sahaja, malah ia perlu juga mampu\nmembawa atau meningkatkan kesedaran umat manusia kepada kebajikan urusan di\nakhirat. Begitu juga, maslahah yang berlaku wajar dilihat dari sisi fizikal dan\nrohani. Kemanfaatan yang berlaku dalam apa cara pun tidak wajar memisahkan atau\nmengabaikan keperluan fizikal dan rohani. Lebih-lebih lagi aspek kerohanian\nyang dilihat berkait rapat dengan elemen ketuhanan. Aspek kerohanian dan\nketuhanan ini pula amat berkait rapat dengan kepercayaan beragama bagi umat\nIslam. Atas dasar ini, sememangnya ia tidak akan lari daripada lingkungan dosa\ndan pahala. Manakala dosa dan pahala itu pula tertakluk kepada perbuatan\nseseorang individu. Baik atau buruk perbuatannya itulah yang akan menentukan\nstatus dosa dan pahala, dan pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya akan\ndiadili pada hari pembalasan di akhirat nanti. Ini seperti yang telah\ndijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Mulk ayat dua, yang\nbermaksud, <em>\u201c<\/em>Dialah yang menciptakan\nmati dan hidup untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik\namalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.<em>\u201d<\/em>&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh\nyang demikian, perlu disedari bahawa dalam setiap kecanggihan yang wujud dalam\ndunia teknologi, juga terdapat elemen buruk dan baik. Justeru, ia juga terikat\ndengan elemen dosa dan pahala yang boleh diperolehi secara mudah melalui\nsentuhan di hujung jari sahaja, malah sehingga ke tahap perlakuan tersebut\nberlaku tanpa kita sedari, akibat daripada kegagalan diri sendiri dalam\nmemahami hakikat sebenar berkaitan dosa dan pahala. Berhubung dengan perkara\nini, Rasulullah SAW telah memberikan panduan kepada kita semua untuk memahami dosa\ndan pahala melalui sebuah hadis baginda SAW, seperti diriwayatkan oleh Imam\nMuslim yang bermaksud, \u201cDosa adalah perkara yang menimbulkan keresahan di\njiwamu dan kamu benci ia dilihat oleh manusia.\u201d &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan\nkepada senario fasa-fasa perubahan yang berlaku dalam revolusi perindustrian\nini umumnya, dan yang lebih menjurus kepada IR. 4.0 khususnya, umat Islam diseru&nbsp; untuk meningkatkan keberanian di samping\nkewaspadaan, dalam menerokai dan mengisi teknologi masa depan ini dalam konteks\nkemaslahatan yang akan mendatangkan lebih banyak kebaikan dan manfaat kepada\nmanusia lain, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk memperbaiki amalan yang boleh\nmeningkatkan ketakwaaan dan kehambaan kepada Allah SWT serta menjauhkan\nkerosakan dan dosa. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Revolusi Industri 4.0 dalam Konteks Maslahah<br \/>\nDunia kini sedang pantas menuju ke satu lagi fasa evolusi perindustrian yang lebih dikenali sebagai fasa revolusi perindustrian 4.0. Ia berlaku sebagai kesinambungan kepada ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Jika sebelumnya, revolusi perindustrian itu lebih dicirikan oleh capaian \u2026<\/p>\n","protected":false},"author":34,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-24234","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/34"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24234"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24234\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}