{"id":24422,"date":"2019-02-27T01:44:12","date_gmt":"2019-02-27T01:44:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=24422"},"modified":"2019-02-27T01:44:12","modified_gmt":"2019-02-27T01:44:12","slug":"menjana-pekerjaan-dan-penjagaan-anak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/menjana-pekerjaan-dan-penjagaan-anak\/","title":{"rendered":"Menjana Pekerjaan dan Penjagaan Anak"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka\nyang menonton filem Dilwale pastinya masih ingat kepada bangkai pesawat serta\ngua di belakang air terjun di Iceland yang menjadi lokasi penggambaran untuk\nadegan lagu \u201cGerua\u201d dengan lakonan hero dan heroinnya yang begitu\nmempersonakan.&nbsp; Namun, Iceland bukan\nhanya ada keindahan alam semulajadi, ia juga memiliki dasar mesra keluarga yang\nmenjadikannya tempat tinggal yang terbaik untuk wanita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada\n24 Oktober 2016, theguardian.com telah menerbitkan sebuah makalah yang\nmenceritakan tentang kehidupan wanita di Iceland.&nbsp; Dua perkara yang ingin penulis kongsikan di\nsini ialah mengenai penjagaan anak dan penjagaan wargatua yang lazimnya menjadi\ntanggungjawab wanita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari\nsegi penjagaan anak, selepas melahirkan, wanita-wanita di Iceland boleh mengambil\ncuti bersalin selama tiga bulan.&nbsp; Apabila\nibu tersebut masuk kerja, suaminya pula boleh mengambil cuti tersebut selama\ntiga bulan.&nbsp; Sesudah itu, suami-isteri\nini boleh berkongsi dan bergilir-gilir mengambil cuti bergaji ini untuk menjaga\nanak mereka untuk tiga bulan lagi.&nbsp; Ini\nbermaksud, di Iceland, seorang bayi yang baru lahir akan dijaga oleh ibu atau\nbapanya di rumah untuk 9 bulan pertama kehidupannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas\n9 bulan, apabila kedua ibu dan bapa perlu kembali bekerja, anak-anak akan dihantar\nkepada pengasuh.&nbsp; Para ibu bapa akan diberikan\nsubsidi untuk membayar upah pengasuh ini sehingga anak itu berusia 3\ntahun.&nbsp; Selepas itu, anak-anak akan\ndihantar ke pra sekolah awam yang dibiayai oleh kerajaan sehingga berusia 6\ntahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anak-anak\ndi Iceland akan masuk sekolah rendah pada usia 6 tahun.&nbsp; Selepas waktu sekolah, mereka akan dijaga di\nsekolah dari jam 2 petang hingga 5.15 petang.&nbsp;\nPerkhidmatan ini disediakan khas untuk kanak-kanak yang berusia 6 &#8211; 9\ntahun.&nbsp; Ia beroperasi di setiap sekolah\nrendah dan kosnya ditanggung oleh ibu bapa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari\nsegi penjagaan warga tua pula, Iceland menyediakan: (a) perkhidmatan mengemas\nrumah dan penghantaran makanan ke rumah warga tua yang dibiayai oleh pihak\nberkuasa tempatan; (b) perkhidmatan rawatan di rumah yang disediakan secara\npercuma oleh pusat kesihatan komuniti; (c) pusat jagaan harian yang menjaga\nwarga tua yang tinggal dengan keluarga ketika anaknya bekerja; (d) servis\napartmen dengan perkhidmatan khusus termasuk merawat warga tua (biasanya milik\nswasta); (e) rumah jagaan dan perawatan warga tua; dan, (f) hospital geriatrik.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menarik,\nbukan?&nbsp; Kemudahan-kemudahan seumpama ini\nadalah antara ciri-ciri utama ekonomi prihatin iaitu satu sistem ekonomi yang\nmengutamakan keprihatinan kepada rakyat dan alam semulajadi.&nbsp; &nbsp;Ia\nboleh ditemui di negara-negara seperti Finland, Norway dan Sweden yang\nmenawarkan program-program yang disokong oleh kerajaan seperti penjagaan\nkanak-kanak, cuti bergaji untuk ibu bapa, dana untuk keluarga yang menjaga anak\ndan warga tua, dan memperuntukkan sebahagian besar dari kekayaan negaranya\nuntuk membantu negara miskin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ternyata\nekonomi prihatin ini, melalui kemudahan-kemudahan yang ditawarkan, ia dapat\nmenjana pekerjaan berasaskan penjagaan (<em>care\nwork<\/em>) kepada rakyatnya seperti menjadi pengasuh bayi dan guru di pra\nsekolah dan sekolah. &nbsp;Sektor penjagaan\nwarga tua pula akan menjana pekerjaan seperti pengemas rumah; tukang masak\nmakanan, perawat warga tua dan sebagainya.&nbsp;\nBayangkan jumlah peluang pekerjaan yang dapat dijana untuk lelaki,\nmahupun wanita. &nbsp;Inilah antara sebab\nmengapa ekonomi prihatin mendapat tempat di hati para pengkaji sektor buruh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi\npengkaji keluarga, ekonomi prihatin mampu menyelesaikan isu \u201cpenjagaan\u201d anak\ndan warga tua, apabila wanita keluar bekerja.&nbsp;&nbsp;\nDengan sistem sokongan seumpama ini, ia memberi ruang dan peluang kepada\nwanita \u2013 yang lazimnya menanggung beban penjagaan \u2013 untuk memasuki pasaran\nburuh dan fokus dengan apa yang mereka boleh sumbangkan kepada majikan dan\nnegara.&nbsp; Dalam kata-kata lain, ekonomi\nprihatin akan memastikan penglibatan wanita di luar rumah tidak menjejaskan\nkualiti hidup mereka dan keluarga.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai\nyang melihat ini sebagai \u201cdasar mesra wanita\u201d bagi membolehkan lebih ramai\nwanita memasuki pasaran kerja.&nbsp; Namun,\nsebenarnya ia adalah \u201cdasar mesra keluarga\u201d yang bertujuan untuk memelihara\nkeluarga, unit sosial yang terkecil dalam masyarakat kita.&nbsp; Melalui dasar-dasar mesra keluarga, semua\nahli keluarga, termasuklah warga tua \u2013 tanpa mengira jantina \u2013 akan mendapat manfaatnya.&nbsp; &nbsp;Natijahnya akan terjelma dalam peningkatan produktiviti\ndi tempat kerja dan kualiti hidup semua ahli keluarga.&nbsp; Ia akhirnya akan melahirkan sebuah negara\nmaju, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga kualiti hidup rakyatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ekonomi\nprihatin didasari oleh prinsip-prinsip <em>altruisme<\/em>\ndan belas kasihan (<em>compassionate)<\/em>\nyang membawa kepada tindakan ekonomi yang dimotivasikan oleh rasa peduli dan\nbelas kasihan kepada orang lain dan persekitarannya.&nbsp; Atas prinsip-prinsip inilah maka rakyat di\nnegara-negara tersebut sanggup membayar cukai individu dan cukai korporat yang\ntinggi, demi kesejahteraan bersama.&nbsp; IKIM\nakan mengadakan Persidangan Meja Bulat \u201cIslam dan Ekonomi Prihatin\u201d pada 20 Mac\n2019 bagi mengulas tajuk ini dengan lebih lanjut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mereka yang menonton filem Dilwale pastinya masih ingat kepada bangkai pesawat serta gua di belakang air terjun di Iceland yang menjadi lokasi penggambaran untuk adegan lagu \u201cGerua\u201d dengan lakonan hero dan heroinnya yang begitu mempersonakan.  Namun, Iceland bukan hanya ada keindahan alam &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-24422","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24422","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24422"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24422\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24422"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24422"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24422"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}