{"id":24463,"date":"2004-07-01T03:13:23","date_gmt":"2004-07-01T03:13:23","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=24463"},"modified":"2004-07-01T03:13:23","modified_gmt":"2004-07-01T03:13:23","slug":"organisasi-perlu-utamakan-prestasi-berasaskan-nilai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/organisasi-perlu-utamakan-prestasi-berasaskan-nilai\/","title":{"rendered":"Organisasi Perlu Utamakan Prestasi Berasaskan Nilai"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kuala Lumpur 1 Julai &#8211; Dato&#8217; Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menggesa setiap organisasi memberikan keutamaan kepada prestasi berasaskan nilai yang dilihat mampu memaksimumkan pendapatan masing &#8211; masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Timbalan Perdana Menteri, dengan berpegang kepada konsep mengutamakan nilai, setiap organisasi mampu mengatasi masalah etika dan moral yang kurang diberi penekanan dalam urusan perniagaan konvensional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib turut menggesa agar setiap organisasi memberi keutamaan kepada unsur berkaitan pengurusan, kebajikan pekerja, hubungan pelanggan dan kepentingan pemegang saham yang menjadi asas kepada prestasi menyeluruh sesebuah organisasi itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Apabila setiap aspek dan prestasi organisasi terikat kepada nilai tertentu, isu-isu prinsip moral dapat diatasi dan dengan itu boleh menghalang merebaknya amalan rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Apabila rasuah dapat dihapuskan, kerajaan boleh memberi tumpuan ke arah perkembangan ekonomi secara berterusan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian seminar antarabangsa mengenai&nbsp;<em>Prestasi Menyeluruh Berasaskan Nilai&nbsp;<\/em>anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, ekonomi boleh tumbuh dengan pantas sekiranya persekitaran perniagaan yang tenang dapat dipupuk di samping mengelak penyelewengan yang boleh menjejaskan pertumbuhannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerajaan juga telah lama memperkenalkan agenda nasional bagi menerap nilai-nilai dan etika mulia di kalangan anggota masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan awam serta memperkenalkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia bagi sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau memberikan contoh pengenalan Program Latihan Khidmat Negara dan Pelan Integriti Nasional diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengembangkan nilai-nilai positif sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau percaya dengan pelaksanaan amalan sedemikian, Malaysia mampu menjadi negara contoh di kalangan membangun serta masyarakat antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur 1 Julai &#8211; Dato&#8217; Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menggesa setiap organisasi memberikan keutamaan kepada prestasi berasaskan nilai yang dilihat mampu memaksimumkan pendapatan masing &#8211; masing. Menurut Timbalan Perdana Menteri, dengan berpegang kepada konsep mengutamakan nilai, setiap organisasi mampu mengatasi masalah etika dan moral yang kurang diberi penekanan dalam urusan perniagaan konvensional.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[226],"tags":[],"class_list":["post-24463","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-buletin","category-226","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24463","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24463"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24463\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24463"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24463"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24463"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}