{"id":24832,"date":"2019-03-13T06:20:39","date_gmt":"2019-03-13T06:20:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=24832"},"modified":"2019-03-13T06:20:39","modified_gmt":"2019-03-13T06:20:39","slug":"ekosistem-tasik-chini-teramcam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ekosistem-tasik-chini-teramcam\/","title":{"rendered":"Ekosistem Tasik Chini Terancam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu alam sekitar\ntidak dapat dipisahkan daripada masyarakat. Satu persatu, isu dan permasalahan\nalam sekitar timbul tanpa menemui titik noktah. Natijahnya, kita telah menyaksikan\nsatu demi satu ekosistem diancam kemusnahan lantaran kurangnya kesedaran\nterhadap kepentingannya, selain tidak menghayati fungsi sebenar penciptaan\nmanusia sebagaimana yang telah dinukilkan di dalam al-Quran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan sebagai hamba Allah, manusia seharusnya sedar\nbahawa Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan\nAllah SWT, yakni dengan menjaga batas-batasnya dan tidak keterlaluan serta\nberlebih-lebihan dalam sesuatu urusan termasuklah dalam konteks berinteraksi\ndengan alam sekitar dan ekosistem. Hal ini telah disebutkan dengan jelas di\ndalam al-Quran yang bermaksud:<em>\u201cDan dialah\nyang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut\nhidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan\nuntuk kamu memakainya; dan (selain itu) engkau melihat kapal-kapal belayar\npadanya; dan supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya; dan\nsupaya kamu bersyukur\u201d<\/em><em>(Surah an-Nahl, 16: 14).<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara isu terbaharu\nyang menjadi paparan dada akhbar adalah isu penerokaan tanah serta perlombongan\nyang berleluasa di sekitar Tasik Chini sehingga menjejaskan ekosistem tasik\nberkenaan. Isu alam sekitar membabitkan Tasik Chini bukanlah kali pertama berlaku,\nsebaliknya ancaman terhadapnya telah berlanjutan sejak sekian lama dan kian\nparah sejak kebelakangan ini. Bayangkan, apakah kesudahan nasib kawasan tadahan\nair semula jadi ini sekiranya tiada langkah drastik diambil oleh pihak berwajib\nbagi menanganinya? Ini pastinya mengundang masa depan yang kelam kepada\nekosistem berkenaan, seterusnya membawa kemusnahan dan ancaman kepupusan biodiversiti yang menghuninya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Alangkah sayangnya jika ekosistem ini musnah, kerana secara faktanya Tasik Chini yang berkeluasan 5,084 hektar dan mempunyai rangkaian 12 buah tasik yang tercantum antara satu sama lain merupakan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian flora (138 spesies) dan fauna (300 spesies hidupan bukan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar). Oleh kerana kekayaan spesies flora dan faunanya, Tasik Chini telah diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera, Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pertama di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Statusnya sebagai tapak rizab biosfera tidak mengecualikannya daripada dinodai dan menjadi mangsa rakus tangan-tangan ghaib sehingga sedikit demi sedikit menghakis kehijauan dan keindahannya yang menjadi daya tarikan destinasi pelancongan sejak sekian lama. Malah, penerokaan tanah bukit tanpa kawalan yang dilakukan berhampirannya (kira-kira 150 meter dari tasik) menunjukkan seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi mengelakkan pencemaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ekoran daripada situasi ini menyebabkan berlakunya mendapan tanah dan air menjadi semakin cetek, keruh serta berbau. Hidupan akuatik seperti ikan juga didapati semakin berkurangan. Aktiviti pembangunan untuk tujuan sektor pertanian dan ekopelancongan yang tidak mesra alam juga telah membawa kesan negatif terhadap fungsi dan kepelbagaian ekologinya sehingga menjejaskan nilai estetika Tasik Chini.&nbsp;&nbsp;&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ekoran kemerosotan ekosistem berkenaan menyebabkan kunjungan pelancong juga semakin berkurangan sehingga menjejaskan sumber ekonomi penduduk setempat yang bergantung kepada sektor ekopelancongan di kawasan tersebut. Daripada statistik yang dikeluarkan, didapati bahawa jumlah kunjungan pelancong pada tahun 2016 adalah lebih daripada 16,000 orang, namun berkurangan kepada 7,000 orang pada tahun 2017. Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan segera, tidak mustahil kita akan kehilangan khazanah ekosistem tasik semulajadi yang tidak ternilai ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, sudah tiba masanya pihak berwajib mengambil langkah proaktif bagi mengenal pasti dan menangani isu berkenaan yang dilihat seolah-olah kebal undang-undang. Sekiranya wujud unsur-unsur tidak sihat atau tangan-tangan ghaib yang melindungi aktiviti berkenaan, maka tindakan tegas perlu diambil tanpa mengira latar belakang pihak terbabit sama ada daripada golongan yang berpengaruh mahupun sebaliknya. Hal ini penting bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani dengan sewajarnya dan masa depan Tasik Chini dapat diselamatkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua pihak perlu berganding bahu bagi menyampaikan mesej\nkesedaran kepada masyarakat untuk memahami realiti kemerosotan mutu alam\nsekitar dan ekosistem pada hari ini bukan sahaja di Tasik Chini, tetapi juga\nmelibatkan kepelbagaian ekosistem lain di seluruh Malaysia. Hal ini penting agar\npunca-punca yang menyumbang kepada ancaman kemerosotan dan kemusnahannya dapat\ndibanteras sehingga ke akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inisiatif ini tidak hanya terhad kepada tindakan pencegahan\nsemata-mata, sebaliknya perlu diperluaskan lagi terutamanya dalam mempromosikan\npembanguan mesra alam di semua peringkat, sekali gus mengurangkan tapak ekologi\nmelibatkan aktiviti-aktiviti besar untuk tujuan pembangunan sesebuah negeri\nataupun negara. Pada ketika ini, tapak ekologi purata manusia secara global\nadalah sebanyak 21.9 hektar per individu. Justeru, tindakan drastik perlu dilakukan\ndengan merancang aktiviti pembangunan secara lebih beretika, lestari dan mesra\nalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahap kecekapan penggunaan, penuaian\ndan pengurusan sumber alam juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan\npengeksploitasian sumber secara berlebihan dapat diatasi. Tindakan ini tidak seharusnya\ndiletakkan di bahu pihak berwajib semata-mata, sebaliknya anggota masyarakat\njuga boleh memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berwajib sekiranya\nterdapat aktiviti tidak sihat yang boleh mengundang padah kepada alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan negeri dan badan-badan bukan kerajaan yang\nterlibat juga perlu menjalankan kajian terperinci bagi memudahkan tindakan\nsusulan diambil, terutamanya dalam merangka kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi\nmenangani permasalahan yang timbul, selain mengenal pasti langkah-langkah\npemuliharaan yang lebih berkesan dalam usaha memastikan kelestarian ekosistem berkenaan\ndapat dipertahankan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu alam sekitar tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat. Satu persatu, isu dan permasalahan alam sekitar timbul tanpa menemui titik noktah. Natijahnya, kita telah menyaksikan satu demi satu ekosistem diancam kemusnahan lantaran kurangnya kesedaran terhadap kepentingannya, selain tidak menghayati &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-24832","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24832","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24832"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24832\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24832"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24832"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24832"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}