{"id":24858,"date":"2019-03-18T03:23:48","date_gmt":"2019-03-18T03:23:48","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=24858"},"modified":"2019-03-18T03:23:48","modified_gmt":"2019-03-18T03:23:48","slug":"pengarah-tahyul-rencat-kemajuan-sains-teknologi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pengarah-tahyul-rencat-kemajuan-sains-teknologi\/","title":{"rendered":"Pengaruh Tahyul Rencat Kemajuan Sains, Teknologi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebahagian\nbesar ahli masyarakat Malaysia sebenarnya tidak sedar tentang pencapaian negara\ndalam sains dan teknologi. Malah tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat\npenyelidik-penyelidik di negara ini yang telah berjaya menghasilkan\nproduk-produk berteknologi tinggi dan inovatif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika\nditanya tentang produk keluaran penyelidik tempatan yang sudah berada di\npasaran dan sedang digunakan oleh semua orang, mungkin tidak ramai yang tahu.\nMungkin ada yang tidak langsung boleh menamakan produk-produk tersebut atau ada\nyang mengenali produk tersebut tetapi tidak sedar ia sebenarnya merupakan keluaran\nanak tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara\nyang dinyatakan di atas menunjukkan betapa luasnya jurang pengetahuan rakyat\nMalaysia terhadap kejayaan negara ini dalam sains dan teknologi. Ini bukan\nsesuatu yang menghairankan kerana tahap kesedaran masyarakat terhadap sains dan\nteknologi belum berada pada tahap yang membanggakan. Keadaan menjadi lebih\nmencabar apabila sebahagian rakyat negara ini lebih gemar kepada\nperkara-perkara tahyul dan ghaib yang menyimpang daripada ajaran agama. Malah\nramai begitu mudah terpedaya dengan sesuatu yang bertentangan dengan sains\nmisalnya dalam isu &#8220;<em>flat earth<\/em>&#8220;, <em>doula<\/em>, anti-vaksin,\npenggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan terlarang dan banyak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh\nitu, amat penting untuk kita meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap kejayaan\ndalam bidang sains dan teknologi di negara ini. Menurut <em>Global Innovation Index 2018<\/em> (GII), sebuah penerbitan tahunan yang\nmenyenaraikan kedudukan pelbagai negara dari segi kebolehan dan kejayaan\nberinovasi, Malaysia merupakan negara dalam kategori pendapatan sederhana (<em>middle-income<\/em>)\nyang paling menunjukkan kemajuan dari segi inovasi. Malaysia kini berada pada\ntangga ke-35 senarai tersebut. Maklumat ini memberi gambaran bahawa terdapat\nbanyak produk inovasi yang dihasilkan penyelidik di negara ini. Namun, hakikat\nini tidak diketahui ahli masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh\nitu, amat baik jika penghasilan produk-produk inovasi penyelidik tempatan ini\ndiketahui umum. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai cara dan salah satunya\nmelalui media kerana media merupakan satu saluran penyampaian maklumat yang\ncepat dan boleh dicapai lebih ramai pengguna. Pernahkah anda menonton sebuah\ndokumentari bertajuk <em>How It&#8217;s Made?<\/em> Rancangan\nini merupakan sebuah siri dokumentari tentang penghasilan pelbagai produk\nberasaskan sains dan teknologi yang mula ditayangkan pada Januari 2001 dan\ndisiarkan di Discovery Channel\ndi Amerika Syarikat dan Kanada. Mungkin usaha sebegini boleh juga dilaksanakan\ndi Malaysia. Malah secara kreatif, hasil inovasi penyelidik tempatan itu juga\nboleh dijadikan bahan dalam penerbitan filem di Malaysia agar lebih ramai\npengguna dapat memahami kewujudan produk tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika\nusaha di atas dapat dilaksanakan kemungkinan besar kesedaran awam terhadap\nproduk penghasilan penyelidik tempatan dapat ditingkatkan. Masyarakat bukan sahaja\ndapat mengetahui kewujudan produk tersebut tetapi dapat memahami kegunaannya.\nDalam masa sama, dapat mengenali penyelidik-penyelidik yang terlibat\nmenghasilkan produk itu. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan kesedaran\npengguna terhadap kepentingan kajian saintifik untuk menghasilkan produk\nmahupun perkhidmatan yang bermanfaat kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masyarakat\nharus disedarkan bahawa menceburi bidang sains dan teknologi dan seterusnya berjaya\nmenghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat merupakan sesuatu yang\nmulia sama ada pada padangan masyarakat mahupun agama. Jika seorang saintis\natau penyelidik dapat menghasilkan sesuatu yang membantu pengguna, misalnya mencipta\nubatan merawat pesakit berbahaya, bayangkanlah faedah yang telah beliau berikan\nkepada masyarakat keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\npandangan hidup Islam, setiap Muslim harus berusaha menjadi seseorang yang\nmembawa manfaat keseluruhan alam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,\n&#8220;Sebaik-baik manusia, adalah yang paling bermanfaat bagi manusia\nlain.&#8221; (HR Al-Tabrani). Oleh itu, menguasai bidang sains dan teknologi\nsehingga mampu mencipta sesuatu yang boleh memudahkan orang lain adalah sesuatu\nyang amat bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meningkatkan\nkesedaran tentang &#8220;kemeriahan&#8221; dunia sains dan teknologi di negara\nini juga mungkin boleh menjadi pencetus minat golongan pelajar untuk menceburi bidang\n<em>Science, Technology, Engineering and\nMathematic<\/em> atau sering disebut sebagai STEM. Ini kerana, minat golongan\npelajar terhadap bidang ini semakin menurun dari tahun ke tahun. Untuk\nmakluman, \u201cDasar 60:40\u201d iaitu peratus pelajar sains berbanding pelajar sastera\ndi sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga kini masih belum tercapai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan\n<em>Science Outlook 2017<\/em>, nisbah pelajar\nyang mendaftar di aliran sains tingkatan empat dan lima sekolah kerajaan\nmenunjukkan bahawa peratusan pelajar dalam bidang STEM berbanding sastera ialah\n46:54 peratus. Data ini pula merangkumi pelajar dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan\nVokasional (TVET). Jika jumlah pelajar TVET ini diasingkan maka nisbah\npelajar aliran sains berbanding sastera sebenarnya masih rendah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini\nmenunjukkan betapa usaha untuk meningkatkan minat, kesedaran dan penglibatan\nmasyarakat dalam sains dan teknologi perlu dipertingkat. Terdapat banyak\nkelebihan jika masyarakat celik sains dan teknologi misalnya, mereka dapat\nsama-sama terlibat dalam menentukan hala tuju perkembangan sains dan teknologi\nnegara melalui perkongsian pandangan terhadap dasar-dasar negara. Masyarakat\njuga akan memahami pelbagai isu berkaitan sains dan teknologi yang timbul dari semasa\nke semasa dan seterusnya membuat keputusan yang bijak berkaitan isu tersebut.\nSelain ini, hal ini penting bagi membantu mencapai matlamat negara maju\nberasaskan sains dan teknologi dengan penghasilan pelbagai produk dan perkhidmatan\nyang memudahkan masyarakat. Tidak ketinggalan aspek paling penting bagi seorang\nMuslim ialah pengetahuan menguasai bidang sains dan teknologi juga merupakan\nsalah satu jalan untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan\nkelebihan ini, usaha untuk meningkat dan memperkasa kesedaran, kefahaman\ndan penglibatan masyarakat terhadap bidang sains dan teknologi perlu\ndisegerakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebahagian besar ahli masyarakat Malaysia sebenarnya tidak sedar tentang pencapaian negara dalam sains dan teknologi. Malah tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat penyelidik-penyelidik di negara ini yang telah berjaya menghasilkan produk-produk berteknologi tinggi dan inovatif. Jika &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-24858","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24858","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24858"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24858\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24858"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24858"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24858"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}