{"id":24937,"date":"2019-03-21T00:23:07","date_gmt":"2019-03-21T00:23:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=24937"},"modified":"2019-03-21T00:23:07","modified_gmt":"2019-03-21T00:23:07","slug":"perkukuh-interaksi-agama-dan-sains","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/perkukuh-interaksi-agama-dan-sains\/","title":{"rendered":"Perkukuh Interaksi Agama Dan Sains"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jurang komunikasi dan\naliran pengetahuan yang terpisah antara golongan yang berada dalam bidang sains\ndan agama telah mengakibatkan beberapa fenomena yang membimbangkan dalam\nmasyarakat pada masa kini. Antara fenomena yang dilihat ketara dan sering\nberlaku adalah penyebaran fahaman pseudosains. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pseduosains merupakan suatu amalan yang mendakwa sesuatu dapatan yang diperoleh bersifat saintifik, namun kaedah yang digunakan untuk memperoleh dapatan tersebut tidak bertepatan dengan kaedah saintifik yang sebenar. Hal tersebut menjadikan dapatan tersebut diragui dari sudut kesahihannya. Namun, pendekatan seumpama ini dilihat kian berluasa dan tersebar dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara contoh yang dilihat\nberleluasa ialah: (1) bertambahnya golongan yang menolak imunisasi dengan menggunakan\nhujah yang tidak selari dengan kaedah saintifik, (2) pemasaran produk-produk\nmakanan tambahan dengan dakwaan faedah-faedah yang tidak masuk akal, dan (3) peranan\n<em>doula<\/em> dalam amalan kelahiran di rumah yang tidak selamat. Perkara ini\ndilihat serius apabila pendukung kepada budaya sebegini terdiri daripada\ngolongan menyandarkan pendirian kepada hujah agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain budaya pseudosains, turut berlaku pendekatan pseudo-maqasid dalam kalangan Muslim pada masa kini. Ia merupakan pendekatan yang mengaplikasikan prinsip-prinsip maqasid syariah ke atas sesuatu isu-isu sehingga melampaui kaedah-kaedah dan hukum-hukum yang muktamad dalam Islam. Pendekatan seumpama ini mendahulukan aplikasi sains dan teknologi atas dasar maqasid syariah sehingga mengabaikan nas-nas syarak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat banyak faktor\nyang mendorong kepada fenomena ini. Antara faktor tersebut ialah keterpisahan\ndisiplin agama dan sains terutamanya dalam sektor pendidikan. Berlaku\nketerpisahan yang jelas antara pengajian agama dan sains semenjak daripada\nbangku sekolah hingga ke pendidikan tertinggi. Keterpisahan ini mengakibatkan fenomena\nyang tidak sinergi antara mereka yang terlibat dengan disiplin agama dan sains seperti\nyang telah dinyatakan sebelum ini<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kerangka kefahaman\nIslam, keterpisahan antara disiplin ilmu agama dan sains perlu dielakkan. Berhubung\nperkara ini, Islam menegaskan prinsip kesatuan\nantara ilmu <em>naqli<\/em> dan <em>aqli<\/em> sepanjang proses akademik. Berdasarkan\nprinsip kesatuan ini, Islam tidak menolak dan mengabaikan kaedah saintifik\ndalam proses akademik. Bahkan, ilmu-ilmu agama yang dibangunkan oleh para ulama\npada masa dahulu seperti ilmu usuluddin, usul fikah, hadis dan falsafah Islam adalah\nberasaskan kaedah yang bersifat logik dan saintifik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa\nyang sama, kesatuan ilmu agama dan sains merupakan sumber kekuatan spiritual dan\netika dalam diri setiap manusia. Landasan yang disediakan oleh kaedah-kaedah\nagama memberi panduan kepada setiap pembuatan keputusan dan pengaplikasian ilmu\nsains agar ia dapat memberi manfaat dan mengelak mudarat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyedari\nakan kepentingan kesatuan ilmu agama dan sains, terdapat inisiatif dalam\nkalangan sarjana Muslim untuk membangunkan semula integrasi antara agama dan\nsains terutamanya dalam kurikulum pendidikan. Ia diusahakan dengan hasrat agar\nproduk-produk sektor pendidikan yang dilahirkan mempunyai keunggulan sahsiah berserta\ntasawwur Islam yang jelas dalam berdepan dengan perkembangan arus sains dan teknologi\npada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesedaran dan usaha ini diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan kurikulum dan modul pendidikan yang menggabungkan ilmu agama dan sains. Banyak institusi yang giat melaksanakan kaedah penididikan sebegini. Namun, usaha-usaha pelaksanaan ini berlaku secara berasingan daripada satu dengan yang lain. Bagi memastikan usaha-usaha yang terpencil memberi impak yang besar kepada keseluruhan sektor pendidikan, ia perlu dibawa ke arus perdana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai langkah mengarusperdanakan usaha-usaha pengintegrasian yang dilaksanakan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu persidangan meja bulat dengan tema \u201cMengintegrasikan Agama dan Sains dalam Kurikulum Pendidikan.\u201d Persidangan ini telah dianjurkan pada 11 Februari 2019 bertempat di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persidangan meja bulat\ntersebut dianjurkan bertujuan untuk (1) memetakan usaha-usaha berkaitan pengintegrasian agama dan sains dalam\npendidikan di Malaysia, (2) mengenal pasti modul-modul untuk mengintegrasikan\nagama dan sains dalam pendidikan, dan (3) membincangkan kaedah-kaedah untuk\nmenanam nilai ke dalam sains melalui pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam persidangan tersebut, beberapa modul dan kaedah pengintegrasian agama dan sains dalam kurikulum pendidikan telah diwacanakan. Antaranya ialah: (1) \u201cModul Biodai\u201d sebagai kaedah mengitegrasikan ilmu agama ke dalam pengajaran subjek biologi, (2) penerapan aspek sains kesihatan ke dalam pengajaran subjek pendidikan Islam, dan (3) kaedah Islamisasi dalam pengajaran ilmu perubatan dalam pengajaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesemua modul dan kaedah yang diwacanakan merupakan usaha-usaha yang murni. Para peserta yang terdiri daripada penyelidik, pensyarah, guru dan pegawai kerajaan melahirkan rasa gembira dengan usaha pengingtegrasian agama dan sains dalam pendidikan terutamanya untuk menambah baik mutu akhlak pelajar pada masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, dalam langkah untuk\nmelaksanakan integrasi agama dan sains dalam kurikulum pendidikan pada skala\nyang lebih besar, pelbagai langkah susulan perlu dirangka dengan melibatkan\npelbagai pihak yang berkepentingan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian,\npakar-pakar terutamanya yang berada dalam bidang penyelidikan perlu\nberinteraksi secara rapat dengan guru-guru yang melaksanakan modul pengajaran\nyang mengintegrasikan agama dan sains. Interaksi ini penting untuk memastikan\nagar para penyelidik dapat menyalurkan input untuk memperkasa agenda integrasi\nagama dan sains dalam kurikulum pendidikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, para pembuat\ndasar juga memainkan peranan yang besar dalam usaha integrasi ini, terutamanya &nbsp;dalam membantu memudahkan urusan kerjasama dan\npenyelerasan berhubung perkara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir sekali, keyakinan\ndan kepercayaan pihak yang berada dalam bidang agama dan sains terhadap agenda\nintegrasi ini penting bagi memastikan ia dapat dilaksanakan. Jurang komunikasi\nantara kedua-dua pihak ini perlu diatasi sebagai langkah yang utama sebelum\nmenyemaikan kesepaduan ilmu agama dan sains dalam kurikulum pendidikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jurang komunikasi dan aliran pengetahuan yang terpisah antara golongan yang berada dalam bidang sains dan agama telah mengakibatkan beberapa fenomena yang membimbangkan dalam masyarakat pada masa kini. Antara fenomena yang dilihat ketara dan sering berlaku adalah penyebaran fahaman pseudosains. &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":39,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225,232],"tags":[],"class_list":["post-24937","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-bernama","category-225","category-232","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24937","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/39"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24937"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24937\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24937"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24937"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24937"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}