{"id":25573,"date":"2019-04-09T07:00:10","date_gmt":"2019-04-09T07:00:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25573"},"modified":"2019-04-09T07:00:10","modified_gmt":"2019-04-09T07:00:10","slug":"kerja-anjal-seimbangkan-kehidupan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kerja-anjal-seimbangkan-kehidupan\/","title":{"rendered":"Kerja anjal seimbangkan kehidupan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa perasaan anda jika majikan menawarkan KKA\nyang menyatakan anda boleh masuk dan keluar kerja mengikut kesesuaian masa anda,\nasalkan memenuhi 8 jam sehari?&nbsp; Apa pula\nperasaan anda jika majikan membenarkan anda masuk dan keluar kerja mengikut\nkesesuaian masa anda asalkan memenuhi 40 jam seminggu, walaupun anda hanya ke pejabat\ntiga atau empat kali seminggu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KKA atau <em>Flexible\nWorking Arrangements<\/em> (FWAs) merujuk aturan, iaitu majikan membenarkan\npekerja mengubah masa bekerja atau tempat &nbsp;kerja itu dilakukan. &nbsp;&nbsp;Ia merangkumi: (a) keanjalan dalam\npenjadualan masa bekerja (<em>flexi time<\/em>\ndan <em>compressed work-weeks<\/em>) dan\npenjadualan syif dan rehat; (b) keanjalan dari segi jumlah jam bekerja seperti\nkerja separuh masa atau berkongsi pekerjaan; dan, (c) keanjalan dari segi\ntempat bekerja seperti bekerja dari rumah atau dari lokasi satelit.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Malaysia, banyak kajian yang telah\ndilakukan berkaitan KKA dan didapati bahawa ia masih kurang dilaksanakan.&nbsp; Malah, apabila ia dilaksanakan, dalam banyak\nkeadaan, wujud jurang yang lebar antara kemudahan yang ditawarkan oleh majikan\ndengan kemudahan yang diperlukan oleh pekerja.&nbsp;\nMisalnya, KKA yang diperlukan oleh pekerja ialah <em>flexi time<\/em> iaitu masuk dan keluar kerja mengikut kesesuaian masa\npekerja, namun tidak banyak majikan yang menawarkannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebanyakan majikan keberatan untuk melaksanakan\nKKA kerana bimbang akan produktiviti&nbsp; menurun atau ia disalahguna oleh\npekerja.&nbsp; Namun, kajian TalentCorp\nmendapati alasan-alasan ini tidak berasas.&nbsp;\nDalam penerbitannya yang bertajuk <em>My\nWork, My Future,<\/em> TalentCorp telah mengeluarkan lima mitos tentang KKA untuk\nkehidupan yang lebih seimbang kepada para pekerja.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mitos 1: KKA merupakan keistimewaan mewah\nyang ditawarkan oleh \u201csyarikat muda\u201d dan tidak memberi begitu banyak pulangan\nkepada perniagaan.&nbsp; Faktanya, &nbsp;banyak kajian yang menunjukkan bahawa wujud\nhubungan positif antara produktiviti dengan KKA.&nbsp; Kajian ke atas 200 syarikat Fortune 100\nmenunjukkan bahawa 58 peratus majikan melaporkan produktiviti pekerja meningkat\nketika memanfaatkan KKA.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mitos 2: KKA akan disalahguna oleh pekerja.&nbsp; Faktanya, terdapat banyak cara untuk\nmengelakkan salahguna ini.&nbsp; Satu\ndaripadanya ialah dengan menawarkan kemudahan ini pada peringkat awal kepada pekerja-pekerja\nyang dipercayai dan memiliki rekod bekerja yang cemerlang.&nbsp; Pada masa yang sama, pengurus dan pekerja\ntersebut perlu berbincang berkaitan jangkaan dan pengukuran kejayaan untuk\nmemastikan KKA yang dipilih adalah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mitos 3: KKA memerlukan kos yang tinggi.&nbsp; Faktanya, jika dilaksanakan dengan betul, ia\nmembantu syarikat menjimatkan kos.&nbsp; Salah\nsatu ruang penjimatan adalah melalui pengekalan pekerja.&nbsp; Pekerja cemerlang yang baharu memulakan\nkeluarga akan kekal dalam syarikat yang menawarkan KKA. Hal ini akan\nmengurangkan keperluan untuk mencari pekerja baharu dan melatihnya semula.&nbsp; Kos untuk mencari pengganti seorang pekerja\nadalah di antara 10\u201330 peratus dari gaji tahunannya.&nbsp; Maka adalah amat penting untuk organisasi\nmengekalkan para pekerja.&nbsp; KKA mampu\nmewujudkan situasi \u201cmenang-menang\u201d untuk pekerja dan majikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu lagi ruang penjimatan kos adalah dengan\nmengurangkan kehadiran lewat atau ketidakhadiran.&nbsp; Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (2014) menganggarkan\nketidakhadiran mengakibatkan syarikat tempatan menanggung kos sebanyak RM6\nbillion setahun dalam bentuk kehilangan produktiviti.&nbsp; Untuk mengelakkannya banyak syarikat telah menawarkan\nKKA bagi membolehkan pekerja menyesuaikan komitmen kerja dengan jadual peribadi\ndan mengurangkan ketidakhadiran serta ponteng kerja.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mitos 4: KKA adalah untuk manfaat pekerja\nwanita.&nbsp; Faktanya, KKA adalah untuk manfaat\nsemua pekerja, baik wanita, lelaki, yang ada anak, yang tiada anak atau orang\nkelainan upaya (OKU).&nbsp; <em>Catalyst<\/em> (2013) melaporkan bahawa\npekerja lelaki dan pekerja wanita sama-sama menghargai KKA ini.&nbsp; Sebanyak 67 peratus wanita dan 46 peratus\nlelaki melihat KKA sebagai amat penting.&nbsp;\nLaporan ini juga menunjukkan bahawa sama banyaknya lelaki dan wanita\nyang memanfatkan kemudahan ini sepanjang kerjaya mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mitos 5: KKA patut kekal sebagai kemudahan yang\ntak formal.&nbsp; Faktanya, KKA boleh bermula\nsebagai sesuatu yang tidak formal dan diformalkan kemudiannya apabila ia lebih\nstabil.&nbsp; Maybank Group melaksanakan\nkemudahan ini secara tidak formal selama dua tahun sebelum &nbsp;diformalkan pada 2013.&nbsp; Hasilnya, Maybank Group berjaya mengekalkan skor\npenglibatan pekerjanya pada tahap yang tinggi (85 peratus pada 2014) dan meningkatkan\nkadar pengekalan pekerjanya dari 52 peratus pada 2009 kepada 85 peratus pada\n2015.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermula 1 Mac yang\nlalu, projek rintis Waktu Bekerja Fleksi (WBF) mula dilaksanakan di semua\nkementerian dan jabatan Persekutuan di beberapa negeri bagi menggantikan Waktu\nBekerja Berperingkat (WBB) yang digunakan ketika ini.&nbsp; Walaupun keanjalan WBF agak terhad, namun ia\nadalah satu KKA yang lebih baik berbanding WBB.&nbsp;\nSemoga ia membuka jalan kepada pelaksanaan KKA yang lain untuk manfaat\nsemua, khususnya dalam menyeimbangkan tuntutan kerjaya dengan tuntutan kehidupan\nkita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesungguhnya mewujudkan keseimbangan dalam hidup antara satu cara yang dituntut dalam Islam.\u00a0 Dari Abdullah bin &#8216;Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda kepadanya: &#8220;Diceritakan orang kepadaku, bahawa engkau selalu bangun solat malam dan berpuasa terus setiap hari.&#8221; Jawabku, &#8220;Benar, ya Rasulullah! Aku melakukannya.&#8221; Sabda Nabi, &#8220;Kalau memang begitu, matamu akan cekung dan diri mu akan lemah. Sesungguhnya dirimu mempunyai hak dan keluargamu mempunyai hak. Kerana itu puasalah dan berbukalah, bangunlah untuk solat dan tidurlah.&#8221;\u00a0 Jika dalam beribadahpun kita dituntut untuk mencari keseimbangannya, apatah lagi dalam dimensi lain kehidupan kita.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apa perasaan anda jika majikan menawarkan KKA yang menyatakan anda boleh masuk dan keluar kerja mengikut kesesuaian masa anda, asalkan memenuhi 8 jam sehari?&nbsp; Apa pula perasaan anda jika majikan membenarkan anda masuk dan keluar kerja mengikut kesesuaian masa anda asalkan memenuhi 40 jam seminggu, walaupun anda hanya ke pejabat tiga atau empat kali seminggu?&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-25573","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25573","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25573"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25573\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25573"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25573"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25573"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}