{"id":25593,"date":"2019-04-10T06:53:56","date_gmt":"2019-04-10T06:53:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25593"},"modified":"2019-04-10T06:53:56","modified_gmt":"2019-04-10T06:53:56","slug":"mod-saintifik-kereta-terbang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mod-saintifik-kereta-terbang\/","title":{"rendered":"Mod Saintifik Kereta Terbang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila\nkita memperkatakan mengenai kereta terbang terutamanya di Malaysia, sebenarnya terdapat\n2 isu yang perlu difikirkankan. Pertama, ialah impak terhadap ekonomi negara dan\nyang kedua ialah berkaitan dengan penerokaan teknologi baru. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Negara yang tidak berani untuk membuat penerokaan dan pelaburan akan\nselama-lamanya menjadi mundur dan miskin. Walaupun pelaburan sebegini adalah\nterlalu tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan dalam sektor pertanian\nseperti kelapa sawit, kelapa dan getah, namun pada jangka masa panjang adalah amat\nberbaloi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai bukti pada tahun 1985 petroleum, timah dan hasil pertanian kelapa\nsawit mengalami kejatuhan harga yang teruk serta kesan kelembapan ekonomi dunia\ntelah menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1%. Penguncupan dan\npengurangan hasil kerajaan ini telah meningkatkan kadar pengganguran daripada\n8.5% pada tahun 1984 kepada 8.5% pada tahun 1985. Hasil kerajaan telah merosot dengan\nketara sehingga pihak kerajaan tidak cukup dana untuk menampung perbelanjaan\nmengurus seperti emolumen, bayaran pencen, bayaran khidmat hutang dan bayaran\nkepada geran kerajaan negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi menampung dana tersebut, kerajaan telah mengekalkan Dasar Melawan Kitaran.\nDasar ini bermaksud kerajaan meningkatkan perbelanjaan walaupun dalam keadaan\nekonomi merosot. Sehubungan dengan dasar ini, pada September 1986, Tun Mahathir\nmembangunkan industri automotif yang pertama di Malaysia iaitu kereta Nasional juga\ndikenali sebagai&nbsp; Perusahan Otomobil\nNasional (PROTON). Model pertama yang dikeluarkan ialah Proton Saga dan\nkerajaan telah melabur sebanyak RM480 juta yang mana bagi setiap model baharu yang\ningin dikeluarkan memerlukan modal sebanyak RM500 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada ketika itu, Tun Mahathir menerima kritikan yang hebat kerana terdapat\npandangan yang mengatakan jika kerajaan tiada duit mengapa perlu membuat\npelaburan yang begitu besar serta banyak lagi cabaran yang terpaksa dihadapi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya pada tahun 1987, langkah-langkah yang telah diambil oleh\nkerajaan untuk mengatasi cabaran ini telah membuahkan hasil apabila kerajaan\ntelah berjaya meningkatkan kembali pertumbuhan ekonomi daripada 1.2% pada tahun\n1986 kepada 5.4% pada tahun 1987 dan 8.9% pada tahun 1988. Secara purata\nekonomi berkembang pada kadar 8.9% dari tahun 1988-1996 kesan daripada\npelaburan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelaburan oleh kerajaan sebanyak RM480 juta itu telah memberikan\nkeuntungan sebanyak 3,000 peratus bagi tempoh 10 tahun iaitu apabila Proton\nmembayar cukai hasil daripada keuntungan mereka berjumlah RM18 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila Proton membuka kilang di Tanjung Malim, Proton menanggung kos kilang\ntersebut sebanyak RM1.8 bilion tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Daripada\nperspektif teknologi pula, kilang baharu Proton itu menggunakan 60% automasi\niaitu asas kepada Revolusi Industri 4.0 yang mana sebanyak 180 robot telah\ndigunakan untuk pemasangan dan jumlah peluang pekerjaan adalah seramai 2,000\norang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping peluang pekerjaan, peluang untuk mempelajari teknologi\nautomotif terbuka luas selain daripada peluang perniagaan dengan mewujudkan vendor-vendor,\npembekal alat gantian, pusat servis dan jualan serta lain-lain. Perkara ini\ndinyatakan oleh Tun Mahathir di dalam bukunya yang bertajuk Doktor Umum halaman\n607.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita lihat\nsituasi &nbsp;dan pengalaman di Jepun pula\nsebagaimana yang ditulis oleh Akio Morita Pengasas <em>Sony Corporation <\/em>di dalam buku<em>\n\u201cMade in Japan\u201d<\/em>. Akio menceritakan ketika mula-mula syarikat <em>Sony<\/em> ditubuhkan iaitu pada tahun-tahun\nselepas perang <em>Sony<\/em> tidak mampu untuk\nmembayar gaji kepada pekerja. Pihak kilang hanya mampu memberi segenggam nasi\ndan sedikit kicap. Keadaan ini telah ditafsir sebagai eksploitasi oleh negara\nBarat tetapi bagi rakyat Jepun mereka sedar bahawa negara mereka miskin dan\nmereka perlu berkorban mengikat perut untuk membina kembali industri mereka.\nPengorbanan perlu dibuat tanpa mereka merungut. Tetapi kini, Jepun berkembang\nmaju dan pekerja Jepun merupakan golongan bergaji paling tinggi di Asia manakala\ndi Barat kita dapati kerap diadakan demontrasi oleh pekerja kilang untuk\nmenuntut kenaikan gaji dan banyak kilang yang terpaksa tutup disebabkan kos\npengeluaran meningkat dan produktiviti yang sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbalik kepada\ncerita kereta terbang, sidang Dewan Rakyat baru-baru ini menjadi gamat dengan\nsindiran dan gelak ketawa apabila ditimbulkan isu kereta terbang. Ada juga sindiran\nagar ekzos kereta terbang tersebut dicipta dari buluh. (Harian Metro 28 Mac\n2019)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya kereta terbang berkonsepkan\n<em>electronic vertivcal take-off landing<\/em>\n(eVTOL) semakin popular dalam industri aeroangkasa dunia. Pada hari keempat Pameran\nMaritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) telah menyaksikan satu\nmemorandum persefahaman (MoU) penting antara <em>Strand Aerospace<\/em> (SAM) Sdn Bhd dengan Samad Aerospace Ltd. iaitu sebuah syarikat aeroangkasa yang berpangkalan\ndi United Kingdom sedang membangunkan teksi udara modular yang boleh bergerak\ndi darat dan meluncur di udara bernama <em>Home &amp; Urban\nMobility Aircraft<\/em>(HUMA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada Pameran Motor\nAntarabangsa Geneva 2019 (GIMS 2019) pula, sebuah syarikat dari Belanda bernama\nPAL-V telah mempamerkan kereta terbang buatan mereka. Kereta ini seberat 664\nkilogram. Kereta ini mengambil masa kira-kira tiga hingga lima minit untuk\npertukaran mod pemanduan ke mod terbang. Pada mod pemanduan ia mampu mencapai\nkelajuan maksimum sehingga 160km\/j manakala pada mod terbang ia mampu mencapai\nkelajuan maksimum 180km\/j. Menurut jurucakap PAL-V sebanyak 75 unit kenderaan\nini sudah terjual. Harga bagi model PAL-V Liberty adalah 300,000 euro dan PAL-V\nLiberty Pioneer adalah 500,000 euro. (Berita Harian Online 2 April 2019).\n\nAkhir sekali, apabila Malaysia ingin menerokai\nteknologi baharu, budaya berfikir masyarakat kita haruslah bertukar daripada\nmod tahyul dan tradisi kepada mod fakta dan saintifik.\n\n\n\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila kita memperkatakan mengenai kereta terbang terutamanya di Malaysia, sebenarnya terdapat 2 isu yang perlu difikirkankan. Pertama, ialah impak terhadap ekonomi negara dan yang kedua ialah berkaitan dengan penerokaan teknologi baru. Negara yang tidak berani untuk membuat penerokaan dan pelaburan akan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-25593","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25593","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25593"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25593\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25593"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25593"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25593"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}