{"id":25613,"date":"2019-04-12T00:37:08","date_gmt":"2019-04-12T00:37:08","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25613"},"modified":"2019-04-12T00:37:08","modified_gmt":"2019-04-12T00:37:08","slug":"islam-meraikan-evolusi-teknologi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/islam-meraikan-evolusi-teknologi\/","title":{"rendered":"Islam Meraikan Evolusi Teknologi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarawan dunia dan ulama tafsir, Imam\nal-Tabari (m. 923 Masihi) yang memerihalkan peristiwa penuh bersejarah turunnya\nNabi Adam a.s. dari syurga di bahagian awal karya berbanyak jilid beliau <em>Ta\u2019rikh\nal-Rusul wa-\u2018l-Muluk <\/em>(Sejarah Rasul-rasul dan Raja-raja), meriwayatkan\nbahawa \u201candas, penyepit, batu asah, dan tukul diturunkan bersama-sama Adam.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah manusia berevolusi untuk\nmenggunakan teknologi atau teknologi dievolusikan untuk kegunaan oleh manusia?\nPeristiwa yang dibabadkan oleh Imam al-Tabari menimbulkan keasalan teknologi; sebagaimana\nmanusia datang dari Tuhan, begitu juga teknologi yang sentiasa menemani manusia\nsepanjang sejarahnya. Terutama lagi, ia menekankan peranan Nabi Adam a.s.\nsebagai bukan hanya sekadar leluhur seluruh umat manusia bahkan juga pembina\ntamadun yang pertama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018Teknologi\u2019 berasal dari perkataan Yunani\n<em>tekhnologia<\/em>. Menurut kamus <em>Greek-English Lexicon<\/em> (1819 dan 1901),\nia adalah kajian (<em>logia<\/em>) berkenaan <em>tekhne<\/em>, suatu istilah yang\nmerujuk pada kerja tangan manusia yang dikenali sebagai seni, kemahiran, atau\nketukangan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikat <em>tekhne <\/em>dibahaskan\nsecara meluas dalam tradisi falsafah Yunani. Ahli-ahli falsafah Yunani\nmencirikan <em>tekhne <\/em>sebagai api ketuhanan seperti tukang yang bertindak\nsebagai suatu prinsip yang menguasai, serentak giat dan berdaya cipta. Zeno\n(490\u2013430 sebelum Masihi) mengutarakan idea <em>tekhne <\/em>sebagai suatu sistem\npemahaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Socrates membahagikan <em>tekhne <\/em>kepada\ndua jenis: pertama yang mengguna pakai hanya sebahagian kecil kuasa berfikir\nnamun menumpukan terutamanya kepada kerja berat dan kedua yang mengguna pakai\nlebih banyak akal fikiran dalam helah bagi menyelesaikan masalah, misalnya\ndalam ilmu matematik seperti kira-kira, logistik, dan astronomi atau ilmu kaji\nbintang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aristotle menyebutkan di dalam\nkaryanya <em>Nichomachean Ethics<\/em> bahawa selain bertafakkur dan berfikir\ndengan mendalam, iaitu jalan paling tinggi dan mulia bagi mencapai kebahagiaan,\nseseorang itu juga dapat memperolehi kebahagiaan dengan melalui kehidupan yang menekuni\npenat lelah kehidupan bertukang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsep yang dapat dibandingkan\ndengan \u2018membuat benda\u2019 dan \u2018kemahiran industri\u2019 yang terkait dalam tradisi\nkeilmuan Islam ialah <em>sina\u2018ah<\/em>, sebagaimana yang dapat dirujuk dalam kamus\nArab seperti <em>Mufradat fi Gharib al-Qur\u2019an<\/em> oleh al-Raghib al-Isfahani dan\n<em>Lisan al-\u2018Arab<\/em> oleh Ibn Manzur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ibn Khaldun, sejarawan dan ahli\nfalsafah Islam abad ke-15 yang mengkaji jatuh bangun peradaban-peradaban Afrika\nUtara dan Andalusia, menyimpulkan di dalam adikaryanya <em>Muqaddimah <\/em>bahawa\n<em>sina\u2018ah <\/em>sebagai seni pembuatan atau dikenali sebagai industri adalah\nhasil dari kebolehan \u2018aqliyah manusia untuk memahami, menyusun, dan menguasai\npelbagai cabang ilmu dan sains.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti mana sebahagian besar\nahli-ahli metafizik Islam, Ibn Khaldun melihat alam tabi\u2018i sebagai Ciptaan (<em>kawn<\/em>)\noleh Tuhan yang dijadikan sebagai sumber bekalan untuk Manusia, yang juga\nmerupakan sebahagian darinya, untuk ia menjalani tempoh masa kehidupan yang\nditentukan baginya di dunia ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Agar manusia dapat menyempurnakan\ntugasnya sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan mengurus dan mentadbir\nbumi, Allah <em>\u2018azza wa jalla<\/em> menjadikan dalam diri manusia beberapa\nkekuatan (<em>quwwat<\/em>) yakni alat-alat pertamanya dalam mendepani dunia luar\nyang dengannya ia dapat memastikan kelangsungan dan kemandirian hidup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerangka tasawwur Ibn Khaldun\nmeletakkan <em>sina\u2018ah<\/em> atau teknologi sebagai wajah penting peradaban. Oleh\nkerana itu, kehilangannya mengisyaratkan tanda-tanda kejatuhan sesuatu tamadun.\nKemajuan teknologi ialah kemajuan perbandaran, justeru suatu penanda aras yang\nboleh dipercayai dalam mengukur \u2018kesihatan\u2019 sesuatu peradaban. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh kerana itu, <em>sina\u2018ah<\/em>\ndalam erti kata epistemologi ialah pengamalan kefahaman manusia dalam perlakuan\nmentadbir alam bersama-sama dengan kesedaran bahawa amal manusia itu sendiri\nadalah sebahagian dari terzahirnya perlakuan berdaya cipta Tuhan yang berfirman\ndi dalam al-Qur\u2019an, \u201cPadahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu\nbuat itu! (<em>wa-\u2019Llahu khalaqakum wa ma ta\u2018malun<\/em>)\u201d (<em>Surah al-Saffat<\/em>,\n37:96).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suatu tinjauan lebih dekat terhadap\nrisalah-risalah alat-alat gerak helah yang ditulis oleh para jurutera Muslim\nseperti Banu Musa (abad ke-9) dan al-Jazari (abad ke-13) mendedahkan penggunaan\nmeluas pernyataan <em>in sha\u2019 Allah <\/em>(dengan izin Allah).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernyataan sedemikian adalah\npengiktirafan bahawa sejauh mana andaian dalam pembuktian sains dan matematik,\nkeajaiban dan perkara tidak terjangka tetap berlaku di luar kawalan manusia justeru\nkekal menakjubkan dan mempesonakan ia; setiap benda atau peristiwa berlaku\nmenurut tabiat yang ditetapkan oleh Sang Khaliq yang Maha Berkuasa dan Maha\nBerkehendak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh kerana itu, usaha para pemikir\ndan jurutera Islam di masa lalu memberikan gambaran yang bukan hanya suatu\nideal namun juga hakikat sejarah di mana kegunaan amali kejuruteraan dan\nestetika wujud dalam kesatuan yang bersepadu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan unsur-unsur kesenian\nyang dijumpai dalam artifak dan lakaran-lakaran manuskrip, reka cipta mekanikal\ndan pernyataan estetika adalah wajah-wajah tidak terpisah dalam <em>sina\u2018ah<\/em>\n\u2013 seni kemahiran adalah hasil budaya yang meraikan kerja dan pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikat sejarah Islam memberi\nmaklum bahawa, selain menggesa kepada berbuat amal dan memuliakan kerja sebagai\nbudi yang diganjarkan dengan pahala kebaikan, teknologi bukanlah suatu bentuk\neskapisme atau jalan yang menganjurkan kemalasan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, ia adalah jalan bagi manusia\nmemperbaiki diri melalui penciptaan kemahiran dan dengan itu manusia memperolehi\ntujuan dan makna dalam kehidupan. Justeru, teknologi ialah pernyataan dan\nsewajarnya kekal sebagai keraian berdaya cipta kehidupan yang penuh bermakna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Islam Meraikan Evolusi Teknologi<br \/>\nSejarawan dunia dan ulama tafsir, Imam al-Tabari (m. 923 Masihi) yang memerihalkan peristiwa penuh bersejarah turunnya Nabi Adam a.s. dari syurga di bahagian awal karya berbanyak jilid beliau Ta\u2019rikh al-Rusul wa-\u2018l-Muluk (Sejarah Rasul-rasul dan Raja-raja), meriwayatkan bahawa \u201candas, &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-25613","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25613","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25613"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25613\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}