{"id":25807,"date":"2019-04-18T05:54:29","date_gmt":"2019-04-18T05:54:29","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25807"},"modified":"2019-04-18T05:54:29","modified_gmt":"2019-04-18T05:54:29","slug":"hapus-stigma-penjenayah-terhadap-penagih-dadah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hapus-stigma-penjenayah-terhadap-penagih-dadah\/","title":{"rendered":"Hapus Stigma Penjenayah Terhadap Penagih Dadah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyalahgunaan dadah merupakan satu\nancaman yang amat besar kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Justeru,\npelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan dalam usaha untuk menangani\nkemelut ini. Jika sebelum ini, pendekatan bagi menyelesaikan masalah\npenyalahgunaan dan ketagihan dadah dilihat dari sudut keselamatan, namun\nbermula 2006, pendekatan yang baharu telah mula diperkenal dan dilaksanakan.\nSejak itu, isu dan kemelut ini telah mula dilihat dari sudut yang lebih\nberperikemanusiaan, dengan menggunakan pendekatan yang lebih ke arah menyantuni\ngolongan penagih dadah sebagai kelompok masyarakat terpinggir dan terabai, yang\nlebih memerlukan pertolongan dan sokongan moral daripada keluarga dan\nmasyarakat, serta pendekatan yang berlandaskan kepada perubatan dan kesihatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan ini adalah hasil daripada\npengamatan mendalam dan kajian terperinci serta tanpa wujud sebarang prejudis\nterhadap hak dan keperluan individu yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan\ndan ketagihan dadah. Pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan\npengurangan risiko (<em>harm reduction<\/em>),\niaitu sebarang tindakan yang boleh dan mampu mencegah atau mengurangi sebarang\nrisiko atau kesan keberbahayaan yang akan timbul dan terhasil daripada amalan yang\nburuk atau tidak sihat. Perkara ini tidak bercanggah pun dengan ajaran Islam.\nHal ini kerana Islam turut mempuyai kaedah<em>\nfiqhiah<\/em> tersendiri yang berkaitan, iaitu jika terdapat dua atau lebih kemudaratan,\nmaka jalan terbaik adalah memilih pendekatan yang paling kurang darjah dan\nrisiko kemudaratannya. Di samping itu, adalah turut dimaklumi bahawa kajian\nmenunjukkan ketagihan dan penyalahgunaan dadah ini turut mengundang risiko\nseperti jangkitan dan penyakit khususnya HIV dan AIDS, hepatitis, sifilis dan\nlain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya, dadah yang disalahgunakan\nitu juga turut mendatangkan kesan penyakit lain kepada penagih seperti penyakit\notak, kemurungan dan kerisauan, gila dan sebagainya. Atas faktor-faktor ini,\nterdapat dua pendekatan yang telah diperkenalkan dan digunakan untuk mengurangi\nkesan risiko keberbahayaan dari gejala tersebut, iaitu Terapi Gantian Methadone\ndan pemberian jarum suntikan secara percuma kepada para penagih. Methadone digunakan\ndalam rawatan kerana ia dilihat sebagai bahan rawatan gantian yang lebih\nharmoni, manakala pemberian jarum suntikan percuma adalah sebagai langkah\nmengurangi perbuatan berkongsi jarum dengan penagih lain dan seterusnya dapat\nmengelakkan daripada berlaku sebarang perebakan jangkitan yang boleh berpunca\ndaripada perkongsian jarum suntikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gambaran situasi di sini ialah, risiko\nitu tetap ada, namun ia menjadi berkurang. Perkara ini boleh dianggap lebih\nbaik atau mungkin juga yang terbaik, asalkan tidak memburukkan lagi keadaan\nsedia ada. Lantaran itu, kesan buruk yang muncul daripada situasi ini dapat\ndikurangkan, malah lebih baik jika ia dapat dicegah atau dielakkan terus. Untuk\nrekod, pendekatan tersebut pernah menimbulkan fenomena tentangan dan keresahan dalam\nkalangan masyarakat ketika pada peringkat awal ia mula diperkenalkan iaitu\nsekitar tahun 2006. Namun, setelah lebih 10 tahun ia dilaksanakan, masyarakat\nsemakin boleh menerima perubahan ini sebagai satu pendekatan ke arah pemulihan\nyang lebih harmoni. Ia dilihat lebih baik memandangkan hasil kajian-kajian yang\ndijalankan turut menunjukkan pengurangan kadar jangkitan HIV\/AIDS dalam kalangan\npenagih yang mengaplikasikan kaedah ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kajian yang berkenaan juga telah menunjukkan\nbahawa penyalahgunaan dadah adalah satu bentuk ketagihan. Ketagihan pula boleh\ndifahamkan sebagai sejenis penyakit. Berdasarkan kepada beberapa dapatan kajian\nyang telah dilaksanakan dalam konteks seperti itu, ketagihan atau\npenyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang lain sebenarnya memerlukan pendekatan\nrawatan dan pemulihan secara perubatan dan kesihatan dalam usaha untuk\nmenanganinya. Besar kemungkinannya bahawa keadaan yang harmoni seperti ini,\nyang terhasil daripada dua kaedah pendekatan saintifik ini, tidak akan terhasil\nselagi masyarakat menolaknya. Namun ramai juga yang bersifat positif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya, satu perkara yang tidak\ndapat disangkal lagi ialah sebenarnya penerimaan ini turut bertitik tolak\ndaripada dasar atau pendekatan \u2018nyah jenayah\u2019 terhadap golongan penagih.\nPendekatan nyah jenayah ialah satu pendekatan yang tidak menganggap, melabel\natau menghukum para penagih sebagai golongan penjenayah. Memang kemelut dadah\nadalah isu undang-undang dan keselamatan kerana ada unsur jenayah di situ.\nTetapi, banyak juga kajian yang mendapati permasalahan dadah bukanlah isu\nkeselamatan dan undang-undang semata-mata. Malah terdapat ramai juga golongan\npenagih yang masih lagi di bawah umur, dan boleh dipersoalkan sama ada mereka\nadalah penjenayah kerana undang-undang tidak memperuntukkan hukuman jenayah\nbagi mereka yang masih di bawah umur. Hakikatnya, terdapat pelbagai faktor dan\npunca seseorang individu itu terlibat dalam kancah penyalahgunaan dan ketagihan\ndadah, dan hukuman jenayah juga bukan satu-satu jalan penyelesaian dalam\nkemelut ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian, pendekatan\npengurangan risiko dalam menangani kemelut dadah mungkin tidak akan berhasil\nselagi golongan itu dilabel sebagai penjenayah. Mereka mungkin akan dinafikan\nhak mereka untuk mendapatkan rawatan dan sokongan jika mereka itu dianggap\nsebagai penjenayah. Malah, secara logiknya, sanggupkah masyarakat setempat\nmenerima mereka sebagai anggota keluarga dan masyarakat jika golongan ini terus\ndilabel sebagai penjenayah? Akhirnya, situasi ini akan menggagalkan matlamat\nuntuk mengintegrasikan semula golongan ini dalam masyarakat dan menerima mereka\nsebagai sebahagian daripada anggota masyarakat. Usaha membanteras stigma\npenagih sebagai penjenayah yang ditakuti dan digeruni, dan tidak boleh disantuni,\nakan terus gagal. Perkara inilah yang perlu dielakkan. Usaha membantu akan\nberhasil apabila masyarakat tidak lagi memandang serong atau menghukum golongan\nini dan terus bersedia untuk menerima dan membantu mereka untuk kembali pulih\ndan terus menyumbang kepada kesejahteraan negara dan masyarakat. Seterusnya\nmereka tidak akan lagi terus bergelumang di dalam kancah dan perangkap\nketagihan dadah. Marilah kita sedari bahawa mereka lebih\nmemerlukan bimbingan dan bantuan, sokongan serta rawatan daripada masyarakat,\nbukannya hukuman. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penyalahgunaan dadah merupakan satu ancaman yang amat besar kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Justeru, pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan dalam usaha untuk menangani kemelut ini. Jika sebelum ini, pendekatan bagi menyelesaikan masalah penyalahgunaan dan ketagihan dadah dilihat &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":34,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-25807","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25807","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/34"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25807"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25807\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25807"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25807"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25807"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}