{"id":25824,"date":"2019-04-24T01:16:42","date_gmt":"2019-04-24T01:16:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25824"},"modified":"2019-04-24T01:16:42","modified_gmt":"2019-04-24T01:16:42","slug":"persediaan-terbaik-sambut-ramadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/persediaan-terbaik-sambut-ramadan\/","title":{"rendered":"Persediaan Terbaik Sambut Ramadan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Syaaban yang cuma berbaki beberapa hari\nini akan menemukan kita dengan Ramadan yang dinanti-nanti. Sebagai Mukmin, kita\nselayaknya mencontohi Nabi SAW yang membuat persediaan rapi bagi menyambut kedatangan\nRamadan, iaitu dengan membanyakkan amalan pada bulan Syaaban. Persediaan yang\ndiajar Baginda Nabi SAW, malah sejak bulan Rejab lagi membolehkan kita menyusun\nlatihan terbaik sebelum memasuki Ramadan, bulan yang dilimpahi keberkatan,\nrahmat serta keampunan Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana dirakamkan dalam ayat 183, Surah <em>al-Baqarah<\/em>, pensyariatan ibadah puasa bermatlamat memupuk ketakwaan golongan beriman yang melaksanakan ibadah berkenaan. Imam al-Razi dalam kitab tafsirnya \u201c<em>Mafatih al-Ghayb<\/em>\u201d yang mentafsirkan ayat ini mengatakan bahawa ibadah puasa mengandungi perkara-perkara yang dapat melemahkan dan menewaskan hawa nafsu.&nbsp; Selain itu, ibadah puasa membuatkan kelazatan dunia tidak menjadi keutamaan bagi seseorang dan tidak sama sekali menguasai diri serta fikirannya. Dalam hubungan ini, individu yang banyak berpuasa dapat melatih dirinya untuk tidak melayani nafsu perut seperti makan dan minum, nafsu seksual serta bentuk-bentuk kelazatan dunia yang lain. Oleh itu, ia terhindar daripada melakukan perkara-perkara perbuatan keji dan mungkar yang sekali gus menyimpulkan maksud ketakwaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amat malang seandainya hikmah dan manfaat besar yang terkandung dalam ibadah puasa ini tidak berjaya dicapai. Maka jadilah ibadah yang dilaksanakan itu sekadar menahan lapar dan dahaga untuk tempoh tertentu cuma. Sementara usaha melemahkan dan menguasai hawa nafsu serta syahwat dalam segenap keadaan dan masa tidak diberikan perhatian. Dengan demikianlah misalnya dapat dilihat di negara ini, pembaziran makanan dan pembuangan sisa makanan menjadi isu yang kritikal pada bulan Ramadan saban tahun.&nbsp; Lebih ironi, sebagaimana didedahkan dalam Persidangan Meja Bulat \u201cPengurangan Sisa Makanan: Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama\u201d pada 15 April 2019 anjuran IKIM, peningkatan jumlah sisa makanan berlaku pada bulan yang mulia itu di antara 15-20 peratus di samping pada Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peningkatan sisa makanan hakikatnya merupakan masalah bersama umat Islam di seluruh dunia pada bulan sesuci Ramadan.&nbsp; Selain Malaysia, negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar juga mencatat jumlah pembuangan sisa makanan yang besar sepanjang Ramadan. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini termasuklah pembelian barangan runcit serta makanan secara boros dan berlebih-lebihan.&nbsp; Sama ada disedari mahupun tidak, perbuatan membazir makanan itu bukan sahaja menafikan hak golongan memerlukan seperti fakir dan miskin malah juga mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar.&nbsp; Kesan buruk yang diakibatkan ini hakikatnya menafikan hak seluruh anggota masyarakat untuk hidup dalam persekitaran yang sejahtera.&nbsp; Penafian hak-hak ini jelas menunjukkan pengabaian amanah yang dipikulkan Allah SWT untuk ditunaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelbagai\nlangkah diambil di setiap negara Islam terbabit bagi menangani masalah\npembuangan sisa makanan. Hal tersebut sama ada melalui peningkatan kesedaran\ndan perubahan sikap semua pihak yang terlibat termasuk dengan mencontohi amalan\nterbaik di negara-negara lain.&nbsp; Begitu\njuga dengan pewujudan kemudahan-kemudahan tertentu seperti kitar semula dan\nbank makanan serta penguatkuasaan undang-undang sedia ada secara berkesan. Bank\nmakanan misalnya merupakan inisiatif kemasyarakatan yang dilancarkan tahun lalu\ndi Dubai bagi membolehkan lebihan makanan didermakan kepada Bank Makanan UAE.\nMakanan yang disumbang itu pula perlu memenuhi piawaian keselamatan yang\nditetapkan.&nbsp; Inistiatif berkenaan digerakkan\nbagi menyemarakkan semangat saling memberi dan mengukuhkan peranan masyarakat untuk\nmembantu orang lain. Selain langkah positif seumpama ini, terdapat gesaan\nsupaya ulama memainkan peranan penting sepanjang bulan Ramadan bagi memberikan\ndorongan kepada umat Islam supaya mematuhi prinsip-prinsip kelestarian\nsebagaimana yang terkandung dalam al-Quran serta Hadith.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Besar\nharapan tergalas di bahu umat Islam agar tabiat buruk yang dipamerkan sebelum\nini tidak akan berulang atau sekurang-kurangnya menunjukkan perubahan yang\nmemberansangkan pada Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.&nbsp; Sehubungan dengan itu, nilai akhlak luhur\nseperti mensyukuri nikmat Allah, bermujahadah dan berusaha mengawal hawa nafsu,\nmembanyakkan sedekah dan mengelakkan pembaziran, menginsafi kesulitan hidup\ninsan lain di samping membuat perancangan teliti serta menentukan keutamaan\nsetiap perkara perlu sentiasa diperkukuh.&nbsp;\nApatah lagi pada saat-saat kita semakin menghampiri\nRamadan.&nbsp; Sudah tentu pelbagai bentuk\nibadah serta amal salih dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk meneguhkan\nsifat-sifat dan nilai akhlak mulia tersebut.&nbsp;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT\nmenjamin petunjuk bagi golongan yang berusaha bersungguh-sungguh memenuhi\nkehendak agama selain bantuan serta pertolongan-Nya bagi golongan yang berusaha\nmembaiki amalan mereka, iaitu <em>muhsinin <\/em>(Surah\n<em>al-`Ankabut<\/em> (29): 69).&nbsp; Mudah-mudahan peluang yang dikurniai untuk\nmenemui dan beribadah serta bermujahadah sepanjang Ramadan dimanfaatkan\nsebaik-baiknya bagi meraih matlamat kudus yang ditentukan syarak. Allah SWT\nmenegaskan dalam firman-Nya bahawa kesungguhan individu dalam perjuangan atau\nmujahadah demi menegakkan ajaran agama, hakikatnya semata-mata demi kebaikan, manfaat\natau keuntungan dirinya sendiri jua (Surah <em>al-`Ankabut<\/em>\n(29): 6).&nbsp; <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Syaaban yang cuma berbaki beberapa hari ini akan menemukan kita dengan Ramadan yang dinanti-nanti. Sebagai Mukmin, kita selayaknya mencontohi Nabi SAW yang membuat persediaan rapi bagi menyambut kedatangan Ramadan, iaitu dengan membanyakkan amalan pada bulan Syaaban. Persediaan yang diajar Baginda Nabi SAW, &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-25824","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25824","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25824"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25824\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25824"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25824"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25824"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}