{"id":25858,"date":"2019-05-06T00:44:30","date_gmt":"2019-05-06T00:44:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25858"},"modified":"2019-05-06T00:44:30","modified_gmt":"2019-05-06T00:44:30","slug":"puasa-lemahkan-nafsu-haiwaniah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/puasa-lemahkan-nafsu-haiwaniah\/","title":{"rendered":"Puasa Lemahkan Nafsu Haiwaniah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Alhamdulillah kita bertemu lagi bulan Ramadan,\nbulan mulia dan bulan rahmat. Bulan yang sepatutnya menjadi bulan latihan\nmeningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sesuai dengan\ntujuan berpuasa itu \u201csemoga dengan itu kamu menjadi orang yang bertaqwa\u201d\n(Al-Baqarah\u201d:183).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalannya: bertaqwakah kita setelah berpuluh\ntahun menjalani ibadah puasa? Kenapa keimanan dan ketaqwaan kita masih di takuk\nlama?&nbsp; Banyak sebabnya, namun antaranya\nadalah kerana kita berpuasa ikut-ikutan, berpuasa kerana memang telah datang\nbulan Ramadan, dan semua orang berpuasa lalu kita pun terpaksa ikut sama berpuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sikap sebegini tidak akan memberi bekas kepada\nkeimanan dan ketaqwaan kita kerana ia bukan terbit daripada ketundukan\nubudiyyah dan ketaatan kita kepada Allah SWT, tetapi kerana persekitaran adat\ndan budaya. Orang beginilah yang Baginda SAW bersabda: \u201cBoleh jadi orang yang\nberpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh\njadi orang yang bangun malam (Qiyam) tidak mendapat apa-apa daripada Qiyamnya\nmelainkan kepenatan berjaga malam\u201d [Ibn Majah: 1690].<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk ibadah puasa memberi bekas kepada meningkatkan\nkeimanan dan ketaqwaan, ianya perlu bermula dengan kesedaran bahawa matlamat\npuasa itu ialah untuk mencapai taqwa kepada Allah SWT, bukan semata-mata untuk\nberlapar atau dahaga. Tiada apa manfaat yang Allah SWT peroleh dengan\nmembebankan kita agar meninggalkan makan dan minum. Perintah itu memberi kita kesempatan\ndan peluang untuk fokus, merenung, muhasabah dan refleksi diri seterusnya\nmembuat lonjakan transformasi diri agar menjadi insan yang bertaqwa kepada\nAllah SWT dengan sisa umur yang berbaki. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ianya seumpama kakitangan yang dihantar untuk\nmenjalani bengkel atau kursus pendek di suatu tempat agar selepas itu kembali\ndengan lebih bermotivasi, semangat dan menjadi pekerja yang cekap dan\ncemerlang. Oleh kerana itulah Ramadan juga sering disebut sebagai suatu\n\u201cmadrasah\u201d atau tempat latihan, sekolah, bengkel yang bertujuan mendidik dan\nmelatih tubi bagi memantapkan lagi keimanan seseorang dan mentransformasi diri\nmenjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya, jika pun tidak dapat\nmencapai tahap taqw\u0101 sepenunya. Namun, masih ada yang gagal walaupun menginsafi\ntujuan dan matlamat Ramadan itu sendiri, kenapa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab lain ialah kerana ramai yang tidak\nmengerti bagaimana jiwa manusia itu berfungsi. Manusia ini tercipta daripada\nunsur roh dan jasad. Jasad hanyalah kenderaan bagi roh. Apabila roh berada\ndalam jasad, roh mengemudi jasad dan mengarahkan jasad mengikut kemahuannya.\nRoh itu pula dibekalkan dengan dua kekuatan: kekuatan rasional dan kekuatan\nkehaiwanan. Kekuatan rasional akal ini berfungsi menerima ilmu, membuat\npertimbangan baik dan buruk, manakala kekuatan kehaiwanan dalam diri manusia\npula atau mudahnya dipanggil \u201cnafsu\u201d berfungsi untuk membantu kehidupan manusia\ndi atas mukabumi ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanpa nafsu, manusia tidak akan membiak, tiada\naktiviti, dan alam ini tidak akan dapat ditadbir seperti sepatutnya kerana\naktiviti duniawi manusia banyak didorong oleh nafsu. Namun, nafsu tersebut\nhendaklah nafsu yang dikawal oleh kekuatan rasional akal baharulah alam ini\nditadbir sepertimana yang dikehendaki oleh Pencipta Alam. Jika tidak ianya akan\nditadbir mengikut hawa nafsu dan nescaya akan berlaku banyak kerosakan di atas\nmuka bumi ini. Apa kaitan hal ini dengan puasa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Matlamat sebenar puasa ialah untuk melemahkan\nkekuatan nafsu dan menguatkan kekuatan rasional akal kerana apabila kekuatan\nnafsu dapat dikawal, baharulah insan itu menjadi hamba Allah yang benar-benar\nbertaqwa kepadaNya.&nbsp; Sifat nafsu manusia\nadalah bersifat \u201ckehaiwanan\u201d dalam erti kata lain mempunyai persamaan dengan\napa yang dilakukan dan disukai oleh haiwan. Antara perlakuan haiwan yang kita\nberkongsi ialah seperti suka hubungan kelamin, makan minum, bergaduh, dan\nbanyak lagi. Jika diperhatikan sepanjang bulan Ramadan, kekuatan haiwan inilah\nyang kita diminta untuk mengawal manakala kekuatan rasional akal seperti\nmembaca al-Qur\u2019an, berzikir, Solat Terawih digalakkan untuk diperkuat dan dimantapkan.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau kita faham bahawa semangat berpuasa di\nbulan Ramadan itu ialah untuk melemahkan kekuatan hawa nafsu kebinatangan yang\nbersarang dalam diri kita, dan menguatkan kekuatan rasional akal maka kita sudah\npasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan ini. Sebab itu\nkurang berkesan bagi orang yang berpuasa di siang hari, tetapi apabila tiba\nmasa berbuka dia makan seolah-olah mengumpulkan tiga waktu makan: makan pagi,\ntengahari dan malam yang sebelum ini dia terlepas. Dengan berbuat begitu, dia\nsebenarnya telah menguatkan kembali nafsu yang sudah lemah di siang hari dan apa\nyang dilalui di siang hari hanya memberi bekas yang sedikit sahaja kepada\ntransformasi rohani dan pembinaan karakter peribadinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam diri manusia itu akan sentiasa wujud\npertentangan antara dua kekuatan ini, kekuatan rasional akal dan kekuatan nafsu\nhaiwaniah. Untuk menjadi seorang mukmin sejati dan insan bertaqwa maka kekuatan\nnafsu haiwaniah itu perlu ditundukkan di bawah kekuatan rasional akal. Selama\ndiri terbelenggu dengan kekuatan nafsu yang tidak terkawal, maka selama itu dia\ntidak akan mampu menjadi insan yang sebenar, yang bertaqwa kepada Allah. Insan\nyang menurut hawa nafsu ini bukan saja\nberperangai seperti haiwan, bahkan lebih teruk dan sesat lagi seperti mana\nFirman Allah SWT, mafhumnya: <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>&#8220;Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi]tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.&#8221; [Al-A&#8217;raaf : 179] <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah kita bertemu lagi bulan Ramadan, bulan mulia dan bulan rahmat. Bulan yang sepatutnya menjadi bulan latihan meningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sesuai dengan tujuan berpuasa itu \u201csemoga dengan itu kamu menjadi orang yang bertaqwa\u201d (Al-Baqarah\u201d:183). Persoalannya: &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-25858","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25858","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25858"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25858\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25858"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25858"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25858"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}