{"id":25866,"date":"2019-05-07T01:08:31","date_gmt":"2019-05-07T01:08:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25866"},"modified":"2019-05-07T01:08:31","modified_gmt":"2019-05-07T01:08:31","slug":"manusia-dan-ramadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/manusia-dan-ramadan\/","title":{"rendered":"Manusia dan Ramadan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku dalam peristiwa\nIsrak Mikraj yang disambut baru-baru ini, salah satu pengajaran yang yang\njarang diketengahkan ialah hakikat bahawa kedudukan tertinggi yang harus\ndicapai oleh seseorang insan dalam hubungannya dengan Tuhan ialah untuk kembali\nmenjadi seorang hamba yang sebenar. Ini dibuktikan apabila ayat pertama dalam\nSurah al-Isra\u2019 yang menceritakan kisah tersebut telah menggunakan istilah\n\u2018hamba\u2019 bagi merujuk kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad, \u201cMaha suci Allah\nyang telah memperjalankan hambanya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke\nMasjidil Aqsa yang telah Kami berkati persekitarannya bagi memperlihatkan\ntanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat\u201d\n(Surah al-Isra\u2019, ayat 1).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Istilah hamba yang digunakan dalam ayat ini amat signifikan di sebalik\nhakikat bahawa Nabi Muhammad dicipta sebagai makhluk terbaik, kekasih Allah,\npenghulu kepada segala para Nabi dan Rasul, dikurniakan kebaikan yang amat\nbanyak (Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu kebaikan yang amat banyak,\nSurau al-Kawthar, ayat 1). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peristiwa Isra\u2019 Mi\u2019raj sendiri adalah satu bukti baginda telah\ndiberi keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada segala makhluk apabila\nbaginda telah dibawa dalam satu perjalanan penuh luar biasa, bertemu dengan\nnabi-nabi terdahulu, melihat balasan syurga dan neraka, sehingga naik terus\nmelewati batas terakhir kewujudan (sidratul muntaha) untuk bertemu dengan\nPencipta Rabbul \u2018Izzati. Tiada insan seagung dan setinggi manapun pangkat dan\ngelaran yang diterima di dalam sepanjang sejarah kemanusiaan yang pernah\ndiberikan kelebihan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun Junjungan besar Nabi Muhammad masih dirujuk oleh al-Qur\u2019an\nsebagai seorang hamba. Ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan sebagai hamba\nbukanlah petunjuk kepada kehinaan manusia khususnya apabila merujuk kepada\nhubungannya dengan Tuhannya.&nbsp; Imam Fakh\nal-Din al-Razi ketika mentafsir ayat berkaitan Isra\u2019 Mi\u2019raj ini mengatakan\nbahawa ketika bertemu dengan Allah, Nabi Muhammad telah ditanya apakah perkara\nyang menggembirakan baginda dalam perjalanan ini, Nabi menjawab kegemambiraan\nbaginda ialah apabila dinisbahkan sebagai hamba yang sebenar di sisi Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikianlah adab yang tertinggi yang ditunjukkan oleh insan terbaik\nyang telah dicipta oleh Allah. Sememangnya tiada adab yang lebih layak\nditunjukkan oleh seorang hamba di hadapan Tuhannya melainkan dengan kembali\nkepada kedudukan sebenar ia dijadikan iaitu untuk tunduk dan menyerah diri\nkepada Tuhannya dengan tulus dan ikhlas sebagaimana yang dirakamkan\nal-Quran,&nbsp; \u201cTidaklah Aku jadikan jin dan\nmanusia melainkan untuk mereka menghambakan diri kepada Tuhan.\u201d (Surah\nal-Zariyat, ayat 56)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikian jugalah fitrah kehidupan manusia sebagai hamba Allah yang\nharus dilalui ketika berada di dunia ini. Ketika kita diperintahkan untuk sujud\noleh Allah di dalam solat dengan meletakkan dahi kita yang merupakan anggota\nyang paling tinggi dan mulia pada diri kita ke tempat yang paling rendah iaitu\ndibumi, ketika itu jugalah martabat dan kedudukan kita melonjak ke kedudukan\npaling tinggi di sisi Allah. Ini kerana perbuatan ini merupakan lambang\nkemuncak penghambaan manusia kepada Tuhannya.&nbsp;&nbsp;\nIa juga adalah perlambangan kepada keadilan apabila setiap sesuatu\nberada kepada kedudukannya yang sebenar. Pencipta yang Agung disembah dan\ndibesarkan sementara Sang Hamba meletakkan dirinya ditempat yang paling layak\nbaginya.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan dengan itu solat yang diterima pertangjawabannya oleh\nNabi dari Allah dalam peristiwa Isra\u2019 Mi\u2019raj tidak lain adalah perlambangan\nkepada penghambaan dan ketundukan yang tulus ini. Setiap hari manusia diberi\npeluang sekurang-kurangnya lima kali untuk melonjakkan dirinya menuju\nketinggian dan kemuliaan dengan merendahkan dirinya sehina-hinanya di hadapan\nTuhannya melalui ibadat solat yang telah didisiplinkan oleh Tuhannya. Justeru\nalangkah beruntungnya mereka yang melakukannya secara sedar, khusyu\u2019 dan\nbersungguh-sungguh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikianlah agama mengajar letak duduk sesuatu perkara dalam pentas\nkehidupan. Yang dinamakan agama itu ialah suasana kesejahteraan dan keharmonian\nyang terhasil apabila seluruh makhluk itu tunduk menyerah kepada Pencipta yang\nsebenar sesuai dengan fitrahnya yang sebenar dan menjauhkan diri dari\npenghambaan kepada perkara yang palsu dan batil. Oleh kerana itu jualah agama\nIslam itu dinamakan agama fitrah lantaran sifatnya yang mengembalikan manusia\nkepada fitrah penyerahan diri yang sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyerahan diri ini juga berlaku secara menyeluruh bukan sekadar\nterbatas kepada ketundukan&nbsp; yang bersifat\nluaran.&nbsp; Akan tetapi yang lebih penting\nia harus bermula di peringkat dalaman dengan ketundukan segala anggota raga\nmanusia termasuk syahwat dan nafsunya kepada raja dan pemerintah dalamannya\niaitu akal dan jiwanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oelh yang demikian kedatangan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk\nmanusia kembali kepada fitrah ketundukan dan penghambaan yang menyeluruh ini.\nIni kerana di bulan keberkatan ini, bukan sahaja manusia didisiplinkan untuk\nbanyak melakukan ketundukan secara jasmani dengan pelbagai bentuk ibadat wajib\ndan yang sunat, yang lebih penting jiwa dalamannya juga ditundukkan dengan\nmembataskan diri dari elemen shahwat dan haiwani yang datang bersama makanan\ndan minuman dan hubungan jenis. Semoga dengan kehadiran bulan penuh barakah ini\nmanusia akan mampu kembali kepada fitrahnya yang sebenar sebagai seorang hamba,\nkedudukan tertinggi yang diberikan oleh Allah sebagaimana yang telah kurniakan\nkepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di samping kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku dalam peristiwa Israk Mikraj yang disambut baru-baru ini, salah satu pengajaran yang yang jarang diketengahkan ialah hakikat bahawa kedudukan tertinggi yang harus dicapai oleh seseorang insan dalam hubungannya dengan Tuhan ialah untuk kembali menjadi seorang hamba yang sebenar. Ini dibuktikan apabila ayat pertama &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-25866","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25866","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25866"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25866\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25866"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25866"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25866"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}