{"id":25891,"date":"2019-05-08T04:15:36","date_gmt":"2019-05-08T04:15:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25891"},"modified":"2019-05-08T04:15:36","modified_gmt":"2019-05-08T04:15:36","slug":"jentera-dan-pandangan-alam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/jentera-dan-pandangan-alam\/","title":{"rendered":"Jentera dan Pandangan Alam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap teknologi memancarkan pandangan alam kebudayaan\nyang <em>merupacitakannya<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang jurutera\ndan ahli matematik Yunani purba bernama Hero yang hidup sekitar 10\u201370 Masihi di\nIskandariah, Mesir Rumawi, menggambarkan dalam karyanya <em>Peri Automatopoietikes\n<\/em>(Berkenaan Pembuatan Automaton) dua jenis jentera automatik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jentera pertama berupa\ntempat sembahan bergerak yang terdapat padanya patung-patung dewa dan para\npenyembah yang melakonkan adegan korban. Jentera kedua berupa panggung yang\nmementaskan kehidupan tragedi dalam pandangan alam orang Yunani purba. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jentera yang\ndibina oleh Hero menggunakan roda putar (<em>flyhwheel<\/em>) dan spring sebagai\nsumber tenaga. Ia mencerminkan pandangan alam mekanistik yang dipelopori oleh\nfailasuf teragung mereka Aristotle yang memahami alam sebagai hamparan tersedia\nabadi. Dalam faham kebersebaban (<em>al-sababiyyah<\/em>) ini, peristiwa-peristiwa\nalam diibaratkan seperti butir-butir domino tertegak yang kemudian saling\ntumbang-menumbangi selepas pertama kali dicetuskan oleh Penggerak Utama yang\nsetelah itu terhenti penglibatannya dengan alam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam memberi\npenekanan teristimewa terhadap menuntut ilmu. Oleh kerana itu, sejak awal lagi orang\nIslam giat mengkaji dan menterjemahkan karya-karya silam daripada peradaban-peradaban\nlain. Sumbangan begitu besar orang Islam terhadap perkembangan sains dan\nteknologi masih lagi dirasai sehingga masa kini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekitar\npemerintahan Khalifah Bani \u2018Abbasiyyah iaitu Abu\u2019l-\u2018Abbas al-Ma\u2019mun (813\u2013833\nMasihi, kumpulan-kumpulan ilmuwan dan pengkaji seperti Banu Musa (803\u2013873 M) giat\nmengutuskan misi mendapatkan karya-karya penulis masa lalu dan menumpukan\nsebahagian besar tenaga dan perbelanjaan dalam mengkaji dan menterjemah\nbahan-bahan ilmiah di Bayt al-Hikmah (Teratak Kebijaksanaan), sebuah pusat\npenyelidikan terkemuka di bawah naungan Khalifah al-Ma\u2019mun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara perkara yang\nmenjadi tumpuan kajian oleh ilmuwan seperti Banu Musa ialah kawalan automatik\nyang dikenali sebagai <em>al-alat al-mutaharrikah bi dhati-ha<\/em> (alat yang\nbergerak dengan sendirinya).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tumpuan minat ahli-ahli\nsains dan jurutera Muslim terhadap kawalan automatik berpunca dari keinginan untuk\nmengawal kuasa terpendam alam ciptaan Allah <em>\u2018azza wa jalla<\/em>. Lagipun, kuasa\nyang tiada terkawal ialah kuasa yang tiada berguna malahan juga berbahaya, misalnya\narus deras sungai, banjir kilat, tsunami, dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun demikian,\nkefahaman ahli-ahli sains Islam terhadap alam berbeza dengan faham kebersebaban.\nAllah <em>\u2018azza wa jalla <\/em>berterusan mencipta pada setiap masa dan Maha\nBerkuasa&nbsp; atas setiap sesuatu. Setiap\nperkara berlaku mengikut kebiasaan (<em>sunnah<\/em>) yang ditetapkan oleh Tuhan,\nnamun Dia berkuasa mencetuskan <em>khariq al-\u2018adah <\/em>yang mengeluarkan sesuatu\ndaripada kebiasaan tabiatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikianlah\nsejarah Islam di abad ke-9 menyaksikan kelahiran <em>hiyal<\/em> iaitu bidang ilmu\nterawal berkaitan seni membina alat-alat kawalan automatik, mengangkat beban,\ndan mengatasi halangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari sudut\nbahasa, <em>hiyal <\/em>ialah kata jamak kepada <em>hilah<\/em> yang bermaksud\n\u2018helah\u2019, \u2018tipu daya\u2019, dan \u2018muslihat\u2019. Dalam ungkapan biasa <em>la hawla wa la\nquwwata illa bi-\u2019Llah<\/em>, perkataan <em>hawl <\/em>bersinonim dengan perkataan <em>hayl<\/em>\nyang merujuk kepada daya upaya rancang dan reka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akar kata&nbsp; <em>hawl <\/em>dan <em>hayl <\/em>ialah <em>hala<\/em>,\nyang membawa maksud \u2018berubah\u2019, \u2018mengalami perubahan\u2019, atau \u2018menyimpang\u2019 daripada\ntabiat biasa. Kata terbitannya <em>hal <\/em>merujuk kepada \u2018keadaan\u2019 atau \u2018hal\nehwal\u2019. Justeru, <em>hilah<\/em> ialah penzahiran kuasa apabila sesuatu berlepas\ndaripada kebiasaan tabiatnya atau keadaan semasanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tokoh perkamusan\nIbn Manzur (m. 1312 M) dalam karyanya <em>Lisan al-\u2018Arab<\/em> mengesan ungkapan\nawal istilah <em>hayl<\/em> oleh <em>Rasulu-\u2019Llah<\/em>&nbsp; SAW yang memanggil Tuhan sebagai <em>dha-Hayli\nal-Shadid<\/em> (Pemilik Kuasa Agung), menurut suatu riwayat oleh Ibn \u2018Abbas r.a.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\nperundangan Islam, <em>hiyal<\/em> ialah daya cipta dalam mengatasi kesukaran\ndalam pelaksanaan <em>shari\u2018ah <\/em>khususnya kegiatan ekonomi, selagi mana tidak\nbertentangan dengan <em>shari\u2018ah. <\/em>Ia digunakan dalam urus niaga (<em>mu\u2018amalah<\/em>)bagi memenuhi keperluan dan tuntutan pihak-pihak berkepentingan di mana\nketiadaannya boleh mengganggu gugat keteraturan sistem yang sedia ada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari suatu sisi,\nkemunculan disiplin ilmu <em>hiyal<\/em> menandakan kejayaan orang Islam menyesuaikan\nteknologi daripada peradaban asing dengan kegunaan\nkehidupan seharian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari suatu sisi\nyang lain, perubahan makna dan penggunaan istilah yang khusus menunjukkan\nwalaupun ahli-ahli sains Islam banyak memanfaati khazanah ilmu tamadun Yunani, telah\nberlaku penyesuaian dengan pandangan alam Islam melalui saringan para ilmuwan,\nsarjana, dan ulama Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap teknologi memancarkan pandangan alam kebudayaan yang merupacitakannya. Seorang jurutera dan ahli matematik Yunani purba bernama Hero yang hidup sekitar 10\u201370 Masihi di Iskandariah, Mesir Rumawi, menggambarkan dalam karyanya Peri Automatopoietikes (Berkenaan Pembuatan Automaton) dua jenis jentera automatik. &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":35,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-25891","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25891","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/35"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25891"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25891\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25891"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25891"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25891"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}