{"id":25940,"date":"2019-05-13T05:12:25","date_gmt":"2019-05-13T05:12:25","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25940"},"modified":"2019-05-13T05:12:25","modified_gmt":"2019-05-13T05:12:25","slug":"teknologi-terkini-tidak-memadai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/teknologi-terkini-tidak-memadai\/","title":{"rendered":"Teknologi Terkini Tidak Memadai"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dunia berhadapan\ndengan pelbagai teknologi baharu yang mengagumkan bermula daripada kecerdasan\nbuatan hingga kepada mesin yang bersambung dengan percetakan 3D. Semuanya\nmenawarkan kombinasi manfaat dengan penjimatan kos dan masa, peningkatan\nkualiti dan fleksibiliti barangan dan perkhidmatan. Walau bagaimana menarik\nsekalipun, teknologi terkini tidak lebih fungsinya kecuali sebagai alat yang\nperlu diuruskan dengan nilai manusiawi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Revolusi\nindustri terus berlaku bermula daripada sumber tenaga hinggalah kepada barangan\nakhir yang diperlukan dalam kehidupan. Berbeza dengan dahulu, zaman internet (<em>IoT-internet\nof thing<\/em>) dan digital mengubah cara hidup dan memberi cabaran baharu untuk\nditekuni. Teknologi 5G misalnya menawarkan gelombang capaian yang sangat\npantas, jimat dan menghilangkan julat tindak balas berskala mikro paling kecil.\nDengan kemampuan ini, 5G digunakan untuk mengendali mesin, kenderaan atau\njentera secara tangkas dalam talian, menggunakan sistem yang bertindak balas\ndengan pengaturcaraan algoritma kecerdasan buatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan\nkecerdasan buatan banyak membantu dalam pelbagai bidang dan industri dengan\nrobot pintar. Malah dunia mengorak langkah ke arah penciptaan program\nkecerdasan buatan super dengan bantuan mesin yang sentiasa belajar (<em>machine\nlearning)<\/em> dan anjal mengubah arahan sendiri (<em>algorithmic<\/em> <em>deep\nlearning)<\/em>. Tindak balas yang berupa rangkaian dan matrik algoritma komputer\nmembantu dalam aktiviti seharian dengan tanpa perlu dibuat oleh manusia atau\ndiarah berulang kali. Tidak mustahil pada masa akan datang kenderaan pandu\nsendiri menjadi satu kebiasaan dan banyak urusan dilakukan menggunakan sistem\nautomatik, robotik dan digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan\npercetakan 3D telah mula membanjiri industri. Percetakan 3D menjanjikan kemampuan\nrekayasa barangan daripada plastik, kaca, nylon, polymide, titanium, besi dan\npolycarbonate. Barangan kemas daripada emas, alat gantian kapal terbang, alat\nganti kereta, organ manusia, reka bentuk fesyen pakaian, terumbu karang plastik\ntelah membuktikan kejayaan percetakan 3D. Industri perubatan mungkin menemui\nalternatif kepada organ, tisu badan, gigi dan tulang yang mengandungi saluran\ndarah yang menjanjikan pendapatan lumayan. Kemampuan percetakan 3D boleh\nmenggantikan tugas yang rumit dan berbahaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun,\nteknologi tidak mampu menawarkan pakej pembangunan manusiawi malah lebih\ndahsyat lagi pembangunan tidak terpimpin ditakuti mampu menjejaskan manusia dan\nkemanusiaan. Tanpa disedari, percetakan 3D yang dibanggakan itu juga mampu\nmencetak senjata seperti pistol dan mesingun yang berfungsi penuh. Begitu juga\nkebelakangan ini wujud berbagai-bagai jenis jenayah baharu, persoalan\nkerahsiaan peribadi, pencerobohan hak cipta dan kecurian maklumat. Teknologi terkini\nmampu menyelesaikan kebuntuan dan kesukaran tetapi membawa masalah baharu yang\ntidak dapat dijangkakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemunculan\nwang digital melalui penemuan teknologi <em>blockchain<\/em> merupakan satu lagi\ngugatan sistem kewangan sedia ada sehingga memaksa pihak berkuasa kewangan\nmemikirkan cara baharu mengurus dan mengawal selia kestabilan nilai mata wang dan\nekonomi. Selain aktiviti membiayai kumpulan pengganas, wujud transaksi yang\ntidak pernah dibayangkan oleh pemikiran kita dalam pasaran gelap (<em>darkweb<\/em>)\nmelibatkan jenayah dan keganasan. Penjenayah menerima bayaran melalui wang\ndigital (<em>bitcoin<\/em>) contohnya bagi mempamerkan aksi jenayah secara\nlangsung dalam talian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sifat\nsesuatu alat ialah mengikut sahaja apa yang manusia lakukan terhadapnya dan\nsebahagiannya memberi kesan di luar jangkauan pemikiran. Para penyelidik\nmenyimpulkan beberapa risiko terhadap kehidupan antaranya ialah keterlaluan\nbergantungan kepada teknologi, penguncupan kerja, kegagalan algoritma,\nketidakselarian nilai, automasi serangan dan ancaman, keputusan dan impak\nteknologi yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kematian yang\nterprogram. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kajian\njuga menunjukkan terdapat berbagai-bagai impak langsung kepada kehidupan, kesan\nfrekuensi gelombang berlebihan berpunca daripada infrastruktur 5G hinggalah\nkepada peranti yang digunakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian\nlapisan kulit dan unsur hidupan sensitif terhadap frekuensi yang berlebihan.\nKita sedia maklum beberapa jenis haiwan atau serangga dibunuh hanya dengan\nmenggunakan frekuensi tertentu yang tidak nampak, dengar atau rasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak\nmustahil sebuah kenderaan pandu sendiri boleh mengakibatkan kematian kepada\npejalan kaki berbanding penumpangnya jika dalam kecemasan kenderaan tersebut diprogramkan\nuntuk \u201cbuat keputusan\u201d dengan sendiri. Teknologi mampu memberi manfaat tetapi\nmudaratnya tidak mampu kita jangkakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah\nmenunjukkan kecenderungan pembangunan manusia berarah songsang di peringkat\nawal penyesuaian jika dinisbahkan kepada teknologi. Semakin maju teknologi,\nsemakin mundur manusia dan kemanusiaan. Perkara ini terjadi apabila nilai-nilai\nmurni dikorbankan dek kerana teknologi. Lihat bagaimana majoriti pengguna\nperanti pintar menyerahkan kepintaran mereka kepada peranti sehingga ada\nsebahagiannya tidak meninggalkan sedikit pun kepintaran mereka dalam penggunaan\nperanti pintar. Pihak kerajaan terpaksa mengiklankan kempen kesedaran agar\npengguna peranti menjadi lebih pintar dan tidak tersalah mengunakannya dengan\ncara yang tidak bijak seperti ketika memandu. Malah dunia berhadapan dengan\nberbagai-bagai ancaman kemusnahan berpunca daripada teknologi yang makin\ncanggih antaranya kesan negatif kepada alam sekitar, flora dan fauna,\npencemaran dan sisa buangan, kesan radioaktif dan impak sosial. Teknologi\nkomunikasi yang tidak terkawal juga mampu menggugat kestabilan negara dan boleh\nmencetuskan masalah perkauman. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh\nitu, kemajuan teknologi semata-mata tidak boleh dibanggakan jika kita tidak\nmampu menguruskan kesan ketaranya kepada manusia. Di samping kawalan terhadap\npenggunaan teknologi sama ada melalui perundangan, kesedaran dan\npenguatkuasaan, kita perlu sedar maksud sebenar pembangunan. Pembangunan\nsebenar bukan pembangunan material semata-mata tetapi pembangunan manusiawi. Proses\nmembangunkan manusiawi mengutamakan nilai murni yang tidak bersifat kebendaan\ntetapi pembangunan seimbang jasmani-rohani.&nbsp;\n&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dunia berhadapan dengan pelbagai teknologi baharu yang mengagumkan bermula daripada kecerdasan buatan hingga kepada mesin yang bersambung dengan percetakan 3D. Semuanya menawarkan kombinasi manfaat dengan penjimatan kos dan masa, peningkatan kualiti dan fleksibiliti barangan dan perkhidmatan. Walau &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-25940","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25940","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25940"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25940\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25940"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25940"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25940"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}