{"id":25944,"date":"2019-05-14T00:46:35","date_gmt":"2019-05-14T00:46:35","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25944"},"modified":"2019-05-14T00:46:35","modified_gmt":"2019-05-14T00:46:35","slug":"bersederhana-bersyukurlah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bersederhana-bersyukurlah\/","title":{"rendered":"Bersederhana, bersyukurlah&#8230;"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gaya hidup masyarakat kini diwarnai dengan kehidupan berlebih-lebihan\nterutama sekali dalam hal penggunaan. Walaupun ramai yang melalui cara hidup\nsebegini namun ada yang tidak menyedari hakikat kehidupannya itu. Bagi yang\nsedar pula, amat sukar bagi mereka untuk melepaskan diri daripada gaya hidup\nberlebih-lebihan tersebut. Kesannya, masyarakat kini rela dan terus terikat dengan\ngaya hidup berlebih-lebihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gaya hidup berlebih-lebihan terutamanya dalam penggunaan menjadi antara\npunca utama kepada pelbagai masalah termasuklah masalah yang berkaitan dengan\npersekitaran. Pemanasan bumi berlaku kerana peningkatan gas rumah hijau yang\nberkait dengan pelbagai kegiatan manusia dan kebergantungan tinggi terhadap\nbahan api fosil. Manakala, lambakan sampah yang kini telah mencapai tahap\nkrisis berlaku kerana kegagalan mengawal penggunaan pelbagai barangan yang\nsebahagian besarnya berpunca daripada kemahuan dan bukan kerana keperluan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga dengan masalah peningkatan sisa makanan akibat daripada amalan\nmembazir makanan. Di Malaysia sahaja, 38,000 tan sampah dibuang setiap hari dan\njumlah ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Daripada jumlah sampah yang\ndibuang ini, 45 peratus atau lebih kurang 17,000 tan sampah adalah sisa\nmakanan. Manakala 20 peratus atau 3400 tan daripada sisa makanan ini sebenarnya\nadalah sisa makanan yang boleh dielakkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada ketikanya pula, berlaku peningkatan sisa makanan sebanyak 15 hingga 20\nperatus pada musim-musim perayaan atau hari-hari tertentu seperti bulan\nRamadan, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri serta musim cuti sekolah. Lebih\nmembimbangkan lagi ialah sisa makanan yang meningkat ini sebahagian besarnya\n(40 peratus) berpunca dari isi rumah (keluarga) berbanding pasar basah (25\nperatus), restoran (23 peratus) dan hotel (7 peratus).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapakah peningkatan pembaziran makanan berlaku? Antara punca yang boleh\ndisenaraikan ialah pembelian berlebihan, penyediaan makanan berlebihan,\npembelian barangan makanan mudah rosak secara berlebihan, penyimpanan makanan\nyang lemah, pembelian makanan kerana status atau gaya hidup dan sebagainya.\nDaripada punca-punca yang disebutkan ini, perkataan \u201cberlebihan\u201d diulang\nberkali-kali malah seolah-olah tidak dapat dielakkan daripada disebut atau\ndigunakan. Hakikatnya, inilah identiti kehidupan masyarakat moden iaitu\nkelekaan dan keterikatan kepada gaya hidup berlebih-lebihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah pandangan hidup Islam terhadap hal ini? Agama Islam adalah agama\nyang tidak menerima perbuatan berlebih-lebihan atau pembaziran (<em>al-Israa\u2019<\/em>: 27 dan <em>al-A\u2019raaf<\/em>:31). Malah, orang-orang yang melakukan perbuatan ini\ndianggap sebagai \u201csaudara-saudara syaitan.\u201d Jadi, adakah kita mahu dikaitkan\ndengan makhluk kufur tersebut?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan itu sahaja, makanan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pandangan\nhidup Islam. Hal ini kerana, makanan adalah ciptaan dan milik Allah SWT (<em>al-An\u2019aam:<\/em>11-12) dan merupakan satu\nanugerah kepada manusia (<em>al-Baqarah<\/em>:172).\nMaka, nikmat ini perlu disyukuri (<em>Saba\u2019<\/em>:15)\ndan bukan dibazirkan sesuka hati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Makanan ciptaan Allah SWT bukan hanya untuk manusia tetapi juga makhluk\nAllah SWT yang lain, misalnya haiwan. Oleh itu, bukan hanya manusia yang berhak\nterhadap makanan tersebut. Jadi kenapakah kita seringkali lupa dan\nmemperlakukan makanan sewenang-wenangnya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, kita hamba-Nya yang serba lemah dan tidak mampu untuk\nmenghasilkan makanan kita sendiri. Hanya Allah SWT yang berkuasa menjadikan\nmakanan itu. Hal ini hanya dapat difahami dan diinsafi insan yang mengambil\nmasa untuk berfikir akan kejadian makanan dan kerana itulah kita dituntut untuk\nmengambil iktibar daripada kejadian makanan (<em>A\u2019basa<\/em>: 24 dan <em>an-Nahl<\/em>:66).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janganlah juga kita lupa bahawa dalam makanan yang kita makan setiap hari\nada keberkatan tertentu. Perkara ini disebut dalam sebuah hadis Rasulullah SAW;\ndaripada Jabir r.a. bahawa Nabi SAW memerintahkan supaya jari-jemari dijilat\ndan pinggan dikesat lalu bersabda yang bermaksud, \u201cSesungguhnya kamu tidak\nmengetahui bahagian manakah terdapatnya keberkatan.\u201d (HR Muslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam bahasa Arab, perkataan \u201cbarakah\u201d bermaksud \u201ctumbuh\u201d dan \u201cbertambah.\u201d\nDalam bahasa Melayu pula, ia membawa maksud \u201cmendatangkan kebaikan kepada\nseseorang.\u201d Jika hal ini dikaitkan dengan makanan, maka secara ringkasnya boleh\ndikatakan bahawa makanan yang penuh dengan keberkatan itu akan sentiasa cukup,\nmemberikan kepuasan, menyihatkan dan mendatangkan kebaikan kepada pemakan atau\npemiliknya. Hasilnya, pastilah tubuh badan menjadi sihat dan dapat berfungsi\nsebagai manusia biasa serta dapat melakukan perkara-perkara baik seperti\nberibadat, bekerja, beriadah, membantu orang lain dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada penjelasan di atas, jelas bahawa makanan bukan sahaja penting bagi\nmemenuhi keperluan fizikal manusia tetapi dari segi spiritualnya juga, makanan\nmenjadi penghubung yang kuat antara manusia dengan Maha Pencipta. Oleh itu,\namalan berlebih-lebihan dalam penyediaan serta pembaziran makanan tidak wajar\nberlaku terutama bagi umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, dalam pandangan hidup Islam, telah dinyatakan jalan\npenyelesaian bagi permasalahan ini. Kita tidak dibenarkan membazir (<em>al-Israa\u2019<\/em>:27), digalakkan bersederhana\ndalam hal makan-minum (<em>al-A\u2019raaf<\/em>:31),\nbersyukur dengan nikmat makanan yang diberikan (<em>al-Baqarah<\/em>:172 dan<em> Saba\u2019<\/em>:15)\u2019\nSelain itu, berkongsi makanan dengan orang lain juga dituntut dan ini disebut\ndalam sebuah hadis yang bermaksud, \u201cDaripada Abdullah bin Amru r.a, bahawasanya\nseorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, \u2018Apakah amalan terbaik\ndalam Islam?\u2019 Baginda bersabda, \u2018memberi makan makanan dan memberi salam kepada\norang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali.\u201d (HR Bukhari dan\nMuslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan itu, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, selain kita berusaha\nmengejar pahala bagi pelbagai ibadah wajib serta sunat, berazamlah juga untuk\nbersungguh-sungguh mengelakkan pembaziran makanan dengan menumpukan kepada\nkesederhanaan, bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan menjauhi gaya hidup\nberlebih-lebihan. Jadikanlah Ramadan kali ini, tanpa pembaziran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gaya hidup masyarakat kini diwarnai dengan kehidupan berlebih-lebihan terutama sekali dalam hal penggunaan. Walaupun ramai yang melalui cara hidup sebegini namun ada yang tidak menyedari hakikat kehidupannya itu. Bagi yang sedar pula, amat sukar bagi mereka untuk melepaskan diri daripada gaya hidup berlebih-lebihan tersebut. Kesannya, &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-25944","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25944","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25944"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25944\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25944"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25944"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25944"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}