{"id":25972,"date":"2019-05-16T06:42:04","date_gmt":"2019-05-16T06:42:04","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=25972"},"modified":"2019-05-16T06:42:04","modified_gmt":"2019-05-16T06:42:04","slug":"memanusiakan-manusia-di-era-ir4-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/memanusiakan-manusia-di-era-ir4-0\/","title":{"rendered":"\u201cMemanusiakan\u201d Manusia di Era IR4.0"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kita\nberhadapan dengan situasi, iaitu robot, automasi dan Kecerdasan Buatan (<em>Artificial\nIntelligence<\/em>) akan mengambil alih peranan yang sekian lama telah dimainkan\noleh manusia. Hanya pada aspek-aspek kreativiti sahaja mungkin masih ada ruang\nuntuk manusia turut terlibat aktif sedangkan dalam ruang-ruang yang boleh\ndiprogramkan berdasarkan algorisma pengkomputeran tertentu, ia tidak lagi\nmemerlukan tenaga manusia sebaliknya robot mula bergerak ke zaman itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malaysia lambat-laun akan turut merasai kesan\ndaripada IR 4.0 walaupun buat masa sekarang mungkin negara kita antara yang\nmasih terkebelakang berbanding dengan negara-negara lain seperti Singapura,\nFinland, Sweden.&nbsp; Sebagaimana ledakan\ninternet <em>World Wide Web<\/em> (www) suatu\nketika dahulu, yang turut sama mengheret Malaysia bersama komuniti\nantarabangsa, iaitu dalam perkembangan teknologi semasa sama ada suka ataupun\ntidak. Ekoran daripada itu masyarakat kita mula terdedah kepada laman-laman\npornografi, lucah, ganas, LGBTQ, <em>terrorism<\/em>,\npengganas, dan fikrah-fikrah sesat seperti ateisme yang boleh merosakkan pemikiran\ndan juga mencetuskan suasana tidak sihat dan menjejaskan status quo dalam\nmasyarakat beragama Islam di negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita tidak pasti apakah pula cabaran-cabaran\nlain yang akan mendatang dengan ledakan IR4.0 ini, bahkan selepas ini jika ada\nIR5.0 dan ledakan seterusnya. Lalu apakah persiapan yang sepatutnya kita miliki\nsama ada untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak kita dan generasi yang akan\ndatang?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian, ajaran Islam adalah ajaran\nyang sesuai sepanjang zaman. Ajaran ini adalah &nbsp;sangat praktikal yang tidak terikat dengan\ntempat mahupun masa. Walau bagaimanapun, terdapat aspek-aspek tertentu dalam\nIslam yang kekal (<em>thabit<\/em>) dan ada pula yang bersifat fleksibel (<em>murunah<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam mempersiapkan anak-anak mengharungi hidup\nini, Islam telah menganjurkan agar sejak kecil lagi anak-anak diajarkan dengan\nilmu akidah yang mantap, diberikan kesedaran tentang matlamat kejadian manusia dan\ntujuan hidupnya serta kesudahan perjalanan hidupnya di dunia ini. Selain itu, manusia\njuga perlu disedarkan bahawa penghidupan di dunia ini hanya sementara belaka,\ndan akhirnya manusia akan kembali menemui pencipta-Nya di alam akhirat sana\nyang kekal selama-lamanya. Perkara inilah yang dikatakan \u201cmemanusiakan manusia\u201d\nsupaya manusia tidak terpana dengan teknologi komputer dan robot sehingga lupa akan\nhakikat diri insan yang sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT sudah pun mengingatkan kita semua\nketika di alam roh lagi kelak kita akan lalai (<em>ghaflah<\/em>) apabila\ndicampakkan ke dunia dengan segala kenikmatannya, walaupun ketika di alam roh\ndahulu kita sudah pun bersetuju dan mengiktiraf bahawa Allah itulah tuhan kita\nyang maha mencipta, mentadbir alam ini yang selayaknya disembah dan diberikan\nsegala ketaatan dan kepatuhan. Firman Allah SWT dalam Surah <em>al-A\u2019raf<\/em> ayat 172 yang bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">           Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): &#8220;Bukankah Aku tuhan kamu?&#8221; Mereka semua menjawab: &#8220;Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi&#8221;. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada Hari Kiamat kelak: &#8220;Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala anak-anak\nperlu sentiasa disedarkan dan diingatkan jangan lupa akan kewujudan kita di\ndunia ini bermula daripada kewujudan di alam roh lagi dan sudah pun berjanji\ndengan Allah SWT (<em>mith\u0101q<\/em>) untuk taat kepada-Nya. Namun, kita sebagai\nmanusia lupa dengan perjanjian tersebut dan kerana itulah Ibn Abbas RA menyebut\n\u201cmanusia itu dinamakan insan, kerana dia telah berjanji dengan Allah SWT, lalu\ndia lupa\u201d. Kalimah \u201cinsan\u201d berasal daripada kalimah Bahasa Arab \u201c<em>nasiya<\/em>\u201d\nyang membawa maksud lupa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manusia lupa\nperjanjiannya dengan Allah SWT di alam roh, sebagaimana juga manusia lupa akan kehidupannya\nselama sembilan bulan di alam rahim ibunya. Namun,&nbsp; itu adalah hakikat dan realiti yang sebenar\nberlaku, walaupun tiada manusia yang boleh mengesahkan tentang alam roh yang\nkita semua pernah berada di sana kerana semua kita lupa akan itu, dan andai\ntidak diberitahu Allah, pasti kita tidak tahu. Namun, kewujudan kita di alam rahim\nibu disaksikan oleh ibu dan ayah kita sendiri&nbsp;\ndan mereka&nbsp; dari keluarga kita\nyang lahir lebih awal daripada kita walaupun kita lupa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, anak-anak kita perlu diingatkan bahawa kita dijadikan bukan untuk berpesta dan berpoya-poya di atas muka bumi ini. Namun kita mempunyai misi dan matlamat dijadikan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Matlamat kita ada dua, iaitu pertama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan mengikut segala yang diperintah-Nya dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya selama kita hidup di atas mukabumi-Nya. Hal ini dinamakan peranan sebagai \u201chamba\u201d Allah. Manakala misi kedua pula ialah mengurus dan mentadbirkan&nbsp; alam ini sesuai dengan kehendak dan <em>standard operasi prosedur<\/em> (SOP) yang telah ditetapkan oleh Pencipta alam ini. Perkara ini pula dinamakan \u201ckhalifah\u201d Allah. Kedua-dua misi ini hendaklah kita sempurnakan dengan jayanya kerana nanti akan dipersoalkan oleh Allah SWT di alam akhirat setelah kita mati kelak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara ketiga yang\nperlu disedarkan kepada anak-anak untuk &nbsp;mengejar kebahagian di atas muka bumi ini\nialah Allah SWT telahpun menggariskan kepada kita \u201cmanual\u201d bahagia yang\nsepatutnya kita ikuti. Sebagai Pencipta, &nbsp;Allah SWT yang lebih mengetahui tatacara\nmengendalikan diri kita yang akan menjadikan kita sebahagia-bahagia manusia.\nTiada yang lebih mengetahui daripada yang menjadikan kita sendiri. Lalu Allah\nSWT menyebut bahawa untuk bahagia, hendaklah kita ikut fitrah kejadian kita,\niaitu dengan mentaati Allah SWT maka nescaya kita akan mencapai bahagia kerana\nitulah tabiat semulajadi kita. Sekiranya kita sedar akan tiga perkara penting\nyang digariskan ini, iaitu asal usul kejadian kita, misi kita di dunia dan\nbagaimana mencapai kebahagiaan maka nescaya apa-apa juga cabaran yang mendatang\n&nbsp;atau ledakan IR4.0 kita akan mampu\nmenghadapinya dengan tenang dan berjaya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kita berhadapan dengan situasi, iaitu robot, automasi dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) akan mengambil alih peranan yang sekian lama telah dimainkan oleh manusia. Hanya pada aspek-aspek kreativiti sahaja mungkin masih ada ruang untuk manusia turut terlibat aktif sedangkan dalam &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-25972","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25972","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25972"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25972\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25972"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25972"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25972"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}