{"id":26023,"date":"2019-06-13T00:54:26","date_gmt":"2019-06-13T00:54:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26023"},"modified":"2019-06-13T00:54:26","modified_gmt":"2019-06-13T00:54:26","slug":"takrifan-ekonomi-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/takrifan-ekonomi-islam\/","title":{"rendered":"Takrifan Ekonomi Islam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mutakhir ini, semakin ramai cerdik pandai dari pelbagai agama yang menganggap ekonomi sebagai disiplin ilmu pada masakini telah menyimpang daripada hala-tujunya dan menjadi suatu disiplin yang bermasalah (<em>a dismal science<\/em>). Ilmu pengetahuan ini telah menjadi teknikal semata-mata manakala tujuan besarnya telah menjadi kabur kerana visi kewujudan yang mendasarinya telah disekularkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia telah menjadi ilmu yang terpisah daripada hakikat insan dan alam dalam\npandangan hidup Islam dan akibatnya, membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan\nkesengsaraan manusia amnya. Malah, ia juga telah menyimpang daripada pemahaman\nekonomi terdahulu dalam tradisi ekonomi Barat seperti Adam Smith (meninggal\n1790) yang mendasari perbahasan ekonomi beliau kepada suatu \u201cprojek ketamadunan&#8221;\nyang lebih besar demi mewujudkan masyarakat yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyempitan makna istilah \u201cekonomi\u201d itu sendiri telah membentuk cara\nberfikir jutaan manusia di dunia untuk memikirkan bahawa matlamat kita di dunia\nini adalah untuk memperuntukkan sumber yang terhad demi memenuhi apa yang\ndipanggil keinginan tanpa batas manusia (<em>unlimited\nwants<\/em>); dan bahawa untuk berjaya bererti mengejar kekayaan yang tidak\nberkesudahan melalui faham &#8216;pertumbuhan ekonomi\u2019 tanpa tujuan dan makna yang\nlebih luas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akibatnya, makna asal \u201cekonomi\u201d yang dianjurkan zaman berzaman oleh para\npemikir dan bijak-pandai terdahulu diabaikan dan manusia moden telah melupakan\ntujuan asal ekonomi, iaitu untuk membawa ketertiban dalam kehidupan individu,\nkeluarga dan masyarakat yang membawa kepada ketenangan jiwa (atau\nkesejahteraan: <em>sa\u2019adah <\/em>dalam\nal-Qur\u2019an).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemahaman ini digantikan oleh definisi teknikal ekonomi, yang tidak\nmenyumbang kepada tujuan yang disebutkan di atas. Pada hakikatnya, semangat dan\nvisi ekonomi moden berlawanan dengan fitrah manusia (jika anda memahami manusia\nsebagai keturunan Adam \u2013 \u201cinsan\u201d), serta melanggar ketertiban alam (<em>cosmos<\/em>) lalu menyumbang kepada pelbagai\nbentuk kezaliman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, penyelesaiannya ialah untuk kita kembali kepada semangat dan\npengertian atau visi asal \u201cekonomi\u201d seperti yang difahami dalam pandangan hidup\nIslam yang merujuk kepada tadbir-urus rumah-tangga di peringkat peribadi,\nkeluarga, dan masyarakat (tadb\u012br al-manzil); sebagai ilmu mencari nafkah (ilm\nal-iktis\u0101b wa al-inf\u0101q); dan sebagai ilmu pengurusan sumber alam secara adil\n(ilm al-iqtisad) \u2013 yang mencerminkan bagaimana umat Islam sepanjang zaman\nmemahami alam semesta (&#8216;alam), manusia (insan), kebahagiaan (sa&#8217;adah), keadilan\n(&#8216;adl), dan akhirnya, Tuhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehidupan ekonomi yang dibayangkan dalam Islam didasari oleh suatu disiplin\ndiri (<em>zuhd<\/em>) dan bertujuan untuk\nmencapai ketenangan jiwa (<em>sa&#8217;adah<\/em>),\nyang dibentuk oleh sistem kepercayaan tentang kebenaran dalam Islam, didorong\noleh aspirasi rohani yang tinggi, dan dipandu oleh hukum Ilahi. Jadi sebagai\ncontoh, orang yang benar-benar beriman misalnya, tidak memerlukan terlalu\nbanyak barang-barang mewah, tetapi menyalurkan semula lebihan kekayaannya\nkepada masyarakat kerana dia bebas dari diri haiwannya (<em>nafs al-hayawaniyyah<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang yang beriman juga tidak perlu melancong secara berlebihan, atau\nbahkan untuk melaksanakan Umrah atau Haji lebih dari satu kali, apabila\nterdapat keperluan yang lebih mendesak untuk menyokong usaha-usaha ilmiah dan\nsarjana Muslim yang dapat menyumbang kepada kemaslahatan umat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang yang beriman sepanjang sejarah juga memberi perhatian kepada\npersoalan keberkatan ilahi (<em>barakah<\/em>).\nKepekaan ini membawa kepada keinginan untuk mencapai kemakmuran dengan matlamat\nuntuk menyucikan jiwanya; dan demi memastikan tidak ada yang dipinggirkan dalam\nmasyarakat. Oleh itu, orang-orang beriman yang berkemampuan memainkan peranan\npenting dalam tamadun Islam melalui pelbagai cara seperti zakat, \u1e63ad\u0101qah, wakaf, hibah, dan wasiyyah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun pada abad ke-20 terdapat sejumlah ahli ekonomi Muslim yang mula mengungkapkan\nsemula &#8220;Ekonomi Islam&#8221;, namun kebanyakan penulisan ini tidak memberi\ntakrifan (<em>definition<\/em>) yang jelas dan\nterperangkap dengan takrifan-takrifan sekular Barat seperti erti \u201cekonomi\u201d sendiri,\nerti \u201ckualiti hidup\u201d, &nbsp;erti \u201cpembangunan\u201d\ndan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, golongan cerdik pandai Muslim perlu peka dan tidak mengulangi\nkesilapan ilmiah ini yang akan menyebabkan kekacauan. Sekiranya hubung-kait\ndengan pandangan hidup Islam itu tidak difikirkan dengan baik, ia akan membawa\nkepada pelaksanaan yang tidak membawa kepada ketenteraman jiwa, malah\nkemungkinan bertentangan dengan kepercayaan pada Keesaan Tuhan (<em>Tawhid<\/em>) dan ajaran-ajaran Rasul-Nya (<em>Anbiya<\/em>&#8216;).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara ini tidak bermakna kita perlumenolak sumbangan tradisi ekonomi\nBarat atau ahli ekonomi yang dilatih di luar negeri. Sebaliknya, ahli-ahli\nekonomi, korporat, politik, penggubal dasar dan sebagainya perlu bermuhasabah\ndan merujuk kepada ahlinya berkenaan pandangan hidup Islam secara menyeluruh \u2013\ndemi berlaku adil kepada pengetahuan amali yang sudah mereka ketahui.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita perlu ingat bahawa pandangan hidup Islam, seperti yang diungkap-semula\noleh Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas contohnya dalam karya\nagung <em>Risalah untuk Kaum Muslimin<\/em> mempunyai\nlogik dan rangkaian konsep yang dipancarkan oleh Wahyu. Tanpa memahami\npandangan hidup Islam dan warisan ilmiah kita sendiri yang berupaya memberi suntikan\nkepada tahap pemikiran yang lebih tinggi dan terpuji, kita tidak akan berupaya\nmenilai secara kritis pendirian dominan tamadun besar\ndunia hari ini\u2014iaitu tamadun Barat. &nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mutakhir ini, semakin ramai cerdik pandai dari pelbagai agama yang menganggap ekonomi sebagai disiplin ilmu pada masakini telah menyimpang daripada hala-tujunya dan menjadi suatu disiplin yang bermasalah (a dismal science). Ilmu pengetahuan ini telah menjadi teknikal semata-mata manakala tujuan besarnya telah menjadi kabur kerana visi kewujudan yang mendasarinya telah &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":37,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-26023","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26023","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/37"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26023"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26023\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26023"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26023"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26023"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}