{"id":26025,"date":"2019-06-14T01:09:13","date_gmt":"2019-06-14T01:09:13","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26025"},"modified":"2019-06-14T01:09:13","modified_gmt":"2019-06-14T01:09:13","slug":"bazir-makanan-di-rumah-terbuka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bazir-makanan-di-rumah-terbuka\/","title":{"rendered":"Bazir makanan di rumah terbuka"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahang kemeriahan sambutan Aidifitri\nmasih lagi terasa dan suasana ini pastinya akan berlanjutan sehingga ke\npenghujung Syawal. Malah, kemeriahan Syawal lebih berganda apabila ramai yang mengambil\npeluang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Tidak kurang juga, penganjuran\nrumah terbuka oleh agensi kerajaan, badan korporat dan orang perseorangan sepanjang\nbulan Syawal ini memeriahkan lagi suasana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, dalam\nkeghairahan penganjuran majlis kenduri kahwin dan sambutan rumah terbuka ini,\nperlulah berpada-pada agar tidak berlaku pembaziran makanan. Bagi pihak\npenganjur, mereka perlu memastikan penyediaan juadah adalah memadai dengan\njumlah jemputan. Begitu juga dengan tetamu yang hadir, mereka sewajarnya tidak\nrambang mata dan perlu bijak mengawal nafsu untuk mengambil juadah yang\ndihidangkan sekadar yang mampu untuk dihabiskan sahaja agar tidak berlaku\npembaziran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini penting untuk diberi perhatian oleh kita. Sementelah, Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir sebagai saudara syaitan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: <em>\u201cSesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya\u201d<\/em> (Surah al-Isra\u2019, ayat 27).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ayat yang lain, Allah SWT telah menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud: <em>\u201c\u2026dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan\u201d<\/em> (Surah al-A\u2019raf, ayat 31).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian, setiap daripada kita perlu menjauhi sifat membazir kerana tabiat ini bukan sahaja amalan syaitan, malah merugikan diri sendiri dan negara. Pernahkah kita terfikir, lambakan sisa makanan yang dibazirkan memberi kesan yang buruk ke atas alam sekitar?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sisa makanan yang\ndibuang ke tapak pelupusan sampah misalnya akan melalui proses pereputan yang\nseterusnya menyumbang kepada penghasilan gas rumah hijau. Dianggarkan,\npenghasilan gas rumah hijau daripada tapak-tapak pelupusan sampah adalah\nsebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan penghasilan gas rumah hijau di\nMalaysia. Sisa makanan yang mereput di tapak-tapak pelupusan sampah juga adalah\npunca utama pelepasan gas metana. Gas ini didapati 21 kali ganda berbahaya\ndaripada gas karbon dioksida, dan menjadi gas perosak lapisan ozon yang utama.\nGas-gas berbahaya ini menyumbang kepada perubahan iklim dunia dan pemanasan\nglobal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sisa makanan yang\ndibuang ke tapak pelupusan sampah juga menjadi penyumbang kepada pencemaran\nudara. Selain bau busuk sisa makanan, gas metana yang terhasil daripada proses\npereputan sisa makanan di tapak-tapak pelupusan sampah juga boleh menyebabkan\nberlakunya letupan jika dibiarkan terkumpul dalam permukaan tanah yang\ntertutup. Letupan atau kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan akan\nmenyebabkan jerebu dan membawa kepada kemerosotan jarak penglihatan akibat\ndaripada asap kebakaran tersebut. Udara yang tercemar ini boleh menjejaskan\ntahap kesihatan awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, sisa\nmakanan yang dibuang ke tapak pelupusan sampah boleh menyebabkan berlakunya\npencemaran ke atas sumber air. Air yang tercemar akan mengalir dari tapak\npelupusan sampah, seterusnya masuk ke dalam sumber air bawah tanah. Manakala, air\nhujan yang mengalir di tapak pelupusan sampah pula akan membawa sebahagian\nbesar bahan cemar daripada sisa makanan, seterusnya mengalir ke sistem\nperparitan dan sungai.&nbsp; Ini akan\nmenyebabkan ekosistem sungai tercemar dan menyumbang kepada kemerosotan kualiti\nair sungai, yang akhirnya akan menjejaskan hidupan akuatik yang menghuni di\ndalam ekosistem berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengurusan sisa\nmakanan yang tidak sistematik pula boleh menyebabkan jangkitan penyakit seperti\npenyakit kulit akibat daripada sentuhan secara fizikal dengan sisa berkenaan.\nPersekitaran yang kotor seperti tapak pelupusan sampah pula menjadi tempat\npembiakan vektor pembawa penyakit seperti lalat, nyamuk, tikus dan sebagainya\nyang boleh mengundang wabak penyakit. Misalnya, kitaran pembiakan lalat dalam\ncuaca panas adalah lebih kurang tujuh hari, dan merupakan vektor pembiakan\npenyakit yang efektif. Nyamuk yang membiak di kawasan takungan air di tapak\npelupusan sampah pula berupaya menyebarkan penyakit malaria dan demam denggi.\nManakala, kehadiran tikus di kawasan tapak pelupusan sampah pula boleh\nmenyebarkan penyakit berbahaya seperti kencing tikus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembaziran makanan\nbukan sahaja memberi kesan ke atas alam sekitar dan kesihatan, sebaliknya turut\nmelibatkan isu pembaziran perbelanjaan harian dan isi rumah, serta implikasi\nkos kepada negara. Sisa makanan yang dibuang di tapak-tapak pelupusan sampah\nperlu diproses untuk dilupuskan. Pada masa ini, tapak pelupusan sisa pepejal\nsedia ada di Malaysia adalah sebanyak 296. Bagi mengurus dan menyelenggara\ntapak-tapak pelupusan berkenaan, kerajaan terpaksa memperuntukkan kos yang\ntinggi saban tahun. Didapati, kos perbelanjaan sebanyak 1.3 bilion diperlukan\nsetiap tahun untuk pengurusan sisa pepejal di beberapa buah negeri di Malaysia.\nMalahan, ekoran pembaziran makanan kerajaan terpaksa memperuntukkan kos\nmelebihi RM2 bilion untuk pengurusan sisa pepejal pada tahun 2017 sahaja.\nBayangkan, berapa banyak kos yang dapat dijimatkan sekiranya kita semua tidak\nmelakukan pembaziran makanan? Justeru, sama-sama kita elakkan pembaziran\nmakanan agar kos pengurusan dapat dijimatkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembaziran makanan\nsecara berterusan juga boleh mengakibatkan jaminan bekalan makanan negara\nterjejas. Apabila situasi ini berlaku, maka permintaan terhadap bekalan makanan\njuga akan meningkat.&nbsp; Hal ini menyebabkan\nnegara akan menjadi terlalu bergantung kepada import makanan bagi menampung\npermintaan yang tinggi. Ini sekali gus menyebabkan defisit import meningkat,\ndan mendedahkan negara kepada ancaman keselamatan bekalan makanan. Apabila\ndefisit import meningkat, ia turut memberi kesan kepada imbangan dagangan\nMalaysia, yakni eksport akan ditenggelami oleh jumlah import yang tinggi,\nseterusnya akan menambah aliran keluar matawang negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha mengurangkan\npembaziran makanan akan menjadi lebih berkesan sekiranya bermula dengan kita\nsebagai seorang pengguna. Ambillah makanan secara berpada-pada agar tiada juadah\nyang dibazirkan, kerana setiap suap yang dibuang mampu mengenyangkan mereka\nyang terpaksa berlapar disebabkan oleh kemiskinan dan kekurangan makanan.\nPaling penting, tindakan kita sebagai individu dalam mengelakkkan pembaziran makanan\nmampu menyelamatkan alam sekitar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bahang kemeriahan sambutan Aidifitri masih lagi terasa dan suasana ini pastinya akan berlanjutan sehingga ke penghujung Syawal. Malah, kemeriahan Syawal lebih berganda apabila ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Tidak kurang juga, penganjuran rumah terbuka oleh agensi kerajaan, badan korporat dan orang &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26025","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26025","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26025"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26025\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26025"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26025"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26025"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}