{"id":26040,"date":"2019-06-04T07:10:15","date_gmt":"2019-06-04T07:10:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26040"},"modified":"2019-06-04T07:10:15","modified_gmt":"2019-06-04T07:10:15","slug":"kekalkan-momentum-mujahadah-ramadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kekalkan-momentum-mujahadah-ramadan\/","title":{"rendered":"Kekalkan Momentum Mujahadah Ramadan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramadan kini berbaki beberapa hari cuma.\nMasa dirasakan begitu pantas berlalu. Amat malang jika masa dibiarkan\nmeninggalkan kita dalam kerugian. Sebagaimana diungkap pepatah Arab, \u201cWaktu\nseumpama pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia pasti akan memotong kamu.\u201d\nSemakin mendekati pengakhiran Ramadan, maka seharusnya semakin bijak kita\nmemanfaatkan detik waktu.&nbsp; Oleh yang\ndemikian, waktu tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja bahkan dipenuhi amalan\nyang bermakna.&nbsp; Ia sebagai tanda\nkesyukuran kepada Allah SWT atas peluang keemasan untuk melalui Ramadan\nsehingga ke penghujungnya. Bukan sekadar berpuasa tetapi juga melaksanakan\npelbagai bentuk amalan dengan kurniaan pahala berganda-ganda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramadan mengajar kita banyak perkara penting.\u00a0 Antaranya termasuklah menjalin hubungan yang teguh dengan Allah SWT dan sesama manusia selain menghargai kepentingan serta keberkatan masa.\u00a0 Tarbiah Ramadan yang bermatlamat menyemai ketakwaan amat penting dijadikan bekalan sepanjang hayat. Khalifah `Ali r.a. menjelaskan maksud ketakwaan sebagai perasaan takut akan Tuhan al-Jalil, beramal dengan al-Tanzil, iaitu al-Quran, berasa cukup dengan yang sedikit (<em>al-qalil<\/em>) atau memiliki sifat <em>qana`ah<\/em> dan bersedia dengan hari perpindahan (<em>yaum al-rahil<\/em>). Berasaskan pentakrifan ini jelas bahawa Mukmin yang menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan menjalani kehidupan dengan amat berhati-hati, bimbang seandainya melanggar perintah Allah SWT. Al-Quran dijadikan panduan dalam kehidupan agar tidak tersesat dalam perjalanan menuju Allah SWT. Sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah SWT sama ada banyak atau sebaliknya sedikit, malah berasa cukup dengannya dijadikan sifat diri.\u00a0 Di samping itu, Mukmin juga sentiasa menyediakan persiapan bagi perpindahan dari dunia yang fana ini ke negeri yang kekal abadi.\u00a0 Perkara inilah yang disebut oleh Nabi SAW, \u201c<em>Orang yang bijaksana adalah yang berusaha menundukkan nafsunya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian\u2026.\u201d <\/em>(Al-Tirmizi)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari sudut hubungan\nkemanusiaan, Ramadan menyemai sifat ihsan yang tinggi terhadap golongan yang\nmenjalani kehidupan dalam serba kepayahan. Selain merasakan kesulitan yang\ndilalui mereka saban hari tanpa makanan dan minuman misalnya, Ramadan membuka\nruang amat luas untuk segala bentuk bantuan dihulurkan tanpa berbelah\nbahagi.&nbsp; Dalam hubungan ini, teladan yang\nditunjukkan baginda Nabi SAW dijadikan dorongan. .&nbsp; Baginda dikatakan begitu pemurah dan menghulurkan\nsedekah pada bulan Ramadan lebih pantas daripada deruan angin (Al-Bukhari). Kemuncak\nbagi amalan bersedekah yang disunatkan ialah pembayaran zakat fitrah yang\ndiwajibkan pada bulan Ramadan. Sebagaimana dijelaskan dalam <em>Mausu`ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah<\/em>, kewajipan\nmembayar zakat fitrah diasaskan pada kemampuan menyediakan makanan untuk\nberbuka puasa saban hari.&nbsp; Namun\ndemikian, dalam kalangan anggota masyarakat, pasti ada yang tidak mampu\nmenyediakan makanan untuk berbuka.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan demikian zakat fitrah disyariatkan\nuntuk menzahirkan sikap belas ihsan terhadap golongan fakir dan miskin untuk\nmengelakkan mereka terpaksa meminta-minta pada hari perayaan.&nbsp; Di samping itu, ia bertujuan menimbulkan kegembiraan\ndalam jiwa mereka dengan ketibaan hari raya.&nbsp;\nPada masa yang sama, zakat fitrah menyucikan jiwa orang yang wajib melaksanakannya\ndaripada perkara yang sia-sia dan maksiat setelah berakhirnya bulan puasa.&nbsp; Hal ini dinyatakan dalam hadith bahawa Rasulullah\nSAW mewajibkan zakat fitrah sebagai bentuk pembersihan bagi insan yang berpuasa\ndaripada perkara-perkara sia serta maksiat dan sebagai makanan untuk golongan\nmiskin.&nbsp; Sesiapa yang menunaikannya\nsebelum solat (hari raya) maka ia memperoleh pahala ibadah zakat dan sesiapa\nyang menunaikannya selepas solat (hari raya) maka ia memperoleh pahala sedekah,\u201d\n(Abu Daud).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tarbiah Ramadan yang juga\namat berharga ialah sikap menghargai kepentingan dan keberkatan masa.\nKepentingan masa dirakamkan al-Quran melalui sumpah Allah SWT, \u201c<em>Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam\nkerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula\nberpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran<\/em>.\u201d\n(Surah al-Asr 103: 1-3). Kerugian yang dinyatakan dalam ayat ini merujuk\nmanusia yang gagal dalam ujian kehidupan, iaitu yang mengabaikan amalan yang\nbaik.&nbsp; Dalam tafsirnya, Imam Fakhruddin\nal-Razi menjelaskan bahawa Allah SWT bersumpah dengan masa disebabkan ia\nmeliputi perkara-perkara yang ajaib. Dalam tempoh masa yang berlalu berlakunya\nkesenangan dan kesukaran, kesihatan dan penyakit serta kekayaan dan kefakiran.&nbsp; Menurut beliau lagi, amalan terbaik adalah\nyang dilakukan dalam keadaan paling ikhlas.&nbsp;\nAmalan ini adalah benar lagi tepat (<em>sawab<\/em>).\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merujuk khusus bulan Ramadan,\nkeseluruhan masa atau detik waktunya diselubungi keberkatan.&nbsp; Maka tidak hairanlah jika Ramadan turut\ndiberi jolokan bulan keberkatan (<em>syahrul\nbarakah<\/em>). Kemuncak bagi keberkatan yang terkandung dalam Ramadan ialah lailatul\nqadr, iaitu malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.&nbsp; Kurniaan besar bagi umat Nabi Muhammad SAW\nini selayaknya diusahakan dengan sedaya upaya untuk diperoleh. Hal ini\ndisebabkan malam penuh keberkatan itu membuka ruang yang luas untuk seseorang\nhamba menzahirkan ketundukannya dan memohon agar segala dosanya diampunkan\nAllah yang Maha Pengampun. Keseluruhan tarbiah Ramadan, iaitu pemupukan\nketakwaan, penyucian jiwa dan pembinaan semangat berlumba-lumba melakukan\nkebaikan, membolehkan kita meraikan kedatangan Syawal sebagai insan yang\nkembali kepada fitrah lagi berjaya.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun,\ncabaran yang tidak kurang getirnya adalah meneruskan akhlak mulia sepanjang\nRamadan khususnya semasa menyambut kedatangan Syawal.&nbsp; Oleh itu, bagi memastikan Aidil Fitri\ndisambut dengan memperoleh keredaan Ilahi, adab-adab yang digariskan Islam haruslah\ndipatuhi.&nbsp; Zikir, ibadat dan doa serta munajat kepada Ilahi diteruskan bagi menyambut kedatangan 1\nSyawal.&nbsp; Malamnya pula dihiasi gemaan\ntakbir sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan melaksanakan ibadah serta amal\nsalih sepanjang Ramadan. Pada masa yang sama, pembaziran makanan, hiburan yang\nmelampau, pergaulan yang tidak terbatas dan sebagainya dielakkan sama sekali.&nbsp; Haruslah diingat bahawa kedatangan hari raya bertujuan\nmeneguhkan kecintaan dan ketaatan kepada Allah SWT.&nbsp; Ibn Rajab al-Hanbali\nmenyebut dalam kitabnya,&nbsp;<em>Lataif al-Minan<\/em>, <em>\u201cBukanlah hari raya itu kamu (hanya)\nmemakai baju baharu tetapi hari raya adalah bagi mereka yang bertambah ketaatan\nkepada Allah.\u201d<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramadan kini berbaki beberapa hari cuma. Masa dirasakan begitu pantas berlalu. Amat malang jika masa dibiarkan meninggalkan kita dalam kerugian. Sebagaimana diungkap pepatah Arab, \u201cWaktu seumpama pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia pasti akan memotong kamu.\u201d Semakin mendekati pengakhiran Ramadan, maka seharusnya semakin bijak kita memanfaatkan detik waktu.&nbsp; Oleh yang demikian, waktu tidak dibiarkan berlalu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-26040","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26040","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26040"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26040\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26040"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26040"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26040"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}