{"id":26042,"date":"2019-06-04T07:12:28","date_gmt":"2019-06-04T07:12:28","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26042"},"modified":"2019-06-04T07:12:28","modified_gmt":"2019-06-04T07:12:28","slug":"muhasabah-untuk-memaknakan-ramadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/muhasabah-untuk-memaknakan-ramadan\/","title":{"rendered":"Muhasabah Untuk Memaknakan Ramadan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedar atau tidak, kita telah\nmelalui separuh masa pertama Ramadan dan hanya berbaki separuh masa lagi untuk\nterus berjuang bagi mencapai matlamat akhir, iaitu ketakwaan. Keberadaan umat\nIslam dalam bulan Ramadan harus dihargai dengan rasa kesyukuran kerana masih\ndiberi peluang untuk meraih pahala yang berlipat kali ganda. Justeru, setiap\numat Islam harus mengaudit diri supaya gelanggang separuh masa kedua yang sedang\ndilalui ini dapat ditempuhi dengan jayanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh <\/em>Ibnu Khuzaimah dan Ibnu\nHibban&nbsp;dalam sahihnya menyatakan bahawa<em> <\/em><em>\u201cJibril\ndatang kepadaku dan berkata, \u2018Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan\nRamadan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat keampunan, maka\njika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin! Aku pun\nmengatakan: Amin!\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hadis ini seharusnya\nmenjadi satu peringatan kepada umat Islam untuk meraikan kesempatan berada\ndalam bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan membersihkan\nhati daripada segala kekotoran. Masa yang tersisa ini harus direbut untuk memperbaiki\nsegala kelemahan dan kepincangan dalam amalan selama ini. Di samping itu,\nmatlamat untuk mendapat rahmah, keampunan dan pembebasan api neraka menjadi\nneraca untuk terus memecut bagi menggapai kemenangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyoroti\nkembali semasa awal kedatangan Ramadan, seringkali umat Islam meletakkan\npelbagai azam dengan penuh iltizam untuk melakukan perubahan diri ke arah\nkebaikan dan meningkatkan amalan. Barangkali ada antara kita yang bertekad\nuntuk mengkhatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh Ramadan\ndan mungkin ada yang berazam untuk bertadabur dengan setiap juzuk al-Quran bagi\nlebih menghayati makna dan tafsiran indahnya. Tidak kurang ada yang ingin\nmemperbanyakkan zikir, sedekah, mengekalkan momentum mendirikan solat terawih\ndan solat-solat sunat lain, iktikaf dan <em>qiyamullail<\/em>,\nmenjauhi mengumpat dan tabiat buruk serta menjamu rakan taulan dan anak yatim\nberbuka puasa. Dari sudut nilai fizikal pula mungkin ada yang ingin menjadikan\nRamadan ini sebagai titik tolak untuk berhenti merokok, menjaga kesihatan\njasmani, menjauhkan pembaziran dan tidak berlebih-lebihan dalam mengambil\nmakanan. Keazaman ini merupakan satu perkara yang digalakkan dalam Islam dan\nselari dengan saranan Rasulullah SAW yang menyarankan agar melipatgandakan\namalan kebajikan di bulan Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, tiba\nmasanya untuk kita cuba bermuhasabah sejauh mana pencapaian amalan yang telah\ndigapai setakat ini? Perkara ini ibarat menyemak pencapaian setengah tahun di\ntempat kerja. Setiap pekerja menilai keupayaan diri dengan melihat pencapaian\nyang diperoleh dan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan serta langkah ke\nhadapan yang perlu diambil bagi menjayakan sasaran kerja tahunan. Begitulah\ntamsilan dengan puasa kita yang sudah mencecah masuk fasa separuh masa kedua.\nSetiap umat Islam perlu melihat dan mengaudit pembetulan yang perlu dilakukan\nagar kita tidak terus terpesong sekiranya masih terbantut dan ketinggalan dalam\nmelaksanakan ibadah. Sekiranya ketinggalan, kita masih mampu mengesan rekod\ntersebut untuk kembali kepada landasan bagi mencapai sasaran sebelum\nberakhirnya Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Puasa bukan sekadar untuk\nberlapar dahaga. Umat Islam berjaya menahan nafsu pada siang hari tetapi masih\nbanyak yang berterusan leka semasa di bulan puasa. Proses mengekang nafsu tidak\nberjaya sepenuhnya kerana sewaktu berbuka puasa, nafsu terus mengamuk dan\nbermaharajalela. Dengan berbuka puasa secara berlebih-lebihan, tamak, gelojoh\ndan membazir memperlihatkan bahawa kita bukanlah mengekang nafsu tersebut\nsebaliknya hanya diempang seketika cuma dan akan membuak-buak apabila berbuka.\nDengan sikap ini, bermakna nafsu bukan semakin lemah tetapi terus kuat beraja\ndi bulan puasa. Puasa yang diamalkan tanpa ada kefahaman dan penghayatan yang\nsebenar menjadikan Ramadan yang dilalui bukan lagi menjadi medan latihan mendidik\nnafsu. Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan umatnya tentang kepincangan puasa\nyang bermaksud<em>:\u201cBerapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak\nmendapatkan apa-apa selain lapar, dan berapa banyak orang yang solat di tengah\nmalam tidak mendapatkan apa-apa, selain berjaga malam sahaja.\u201d<\/em>(Hadis\nriwayat Nasa\u2019ie).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramadan hadir\ndengan pakej latihan yang cukup lengkap bagi menghasilkan puasa yang berkesan.\nIa bukan hadir hanya bermatlamatkan <em>habluminallah<\/em>\n(hubungan dengan Allah) tetapi juga <em>habluminannas<\/em>\n(hubungan dengan manusia). Aspek ini harus dimuhasabah agar tiada kelompongan\nyang wujud dalam usaha untuk meraih keredaan Allah. Ramai umat Islam mengetahui\nakan pentingnya mendidik rohani dengan mengingati dan beribadat kepada Allah,\ntetapi tidak ramai yang peka bahawa menjaga hubungan dengan manusia juga adalah\nelemen penting dalam meraih ketakwaan hasil berpuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hubungan baik\nyang wujud dalam suasana kasih sayang dan bertimbang rasa dengan kawan di\ntempat kerja, saudara-mara, jiran tetangga juga sesama manusia dan makhluk\nAllah yang lain amat penting dititikberatkan. Contoh yang paling biasa dalam\nkehidupan kita tetapi ramai yang mengambil mudah seperti adab berkenderaan\nsemasa di jalan raya. Ramai yang tidak prihatin dengan pengguna lain semasa di\njalan raya, mementingkan diri dengan tidak memberi isyarat untuk menukar laluan\nmalah meletakkan kereta tidak pada tempatnya semasa menunaikan solat di masjid.\nPerkara seperti ini nampak kecil tetapi ia telah menganggu, menyakiti dan\nmembahayakan orang lain. Kita ingin meraih pahala tetapi dalam masa yang sama\nterdapat perkara yang masih menyekat daripada mendapat keuntungan yang luar biasa\ndi bulan Ramadan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berwaspadalah\ndengan perkara yang dianggap remeh kerana ia akan menimbulkan ketegangan,\npermusuhan dan ketidakharmonian dalam hubungan sesama manusia. Malah ramai juga\nantara kita yang terpedaya dengan penyakit hati kerana merasakan ibadah dan\nketaatan yang telah dilakukan akan menutup segala kecelaan remeh yang dilakukan\nkepada insan lain. Jangan cemari ibadah di bulan Ramadan dengan penyakit riyak\ndan ujub serta merasakan hanya <em>habluminallah\n<\/em>menjadi keutamaan dan dalam masa yang sama mengabaikan aspek <em>habluminannas.<\/em> <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu,\ngelanggang separuh masa kedua Ramadan ini harus digunakan sebaiknya untuk\nbermuhasabah. Apakah kita telah menamatkan separuh masa pertama dengan perkara\nyang terbaik sama ada dari bentuk pengisian rohani mahupun penzahiran akhlak\ndalam amalan rutin? Hal ini kerana tiada janji yang pasti bahawa kita masih\nberpeluang untuk mengecapinya pada musim akan datang. Justeru, tiada ruang\nuntuk berlengah lagi bagi meraih takwa seperti yang\ndijanjikan oleh Allah. Mudah-mudahan puasa ini lebih bermakna dan bukan hanya\nberlapar dahaga seperti yang dirasai sejak sekian lama!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sedar atau tidak, kita telah melalui separuh masa pertama Ramadan dan hanya berbaki separuh masa lagi untuk terus berjuang bagi mencapai matlamat akhir, iaitu ketakwaan. Keberadaan umat Islam dalam bulan Ramadan harus dihargai dengan rasa kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk meraih pahala yang berlipat kali ganda. Justeru, setiap umat Islam harus mengaudit diri supaya&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26042","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26042","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26042"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26042\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}