{"id":26077,"date":"2019-06-26T01:15:44","date_gmt":"2019-06-26T01:15:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26077"},"modified":"2019-06-26T01:15:44","modified_gmt":"2019-06-26T01:15:44","slug":"rumah-terbuka-cari-pahala-bukan-dosa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/rumah-terbuka-cari-pahala-bukan-dosa\/","title":{"rendered":"Rumah Terbuka: Cari Pahala, Bukan Dosa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hari\nini, 17 Jun 2019 bersamaan 13 Syawal 1440H.&nbsp;\nRata-rata ramai warga kota telah meninggalkan kampung halaman dan\nkembali ke tempat kediaman masing-masing.&nbsp;\nKampung telah kembali sunyi, manakala kemeriahan berhari raya di bandar mula\ndirasai.&nbsp; Warga kota akan mengambil\ngiliran untuk mengadakan rumah terbuka pada hujung minggu sebagai medan untuk\nberhari raya dengan jiran, handai taulan dan kaum kerabat lainnya.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengadakan\nrumah terbuka sememangnya sesuatu yang baik apatah lagi jika penganjurannya\ndiasaskan kepada tuntutan-tuntutan Islam seperti menyambung silaturahim dengan\nkaum kerabat; merapatkan hubungan dengan jiran, kawan dan handai taulan; serta\nmemberi makan kepada mereka.&nbsp; Dari segi\nitu, mengadakan rumah terbuka boleh menjadi lubuk pahala bagi tuan rumah.&nbsp; Namun, jika tidak berhati-hati, ia juga boleh\nmendatangkan dosa, baik kepada tuan rumah, mahupun tetamu yang hadir.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat\nbanyak ruang dan peluang untuk tuan rumah mendapatkan pahala. <strong>Pertama<\/strong>, mulakan dengan niat yang\nbetul.&nbsp; Seeloknya penganjuran rumah\nterbuka ini diniatkan untuk memenuhi tuntutan agama seperti menyambung\nsilaturahim, atau merapatkan hubungan dengan jiran dan kawan-kawan, atau\nmemberi makan kepada tetamu atau ketiga-tiganya.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kedua<\/strong>,\npeliharalah hak Allah SWT sepanjang penganjuran rumah terbuka itu, baik dari\nsegi solat, mahupun aurat.&nbsp; Seringkali\nrumah terbuka diadakan bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang.&nbsp; Jika silap percaturan, waktu Zuhur akan\nberlalu tanpa kita sedari, apatah lagi jika sibuk menguruskan juadah dan\nmelayan tetamu.&nbsp; Maka, berpakatlah dengan\nahli keluarga untuk saling mengingatkan sesama sendiri tentang waktu solat\nserta bergilir-gilirlah menunaikan solat tanpa menjejaskan layanan kepada\ntetamu.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ketiga<\/strong>,\nketika menyediakan makanan untuk para tetamu, tuan rumah hendaklah menyediakan\nmakanan secara yang berpatutan, tidak terkurang, mahupun terlebih sehingga\nberlakunya pembaziran.&nbsp; Kita dituntut\nuntuk tidak membazir bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun,\ntermasuklah ketika mengadakan majlis rumah terbuka sempena Syawal ini.&nbsp; Untuk itu, berpada-padalah ketika menetapkan\njumlah menu yang dihidangkan, serta kuantiti untuk setiap menu.&nbsp; Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda\nyang bermaksud, \u201cMakanan dua orang cukup untuk tiga orang.&nbsp; Makanan untuk tiga orang cukup untuk empat\norang.\u201d&nbsp; (Hadis riwayat Bukhari).&nbsp; Ini bermaksud, dalam menyediakan juadah, tuan\nrumah jangan terlalu bimbang makanan tidak mencukupi sehingga menyediakan\nmakanan lebih daripada yang sepatutnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Para\ntetamu juga boleh mencari pahala ketika berkunjung ke rumah terbuka.&nbsp; Namun, ada syarat-syaratnya.&nbsp; <strong>Pertama,<\/strong>\nniat.&nbsp; Ketika membuat keputusan untuk\nmemenuhi jemputan rumah terbuka, niatkan untuk memenuhi undangan tersebut\nkerana Allah SWT, demi merapatkan&nbsp;\nhubungan, dan bukannya dengan niat untuk makan percuma atau cuti memasak.&nbsp; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, \u201cHak\nseorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima perkara: Menjawab salam,\nmenziarahinya ketika sakit, mengikuti jenazah, menerima undangan, dan mengucap\nrahmat terhadap orang yang bersin.\u201d&nbsp;\nDengan niat yang betul, kita telah memberikan tuan rumah haknya dan\npastinya Allah SWT akan mengganjari setiap langkah kita itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kedua<\/strong>,\njaga hak Allah.&nbsp; Perkembangan terkini\nmenyaksikan situasi di mana kadangkala pada hujung minggu kita perlu memenuhi\nbeberapa jemputan rumah terbuka dalam satu hari.&nbsp; Dalam semangat untuk memenuhi semua undangan\nitu, janganlah sampai kita melupakan hak Allah iaitu tuntutan solat lima\nwaktu.&nbsp; Rancang perjalanan sebaiknya\ndengan mengambil kira masa untuk berhenti solat.&nbsp; Dengan alat telekomunikasi yang canggih kini,\nagak mudah untuk mengenal pasti lokasi surau atau masjid yang terdekat dengan\nlokasi rumah terbuka.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ketiga<\/strong>,\nelakkan pembaziran.&nbsp; Lazimnya, tuan rumah\nakan menghidangkan pelbagai juadah yang enak secara bufet untuk memastikan kepuasan\npara hadirin.&nbsp; Namun, berpada-padalah\nketika mengambil makanan agar tiada pembaziran berlaku.&nbsp; Ambillah sekadar perlu.&nbsp; Jika tidak mencukupi, tambahlah\nkemudian.&nbsp; Ini lebih baik daripada\nmengambil sesuatu juadah dalam kuantiti yang banyak namun tidak\nmenghabiskannya.&nbsp; Pastikan anak-anak juga\ntidak membazirkan makanan yang disediakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Keempat,<\/strong>\npelihara adab kita dan ahli keluarga ketika berada di rumah terbuka.&nbsp; Sebagai orang Islam dan Melayu, agama dan\nbudaya kita kaya dengan adab serta nilai-nilai murni yang bertujuan untuk\nmewujudkan kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat.&nbsp; Adab makan, adab berbual, adab berkunjung ke\nrumah orang dan sebagainya patut diamalkan oleh kita dan anak-anak sepanjang berkunjung\nke rumah terbuka.&nbsp; Pesan kepada anak-anak\nuntuk menjaga adab mereka ketika di rumah orang dan sebagai ibu bapa,\nberikanlah contoh teladan yang baik untuk mereka contohi.&nbsp; Rasulullah SAW pernah bersabda yang\nbermaksud, \u201cTiada pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah melainkan\nadab yang mulia.\u201d (Hadis riwayat At-Termidzi).&nbsp;\nTelahkah kita berikan pemberian itu kepada anak-anak kita?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Akhirnya, <\/strong>untuk\nmendapat pahala di rumah terbuka, doakan yang baik-baik untuk tuan rumah.&nbsp;&nbsp;&nbsp; Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah\nSAW setelah selesai berjamu di rumah Saad bin Ubadah bilamana baginda bersabda,\n\u201cTelah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah memakan\nmakanan kamu orang-orang yang soleh, dan moga-moga para Malaikat merahmati\nkita.\u201d (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Termidzi).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rumah\nterbuka Aidil Fitri adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia\nyang diasaskan kepada tuntutan Islam untuk merapatkan silaturahim, menjalin\nhubungan baik dengan jiran dan handai taulan serta memberi makan kepada mereka.&nbsp; Dalam konteks ini, rumah terbuka adalah medan\nuntuk mencari pahala, baik untuk tuan rumah, mahupun para tetamu.&nbsp; Penuhi syarat-syaratnya, pahala diperolehi,\ndosa dijauhi. &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini, 17 Jun 2019 bersamaan 13 Syawal 1440H.  Rata-rata ramai warga kota telah meninggalkan kampung halaman dan kembali ke tempat kediaman masing-masing.  Kampung telah kembali sunyi, manakala kemeriahan berhari raya di bandar mula dirasai.  Warga kota akan mengambil giliran untuk mengadakan rumah terbuka pada hujung &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26077","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26077","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26077"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26077\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26077"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26077"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26077"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}