{"id":26111,"date":"2019-07-12T02:39:47","date_gmt":"2019-07-12T02:39:47","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26111"},"modified":"2019-07-12T02:39:47","modified_gmt":"2019-07-12T02:39:47","slug":"memahami-kerumitan-isu-gelandangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/memahami-kerumitan-isu-gelandangan\/","title":{"rendered":"Memahami Kerumitan Isu Gelandangan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kewujudan individu gelandangan adalah kerana pelbagai\nfaktor seperti kesempitan hidup, kemiskinan bandar, konflik keluarga, gejala\nsosial, gangguan mental, penyalahgunaan dadah, sikap dan lain-lain. Gelandangan\njuga bukanlah isu terpencil yang hanya menghimpit negara-negara membangun\nsahaja. Akan tetapi gelandangan merupakan isu universal yang turut dialami oleh\nnegara maju.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang gelandangan secara umum bermaksud individu yang\ntiada perumahan sebenar, kekurangan keperluan asas dan peribadi serta hidup dan\ntidur di jalanan. Di Malaysia, data berkaitan gelandangan sukar didapati dengan\ntepat. Namun, Anjung Singgah yang ditubuhkan sebagai pusat transit gelandangan\nmerekodkan seramai 6,936 orang gelandangan telah mendaftar masuk di seluruh\nMalaysia secara sukarela sejak ditubuhkan pada tahun 2011.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu gelandangan adalah lebih daripada sekadar tidak\nmempunyai rumah dan tidur di jalanan semata-mata. Memang timbul rasa belas dan\nsimpati melihat terutama wanita, kanak-kanak dan orang tua bergelimpangan di\nkaki lima ataupun di bawah jambatan. Namun sebenarnya, golongan yang dilihat\ntidak berumah ini ada dalam radar perhatian dan bantuan baik oleh agensi yang\nberkenaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO). Cuma, bagi orang awam, kita\nkurang memahami kerumitan isu gelandangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, dapur percuma (makanan) yang disediakan\noleh agensi dan NGO yang berkenaan bagi individu gelandangan telah mencapai\nkesepaduan. Jadi, apabila terdapat pihak yang baru bermula dengan kegiatan\nkesukarelawanan ini tanpa merujuk kepada agensi yang terlibat terlebih dahulu,\nia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran dan pencemaran sampah sarap di\nkawasan sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerumitan juga timbul apabila terdapat individu\ngelandangan yang merupakan penerima bantuan rumah sewa, tetapi masih lagi\ndidapati tidur di jalanan. Akibatnya, ada agensi tertentu telah dituduh tanpa\nusul periksa kerana tidak memberi bantuan yang sepatutnya. Jadi, sebenarnya isu\ngelandangan ini bukanlah semudah memberi ikan yang telah ditangkap, kerana\nwalau pancing dan umpan telah diberi, masih ada yang memilih menunggu kosong di\ntepi air.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti kemiskinan, bukan semua masalah orang gelandangan\nadalah sama. Ada di antara mereka bukan warganegara yang menjadi orang\ngelandangan termasuklah pelarian. Bagi warganegara pula, ada yang mempunyai\npekerjaan namun tidak mampu menyewa tempat tinggal kerana dihimpit kos sara\nhidup yang tinggi. Jadi pilihan yang ada, tidur di mana sahaja yang difikirkan\nsesuai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada juga yang menjadi gelandangan sementara kerana berada\ndalam proses mendapatkan tempat tinggal setelah berhijrah dari tempat lain\nuntuk mencari pekerjaan. Boleh jadi juga, orang gelandangan ini merupakan individu\nyang terlibat dalam konflik keluarga seperti ibu yang melarikan diri bersama\nanak-anaknya daripada insiden keganasan rumah tangga. Tanpa sebarang sumber\nkewangan, mereka akhirnya bergelandangan di kawasan awam. Jadi pendekatan\nkepada kumpulan gelandangan ini perlulah mengikut keutamaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, seorang ibu yang bergelandangan bersama\nanak-anaknya sukar untuk meneruskan kehidupan jika tiada pengesahan cerai\nwalaupun telah berpisah. Ini termasuklah proses untuk mendapatkan bantuan\nsebagai ketua keluarga dan sebagainya. Bantuan yang hanya melibatkan makanan\natau tempat tinggal sementara juga sukar membawa ibu tadi ke fasa meneruskan\nkehidupan seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu dokumentasi begini sebenarnya menjadi salah satu\nfaktor kritikal dan menjadi satu titik kerumitan yang tinggi dalam usaha untuk\nmengubah nasib orang gelandangan. Masalah dokumentasi ini termasuklah dokumen\npenting yang telah hilang, musnah, perkahwinan dan kelahiran (walaupun ibu bapa\nwarganegara) yang tidak berdaftar dan lain-lain menjadi hambatan kepada orang\ngelandangan untuk keluar daripada permasalahan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, selain daripada makanan dan tempat tinggal yang\nselesa, sebenarnya individu gelandangan amat memerlukan bantuan kaunseling,\nkhidmat nasihat guaman dan nasihat kesihatan. Bantuan konsultasi begini dapat\nmembantu orang gelandangan merujuk dan menyelesaikan masalah mereka mengikut\nagensi yang berkenaan. Sekali gus, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan dan\nbantuan yang selayaknya diterima. Selain bantuan material, orang gelandangan juga\nperlu dibantu dengan kemahiran hidup termasuklah latihan amali membuat\npembelian barangan keperluan, sanitasi diri dan keselamatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dinafikan, kerjasama daripada agensi kerajaan yang\nberkenaan sangat diperlukan termasuklah dalam aspek keseragaman prosedur bagi\nmembantu petugas sukarelawan dan orang gelandangan sendiri untuk menyelesaikan\nmasalah mereka. Bukan semua orang gelandangan memahami akan kerumitan dan\nkepentingan birokrasi apatah lagi jika melibat dokumentasi yang selama ini\ndiabaikan. Jadi, kesabaran dan ketekunan yang tinggi sangat diperlukan dalam\nkemahiran berkomunikasi dengan individu gelandangan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi masyarakat awam pula, kita diharap tidak terlalu\nmudah membuat kesimpulan dalam membuat penilaian tentang isu orang gelandangan.\nBaik kepada agensi tertentu mahupun kepada orang gelandangan itu sendiri. Penampilan\ndiri dalam keadaan tertentu tidak bermakna individu tersebut tidak bermaruah.\nTidur di kaki lima tidak bermaksud individu itu tiada pekerjaan dan malas.\nAnak-anak kecil berlari ke sana sini tidak semestinya diabaikan ibu bapa\nmereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam menolak sangkaan buruk kepada yang lain. Firman\nAllah dalam Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud, <em>\u201cWahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan,\nkerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah berdosa\u2026\u201d<\/em> Perbuatan\nmencela atau mengeji individu lain berdasarkan penilaian sendiri juga tidak\ndapat menyelesaikan sebarang masalah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada akhirnya, kerjasama dan saling melengkapi antara\nagensi kerajaan dan pihak NGO yang berkaitan adalah apa yang diperlukan untuk\nmenangani isu gelandangan ini. Masyarakat awam juga boleh membantu dengan\nmenyalurkan maklumat kepada pihak yang berkenaan agar langkah seterusnya dapat\ndiambil bagi membantu orang gelandangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kewujudan individu gelandangan adalah kerana pelbagai faktor seperti kesempitan hidup, kemiskinan bandar, konflik keluarga, gejala sosial, gangguan mental, penyalahgunaan dadah, sikap dan lain-lain. Gelandangan juga bukanlah isu terpencil yang hanya menghimpit negara-negara membangun sahaja. Akan tetapi gelandangan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26111","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26111","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26111"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26111\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26111"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26111"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26111"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}