{"id":26114,"date":"2019-07-15T00:42:36","date_gmt":"2019-07-15T00:42:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26114"},"modified":"2019-07-15T00:42:36","modified_gmt":"2019-07-15T00:42:36","slug":"habbatus-sauda-penawar-penyakit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/habbatus-sauda-penawar-penyakit\/","title":{"rendered":"Habbatus Sauda&#8217; Penawar Penyakit?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengamalan\nsunnah Nabi Muhammad SAW merupakan lambang keimanan seseorang Muslim. Sunnah\nbaginda SAW diamalkan dengan keyakinan bahawa terdapatnya keberkatan dan\nmanfaat yang dibawa oleh sunnah itu kepada kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sunnah baginda SAW adalah elemen penting yang menjadi panduan dalam aspek kehidupan Muslim. Ia sesuai dengan sabda baginda SAW yang bermaksud, \u201cAku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (sunnah Nabi SAW)(Riwayat Malik, Hadis 1594).\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gaya hidup masyarakat Muslim banyak didorong oleh sunnah Nabi SAW. Sebagai\ncontoh, ia dapat dilihat dalam aspek penjagaan kesihatan. Masyarakat Muslim\nbanyak merujuk kepada sunnah baginda SAW dalam hal ehwal merawat penyakit\nkerana di samping dapat meraih pahala, ia turut membawa manfaat kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah satu sunnah yang biasa dirujuk oleh masyarakat Muslim apabila\nmengalami masalah kesihatan ialah sunnah berkaitan habbatus sauda\u2019. Maksud hadis\nberkaitan habbatus sauda\u2019 berbunyi: \u201cPada\nhabbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati (<em>Sahih Bukhari<\/em>, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan <em>Sahih Muslim<\/em>,\nKitab al-Salam, hadis 2215).\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang\nbetul. Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan\nhadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan \u201cpenawar segala penyakit\u201d yang\ndigunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus\nsauda\u2019 pengubat kepada segala penyakit kecuali mati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini menjadi lebih buruk apabila wujud pihak berkepentingan\nmenggunakan kefahaman yang tidak tepat ini untuk melariskan penjualan habbatus\nsauda\u2019. Bahkan, kerap kali berlaku dakwaan bahawa produk kesihatan yang\nmengandungi habbatus sauda\u2019 berupaya mengubati segala penyakit dengan\nberhujahkan hadis tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam isu ini, adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian\ntentang sesuatu hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan\nmasyarakat awam untuk mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang\ndimiliki adalah terhad. Rujukan kepada huraian ulama dapat mengelakkan daripada\ntimbul tafsiran yang tidak tepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ulama menghuraikan hadis beruhubung habbatus sauda\u2019 dengan menyatakan bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda\u2019 yang mampu mengubati penyakit-penyakit. Kitab <em>Fathul Bari<\/em> oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian kepada <em>Sahih Bukhari<\/em> menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda\u2019 sebagai penawar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan\nkain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema\nakibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus\nsauda\u2019 dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat\nmembantu melegakan sakit gigi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contoh-contoh kegunaan seperti dalam kitab <em>syarah<\/em> yang dinyatakan\nmenunjukkan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan pada habbatus sauda\u2019. Namun,\nia tidak bermaksud habbatus sauda\u2019 adalah ubat kepada semua penyakit di dunia\nini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.\nAntaranya ialah mendalami dan memahami lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis\nberkenaan habbatus sauda\u2019 ini berpandukan ilmu <em>usul al-fiqh.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ibn Hajar al-Asqalani dalam <em>Kitab Fathul Bari<\/em>, <em>syarah<\/em> kepada\n<em>Sahih Bukhari<\/em> menukilkan bahawa Imam al-Khattabi menerangkan bahawa\nungkapan \u201cpenawar segala penyakit\u201d merupakan lafaz umum yang membawa maksud\nyang khusus. Penggunaan maksud yang khusus adalah tepat kerana menurut Imam al-Khattabi\ntidak ada satu pun tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang\nterkumpul di dalamnya semua manfaat bagi tujuan perubatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kefahaman khusus yang sepatutnya diambil ialah habbatus sauda\u2019\nbermanfaat sebagai penawar bagi segala penyakit yang dilihat sesuai diubati\ndengannya. Ibn Hajar al-Asqalani dalam <em>Fathul Bari<\/em> dan Imam al-Nawawi\ndalam <em>Syarah Al-Nawawi \u2018ala Sahih Muslim<\/em> memperincikan dengan lebih\nlanjut tentang maksud \u201cpenyakit yang sesuai diubati dengannya.\u201d Ia bermaksud\nbahawa habbatus sauda\u2019 secara khususnya sesuai untuk mengubati\npenyakit-penyakit yang timbul kerana cuaca sejuk dan tidak berkesan untuk\npenyakit-penyakit yang timbul disebabkan cuaca panas, misalnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengkhususan keberkesanan habbatus sauda\u2019 untuk penyakit-penyakit \u201csejuk\u201d\ndan pengecualian keberkesanannya untuk penyakit-penyakit \u201cpanas\u201d dalam\npenulisan ulama menunjukkan bahawa terdapat limitasi pada kegunaan habbatus\nsauda\u2019. Sehubungan itu, kefahaman bahawa habbatus sauda\u2019 adalah ubat kepada\nsegala penyakit di dunia ini adalah tidak tepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam al-Nawawi turut menjelaskan bahawa penyakit-penyakit yang muncul\nakibat keadaan yang sejuk merupakan penyakit-penyakit yang biasa dalam kalangan\nmasyarakat sekitar baginda SAW pada zaman itu. Kerana itulah hadis tentang\nhabbatus sauda\u2019 menggambarkan bahawa banyak manfaat boleh diperoleh daripadanya\nkerana ia berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit yang biasa pada masa\ntersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya habbatus sauda\u2019 mempunyai\nfaedah yang banyak. Baginda SAW menyebutkan tentang kebaikannya dalam sunnah baginda\nadalah untuk manfaat awam. Kajian saintifik pada masa kini juga menunjukkan\nterdapat potensi-potensi kegunaan habbatus sauda\u2019 sebagai ubat untuk\nmasalah-masalah kesihatan yang tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meskipun banyak manfaatnya, masyarakat awam tidak boleh mengambil kefahaman\nbahawa habbatus sauda\u2019 adalah ubat kepada segala macam penyakit di dunia ini secara\nliteral kerana ia adalah kefahaman yang tidak tepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan\nmenggunakan habbatus sauda\u2019 terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan\nmenggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang\npernah diamalkan suatu masa dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara yang perlu sentiasa diwaspadakan dan dielakkan ialah menggunakan\nsesuatu produk kesihatan di pasaran yang mengandungi habbatus sauda\u2019 dengan\nharapan dapat mengubati semua jenis penyakit yang dialami. Ia merupakan suatu\nbentuk usaha dan tawakkal yang tidak tepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha melalui konsultasi dan nasihat daripada ahli perubatan perlulah\ndidahulukan kerana ilmu mereka lebih diyakini. Tawakkal yang didahului dengan\nusaha yang lebih diyakini adalah lebih tinggi nilainya di sisi Islam. Hal ini\nbertepatan dengan amalan Nabi Muhammad SAW sepertimana baginda menyerahkan\nurusan teknik menanam kurma kepada mereka yang berkemahiran tentangnya dengan\nmenyatakan bahawa: \u201cKalian lebih mengetahui urusan dunia kalian (Sahih Muslim,\nKitab Fadail, Hadis 2363).\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengamalan sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan lambang keimanan seseorang Muslim. Sunnah baginda SAW diamalkan dengan keyakinan bahawa terdapatnya keberkatan dan manfaat yang dibawa oleh sunnah itu kepada kehidupan. Sunnah baginda SAW adalah elemen penting yang menjadi panduan dalam aspek kehidupan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":39,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-26114","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26114","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/39"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26114"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26114\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26114"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26114"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26114"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}