{"id":26124,"date":"2019-07-16T01:41:29","date_gmt":"2019-07-16T01:41:29","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26124"},"modified":"2019-07-16T01:41:29","modified_gmt":"2019-07-16T01:41:29","slug":"malaysia-gerbang-ekonomi-halal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/malaysia-gerbang-ekonomi-halal\/","title":{"rendered":"Malaysia Gerbang Ekonomi Halal"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mutakhir ini, pasaran produk dan perkhidmatan berasaskan <em>halalan\nthoyyiba<\/em> (halal lagi baik) dijangkakan bakal mendominasi persada ekonomi\ndunia. Ekonomi halal bukan sekadar satu penjenamaan, malah menyokong Matlamat\nPembangunan Lestari (<em>Sustainable Development Goals-SDG<\/em>). Walaupun\nberhadapan berbagai-bagai cabaran, dua norma penting kepenggunaan ini tetap diperlukan\ndalam keseluruhan ekosistem ekonomi sejagat. Peluang dan potensinya perlu ditekuni\ndengan strategi berkesan bagi menjayakannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepenggunaan berasaskan <em>halalan\nthoyyiba<\/em> merupakan prinsip yang digagaskan oleh Al-Quran (surah al-Baqarah:\n168, al-M\u0101\u2019idah: 88, al-Anf\u0101l: 69 dan an-Nahl: 114). Menurut Abu Ja\u2019far dalam\ntafsir At-Thobari, makna <em>halalan thoiyyiba<\/em> adalah lebih umum (tidak\nterhad kepada makanan semata-mata), secara mutlak (meliputi seluruh\nkepenggunaan) dan (apa-apa barang) yang bebas daripada nas pengharaman. Asas\nini memperluaskan prinsip <em>halalan thoiyyiba<\/em> kepada bukan sekadar makanan\ntetapi meliputi seluruh kepenggunaan produk dan perkhidmatan dalam muamalah Islami.\nOleh itu, para Mujtahid merumuskan kaedah fiqh <em>\u2018al-aslu fi al-asyi\u0101\u2019 al-ibahah\u2019<\/em>\nyang bermaksud: \u201chukum asal bagi setiap sesuatu (muamalat) adalah harus\u201d,\nkecuali apabila terdapat nas yang mengharamkannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maqasidnya pasti untuk membawa <em>maslahah<\/em>\n(kebaikan) dan mengelak <em>mafsadah<\/em> (keburukan) kepada manusia. Populasi masyarakat\nMuslim dunia yang makin meningkat merupakan sasaran utama di samping wujudnya kecenderungan\ndalam kalangan masyarakat bukan Islam. Tidak hairanlah kenapa <em>The Central Islamic Committee of Thailand<\/em>\n(CICOT) antara negara di Asia yang mempunyai minoriti Muslim menyediakan\ninfrastruktur dan mekanisme persijilan halal yang meyakinkan. Pusat Sains\nHalal, Universiti Chulalongkorn merupakan antara institusi penyelidikan halal\nyang makin kehadapan dengan penyelidikan dan kerjasama strategik mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meninjau <em>Belt and Road Forum<\/em> (BRF)\ndi China baru-baru ini yang dihadiri oleh lebih 5,000 perwakilan daripada 150\nnegara, perancangan strategik mengetengahkan konsep, produk dan perkhidmatan\nberasaskan ekonomi halal mampu membuka jalan dagang laut, darat dan maya di\narena antarabangsa. Malaysia terkenal mengatasi negara Islam lain melalui\npersijilan halal, produk kewangan dan perbankan Islam di persada antarabangsa.\nTerbaharu ialah usaha mengungguli produk kesihatan, farmasi, kecantikan,\npelancongan serta seni dan industri busana patuh Syariah. Syarikat-syarikat\ndari Indonesia umpamanya mengorak langkah mengungguli produk kosmetik patuh\nsyariah menembusi pasaran Eropah. Persaingan ini mencabar Malaysia agar menjuarai\nekonomi halal secara menyeluruh dengan agenda yang lebih terancang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mengukuhkan lagi strategik negara\ndidalam bidang ini, Maybank Islamic Bhd. menjangkakan ekonomi halal meningkat\nkepada US$6.4 trilion berdasarkan unjuran pembiayaan ekonomi halal Negara-negara\nTeluk-Asia dengan penubuhan cawangan luar negara mereka yang berpusat di Dubai.\nPerbankan dan kewangan Islam sendiri merupakan bukti tarikan pemain industri\ndan pelabur bukan Islam dalam ekonomi halal di seluruh dunia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara utama yang perlu diusahakan\nialah satu dasar ekonomi halal yang jelas merangkumi hala tuju, piawaian, sasaran\nstrategik berkala, hak cipta dan perundangan. Revolusi industri keempat (IR4.0)\nperlu dilihat sebagai peluang pemasaran, jaringan maya, gerbang pemantauan,\nsemakan status dan aplikasi yang lebih cekap dan berkesan. Penyelidikan dan\ninovasi alat dan teknik pemeriksaan piawaian juga merupakan satu aspek penting\nyang perlu diberi perhatian. Inisiatif berkaitan pernah dirangsang oleh\nkerajaan Arab Saudi dengan pengiktirafan global terhadap inovasi <em>\u2018Portable\nElectronic Nose\u2019 <\/em>pada tahun 2018 atas penciptaan alat mengenal pasti lemak\nterlarang (rujuk makalah jurnal bertajuk <em>\u2018Rapid lard identification with\nprotable electronic nose\u2019<\/em>-iopscience.iop.org). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dinafikan, piawaian pematuhan\nperlu diperkemaskan terutamanya yang melibatkan kebenaran penawaran produk dan\nperkhidmatan ekonomi halal kepada bukan Islam. Jika kita tinjau, terutamanya\nsekitar awal tahun 2019, terdapat rangkaian restoran dan produk yang\nberselindung di sebalik nama Islami, menyalahgunakan tanda dan persijilan\nhalal. Itulah risikonya apabila kepatuhan prinsip kepenggunaan <em>halalan thoiyyiba<\/em>\nbukan atas dasar keimanan tetapi orientasi komersial semata-mata. Jika aspek keimanan\nini dipermudahkan atau tidak dilindungi, kita bimbang ada pihak yang mengambil\nkesempatan dan menyalahgunakan sijil\/logo halal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Halalan thoiyyiba<\/em> merupakan harta intelek dan tanda\ndagang (<em>trade mark<\/em>) kepunyaan umat yang mengimani al-Quran. Dasar perlu\nditetapkan dengan mensyaratkan pegangan ekuiti Muslim dalam syarikat berkenaan\natau paling kurang pelantikan Perunding Syariah. Peluang inovasi produk dan\nperkhidmatan kategori ekonomi halal boleh diperkemaskan dengan pendaftaran berpusat\nbertanda dagang <em>(H)<\/em> untuk halal atau HT (untuk <em>halalan thoiyyiba<\/em>)\n(seperti tanda \u00ae atau \u2122 pada jenama atau syarikat berkaitan). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan mengambil kira semua ini,\nMalaysia mampu memainkan peranannya dalam membangunkan ekonomi negara dan ummah\nserta menerapkan roh muamalat Islami dalam menerajui pasaran ekonomi halal yang\nteras, telus dan lengkap. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mutakhir ini, pasaran produk dan perkhidmatan berasaskan halalan thoyyiba (halal lagi baik) dijangkakan bakal mendominasi persada ekonomi dunia. Ekonomi halal bukan sekadar satu penjenamaan, malah menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDG). Walaupun berhadapan  &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26124","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26124","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26124"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26124\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26124"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26124"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26124"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}